Monday, September 17, 2018

pantai barat semangat manakala pantai timur pentingkan kesedaran ( pertengahan awal kurun 20)


Di peringkat awal gerakan kemerdekaan bergerak boleh dikatakan ulamak-ulamak di Terengganu semacam tidak bersama dengan gerakan tersebut perjumpaan perjumpaan yang awal cari oleh ulama-ulama daripada Terengganu Walaupun perjumpaan tersebut dihadiri oleh ulama daripada Perak Penang Selangor Johor dan sebagainya lagi ini kerana ulama-ulama di pantai barat sifat kecenderungannya kepada kaum muda lebih tinggi berbanding dengan di pantai timur bukan sahaja di Terengganu malahan juga di Kelantan gerakan kemerdekaan dunia semacam tidak memperolehi baja


Namun begitu sekiranya kita memerhatikan dengan teliti kita akan dapat menyedari bahawa terdapat Sedikit sebanyak nya perbezaan ini adalah berpunca daripada aliran pembawaan di pantai timur aliran pergerakannya lebih berbentuk kesedaran berbanding dengan gerakan kemerdekaan di pantai barat lebih berbentuk semangat dan protes. Gerakan yang lebih radikal dan bersemangat ini menguasai madrasah-

Madrasah di pantai barat boleh dikatakan sebagai mempunyai hubungan dengan Madrasah al-masyhur Iya yang ditubuhkan oleh Said Sheikh Ali Al Hadi beliau yang mempunyai pendidikan daripada al-azhar Mesir meneruskan hubungan langsung dengan pasi dengan institusi  tersebut yang dikendalikan oleh al-imam Muhammad bodoh manakala di pantai timur pula hubungan adik dan pengajiannya lebih menghala ke arah Mekah r

haji Kadir Pasir Panjang Menolak Jawatan Qadhi










Masjid  Sultan Muhammad  yang dipanggil sebagai masjid Raja Bukit Besar  adalah di antara masjid masjid yang awal sekitar kawasan ini.  tetapi sebelum masjid itu dibina, Masjid Haji Kadir sudah berperanan  bukan sahaja sebagai tempat solat fardhu dan berjumaat, malahan juga menjadi pusat pengajian  Islam rendah dan menengah- pelajar daripada pelbagai tempat telah datang ke masjid tersebut. pada waktu itu -  sebelum kedatangan penjajah British, hubungan ulama dengan Raja sangat akrab. Tuan Guru Haji Kadir Masjid Haji Kadir ,  melalui hubungannya dengan keluarga Tokku Paloh, memiliki satu hubungan dengan istana di zaman Sultan Zainal Abidin III dan Sultan Muhammad. . wujudnya  hubungan ini banyak dibantu oleh keluarga Tokku Paloh,

Bukan sahaja  Tok Ku Paloh dan  adiknya Tokku Tuan Dalam   sudah menjadi seperti bapa angkat kepada Tok guru Haji Kadir malahan sehinggalah    kedua-duanya berjaya membantunya memperolehi istana Sultan Omar yang terbakar untuk  di jadikan masjid pengajian pondok , Pada waktu itu, sebahagian besar penduduk Pasir Panjang,  sebahagian Bukit Besar, gong gemia, Kampung Pak Maseh, Kampung Nibong, bukit depu, Bukit Jenal, Gong Penaga   berjumaat di masjid Haji Kadir.

malahan  dikatakan tuan  Guru Haji Kadir manjadi salah seorang  yang membantu pembentukan perlembagaan Terengganu “ Itqanul Muluk Fi Tahsinus suluk  di belakang Tok Ku Paloh dan Tok Ku tuan Dalam yang mana kedua-duanya pada masa itu adalah ahli lembaga mesyuarat kerajaan Terengganu..


namun begitu,  perlantikan J.L Humphrey sebagai penasihat  British di Terengganu telah mencetuskan perpecahan dikalangan ulama.  Ada yang mahu menolak sepenuhnya dan ada yang mahu bermain tarik tali dengan Brotish kerana British telah menguasai Sultan sedangkan Tanggungjawab ulama  adalah menasihati Sultan dengan penuh bersabar sebagai menyambung tugas dakwah yang telah dilakukan oleh nenek moyang pendakwah-pendakwah terdahulu yang terdiri daripada luluran Maulana Hussein jamadil kubra.


berkata yang empunya cerita bahawa Haji Kadir pada mulanya diamanahkan untuk menjadi orang tengah  perbincangan di antara 2 kumpulan yang sudah mula menunjukkan bibit-bibit perpecahan itu, tetapi disebabkan  oleh perkembangan- perkembangan terbaru yang pada waktu itu menunjukkan British semakin berpengaruh, , Haji Kadir  mengambil langkah warak dan berhati-hati terhadap British.

Setelah JL Humprey  mengubah sistem pentadbiran Terengganu dengan mencipta  jawatan Menteri Besar yang diletakkan di bawah kuasa penasihat british,   di bawah Menteri Besar pula meletakkan Majlis Agama.

selepas kematian Tok Ku Paloh,  yang menggantikan jawatan beliau  selaku Syeikhul Islam kerajaan Terengganu adalah anak beliau yang dipanggil Tuan Embong ( Syed Abu Bakar). beliau tidak bersikap keras  meninggalkan istana sebaliknya . beliau mengambil sikap untuk bersabar dalam memelihara Sultan agar Sultan tidaklah dikuasai sepenuhnya oleh JL Humprey. .  penasihat british ini telah melantik Haji Ngah Ibrahim anak Tok mata-mata yang berasal dari kampung Tualang menjadi Menteri Besar manakala Tuan Embong Syeikhul l Islam telah diturunkan jawatannya  di pejabat agama selaku mufti Terengganu.


dalam perancangan jangka panjang untuk  memperkemas kini kan semula sistem pentadbiran dan pengurusan agama  di Terengganu , Haji Ngah Ibrahim berbincang dengan tuan embung untuk mewujudkan beberapa   jawatan baru termasuk Jawatan qadhi yang pada masa itu peranan jawatan tersebut adalah lebih besar  daripada ketua pegawai daerah hari ini.

hubungan  akrab antara Tok Guru Haji Kadir  dengan tuan Embong Syeikhul Islam anak Tok Ku Paloh  telah berlarsung selama beberapa dekad iaitulah semenjak mereka masih kanak-kanak lsepermaianan lagi.  Tuan EWmbong telah beberapa kali memujuk Haji Kadir untuk menerima amanah jawatan tersebut, sebagai suatu usaha  membina masyarakat cara baru- yang memerlukan kebijaksanaan yang lebih besar dan kesabaran yang lebih tinggi tetapi kerana bimbang  ia dan anak cucunya akan terikat dengan British, apatah lagi Haji Abdul Rahman Limbong telah berkali-kali berkata haram bpekerja makan gaji dengan British,    Tok Guru Haji Kadir menolak tawaran tersebut. dengan penolakan nya, tuan Embong mencari lagi seorang sahabatnya yang lain pula. Maka dengan itulah, sejarah telah mencatatkan  bahawa Qadhi pertama Terengganu ialah Che Umar (1922- 27)
menurut cerita yang empunya cerita lagi Tok Guru Haji Kadir test saja menolak tawaran qadhi malahan juga melepaskan amanah jurunikah yang telah lama dipikulnya. B beliau telah menyerahkan amanah jurunikah Itu Kepada Haji Ali seterusnya Haji Ali kemudian hari nya  menyerahkan pula kepada anaknya Haji Ibrahim


di antara  perbincangan  lain Haji Ngah Ibrahim dengan Tuan Eombong  pada waktu itu yalah pembentukkan Madrasah Sultan Zainal Abidin(1922)



BERSAMBUNG INSHA ALLAH