SEJARAH BEBERAPA MASJID DAN SURAU
DI TERENGGANU
oleh el fesfanji
MASJID LAMA PULAU BABI
Dikatakan bahawa masjid lama Pulau
Babi yang terletak di tepi sungai yang sekarang ini di sebutkan sebagai surau
Kampung Masjid Lama Pulau Bahagia telah dibangunkan juga oleh keluarga Tok
Pulau Manis yang pada awal abad yang
lalu. Asalnya ia adalah istana Sultan Umar di Kampung Kolam yang terbakar. Sejarah
pembinaannya adalah sangat rapat dengan sejarah pembinaan masjid Kampung Masjid
Haji Kadir Pasir Panjang kerana kedua-duanya di bina oleh keluarga yang sama. Menurut
Haji Mansur Haji Ismail imam lama masjid tersebut, dalam banjir
yang di panggil bah merah( 1924) kawasan sekitar masjid telah di naiki
air sehingga menyebabkan seluruh penduduk kampung berpindah ke masjid tersebut.
Masjid yang tinggi itu terselamat daripada banjir bah merah yang terkenal dalam
sejarah terengganu . Namun begitu, tiangnya yang tinggi telah di potong dalam
tahun 80an sehingga masjid yang tinggi itu telah menjadi surau kecil yang
bertiang rendah.
Menurut Haji Mansur Haji Ismail
masjid itu pernah di kendalikan oleh Tuan Khatib Mohd zain, selepas kematiannya
di sambung pula oleh anaknya Khatib Ngah seterusnya di sambung oleh Awang Haji
Abdullah Seterusnya di sambung oleh anak Awang yang bernama Haji Salleh selepas
itu di sambung pula oleh Haji mansur bin haji Ismail. Awang bin Abdullah ini
adalah Tok sepupu Haji Mansur. Haji mansur sewaktu saya mengambil cerita ini
daripadanya pada 2 jun 2015 adalah berusia 73 tahun. Haji Ali yang membina masjid ini mempunyai anak
yang bernama Haji Nik. Haji Nik mengajar di Beladau Kolam dan Pulau babi. Haji
Nik meninggal di Mekkah.
PASIR PANJANG
Sebelum di bina masjid di Kampung Masjid Haji Kadir di Pasir
Panjang,pengasasnya yang pulang dari
pengajiannya selama tujuh tahun Mekah telah membuka surau pengajian secara
pondok. Masjid itu di bina menggantikan surau yang telah terdapat di
sebelahnya. Ia terbuat dari kayu-kayu istana Sultan Umar yang terbakar. Sebagaimana yang di sebutkan bahawa di zaman
Sultan Ahmad, istana peninggalan Sultan Umar di Kampung Kolam telah terbakar.
Maka urusan penyerahan istana tersebut kepada rumah Allah telah di serahkan
kepada Tuan Dalam (Ahli Lembaga Mesyuarat Negeri) .
Dalam pembinaan masjid tersebut, beliau di bantu oleh
beberapa orang kampung yang lain termasuklah Hj Ali, bapa saudara isterinya
sendiri, Bilal Busu atau Ishaq bin Lebai Abdullah al Fatani.
Megat Dollah, pembesar istana yang berani dan gagah , Pak Su Haji , seorang kaya dan berharta pada
zaman tersebut . Kayu-kayu kerangka istana yang terbakar ini di bawa
menggunakan kereta lembu manakala
lantai-lantai masjid pula telah di potong dari cengal balak hutan Kerteh. Ini
kerana ia lebih mudah di hanyutkan melalui laut berbanding dengan balak Kuala
Berang yang terpaksa di bawa melalui sungai. Demikianlah keterangan yang di
kutip oleh Mohamad sulong dari Pak Ali Gong Tanjung yang mengendalikan usaha
tersebut.Beliau telah berjaya menjadikan
kawasan itu sebagai pondok pengajian ilmu Islam yang mendapat sambutan yang
baik dari perbagai tempat. Kesemua tanah di hadapan masjid tersebut sehingga ke
paya yang terletak di hadapan rumah Haji Ali bin Taib di penuhi oleh pondok
pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai tempat. Menurut Haji Ali ini,
menceritakan bahawa ada juga orang dari Seberang(Indonesia), Patani dan Kota
Bharu yang belajar dengannya di
situ.
Setelah kematian Haji Abdul kadir Haji Abdullah, masjid telah
di kendalikan oleh anaknya Ahmad yang lebih di kenali dengan panggilan Tok Ki
Pak Ngah Amad dan rakan-rakan seangkatan dengannya seperti Haji Ibrahim Dan Pak
De Salleh. Zaman seterusnya menyaksikan sumbangan diantaranya oleh Khatib Taib,
Haji Embung , Ustaz Ibrahim Ali , Haji Ngah , Ustaz Ahmad Awang dan sebagainya
lagi.
KUALA IBAI
Oleh kerana Kuala Ibai merupakan
satu tempat persinggahan yang penting pada zaman dahulu, ia seringkali di
datangi oleh pelbagai manusia. Itulah sebabnya penduduk asal Kuala Ibai pada
hari ini mempunyai himpunan cerita sejarah dari beberapa kumpulan manusia
seperti Cina Islam Yunan, Patani, Bugis, acheh dan sebagainya lagi. Kumpulan
yang datang dari Patani sahajapun ada berbagai peringkat zaman. Di antara yang
saya dapat kesan adalah haji Idris dan Yusuf. Berkemungkinan Haji Idris datang
sebelum Perang Sakothai manakala Yusuf pula datang selepas perang. Sebenarnya
Yusuf ini adalah bapa saudara Haji Kadir Kampung Masjid Pasir Panjang. Beliau
datang satu kapal bersama dengan Haji Abdullah Patani bapa Haji Kadir Kampung
Masjid Pasir Panjang. Terlebih dahulu mereka mendarat di Pulau Babi sehinggalah
Haji Abdullah berkahwin dengan hajjah Kelsom manakala Yusuf pula berpindah ke
Kuala Ibai. Setakat yang satu tahu ada
satu surau tua di Kampung Tok Adis yang
di panggil pada zaman dahulu Surau Tok Mat Janggut.Tok mat janggut adalah
berasal dari keluarga Patani tetapi tidak di ketahui samada dia dari keturunan
Haji Idris atau Yusuf atau tidak.
Berkemungkinan ia ada kaiatan dengan Yusuf kerana menurut Ayang Long
Surau Taman Purnama( 2015 berusia hampir 80an) , neneknya berkata bahawa
datoknya itu mempunyai keluarga terdekat di Kampung Masjid Haji kadir. . Tok
Mat Janggut ini di katakan meninggal di sekitar tahun 40an.
Keluarga Syeikh Wan Abdul Kadir
Bukit bayas pula, sebahagiannya terutama dari sebelah anaknya yang di panggil
Wan Su telah menetap di atas tanah kurniaan Sultan Omar dan Sultan Zainal
Abidin kepada Syeikh Abdul Kadir. Mereka telah membina surau yang di di panggil sebagai
Surau Bawah Lembah. Sebahagian dari mereka mengeratkan semula hubungan dengan
keluarga di Bukit Bayas melalui mengamalkan perkahwianan keluarga dekat seperti
sepupu dan dua pupu. Surau tersebut sekarang di panggil Surau haji Abdullah
Kudung. Ia terletak di Belakang maidin sekarang.
RUSILA DAN MARANG
Menurut Ayah Su Nukman Haji Awang,
berdasarkan cerita lisan dari orang-orang tua Rusila, ada terdapat seorang yang
di panggil sebagai Haji Mohammad Al Patani telah tiba ke Rusila dengan perahu untuk mengajarkan agama.
Berkemungkinan hal ini berlaku dizaman Sultan Mansur atau setidak-tidaknya
adalah sebelum Patani kalah dalam Perang Sakhothai. Selang beberapa tahun
selepas itu, datang pula Haji Abdul Rahman ke Rusila . Berkemungkinan mereka
ada hubungan kekeluargaan atau sebagainya lagi di antara satu sama lain
kerana selepas itu, Haji Mohammad
memberikan tumpuan untk berdakwah ke Marang kerana pengendalian dakwah di
Rusila telah di serahkan kepada Haji Abdul Rahman. Datuk Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang adalah dari keturunan Haji Mohamad ini.
Di Pantai Seberang Marang ada
terdapat satu surau lama yang pernah di jadikan masjid selama berpuluh atau
ratus tahun sebelum terdapat masjid besar sekarang. Surau lama itu di panggil
surau Lebai Isa atau Masjid Pantai Seberang Marang. Saya di fahamkan bahawa Lebai
Isa yang di maksudkan ini adalah cucu Tok Pulau Manis dari sebelah anaknya
Syeikh badruddin yang mewarisi Tariqah Satariyyah yang di bawa dari Cirebon
itu. Lebai Isa ini juga adalah bapa kepada Tok Guru Haji Abdul Malik Pengasas
Pondok Beladau. Tok Guru Haji Malik pernah berguru dengan Syeikh Dawud Al
Patani dan guru-guru yang lain selama beberapa tahun di Masjidil Haram.
BUKIT DEPU
Sebelum wujud surau Pak Teh Embong
yang terletak di selekoh Bukit depu, telah terdapat surau yang asal terletak di
tepi pengkalan ( dekat jambatan kecil hari ini). Surau tersebut telah di bina
oleh Lebai Isa dari Patani.
BUKIT BAYAS
KAMPUNG LAUT
No comments:
Post a Comment