Wednesday, March 18, 2015

HAJI ABDUL KADIR BIN HJ ABDULLAH AL FATANI-updated



PENGENALAN

Sejarah ulama keturunan warisan kerajaan Champa.
Sejarah telah menyaksikan bahawa Maulana Hussein Jamadul Kubra , diantara mubaligh Islam gelombang pertama di Nusantara telah meningglkan zuriat yang ramai pada hari ini. Sebahagian daripada Jurainya sebelah Faqeh Ali Al malbari telah membentuk generasi yang ramai di Terengganu semenjak runtuhnya kerajaan Islam Champa dan apatah lagi selepas kejatuhan Kerajaan Patani Darul Salam di tangan tentera Buddha Sakhothai pada tahun 1828. 
Krisek, yang di buka oleh Syeikh Hussein Senawi, anak saudara Sunan Grisek di Jawa telah menjadi pusat pemerintahan Patani Darus Salam. Bandar yang penuh di diami oleh ulama dan pentadbir yang cintakan Islam  telah menjadi sasaran serangan Siam Sakhothai. Keluarga di raja dan ulamanya terutama yang menetap di Kg Dalam Kota  telah di buru dengan hebat sekali. Ini kerana mereka adalah perancang dan penggerak utama kepada gerakan jihad menentang Buddha yang kafir itu.  Akibat tewas perang, sebahagian besar keturunan keluarga Syeikh Hussein Senawi terutama dari ranting ulama besar Syeikh Dawud Al Fatani telah berpindah ke Terengganu menggunakan perahu besar dan menduduki tepi-tepi sungai dan laut. Ini kerana mereka merancang untuk kembali ke Patani membebaskan bumi bumi mereka daripada Buddha. Pada waktu itu, hubungan mereka dengan istana Terengganu sangat rapat sekali kerana telah terjalin perkahwinan antara istana Patani dan istana Terengganu semenjak beberapa generasi. Malangnya rancangan mengambil kembali Patani dari tangan Buddha Sakhothai tersebut gagal malahan Terengganu pula menghadapi ancaman kedatangan imprealis British. Kedua-dua factor ini memaksa sesetengah mereka masuk ke kawasan bukit dan membuka kampung-kampung baru   
Salah seorang dari mereka yang bernasib begini ialah Haji Abdullah Krisek yang melahirlan anak bernama Haji Abdul Kadir.
Cita-cita untuk menulis esei yang mendedahkan siapakah Tuan Guru Haji Abdul kadir bin haji Abdullah ini telah berputik semenjak saya berusia sepuluh tahun lagi, sewaktu membelek kitab iqna dan tafsir mahasinut tanzil karangan Syeikh Mohamad Nawawi Al Bantani yang dimiliknya, Dalam perbincangan yang kerdil ini, saya memuatkan penemuan yang saya kumpul dalam tempoh yang agak lama juga iaitu lebih kurang tiga puluh tahun. Mudah-mudahan ia dapat memberikan manfaat kepada generasi muda khususnya sanak saudara saya yang berada di merata tempat.  
KELAHIRAN
Ramai orang yang berkata bahawa Tuan guru Haji Abdul Kadir bin Haji Abdullah ini telah dilahirkan di Patani. Ustaz Ahmad Awang sentiasa menyebutkan hal ini kepada saya berulang kali,katanya ; Tuan guru Haji Abdul Kadir bin Haji Abdullah ini datang dari Patani ketika berumur 16 tahun kerana menyelamatkan diri daripada bahana Perang Patani-Siam. Tetapi selama hampir 20 tahun, saya meragui keterangan ini kerana kalau di ukur dengan tahun kematiannya, bererti dia hidup hampir seratus dua puluh tahun, suatu hal yang jarang berlaku kepada anak cucunya. Walau bagaimanapun, cerita ini di katakan bersumberkan kepada anak Tuan Guru yang kedua, Ahmad( Pak Ngah Amad meninggal tahun 1962).

Pada Febuari 2015, keraguan ini , saya kira hampir terjawab bilamana menemui sumber yang dikatakan datang daripada anak sulung Tuan Guru , Abdullah( yang lebih di kenali dengan panggilan Pak Denda) . keterangan ini menjawab keraguan-keraguan tersebut. Keterangan ini menjelaskan bahawa :

Haji Abdullah telah datang dengan bapa saudaranya Yusuf dari Patani selepas perang. Ia telah menumpang di rumah Haji Ali Pulau Babi(sekarang Pulau Babi di sebut sebagai Pulau Bahagia. Pada waktu itu, pulau tersebut menjadi sebahagian dari Pulau Manis. Ini kerana , menurut cerita, Tok Ku Pulau Manis memulakan pengajiannya di situ). Ada sumber yang menyebutkan Haji Ali ini  adalah seorang yang penting dalam tariqat Satariyyah pada zaman tersebut. Haji Ali ini telah memperisterikan Haji Abdullah ini dengan salah seorang sepupunya di Pulau Babi. Di situlah Haji Kadir di lahirkan.  Ibu bapa Haji Kadir meninggal sewaktu ia masih kecil. Bermula dengan kematian bapanya di ikuti dengan kematian ibunya, ia telah di jadikan anak angkat oleh Haji Ali. Setiap kali Haji Ali pergi memperdalami ilmu dengan Tok Ku Tuan Dalam , adik Tok Ku Paloh, ia akan membawa Haji Kadir bersamanya. Setelah Haji Kadir sedikit besar, Tok Ku Tuan Dalam telah mengambilnya menjadikan anak angkatnya. Di sinilah kehidupannya dalam keluarga Tok Ku Paloh bermula sehingga seringkali kedengaran orang berkata kononnya Tok Ku Paloh sendiri yang mengambilnya menjadikan anak angkatnya.   

SIAPAKAH HAJI ABDULLAH
Berdasarkan cerita yang di perolehi, saya mengira bahawa Haji Abdullah dan Yusuf bapa saudaranya adalah termasuk dalam  satu kumpulan yang keluar bersama dari Kampung Dalam Kota, Krisek menaiki tiga perahu besar menuju ke Terengganu akibat diburu oleh musuh sesudah kalah perang.Mereka adalah dari kalangan kerabat di raja dan alim ulama yang menetap di Kampung Dalam Kota Kerisek. Ketika dalam perahu, mereka telah bersepakat untuk membuang segala gelaran bangsawan yang terdapat pada diri mereka agar mereka tidak di kenali lagi oleh musuh. Setibanya di Terengganu, perahu yang pertama telah mendarat di Pulau Duyung . Perahu yang kedua terus mudik lebih jauh ke dalam sehingga sampai ke Pulau Manis manakala perahu yang ketiga mengambil jalan Kuala Ibai dan turun di Sungai Derhaka. Setengah mereka ini  turun menumpang di tempat di mana keluarga mereka telah berada di Terengganu lebih awal manakala sebahagian yang lain mencari tempat persembunyian agar selamat daripada gangguan musuh. Tempat-tempat persembunyian mereka ini akhirnya menjadi kampung-kampung yang di diami oleh anak cucunya.
Haji Abdullah dan Haji Yusuf adalah dari kumpulan perahu kedua. Haji Abdullah meneruskan kehidupannya di Pulau Babi dan di katakan kuburnya berada di sana. Setakat yang saya tahu, hubungan dengan keluarga di Pulau babi ini berterusan sehingga ke zaman cucu Haji Kadir. Di antara yang terakhir meneruskan hubungan kekeluargaan ini ialah Long Maimunah(meninggal tahun 80an) dan Su Aminah(meninggal tahun 2009) . Manakala Yusuf bapa saudara Haji Abdullah pula,  beliau dikatakan berkahwin dengan orang Kuala Ibai dan meninggalkan keturunan di sana.
Adapun hubungan kekeluargaan Haji Kadir dengan Syeikh Dawud Al Fatani, seorang ulama besar yang mengajar di masjidil haram , Mekah  dan pengarang kitab-kitab agama yang banyak dan berleluasa di Nusantara adalah di akui sendiri oleh Khatib Taib bin Mahmud Duyung. Secara yang lebih terperinci pula , hubungan mereka berdua adalah sepupu sebagaimana yang saya nyatakan dalam carta keluarga yang saya buat, saya ambil dari Ramli Abdul Rahman, seorang keluarga dari keturunan Umi Kelsom  binti Mohamad faqeh, iaitu dari  sebelah isteri Haji Kadir yang pertama yang menetap di Seberang Takir. Saudara saya Ramli ini  yang menjalinkan hubungan perkahwinan anak beranak sesama keturunan  Haji Kadir membekalkan maklumat yang berguna. Apabila saya bertanyakan kepadanya sepupu itu dari sebelah mana? Bapa dengan bapakah? Atau ibu dengan ibunya? Atau bapa dengan ibu? Ia tidak dapat memastikan secara lebih tepat. Maka , berdasarkan maklumat ini dapatlah kita katakan bahawa Haji Abdullah bapa Haji Kadir ini adalah saudara dengan Fatimah, ibu Syeikh Dawud Al Patani. Kalau nak di katakan  hubungan ini adalah antara bapa dengan bapa, ini tidak mungkin sekali-kali kerana tidak berlaku dalam masyarakat kita dua beradik bernama Abdullah. Kalau nak di katakan antara ibu dengan ibu , ini juga tidak mungkin kerana ibu Haji Kadir adalah sepupu Haji Ali Pulau Babi, orang asal Terengganu. Itulah sebabnya saya simpulkan bahawa hubungan mereka sepupu adalah antara Haji Abdullah dan Fatimah itu adik beradik.  Di sana memang ada keterangan yang di perolehi melalui mimpi menjelaskan Haji Abdullah ini saudara seibu dengan Fatimah. Sekiranya ini benar, dapatlah kita temui susur galur Haji kadir adalah jalur yang sama dengan ibu Syeikh Dawud al Fatani. Maka  ia dalam satu jalur iaitu Haji Abdul Kadir bin Abdullah bin Wan Selamah binti wan Su Tok Bandar. Wan Su Tok Bandar beristerikan  Wan Besah. Wan Su ini adalah anak Haji Yusuf Tok Ki Ratna Di Raja bin Faqeh Ali Al Malbari. Dari Faqeh Ali ini, jelaslah pertaliannya dengan Maulana Hussein Jamadil kubra yang berasal dari keluarga Azmat Khan, Gujerat. Asal mereka  adalah dari ahli bait Yaman dari susur galur Al Husaini.  

Seperkara lagi yang perlu di sebut di sini ialah seorang saudaranya telah menyelamatkan diri ke utara sehingga tiba ke ayuthia lalu membuka kampung di Bang Pak Em. Di satu ketika berlaku banjir yang menyebabkan pintu masjidnya tercabut. Pintu tersebut  di hanyutkan banjir sehingga tiba dan tersangkut di satu kampung yang di sebut Kampung Ta Ek, di Nong Taburi. Pada hari ini, pintu itu masih boleh di lihat di Masjid Kampung Ta Ek. Inilah kisah  yang di ceritakan oleh Tok Mek, Nenek Haji Ayub bin haji Mahmud, Qadhi Bangkok yang asal keluarganya adalah dari Ayuthia kepada Imam Mohamad bin Haji Taib pada tahun 1996. Pada waktu itu, Tok Mek ini berusia 96 tahun.  ,          
SEBAB TURUN KE TERENGGANU
Akibat tewas dalam perang tersebut, kebanyakan alim ulama dan perajuit Islam yang di buru melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan Kedah serta beberapa daerah lain di luar Tanah Melayu. Sebahagian yang memilih Terengganu adalah berpunca kerana mereka sudah ada sanak saudara di Terengganu, perlindungan yang diberikan oleh Sultan Terengganu lebih menjamin atau Terengganu lebih aman kerana kedudukannya lebih jauh dari Siam. 

TAHUN KELAHIRAN
Perang tersebut berlangsung pada 1829-1828. Sekiranya di andaikan kedatangan Haji Abdullah selepas Perang dan mengambil beberapa masa untuk berkahwin dan memperolehi Haji Kadir, maka dapatlah kita andaikan bahawa tarikh kelahirannya adalah sekitar tahun 1840-50.

 ADIK BERADIK
Dari cerita yang di katakan dinukilkan dari Abdullah( Pak Denda)  tadi kita  dapat memahami bahawa Haji Kadir mungkin anak tunggal , namun begitu ia tidak menafikan cerita lisan lain yang menyebutkan bahawa Tuan Guru Hj Kadir mempunyai  3 adik beradiknya yang lain. Seorang menetap di Paloh, seorang lagi menetap di Pulau Manis manakala seorang lagi menetap di Manir. Seperkara lagi, kalaulah kita melihat kepada panggilan masyarakat setempatnya kepada dengan sebutan ayah chik Haji kadir, bererti sekurang-kurangnya adik beradiknya adalah empat orang. Kalaulah ada pihak yang mendakwa bahawa panggilan tersebut adalah dari pihak keluarga isterinya, dakwaan ini agak sukar untuk di terima kerana Tok Som adalah anak bongsu Haji Wan Mahmud . kalau begitu, ia lebih layak di panggil ayah su, tetapi soalnya kenapa di panggil Ayah Chik Haji kadir?  Dalam perkara ini, saya masih dalam usaha menitikkan waris waris mereka di sana.

MENYAMBUNG PELAJARAN
Pengajian awal di perolehi dari Kampung Pulau babi( Bahagia ) termasuk dari Haji Ali sendiri. Kemudiannya Haji Kadir menuntut pula di Paloh dengan beberapa guru yang berkumpul di sana.
Dengan pertolongan keluarga Tok Ku Paloh, lebih-lebih lagi Tok Ku Tuan Dalam, ia dapat sumbangan untuk menyambung pelajaran ke Mekah.Ia menaiki kapal layar mengambil masa enam bulan untuk tiba ke Jeddah. Setelah tujuh tahun di Mekah, beliau balik untuk menunaikan tanggung jawab agamanya kepada masyarakat. Menurut Fatimah Binti Ahmad( De Mah), dalam perjalanan itu, di tengah laut, penumpang kapal tersebut telah di ganggu oleh seokor monyet yang besar muncul dari dalam air, melompat naik ke atas kapal dan mengambil bungkusan milik salah seorang penumpang kapal tersebut, apabila ditanya, akhirnya ia menjelaskan  itu adalah wang kotor yang di perolehinya dengan cara yang salah. Peristiwa yang amat menakutkan ini di ceritakan beberapa kali kepada keluarganya sebagai peringatan agar jangan menggunakan harta yang kotor.

Mekah pada masa itu berada zaman akhir pemerintahan Keluarga Syarif Ahlil Bbait  Al `Adawi yang bermazhab Maliki. Pengaruh Tasauf dan Tariqah amat besar pada waktu itu. Di samping guru-guru arab, ada terdapat ramai guru-guru di kalangan orang Melayu lebih-lebih lagi dari kalangan orang Patani sendiri.   Saya tidak menemui sumber-sumber yang menyebut tentang guru-guru beliau sewaktu di Mekah. Tetapi lazimnya seseorang yang berada di sana pada waktu itu akan terlibat dengan perkembangan bersama-sama kawan-kawannya. Maka ulama-ulama pada waktu itu yang boleh di thabitkan sebagai guru pada waktu itu , yang terdiri dari kalangan anak beranaknya sendiri adalah seperti;  Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Rahman Al Fatani ; Syeikh Ahmad Al Fatani
SEBAB DI KAMPUNG MASJID
Pada pertengahan abad 19, memang tiada lagi nama kampung Kg Masjid Haji Kadir atau Pasir Panjang seperti yang terdapat pada hari ini. Yang wujud pada waktu itu adalah tanah darat. Merujuk kepada dusun Sultan Umar yang luas di penuhi sawah dan dusun kelapa dari Bukit Besar sehinggalah ke kawasan belakangnya lagi. Tanah-tanah ini kemudiannya di kurniakan kepada orang-orang tertentu termasuk penghijrah dari patani samada dari kalangan ulama atau pembesar. Sebahagiannya telah di berikan kepada Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit bayas, guru dan pakar rujuk agama di istana. Sungai Derhaka pula di berikan pula kepada Wan Mahmud, seorang pembesar Patani serta beberapa orang lain lagi. Dikatakan bahawa sebahagian besar tanah -tanah di Kg Masjid haji kadir ini asalnya termasuk tanah milik Wan Mahmud Patani. Beliau telah memberikan kepada dua orang anak perempuannya iaitu anak perempuan tertua Mak We Khadijah dan Umi Kelsom(Tok Som) yang bungsu  telah di berikan tanah untuk menetap di kampung. Mak We Khadijah telah berkahwin dengan Pak Su Mat manakala Umi Kelthum ini berkahwin dengan Haji Kadir. Keturunan kedua-duanya ini memenuhi Kampung Masjid Haji Kadir pada hari ini. Ertinya tanah yang di duduki oleh keturunan  Haji Kadir adalah warisan milik  isterinya.   
Ada pula pendapat yang menyebutkan , Tuan Guru Hj Kadir telah memutuskan untuk menetap di sini di atas pujukan bapa saudaranya Hj Ali. Kemungkinan yang lebih tepatnya ialah Haji Ali ini adalah bapa saudara Umi Kelsom, isterinya.
Berkemungkinan sebahagian besar tanah-tanah selain Sungai Derhaka termasuk di kawasan Pasir Panjang dan  di Kampung Masjid Haji Kadir  yang di katakan milik Wan Mahmud itu adalah milik isterinya, Zainab kerana Wan Mahmud juga adalah pelarian Perang Patani. Isterinya Zainab ini orang tempatan yang mempunyai beberapa adik beradik yang memiliki tanah di situ termasuklah Haji Ali yang menjemput haji Kadir agar membuka pondok di situ sebenarnya adalah adik beradik Zainab itu. Ini  kerana penduduk Tanah Bukit Kg Masjid haji Kadir (Bukit berhampiran Kubur Besar Pasir Panjang) adalah keturunan Fatimah, sepupu Umi Kelsom. Ini memberi makna sebahagian besar Kg Masjid hingga ke Pasir Panjang adalah milik dua beradik sebelah ibu Umi Kelsom. Dari sini bolehkan kita membuat andaian bahawa tanah yang besar dan luas dari Pasir Panjang hingga ke Hujung Gong-iaitu yang mengadap Bukit Depu, Gong Pak maseh dan Gong Tok Nasek- itu asalnya milik yang di pusakai dari datuk kepada  Umi Kelsom.. Siapakah datuk Umi Kelsom ini, yang sekaligus adalah mertua Wan Mahmud Patani. Yang biasa di sebut oleh ramai orang ialah Wan Mahmud Patani ini seorang yang kaya dan banyak tanah padahal ia adalah seorang pejuang yang menyelamatkan diri ke Terengganu kerana di buru oleh tentera Siam Sakhothai. Beliau adalah sahabat Haji Abdullah dari perahu ketiga. Ada juga keterangan yang menyebutkan bahawa ada pertalian kekeluargaan yang sangat erat antara Haji Abdullah dan Wan Mahmud yang sama-sama berasal dari Krisek, Patani ini. Ini kerana hubungan antara Haji Kadir dengan Umi Kelsom itu sangat dekat.Ramai pihak yang berkata mereka berdua adalah sepupu dan ada juga yang berkata  mereka adalah dua pupu. Tentang siapakah datuk Umi Kelsom , orang tempatan yang kaya raya dan banyak tanah di jajahan Bukit Besar ini, mungkin pelajaran ini akan kita bincangkan dalam perbincangan yang berasingan insha Allah.
 
RUPA BENTUK

Menurut Pak Ngah  adik Arwah Ayah Jim  berkata, rupa Haji Kadir  mempunyai banyak kesamaan dengan anaknya Pak Den Da. Demanh menceritakan bahawa  tapak rumahnya adalah berdekatan dengan rumah Mak Tunggal. De Mah juga menceritakan bahawa bentuk badan nya adalah sebentuk badan cucunya Hj Ali bin Taib
PEMBINAAN MASJID
Setelah berkahwin dengan Kalthum binti Mahmud, ia telah membuka surau pengajian di  sekeping tanah yang pada waktu itu menjadi sebahagian dari  Daerah Darat atau Dusun ( Dusun Sultan Umar) . daerah Darat ini adalah satu kawasan yang sangat luas kerana ia merangkumi Bukit Besar dan kawasan-kawasan di belakangnya yang pada hari ini merangkumi Kampung Padang, Kampung Pak Pa, kampung Gelong Bilal, Gelong Gajah, Bukit Jenal, Bukit bayas, Seberang baruh dan sebagainya lagi. Akhirnya suraunya di tukarkan menjadi masjid apabila mendapatkan sisa istana terbakar.
Dalam sejarah Terengganu , terdapat dua peristiwa berkaitan dengan tentang istana raja yang terbakar. Pertama ialah pada tahun 1882, istana hijau kediaman Sultan Umar terbakar akibat bedilan armada laut British dari singapora. Sebabnya adalah kerana Sultan Umar telah memberikan perlindungan kepadanya iparnya Sultan Abdul rahman ?? Lingga . British mahukan supaya tersebut  di serahkan kepadanya. Ini menyebabkan Sultan terpaksa berlindung di Patani. Kebakaran ini adalah besar kerana melibatkan sebahagian Bandar Kuala Terengganu turut terbakar.
Akibatnya Sultan Umar telah membina istana barunya di kampung Kolam. Di zaman Sultan Ahmad, istana peninggalan Sultan Umar di Kampung Kolam ini pula terbakar. Istana  Sultan Umar di Kampung Kolam yang sebagaimana lazimnya  terdiri dari dua bahagian rumah telah terbakar. Ia bernazar sekiranya istananya yang cantik itu dapat di selamatkan, ia akan jadikan kayu-kayu yang tinggi mutunya itu sebagai harta fi sabilillah. Maka menurut cerita lisan, dengan serta merta , api tersebut padam.  
Maka urusan tersebut telah di serahkan kepada Tuan Dalam . Lantai-lantainya telah di serahkan kepada Masjid Losong( masjid Haji Mad Shafie) manakala kerangka yang masih berbaki, satu daripadanya telah di serahkan kepada Haji Ali untuk di buat masjid di Kampung Pulau Bahagia manakala  yang satu lagi di serahkan kepada Haji Kadir. Haji Mad Shafie Losong telah datang ke Terengganu dari Kedah atas pujukan Tuan Padang bagi tujuan memulihkan Kampung Losong daripada ajaran sesat dan mendidik generasi baru yang datang dari Patani terutama pelapis-pelapis peringkat anak-anak saudara Syeikh Dawud Al Patani daripada susur galur Haji Mat Duyung. Pada waktu itu, ada di antara pengamal ajaran sesat yang bersarang di Losong yang mengaku menjadi Tuhan.
. Setelah memperolehi anugerah dari Sultan Umar itu, ia mula membina masjid dengan di bantu oleh beberapa orang kampung yang lain. Mereka adalah  Hj Ali, bapa saudara isteri Hj Kadir sendiri,   Bilal said  atau Ishaq bin Lebai Abdullah al Fatani. Megat Dollah   yang berani dan gagah ,  Pak Su Haji , seorang kaya dan berharta pada zaman tersebut . Kayu-kayu kerangka istana yang terbakar ini di bawa menggunakan  kereta lembu manakala lantai-lantai masjid pula telah di potong dari cengal balak hutan Kerteh. Ini kerana ia lebih mudah di hanyutkan melalui laut berbanding dengan balak Kuala Berang yang terpaksa di bawa melalui sungai.

Beliau telah  menjadikan kawasan itu sebagai pondok pengajian ilmu Islam yang mendapat sambutan yang baik dari perbagai tempat. Di katakan ada juga orang dari Seberang(Indonesia), Patani dan Kota Bharu  yang belajar dengannya di situ.
HUBUNGAN DENGAN  SYEIKH WAN KADIR BUKIT BAYAS
Ada sumber yang menyebutkan bahawa Haji Kadir  mempunyai jadual  bermutaalaah dengan  Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas yang terkenal itu pada malam-malam jumaat tertentu bersama tiga orang sanak saudaranya yang alim-alim. Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas  memanggil Haji kadir dengan panggilan kemuncup kerana ketajaman pikiran dan kuat ingatannya. Pendapat ini menyokong bahawa wujudnya fakta yang menyebut bahawa mereka mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat juga sehingga ada yang berkata Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas adalah bapa saudara haji Kadir kampung masjid.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA

Menurut Haji Ali Bin Taib, oleh kerana ia seorang cucu yang yatim piatu, ia seringkali mendapat perhatian datuknya Haji Kadir itu. Ia pernah di bawa ke istana Sultan Sulaiman oleh Haji Kadir termasuk pada suatu hari untuk membincangkan tentang membuka Jalan Pusara. Haji Kadir membawa satu kitab kecil untuk berhujah bagi pihak yang tidak bersetuju di buka jalan tersebut kerana di bina di atas kubur. Walaupun Haji Ali berada di luar bangunan , ingatannya masih jelas bagaimana datuknya Haji Kadir itu bersungut kesal sewaktu perjalanan pulang .
MENOLAK JAWATAN QADHI
Dalam zaman Sultan Sulaiman , seorang budak raja( pegawai kerajaan) telah datang menemui Haji Kadir menyatakan bahawa kerajaan Terengganu menawarkan kepadanya jawatan qadhi. Tawaran ini di tolaknya dengan mengemukakan alasan kononya ia belum habis lagi belajar. Padahal pada waktu itu, ia sudah di akui sebagai tuan guru dalam mengendalikan pengajian pondok yang di pelajari oleh ratusan murid dari pelbagai pelusuk alam Melayu.  
Penolakan jawatan qadhi ini bolehlah member faham kepada kita kepada dua erti yang sangat penting iaitu :
1)      Dia seorang yang bersifat warak
2)      Wujudnya usaha yang di buat untuk memancing alim ulama tetapi pendirian beliau adalah memihak kepada penentang-penentang British. Ini kerana setelah British berjaya melantik J.R Hunrey sebagai Penasihat Pertama British di Terengganu di zaman Sultan Zainal Abidin, golongan agama telah berjaya di pecahkan melalui cara meletakkan jawatan Syeikhul Islam di bawah Pejabat Agama dan Pejabat Agama pula terletak di bawah Pejabat Menteri Besar. Sebelumnya Jawatan syeikhul Islam adalah jawatan tertinggi Kerajaan yang berperanan menasihati Sultan dalam segala hal. Jawatan Syeikhul Islam yang telah di pegang oleh Tok Ku Tuan Besar di warisi oleh anaknya Tok Ku Paloh. Kematian Tok Ku Paloh(Sayyid Abdul Rahman  El Edrus meninggal 1918) dan Sultan Zainal Abidin III (meninggal 1919) dalam waktu yang berdekatan memberi peluang kepada pihak British untuk berjaya di Terengganu. Tuan Embong, anak Tok Ku Paloh , yang memegang jawatan Syeikhul Islam menggantikan bapanya telah di pujuk oleh British untuk bersetuju berada di bawah Menteri Besar yang pada masa itu adalah Dato`  Ngah Mohammad. Penerimaannya itu membawa kepada kuasa Syeikhul Islam menjadi kecil kerana dasar British adalah memisahkan agama daripada pentadbiran. Penerimaan yang di buat oleh Tuan Embong ini tidak di persetujui oleh banyak pihak termasuk saudaranya ---yang mahu meneruskan perjuangan Tok Ku Paloh menentang British. Kefahaman Haji kadir terhadap permasaalahan yang di bawa oleh British , apatah lagi melalui hubungannya yang  lebih awal dengan keluarga tersebut menyebabkan ia menolak jawatan qadhi tersebut. Sejarah lisan juga menyebut, dia bukan sahaja menolak jawatan qadhi, malahan sekali dengan penolakan jawatan qadhi tersebut, ia turut menolak jawatan juru nikah yang telah lama di pegangnya.


ISTERI DAN ANAK

Mempunyai tiga atau empat orang orang isteri.Pertama di seberang takir dan memperolehi seorang anak lelaki yang bernama Mohamad faqeh. Ia mati kerana terjatuh dalam kolah masjid. Mohamad Faqeh mempunyai penyakit yang sama dengan Pak Ngah Ahmad iaitu matanya menjadi rabun menjelang tua. Semasa dalam isteri pertama inilah, Haji Abdul Kadir menyambung pelajarannya ke Mekah selama tujuh tahun.
Isteri keduanya adalah orang Kuala Ibai. Isteri Ketiganya adalah orang Alur Besar, Gong Gemia. Ada pendapat yang menyatakan mereka berdua ini adalah orang yang sama iaitu sebab perceraian ialah kerana  tidak memperolehi anak daripada perkahwinan ini.
Seorang lagi isterinya yang tidak dapat di ketahui secara terperinci meninggalkan seorang anak perempuan yang di panggil We Su Midah. Sebahagian keturunan We Su Midah ini berkembang di Muar, Johor kerana We Su Midah ini mengikuti kumpulan dikir Pahang(Selawat ) dalam tahun 50an ke Muar.
Isterinya yang terakhir ialah Umi Kelsom bte Wan Mahmud Patani. Isteri Wan Mahmud bernama Zainab adalah dari keluarga alim dan  kaya raya. Hasil perkahwinan dengan isteri terakhirnya Tok Som ini, ia memperolehi 6 orang anak. 1) Abdullah (Pak Den Da), 2) Pal De Ali Muar   3) Mak Cik Wook 4) Ahmad(Tok Ki Pak Ngah Amad,  5)Su Mak Pak Yeb, 6)Aishah(  Mak Chik Cah 
MENINGGAL  
Menurut Ustaz Ahmad Awang lagi,  Haji Kadir  telah meninggal lebih kurang 80 tahun yang lampau, sekitar tarikh kelahiran Ustaz mad Losong.
Arwah haji Ismail Bilal menceritakan bahawa datuknya Hj Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul tiga petang.dia sakit perut.perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah perut. hari ni tak mengaji quran sebab tok ki nak balik dah !
nak balik ke mana tok?
ke mana lagi? ke kubur la.

lalu ia berpesan supaya di panggil syed atau tok ku atau ayah ku. Berkemungkinan Tok Ku yang di maksudkan adalah Imam masjid Tok Ku, Tok Ku Tuan Hitam iaitu seorang kawan baiknya yang sudah di anggapnya semacam keluarga dalam hubungan kekeluargaan mereka yang panjang. Ia amat berharap sangat untuk bertemu tok ku tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada seorang yang pergi panggil tok ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur sepertinya juga.sebaik sahaja tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia terus memandang(meninggal)
Menurut Ayah Ngah mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya adalah tahun kelahiran Ustaz mat Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun 1930.  dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok tersebut telah mati dan kering.



HAJI IBRAHIM FU BIN MOHAMAD AL YUNANI DI TERENGGANU





IBRAHIM BIN MOHAMMAD AL YUNANI
Orang-orang Islam yang di sebut sebagai Cina  Yunan di Terengganu sebagaimana yang di sebut oleh Awang Goneng,seorang pengkaji sejarah  yang berpusat di England adalah di katakan bukanlah datang dari Yunan , sebaliknya dari Guang Dong. Kebanyakan mereka  adalah dari bangsa-bangsa telah telah lama Islam seperti Farsi, Arab dan Turki. Ini kerana nenek moyang mereka adalah tentera bantuan Kerajaan Abbasiyyah yang di hantar ke China untuk membantu pemerintah Islam di China memerangi musuh-musuhnya. Kerana mengenangkan jasa dan keberanian mereka, pemerintah Islam itu memberikan sebidang tanah yang sangat luas kepada tentera-tentera tersebut. Mereka berkahwin dengan gadis-gadis cina tempatan setelah keluarga gadis-gadis tersebut berjaya diislamkan.  Keturunan tentera-tentera Abbasiyyah ini digolongkan dari kalangan ethnic Han. Ethnik Han sangat terkenal dengan keteguhan mereka mempertahankan Islam dalam sejarah perjuangan Islam di China lebih-lebih lagi di zaman kezaliman Komunis. Dalam erti kata yang lain,mereka bolehlah di kira sebagai anak beranak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sahabt-sahabatnya termasuklah juga Hang Li Po.  In bererti hubungan keluarga Islam China Yunan  itu telah mempunyai hubungan kekeluarga yang panjang dengan Islam di Alam Melayu.  Sebahagian daripada mereka adalah berasal dari ahlil bait. Sebenarnya ia telah bermula semenjak zaman Merong Maha Wangsa
KELUAR DARI   GUANG DONG
Menurut catatan Awang Goneng dan pendetailan yang di buat oleh keluarga mereka yang terlibat, terdapat tujuh  pemuda muslim telah keluar dari Guang Dong sekitar tahun 1903 menaiki kapal menuju ke Sumatera dan akhirnya menetap di Terengganu. Mereka adalah Ali Musa Li, Ali Zhang Bin Idris, Abdullah Dong Bin Sulaiman, Daud Dong ,Hassan Liu Bin Salleh  Muhammad Yusuf Xiao Bin Salleh, Haji Ibrahim Fu Muhammad .
Pertama: Ali Bin Idris (Pak Ali Yunan), telah berkahwin dengan Halimah di Palembang. Ia bersama isteri dan mertuanya telah berhijrah ke Singapura.Di Singapura dia berbincang dengan Pak Lah Yunan (Abdullah Dong Bin Sulaiman) dan Musa (dari Guang Dhong) untuk datang ke Terengganu sebab Cheng Ho pernah mari datang ke Terengganu (Bukit Cerakah). Ikut serta Pak Lah ialah isterinya Khadijah, dan sahabatnya yang bernama Daud Dong

Di Terengganu, Ali menjual kitab dan herba. Di antara peninggalannya yang terkenal ialah minyak Pak ali yang terkenal di Terengganu. manakala Abdullah bin Sulaiman (Pak Lah Yunan) mencari emas di Kuala Berang tetapi gagal, akhirnya di hari-hari tuanya, beliau membuka kedai buku dibandar yang diteruskan oleh anak cucunya selepas beliau meninggal. Pak lah meninggal pada 1954 di Mekah –dari cucunya yahya bin Mohd Nor. Musa pula merawat medicine peddler dan Daud jeneral trader kedai payang.

Inilah senarai mereka yang tiba di Terengganu di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin iii (1881-1918) . manakala mereka yang datang pada zaman  Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1921-1942) ialah  Muhammad Yusuf Xiao Bin Salleh, Haji Ibrahim Fu Muhammad .
Di Terengganu, Ibrahim fu Muhammad sempat memiliki beberapa bidang tanah yang banyak terutama di sekitar kampung Hujung Gong. Kami masih belum memperolehi maklumat detail tentang pekerjaannya tetapi yang pastinya ialah ia memiliki tanah yang banyak di warisi oleh anak-anaknya.  



Isteri Ibrahim Mohammad adalah Aminah (tok Nah) berasal dari Acheh. Ibrahim Muhammad telah telah berada di Palembang dan tidak dapat di pastikan samada dia pergi ke Acheh atau tidak . Berkemungkinan mereka berkahwin di Singapura. Dan datang ke Terengganu selepas perkahwinan.   Dikalangan anak cucunya, ia lebih mudah di sebut sebagai Pak De Him .
Anak Ibrahin Fu Muhammad :
(1)    Long Esah tiada anak. (Berkahwin dengan—kemudian berkahwin pula dengan  Haji Ali Kg Kubu Marang .pada masa ini haji Ali Kg Kubu memondok  dengan haji kadir  )
(2)    Khadijah (Lijah)
(3)    Awang
(4)    Fatimah (mati semasa anak dara)
Anak Lijah adalah Chek (Wook): ini bererti Chek Wook adalah anak sedara Tok Ki Awang Pok Deham. Dia seorang sahaja sepupu mak hindum sebelah tok ki awang  . Chek Wood berkahwin dengan Mohamad Zain. anak Chek Wood ialah Ramlah .Zainun dan Mohamad zaki.  ramlah berkahwin dengan bilal ismail.   Haji Zainon isteri Cikgu Awang adalah cucu sedara Tok ki Awang Pok Deham

Awang ini mempunyai 5 isteri. Isteri pertamanya adalah orang Seberang takir.  Isteri ke empatnya orang sekitar Gelong Bilal atau kampung padang dan isteri terakhirnya ialah Su Aminah dan menetap di tanah pusaka  yang di beli oleh Ibrahim @ Aminah di panggil Hujung Gong, Kampung masjid Haji Kadir. Dengan isteri terdahulu ini, ia tidak mempunyai anak melainkan dengan Nani , ia memperolehi seorang anak perempuan yang di panggil Long.  Anak-anaknya dengan Su Aminah adalah Hindon dan Ahmad, Umi Kelsom dan Ibrahim.Dua yang pertama iaitu Hindon dan Ahmad menetap di sekitar Hujung Gong. Umi Kelsom telah menetap di Kampung Belukar jambu manakala Ibrahim menetap di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Di zaman mudanya, ia menjual getah. Kadang-kadang mengdayung kapal ke Siak kerana harga getah di siak waktu itu sangat tinggi. Ia mempunyai mak Saudara di Singapura di samping nenek sebelah ibunya di Acheh.  Di hari tuanya, ia mengajar mengaji Quran kepada beberapa kanak-kanak kampung Hujung Gong.

Menurut cerita anaknya Hindun binti Awang, Awang ini mempunyai sepupu di Batas Baru yang bernama mak ngah jah( Khadijah) tetapi tidak mempunyai zuriat. Seorang lagi sepupunya ialah di gong Tok nasek tetapi tidak dapat di kesan pada hari ini.







yang paling kiri adalah Awang bin Ibrahim Fu bin Mohamad  Al Yunani. .sebelahnya ialah Pak Su Haji manakala yang paling kecil adalah Senun.  gambar ini di ambil di sekitar tahun 1960. lokasi gambar adalah bangunan wad lama hospital besar Kuala Terengganu bangunan lama.
Awang Pak de Him ini meninggal tahun 1974. meninggalkan 4  anak iaitu Hendon, Ahmad , Umi Kelsom dan Ibrahim .

Ustaz Haji Ahmad Awang meninggal tahun 2014 dalam usia 67 tahun , tiga anaknya yang lain masih hidup