Saturday, May 13, 2017

PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU


PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU
OLEH
HANAFI RAHMAN EL FESFANJI



 sebelum  abad 18, memang tiada lagi catatan yang saya temui menyebut  tentang Jalan Pasir Panjang seperti yang terdapat pada hari ini. Yang wujud pada waktu itu di sekitar Bukit Besar adalah dusun Sultan Umar yang luas di penuhi sawah dan dusun kelapa. Pada masa itu , kawasan itu hanyalah di kenali sebagai tanah darat. Tanah darat berbanding kepada orang yang berada di Kampung Tanjung, Ladang,Kolam dan beberapa tempat di kuala Terengganu. Tanah darat itu bermula dari Bukit Besar yang bersambungan dengan bukit Kecil sehinggalah ke kawasan belakangnya lagi. Tanah-tanah ini kemudiannya di kurniakan kepada orang-orang tertentu yang merupakan pembesar-pembesar dan pembantu-pembantu istana. Sebahagian besar mereka adalah berasal dari keturunan pembesar-pembesar Johor Riau kerana asal kumpulan yang datang Terengganu adalah dari kumpulau pembesar-pembesar keluarga Tun habib Padang Saujana padahal Tun habib Padang saujana adalah dari Johor Riau. Datuk Padang Saujana di anggap sebagai pelopor keluarga di raja Pahang dan Terengganu. Namun begitu, tidak dinafikan ada banyak kumpulan-kumpulan kecil yang datang dari pelbagai pelusuk lain seperti Bugis, jawa, Acheh, bahkan dari tanah besar cina seperti China Islam Yunan dan sebagainya lagi.  





Untuk menggambarkan keadaan mereka pada waktu itu secara amnya, di Terengganu ada beberapa nama yang menarik untuk kita perhatiankan seperti nama Tok Muchung, Tok Luir, Tok Paktak, Tok Benut, tok Chedong, Tok Senduk, Tok Belimbing, Tok Belat, Tok Kemasik, Tok Dungun, Tok Bayu, Tok Embun, Tok Lebar, Tok Lepar,Tok Pauh, Tok Tasik dan yang paling masyur sekali Tok Pulau Manis.  Dalam perbincangan kami ada sebahagian yang bergelr Tok yang bukan dalam senarai Johor Riau. Secara khususnya pula, setakat yang terkumpul, nama-nama yang seringkali di sebut sebagai mereka ini kebal dan tidak lut di makan senjata besi di sekitar tanah darat Bukit Besar oleh orang-orang tua adalah seperti Tok Faqir, Tok Dekuh, Tok Kapa`, Tok Molur dan Tok Cepek. Walaupun sebahagian  gelaran dikaitkan dengan tempat seperti Tok Dungun, Tok Kemasik dan Tok Muchung manakala sebahagian yang lain pula seperti Tok Dekuh  di gelar dengan kelebihannya yang di akui  oleh masyarakatnya pada masa itu. Atau kerana gelaran itu dikurniakan oleh pemerintah , mereka tetap mempunyai nama tertentu sebagai contohnya  Tok Pulau manis( Syeikh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah); Tok Tasik (Lebai Isa menjalankan dakwah di kampung tasik Bukit Payung)  ,banyak nama asal itu tenggelam kerana ketiadaan rekod catatan.





Di katakan juga bahawa pada zaman yang kedua, Sultan-Sultan Terengganu telah mengurniakan tanah dusun tersebut kepada penghijrah dari patani samada dari kalangan ulama atau pembesar. Sebahagiannya telah di berikan kepada Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas, guru dan pakar rujuk agama di istana di zaman Sultan-Sultan Umar-Zainal Abidin ke 3, .Cerita lisan dari Ayah We Yahya Kampung Aur , beliau menukilkan cerita dari datuknya bahawa lebih 300 ekar tanah di Sungai Derhaka pula di berikan kepada Wan Mahmud Patani (mertua Haji Kadir Masjid Pasir Panjang) , seorang pembesar Patani dari Kampung Dalam Kota Patani.


Pada zaman ini juga terdapat penjelasan-penjelasan yang menunjukkan mereka yang datang dari Patani bolehlah di bahagikan kepada dua zaman. Zaman pertama adalah zaman pembukaan sultan zainal Abidin 1 negeri Terengganu sehinggalah sebelum kalah perang . zaman ini panjang dan mempunyai beberapa peringkat pula kerana boleh dikatakan setiap sultan yang memerintah Terengganu menjalinkan pelbagai hubungan dengan Kerajaan Patani yang merupakan hubungan anak bearanak. Diantara hubungan yang penting di zaman ini adalah bertujuan untuk membangunkan pentadbiran Terengganu. Sultan zainal Abidin 1 sendiri, setelah ditabalkan sebagai pemerintah Terengganu, turut membawa empat puluh keluarganya dari Patani untuk membantu pentadbiran Terengganu. Ramai juga alim ulama yang di bawa dari sana sehinggakan kesemua penasihat sultan adalah ahli-ahli agama dari Patani. Mereka ini terus mengekalkan nama bangsawan mereka seperti Wan dan Nik pada pangkal nama mereka.





Peringkat kedua datang setelah Patani jatuh kalah dalam perang menentang tentera sakhothai. Mereka yang di buru oleh kerajaan Siam telah menanggalkan segala gelaran bangsawan mereka bahkan mereka menukarkan nama mereka kepada nama-nama lain yang tidak pernah digunakan ketika di Patani. Kedatangan gelombang yang kedua ini membentuk keluarga melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan iaitu mereka yang datang dari  gelombang pertama tadi atau dari sebelum keluarga sebelah Pahang dan johor Riau. Yang jelas di sekitar Pasir Panjang iaialah: Lebai Ishak atau Lebai Busu dan bapanya Lebai Said. ( keturunannya menjadi penduduk asal yang memenuhi dekat sekolah Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dan Gong Penaga) ; Lebai Isa( Bukit Depu) ; Lebai Hitam( Bukit Jenal) , Lebai Pakor, Lebai Jamal( Yang membuka Kampung Tok Jamal, Wakaf mempelam). Lebai Yaakub dan Lebai Ismail yang keluarganya berkembang di Kampung Padang dan kampung Pak Pa(yang terletak di Belakang Bukit Besar).  


Di  samping itu juga berlaku perkahwinan dengan keturunan Patani dari Paloh, Duyung, Tanjung, Ladang, Kuala Ibai dan sebagainya lagi ,


Di samping itu terdapat juga kumpulan-kumpulan kecil dari pelbagai tempat tiba ke Terengganu contohnya keluarga Yunan seperti Mohamad Yunani yang dikatakan dari keluarga Abdullah dan Ali Al Yunani. Keturunanan Yunan yang telah berkembang di Pasir panjang ialah keluarga Ibrahim yang asalnya membiak di Kampung Bukit Jenal. .


Mereka ini bukan sahaja mempunyai peranan dalam pengajian fardhu ain dan pembinaan tempat ibadat, malahan juga termasuk mentadbir sawah bendang dan membentukkampung halaman yang pada hari ini anak cucunya telah memenuhi sebahagian  kawasan tersebut.
















No comments:

Post a Comment