Sunday, September 27, 2015

SEJARAH BEBERAPA MASJID DAN SURAU DI TERENGGANU



SEJARAH BEBERAPA MASJID DAN SURAU DI TERENGGANU
 oleh el fesfanji

MASJID LAMA PULAU BABI
Dikatakan bahawa masjid lama Pulau Babi yang terletak di tepi sungai yang sekarang ini di sebutkan sebagai surau Kampung Masjid Lama Pulau Bahagia telah dibangunkan juga oleh keluarga Tok Pulau Manis yang  pada awal abad yang lalu. Asalnya ia adalah istana Sultan Umar di Kampung Kolam yang terbakar. Sejarah pembinaannya adalah sangat rapat dengan sejarah pembinaan masjid Kampung Masjid Haji Kadir Pasir Panjang kerana kedua-duanya di bina oleh keluarga yang sama. Menurut Haji Mansur Haji Ismail imam lama masjid tersebut,  dalam banjir  yang di panggil bah merah( 1924) kawasan sekitar masjid telah di naiki air sehingga menyebabkan seluruh penduduk kampung berpindah ke masjid tersebut. Masjid yang tinggi itu terselamat daripada banjir bah merah yang terkenal dalam sejarah terengganu . Namun begitu, tiangnya yang tinggi telah di potong dalam tahun 80an sehingga masjid yang tinggi itu telah menjadi surau kecil yang bertiang rendah.
Menurut Haji Mansur Haji Ismail masjid itu pernah di kendalikan oleh Tuan Khatib Mohd zain, selepas kematiannya di sambung pula oleh anaknya Khatib Ngah seterusnya di sambung oleh Awang Haji Abdullah Seterusnya di sambung oleh anak Awang yang bernama Haji Salleh selepas itu di sambung pula oleh Haji mansur bin haji Ismail. Awang bin Abdullah ini adalah Tok sepupu Haji Mansur. Haji mansur sewaktu saya mengambil cerita ini daripadanya pada 2 jun 2015 adalah berusia 73 tahun. Haji  Ali yang membina masjid ini mempunyai anak yang bernama Haji Nik. Haji Nik mengajar di Beladau Kolam dan Pulau babi. Haji Nik meninggal di Mekkah.

PASIR PANJANG
Sebelum di bina masjid di Kampung Masjid Haji Kadir di Pasir Panjang,pengasasnya  yang pulang dari pengajiannya selama tujuh tahun Mekah telah membuka surau pengajian secara pondok. Masjid itu di bina menggantikan surau yang telah terdapat di sebelahnya. Ia terbuat dari kayu-kayu istana Sultan Umar yang terbakar.  Sebagaimana yang di sebutkan bahawa di zaman Sultan Ahmad, istana peninggalan Sultan Umar di Kampung Kolam telah terbakar. Maka urusan penyerahan istana tersebut kepada rumah Allah telah di serahkan kepada Tuan Dalam (Ahli Lembaga Mesyuarat Negeri) .



Dalam pembinaan masjid tersebut, beliau di bantu oleh beberapa orang kampung yang lain termasuklah Hj Ali, bapa saudara isterinya sendiri,   Bilal Busu  atau Ishaq bin Lebai Abdullah al Fatani. Megat Dollah, pembesar istana yang berani dan gagah ,  Pak Su Haji , seorang kaya dan berharta pada zaman tersebut . Kayu-kayu kerangka istana yang terbakar ini di bawa menggunakan  kereta lembu manakala lantai-lantai masjid pula telah di potong dari cengal balak hutan Kerteh. Ini kerana ia lebih mudah di hanyutkan melalui laut berbanding dengan balak Kuala Berang yang terpaksa di bawa melalui sungai. Demikianlah keterangan yang di kutip oleh Mohamad sulong dari Pak Ali Gong Tanjung yang mengendalikan usaha tersebut.Beliau telah  berjaya menjadikan kawasan itu sebagai pondok pengajian ilmu Islam yang mendapat sambutan yang baik dari perbagai tempat. Kesemua tanah di hadapan masjid tersebut sehingga ke paya yang terletak di hadapan rumah Haji Ali bin Taib di penuhi oleh pondok pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai tempat. Menurut Haji Ali ini, menceritakan bahawa ada juga orang dari Seberang(Indonesia), Patani dan Kota Bharu  yang belajar dengannya di situ. 
Setelah kematian Haji Abdul kadir Haji Abdullah, masjid telah di kendalikan oleh anaknya Ahmad yang lebih di kenali dengan panggilan Tok Ki Pak Ngah Amad dan rakan-rakan seangkatan dengannya seperti Haji Ibrahim Dan Pak De Salleh. Zaman seterusnya menyaksikan sumbangan diantaranya oleh Khatib Taib, Haji Embung , Ustaz Ibrahim Ali , Haji Ngah , Ustaz Ahmad Awang dan sebagainya lagi.

KUALA IBAI
Oleh kerana Kuala Ibai merupakan satu tempat persinggahan yang penting pada zaman dahulu, ia seringkali di datangi oleh pelbagai manusia. Itulah sebabnya penduduk asal Kuala Ibai pada hari ini mempunyai himpunan cerita sejarah dari beberapa kumpulan manusia seperti Cina Islam Yunan, Patani, Bugis, acheh dan sebagainya lagi. Kumpulan yang datang dari Patani  sahajapun  ada berbagai peringkat zaman. Di antara yang saya dapat kesan adalah haji Idris dan Yusuf. Berkemungkinan Haji Idris datang sebelum Perang Sakothai manakala Yusuf pula datang selepas perang. Sebenarnya Yusuf ini adalah bapa saudara Haji Kadir Kampung Masjid Pasir Panjang. Beliau datang satu kapal bersama dengan Haji Abdullah Patani bapa Haji Kadir Kampung Masjid Pasir Panjang. Terlebih dahulu mereka mendarat di Pulau Babi sehinggalah Haji Abdullah berkahwin dengan hajjah Kelsom manakala Yusuf pula berpindah ke Kuala Ibai.  Setakat yang satu tahu ada satu surau tua di Kampung Tok Adis  yang di panggil pada zaman dahulu Surau Tok Mat Janggut.Tok mat janggut adalah berasal dari keluarga Patani tetapi tidak di ketahui samada dia dari keturunan Haji Idris atau Yusuf atau tidak.  Berkemungkinan ia ada kaiatan dengan Yusuf kerana menurut Ayang Long Surau Taman Purnama( 2015 berusia hampir 80an) , neneknya berkata bahawa datoknya itu mempunyai keluarga terdekat di Kampung Masjid Haji kadir. . Tok Mat Janggut ini di katakan meninggal di sekitar tahun 40an. 

Keluarga Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit bayas pula, sebahagiannya terutama dari sebelah anaknya yang di panggil Wan Su telah menetap di atas tanah kurniaan Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin kepada Syeikh Abdul Kadir. Mereka  telah membina surau yang di di panggil sebagai Surau Bawah Lembah. Sebahagian dari mereka mengeratkan semula hubungan dengan keluarga di Bukit Bayas melalui mengamalkan perkahwianan keluarga dekat seperti sepupu dan dua pupu. Surau tersebut sekarang di panggil Surau haji Abdullah Kudung. Ia terletak di Belakang maidin sekarang.

RUSILA DAN MARANG
Menurut Ayah Su Nukman Haji Awang, berdasarkan cerita lisan dari orang-orang tua Rusila, ada terdapat seorang yang di panggil sebagai Haji Mohammad Al Patani telah tiba ke Rusila  dengan perahu untuk mengajarkan agama. Berkemungkinan hal ini berlaku dizaman Sultan Mansur atau setidak-tidaknya adalah sebelum Patani kalah dalam Perang Sakhothai. Selang beberapa tahun selepas itu, datang pula Haji Abdul Rahman ke Rusila . Berkemungkinan mereka ada hubungan kekeluargaan atau sebagainya lagi di antara satu sama lain kerana  selepas itu, Haji Mohammad memberikan tumpuan untk berdakwah ke Marang kerana pengendalian dakwah di Rusila telah di serahkan kepada Haji Abdul Rahman. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah dari keturunan Haji Mohamad ini.
Di Pantai Seberang Marang ada terdapat satu surau lama yang pernah di jadikan masjid selama berpuluh atau ratus tahun sebelum terdapat masjid besar sekarang. Surau lama itu di panggil surau Lebai Isa atau Masjid Pantai Seberang Marang. Saya di fahamkan bahawa Lebai Isa yang di maksudkan ini adalah cucu Tok Pulau Manis dari sebelah anaknya Syeikh badruddin yang mewarisi Tariqah Satariyyah yang di bawa dari Cirebon itu. Lebai Isa ini juga adalah bapa kepada Tok Guru Haji Abdul Malik Pengasas Pondok Beladau. Tok Guru Haji Malik pernah berguru dengan Syeikh Dawud Al Patani dan guru-guru yang lain selama beberapa tahun di Masjidil Haram.  


BUKIT DEPU
Sebelum wujud surau Pak Teh Embong yang terletak di selekoh Bukit depu, telah terdapat surau yang asal terletak di tepi pengkalan ( dekat jambatan kecil hari ini). Surau tersebut telah di bina oleh Lebai Isa dari Patani.

BUKIT BAYAS
KAMPUNG LAUT