Masjid Sultan Muhammad yang dipanggil sebagai masjid Raja Bukit Besar adalah di antara masjid masjid yang awal sekitar kawasan ini. tetapi sebelum masjid itu dibina, Masjid Haji Kadir sudah berperanan bukan sahaja sebagai tempat solat fardhu dan berjumaat, malahan juga menjadi pusat pengajian Islam rendah dan menengah- pelajar daripada pelbagai tempat telah datang ke masjid tersebut. pada waktu itu - sebelum kedatangan penjajah British, hubungan ulama dengan Raja sangat akrab. Tuan Guru Haji Kadir Masjid Haji Kadir , melalui hubungannya dengan keluarga Tokku Paloh, memiliki satu hubungan dengan istana di zaman Sultan Zainal Abidin III dan Sultan Muhammad. . wujudnya hubungan ini banyak dibantu oleh keluarga Tokku Paloh,
Bukan sahaja Tok Ku Paloh dan adiknya Tokku Tuan Dalam sudah menjadi seperti bapa angkat kepada Tok guru Haji Kadir malahan sehinggalah kedua-duanya berjaya membantunya memperolehi istana Sultan Omar yang terbakar untuk di jadikan masjid pengajian pondok , Pada waktu itu, sebahagian besar penduduk Pasir Panjang, sebahagian Bukit Besar, gong gemia, Kampung Pak Maseh, Kampung Nibong, bukit depu, Bukit Jenal, Gong Penaga berjumaat di masjid Haji Kadir.
malahan dikatakan tuan Guru Haji Kadir manjadi salah seorang yang membantu pembentukan perlembagaan Terengganu “ Itqanul Muluk Fi Tahsinus suluk di belakang Tok Ku Paloh dan Tok Ku tuan Dalam yang mana kedua-duanya pada masa itu adalah ahli lembaga mesyuarat kerajaan Terengganu..
namun begitu, perlantikan J.L Humphrey sebagai penasihat British di Terengganu telah mencetuskan perpecahan dikalangan ulama. Ada yang mahu menolak sepenuhnya dan ada yang mahu bermain tarik tali dengan Brotish kerana British telah menguasai Sultan sedangkan Tanggungjawab ulama adalah menasihati Sultan dengan penuh bersabar sebagai menyambung tugas dakwah yang telah dilakukan oleh nenek moyang pendakwah-pendakwah terdahulu yang terdiri daripada luluran Maulana Hussein jamadil kubra.
berkata yang empunya cerita bahawa Haji Kadir pada mulanya diamanahkan untuk menjadi orang tengah perbincangan di antara 2 kumpulan yang sudah mula menunjukkan bibit-bibit perpecahan itu, tetapi disebabkan oleh perkembangan- perkembangan terbaru yang pada waktu itu menunjukkan British semakin berpengaruh, , Haji Kadir mengambil langkah warak dan berhati-hati terhadap British.
Setelah JL Humprey mengubah sistem pentadbiran Terengganu dengan mencipta jawatan Menteri Besar yang diletakkan di bawah kuasa penasihat british, di bawah Menteri Besar pula meletakkan Majlis Agama.
selepas kematian Tok Ku Paloh, yang menggantikan jawatan beliau selaku Syeikhul Islam kerajaan Terengganu adalah anak beliau yang dipanggil Tuan Embong ( Syed Abu Bakar). beliau tidak bersikap keras meninggalkan istana sebaliknya . beliau mengambil sikap untuk bersabar dalam memelihara Sultan agar Sultan tidaklah dikuasai sepenuhnya oleh JL Humprey. . penasihat british ini telah melantik Haji Ngah Ibrahim anak Tok mata-mata yang berasal dari kampung Tualang menjadi Menteri Besar manakala Tuan Embong Syeikhul l Islam telah diturunkan jawatannya di pejabat agama selaku mufti Terengganu.
dalam perancangan jangka panjang untuk memperkemas kini kan semula sistem pentadbiran dan pengurusan agama di Terengganu , Haji Ngah Ibrahim berbincang dengan tuan embung untuk mewujudkan beberapa jawatan baru termasuk Jawatan qadhi yang pada masa itu peranan jawatan tersebut adalah lebih besar daripada ketua pegawai daerah hari ini.
hubungan akrab antara Tok Guru Haji Kadir dengan tuan Embong Syeikhul Islam anak Tok Ku Paloh telah berlarsung selama beberapa dekad iaitulah semenjak mereka masih kanak-kanak lsepermaianan lagi. Tuan EWmbong telah beberapa kali memujuk Haji Kadir untuk menerima amanah jawatan tersebut, sebagai suatu usaha membina masyarakat cara baru- yang memerlukan kebijaksanaan yang lebih besar dan kesabaran yang lebih tinggi tetapi kerana bimbang ia dan anak cucunya akan terikat dengan British, apatah lagi Haji Abdul Rahman Limbong telah berkali-kali berkata haram bpekerja makan gaji dengan British, Tok Guru Haji Kadir menolak tawaran tersebut. dengan penolakan nya, tuan Embong mencari lagi seorang sahabatnya yang lain pula. Maka dengan itulah, sejarah telah mencatatkan bahawa Qadhi pertama Terengganu ialah Che Umar (1922- 27)
menurut cerita yang empunya cerita lagi Tok Guru Haji Kadir test saja menolak tawaran qadhi malahan juga melepaskan amanah jurunikah yang telah lama dipikulnya. B beliau telah menyerahkan amanah jurunikah Itu Kepada Haji Ali seterusnya Haji Ali kemudian hari nya menyerahkan pula kepada anaknya Haji Ibrahim
di antara perbincangan lain Haji Ngah Ibrahim dengan Tuan Eombong pada waktu itu yalah pembentukkan Madrasah Sultan Zainal Abidin(1922)
BERSAMBUNG INSHA ALLAH
No comments:
Post a Comment