Al USTAZ MOHAMAD FUAD HASSAN (YANG MENUBUHKAN PARTI PAS) SEBAHAGIAN HIDUPNYA ADALAH DI SEKOLAH ARAB BUKIT JAMBOL( dekat sekolah grammar sekarang)
menurut Dato Md Noor Menceritakan bahawa Anak muda bernama Ustaz Mohamad Fuad Hasan ini adalah anak
angkat Syeikh Mohmad Amin yang menjadi mudir sekolah Arab di Bukit Jambol,
dekat sekolah grammar. Sebelum itu,iaitu pada tahun 1925, sekolah tersebut
telah menumpang di sekolah Melayu Paya Bunga. Mudir pertama sekolah agama ini
ialah Syeikh Ahmad Mohamad Noor Al Fatani Al Makki, manakala yang keduanya
adalah Syeikh Haji Abdul Rahman Daud Al Makki. Sekolah
agama ini di bentuk sebagai satu respon terhadap pembentukan sekolah British
Sultan Sulaiman school yang bertempat di dalam sebuah balai dalam istana Muziah
tahun 1920. Sekolah agama ini di bangunkan dengan usaha Datuk Seri Amar Di
Raja, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pendidikan dengan derma dan sumbangan
serta sokongan orang ramai. walaupun sekolah ini tidak di senangi oleh penasihat British , tetapi mendapat restu daripada Sultan sendiri. Dikatakan permohonan jawatankuasa sebanyak RM200 telah di pohon kepada pegawai British sebagai bantuan kepada
sekolah tersebut ,tetapi RM100 sahaja yang di luluskan.
Pada tahun 1932, sekolah tersebut di pindahkan ke Ladang dan
kemudiannya di namakan Madrasah Sultan Zainal abiding Ladang
kemudian di buka bahagian Thanawi di Batu Buruk . di sekolah ini lah munculnya ramai penggerak KMM ( termasuk Ibrahim Fikri ) dan bahagian agama nya yang di sebut sebagai MATA yang peringkat pusatnya adalah di pimpin oleh Ustaz Burhanuddin El Helmi . mereka menjadi pemimpin masyarakat dalam pelbagai bidang dan lapangan
Di kemudian harinya, Setelah KMMdan KPMM termasuk MATA mengalami nasib malang, Hizbul Muslimin di tubuhkan oleh Us Abu Bakar Al Baqer di Gunung Semanggol, Haji Awang Abdul rahman Rusila( ayah Tuan Guru Haji hadi ) membuka cawangan hisbul muslimin berpusat di kg Tanjung

Di bukit Jambol ini, , Mohamad Fuad
Hassan yang berasal dari Penang( Al Masyhur Syed Syeikh Al Hadi Dan tahir
Jalaluddin mempunyai rakan-rakan jamaah yang membincangkan tentang pergerakan
yang perlu di buat bersama dengan mereka yang minat dengan pembaharuan umat.
Dia juga di kira rapat semacam anak angkat kepada Syeikh Saed Al
Yamani, ayah Hassan Yamani pengerusi OPEC (MInyak Arab Saudi) . Syeikh Saed Al yamani ini pernah menjadi mufti Terengganu beberapa lama.
berkemungkinan Ahmad Fuad Hassan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas kekalahan Jepun. Di Kuala Lumpur Dato` Onn melantik Ahmad Fuad menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan setelah Malayan Union Berjaya di gagalkan.

akhirnya beliau membantu lagi datuk Onn dengan memegang sayap agama dalam umno . dalam tahun 1951, akibat desakan yang kuat dari golongan agama, beliau menubuhkan pertubuhan Islam malaya yang akhirnya menjadi PAS . ini kerana mereka melihat UMNO adalah anak didik British yang tidak boleh di harapkan lagi apatah lagi selepas Tengku mahu menjadikan duit loteri sebagai sebahagian daripada dana kepada umno.
dengan hubungan yang terjalin dengan tokoh-tokoh dari Mekah dan Yaman ini, nyatalah bahawa Terengganu,gerakan awal nasionalis islam di pimpin oleh kaum tua yang reformis. Mereka datang daripada aliran yang bertalian terus dari Syeikh Mat bin Ismail Saghir pengarang kitab Matlaul Badrain yang di lahirkan di Duyung itu.
aliran inilah juga yang berada di masjid putih dan madrasah Sultan zainal abidin pada zaman itu. maka pergerakannya adalah matang , bijaksana dan tidak terlampau agresif.
di Zainal Abidin, mudir di zaman yang kemudian adalah Syeikh Mahmud Rafe` daripada Iraq , di waktu itulah datangnya Haji Zabidi Ali ( YB PAS Permatang Pauh 1978) berkhidmat mungkin sekitar 40 tahun di Trg . Haji zabidi Ali mempunyai murid yang ramai termasuk Tuan Guru Haji hadi.
menurut Dato Mat Noor ini, Syeikh Mohamad Amin Mudir di Bukit Jambol ini adalah dari Yaman

No comments:
Post a Comment