Wednesday, August 29, 2018

perbezaan aliran patani dan jawa-sumatra

Boleh dikatakan  hampir sebahagian besar orang-orang Melayu yang telah beberapa generasi
menetap di Malaysia pada hari ini rata-ratanya datang sama ada dari Patani Sumatera atau Jawa
kebanyakan mereka ini yang datang dari Patani adalah setelah Pattani jatuh ketangan tentera
buddha sukhothai manakala yang datang dari Jawa dan Sumatera pula adalah bekas bekas perajurit
yang menyokong Deponegaro dan Imam Bonjol.

 aliran yang datang dari Patani lebih cenderong untuk mengambil pendirian menentang British
manakala yang datang dari Jawa dan Sumatera pula lebih berminat kepada pendekatan untuk
bersama dengan British. ini kerana mereka merasakan penjajahan Belanda sangatlah keras dan
muslim kalau dibandingkan dengan penjajahan British. mereka berpendapat untuk menentang
Belanda yang mereka akan hadapi semula setelah kembali ke Jawa atau Sumatera kelak,
mereka memerlukan kepada kemahiran kemahiran dari Barat untuk berhadapan dengan penjajahan
Belanda yang juga adalah merupakan kuasa barat.itulah sebabnya mereka berpebdapat perlunya
menyedut kepandaian dari inggeris

yang aliran dari Petani pula mengambil sikap untuk menentang British kerana mereka merasakan
British telah menipu mereka.  British telah membuat suatu ikatan perjanjian dan persefahaman
dengan siam Buddha Dalam satu perkara yang Siam tiada mempunyai kuasa langsung tentang
perkara tersebut.  iaitulah Siam telah menyerahkan Terengganu Kelantan dan Kedah kepada British
padahal ketiga-tiga negeri ini tidak pernah tunduk dibawah naungan Siam.

satu faktor lain yang mungkin menambahkan sebab perbezaan aliran patani dan jawa Sumatera
adalah dikeranakan oleh aliran  Pattani mempunyai kecenderungan yang lebih kuat kepada syariat
secara zahir menjadikan mereka berpolitik satu lapis berbanding cara jawa sumatera yang lebih
berpolitik tarik tali dengan musuh







a

No comments:

Post a Comment