Sunday, June 7, 2015

HAJI ALI PULAU BABI KELUARGA HAJI SALLEH



KELUARGA HAJI SALEH PULAU BABI

haji mansur bin haji ismail imam tua masjid lama kg masjid pulau bahagia mengakui bahawa   haji kadir mempunyai keluarga yang ramai di pulau babi iaitu dari sebelah ibu hj kadir 

sendiri haji Umi Kelsom bin Hj Salleh. 

haji Ali yang menjadi tuan rumah tumpangan Haji Abdullah Al fatani ini adalah anak saudara 

haji Salleh. kesimpulan yang boleh di buat dari pelbagai pendapat dan pandangan adalah 

mereka dari keluarga Tok Pulau Manis atau dari keturunan anak muridnya yang berkahwin 

dengan keluarganya.

. Haji Salleh ini mempunyai anak yang bernama Umi Kelsom.inilah yang menjadi isteri haji 

abdullah. Kubur haji ali Dan Umi kelsom adalah berhampiran masjid lama Kampung masjid pulau 

babi. sekarang ini, masjid itu telah di jadikan surau kerana ada terdapat masjid baru di 

tepi jalan.  tiangnya yang tinggi telah di potong dalam tahun 80an sehingga masjid yang 

tinggi itu telah menjadi suarau kecil yang bertiang rendah. Menurut Haji mansur haji Ismail 

imam lama masjid tersebut,  dalam banjir  yang di panggil bah merah( 1924) kawasan sekitar 

masjid telah di naiki air sehingga menyebabkan seluruh penduduk kampung berpindah ke masjid 

tersebut. masjid yang tinggi itu terselamat daripada banjir bah merah yang terkenal dalam 

sejarah terengganu . 

kubur Haj Abdullah Patani pula adalah di perkarangan masjid baru Kampung Pulau Bahagia di 

tepi jalan  besar. asalnya di situ ada terdapat beberapa nisan kubur lama yang di tanda 

dengan batu pulau . batu nisan tersebut telah di kambus semasa pembinaan masjid tersebut. 

menurut Haji mansur Haji Ismail masjid itu pernah di kendalikan oleh Tuan Khatib Mohd zain, 

selepas kematiannya di sambung pula oleh anaknya Khatib Ngah seterusnya di sambung oleh 

Awang haji Abdullah ( walaupun haji Abdullah orang Patani tetapi anaknya adalah anak  

tempatan kerana emaknya orang tempatan. seterusnya di sambung oleh anak Awang yang bernama 

Haji Salleh selepas itu di sambung pula oleh Haji mansur bin haji Ismail.  awang bin 

Abdullah ini adalah Tok sepupu Haji mansur.


Haji mansur sewaktu saya mengambil cerita ini daripadanya pada 2 jun 2015 adalah berusia 73 

tahun. 

dalam tahun 80an, haji Teh (lelaki) yang rumahnya berdekatan masjid Kg masjid Pulau babi 

pernah memberitahu haji mansur bahawa mereka mempunyai ramai keluarga di pasir panjang.


haji Ali yang menolong haji kadir ini mempunyai anak yang bernama haji Nik. haji Nik 

mengajar di Beladau Kolam dan Pulau babi. Haji Nik meninggal di mekkah. 
haji nik mempunyai beberapa zuriat yang berkembang: 1)manir  2) Pulau babi  3) selawi 

berkembang di Marang  4) kakak Selawi di Beladau Kolam 5) Kuala Berang ramai anak cucunya 

yang makan gaji jadi polis dan askar yang berpangkat besar. 



di katakan juga bahawa Tok Kelsom juga mempunyai anak yang bernama Aisyah dan Yunus. Haji 

Yunus menjadi orang kaya Kuala Berang. haji yunus membuka tanah di Kuala brang dan mengajak 

anak beranaknya di Pulau babi mencari rezeki di Kuala Berang. inilah yang menyebabkan ayah 

haji mansur, haji Ismail menetap di Kula Berang. alamat haji ismail ialah 69 bandar Kuala 

Brang.



haji mansur imam masjid lama kg masjid pulau babi  bin haji ismail . isteri haji ismail 

bernama  Asiah.  asiah orang manir. 

bapa asiah adalah  Embong orang menetap di tanah isterinya mengabang telipot . nama 

isterinya orang mengabang telipot itu tidak di ketahui.

ayah embong adalah haji abdul rahman rumahnya adalah di pokok sentul besar pasar manir.  

keluarganya ramai di baserah. nama isterinya tidak di ketahui.


ayah haji ismail bernama Mohamad orang beladau kolam campur pulau babi. isterinya aisyah. 

bapa mohamad adalah salleh. 





haji Mansur ismail ini mempunyai seorang abang yang menetap di belakang masjid raja(sultan Mohamad) Bukit    Besar bernama Haji Shamsuddin Ismail PTJ .
anak saudara hj Mansur yang menyusun carta family tree ialah Fakhrol Azman Bin Abu Bakar Binjai  Berambu Bukit Payong 


No comments:

Post a Comment