15 nov 2015 Sabtu, saya telah pergi ke Pulau Besar untuk berehat di sana.
Gua Yunus di Pulau Besar –menurut cerita yang saya perolehi ialah seorang pendakwah terkenal bernama Patih
Yunus seorang pemerintah Bantam dengan seramai
lebih kurang 1500 murid-muridnya telah berkumpul dan bersuluk di situ selama
beberapa bulan sebelum bertempur dengan Portogis. Akhirnya berlangsung perang yang dasyhat selama tujuh bulan dan Portogis
hampir-hampir tewas. Tetapi di sebabkan khianat dan belot beberapa pembesar
yang tewas dengan janji pangkat dan kekayaan,
mereka tewas dan sebahagian besar nya terbunuh.
Sultan Al Arifin syeikh Ismail adalah menantu Syeikh
Thanauddin yang di panggil Adi Putera (guru Hang Tuah). Mereka telah membangunkan Pulau tersebut sehingga
menjadi pusat Islam utama pada zaman tersebut. Diantara aktiviti terpenting di
lakukan ialah pusat suluk kepada pejuang menentang portogis.
Jalan dakwah yang mereka pilih adalah melalui jalan
perubatan.
Kubur Adi Putera ada juga terdapat di situ.
No comments:
Post a Comment