Wednesday, August 29, 2018



Sebagaimana yang kita semua telah ketahui bahawa
 cawangan pas yang pertama dibuka di Terengganu  adalah
di Dungun oleh tuan guru Haji Zainal Abidin. beliau yang lebih
dikenali dengan panggilan tok  guru Haji Bidin telah belajar
pondok di Kelantan. bilamana ditugaskan kepada Datuk Asri dan---
untuk mengembangkan sayap pas di pantai timur,  Datuk Asri berjaya
membuka cawangan pertama di Pasir Putih seterusnya ke beberapa
tempat yang lain hinggalah tiba ke pondok yang dipelajari oleh tuan guru
Haji Zainal Abidin.


setelah cawangan pas  di Dungun dibuka, dia menyeru kaum keluarganya
untuk menyertai pas

UMNO pula dibawa ke Terengganu oleh Datuk Kamaruddin bin Penghulu Idris,
 Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Inggeris.
beliau telah berjaya memikat datuk Ibrahim Fikri untuk menyertai UMNO.  
aktivitis sekolah Sultan Zainal Abidin tersebut telah menunjukkan minat nya
untuk bersama nya setelah melihat beberapa orang daripada rakan-rakannya
di dalam Kesatuan Melayu Muda telah ditangkap dan diseksa oleh Inggeris


No comments:

Post a Comment