RANTING KELUARGA
PENENTANG BRITISH DI PANTAI TIMUR MENJELASKAN BAHAWA MOYANG-MOYANG ADALAH
PENGAMAL TARIKAT
oleh Hanafi Rahman El Fesfanji
Dalam sejarah penentangan terhadap British Di Pahang,
sebahagian mereka yang di sifatkan oleh
British sebagai pemberontak telah menjadikan Terengganu sebagai tempat
persembunyian mereka iaitu Tok Gajah dan
anaknya Mat Kilau di Kuala berang. Beberapa anak Tok Gajah berkembang di
Terengganu, demikianlah anak-anak Mat
Kilau juga. Seorang cicit mat Kilau dari sebelah anaknya yang di ajak bersama
balik ke Pulau air tawar ( Kalau tak Silap aki Sehak) , Kak
Chik Hajah ( seorang Jamaah masjid Ansar AU2 Datuk Keramat Kuala Lumpur berusia lebih kurang 65 tahun , tidak
mahu namanya di sebut ) ada menjelaskan bahawa keluarganya dari sebelah orang
tuanya tiada lagi yang menetap di
kampung asal ,sebahagian nya menetap di
Kuala Lumpur. Sedikit sahaja keluarga
aki sahak yang kekal di kampung tersebut.
Selain di Terengganu, terdapat ramai juga keluarga Dato
Bahaman yang berpecah ke Aceh dan Merbok Kedai.ini kerana
mereka bersembunyi dengan menumpang
keluarga masing-masing yang di sana,
selepas satu dua generasi, kerana zaman sudah berubah, sebahagian yang di
Merbok balik semula ke Pahang iaitu di
Kuantan dan ada yang berkahwin dengan orang Terengganu dan bertemu semula dengan dua dan tiga pupu yang dari umbi dato bahaman itu. Diantaranya ialah seorang yang berkahwin dengan perempuan Losong dan menetap di
Losong. Di antara mereka ialah yang di
panggil dengan panggilan Pak Su Losong.( guru agama yang semenjak pulang dari
Universiti al Azhar ini banyak mengkaji
tentang hubungan asal usulnya dengan tarikat menjelaskan hal ini nyata
sekali tidak dapat di sangkal lagi. ) Beliau tidak mahu namanya di sebut). Pak
Su menceritakan bahawa Dato Bahaman dan rakan-rakannya yang menentang British
sebenarnya adalah kumpulan zikir yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
ulama dan ahli tariqat Pahang pada waktu itu. Hubungan mereka dengan ulama Terengganu
sebenarnya menjelaskan hubungan tariqat antara mereka tetapi hal ini telah di
sembunyikan. Sebenarnya lagi sultan
Pahang waktu itu Sultan Ahmad adalah mertua Sultan Terengganu. malahan sultan Terengganu Pahang adalah dari Tun
habib Padang saujana . Hubungan tariqah dengan istana kuat pada waktu itu. Di antara amalan yang banyak diamalkan oleh mereka yang juga di katakana di amalkan
oleh guru mereka Tok Ku Paloh ialah zikir nafas Allah Hu
Haji Abdul rahman Limbung pula , yang mana Bapanya berasal
dari Patani manakala ibunya pula berketurunan
pembesar johor Riau yang membantu Sultan zainal abidin 1 membuka negeri
Terengganu pula, ranting-rantingnya
berkembang di Beladau terus menjalar terutamanya melalui jalan sungai ke
sekitar Pulau Musang dan Pulau rusa juga membayangkan hal yang sama. Malangnya sebahagian tidak mahu nama mereka di sebut di sini. Mak de Mah (Normah binti chik isteri arwah
Ustaz Ahmad awang ) menjelaskan Haji Salleh Minyak Ubat anak haji Abdul rahman
Limbung terkenal dengan pengajian zikir di kalangan anak-anak muridnya. Ilmu
minyak ubat di warisi kepada anaknya Che
Lah Keramat Pulau Musang
No comments:
Post a Comment