PENGENALAN
Sejarah ulama keturunan warisan kerajaan Champa.
Sejarah telah menyaksikan bahawa Maulana Hussein Jamadul
Kubra , diantara mubaligh Islam gelombang pertama di Nusantara telah
meningglkan zuriat yang ramai pada hari ini. Sebahagian daripada Jurainya
sebelah Faqeh Ali Al malbari telah membentuk generasi yang ramai di Terengganu semenjak
runtuhnya kerajaan Islam Champa dan apatah lagi selepas kejatuhan Kerajaan Patani
Darul Salam di tangan tentera Buddha Sakhothai pada tahun 1828.
Krisek, yang di buka oleh Syeikh Hussein Senawi, anak
saudara Sunan Grisek di Jawa telah menjadi pusat pemerintahan Patani Darus
Salam. Bandar yang penuh di diami oleh ulama dan pentadbir yang cintakan Islam telah menjadi sasaran serangan Siam Sakhothai.
Keluarga di raja dan ulamanya terutama yang menetap di Kg Dalam Kota telah di buru dengan hebat sekali. Ini kerana
mereka adalah perancang dan penggerak utama kepada gerakan jihad menentang
Buddha yang kafir itu. Akibat tewas
perang, sebahagian besar keturunan keluarga Syeikh Hussein Senawi terutama dari
ranting ulama besar Syeikh Dawud Al Fatani telah berpindah ke Terengganu menggunakan
perahu besar dan menduduki tepi-tepi sungai dan laut. Ini kerana mereka
merancang untuk kembali ke Patani membebaskan bumi bumi mereka daripada Buddha.
Pada waktu itu, hubungan mereka dengan istana Terengganu sangat rapat sekali
kerana telah terjalin perkahwinan antara istana Patani dan istana Terengganu
semenjak beberapa generasi. Malangnya rancangan mengambil kembali Patani dari
tangan Buddha Sakhothai tersebut gagal malahan Terengganu pula menghadapi
ancaman kedatangan imprealis British. Kedua-dua factor ini memaksa sesetengah
mereka masuk ke kawasan bukit dan membuka kampung-kampung baru
Salah seorang dari mereka yang bernasib begini ialah Haji
Abdullah Krisek yang melahirlan anak bernama Haji Abdul Kadir.
Cita-cita untuk menulis esei yang mendedahkan siapakah Tuan
Guru Haji Abdul kadir bin haji Abdullah ini telah berputik semenjak saya
berusia sepuluh tahun lagi, sewaktu membelek kitab iqna dan tafsir mahasinut
tanzil karangan Syeikh Mohamad Nawawi Al Bantani yang dimiliknya, Dalam
perbincangan yang kerdil ini, saya memuatkan penemuan yang saya kumpul dalam
tempoh yang agak lama juga iaitu lebih kurang tiga puluh tahun. Mudah-mudahan
ia dapat memberikan manfaat kepada generasi muda khususnya sanak saudara saya
yang berada di merata tempat.
KELAHIRAN
Ramai orang yang berkata bahawa Tuan guru Haji Abdul Kadir
bin Haji Abdullah ini telah dilahirkan di Patani. Ustaz Ahmad Awang sentiasa
menyebutkan hal ini kepada saya berulang kali,katanya ; Tuan guru Haji Abdul
Kadir bin Haji Abdullah ini datang dari Patani ketika berumur 16 tahun kerana
menyelamatkan diri daripada bahana Perang Patani-Siam. Tetapi selama hampir 20
tahun, saya meragui keterangan ini kerana kalau di ukur dengan tahun
kematiannya, bererti dia hidup hampir seratus dua puluh tahun, suatu hal yang
jarang berlaku kepada anak cucunya. Walau bagaimanapun, cerita ini di katakan
bersumberkan kepada anak Tuan Guru yang kedua, Ahmad( Pak Ngah Amad meninggal
tahun 1962).
Pada Febuari 2015, keraguan ini , saya kira hampir terjawab
bilamana menemui sumber yang dikatakan datang daripada anak sulung Tuan Guru ,
Abdullah( yang lebih di kenali dengan panggilan Pak Denda) . keterangan ini
menjawab keraguan-keraguan tersebut. Keterangan ini menjelaskan bahawa :
Haji Abdullah telah datang dengan bapa saudaranya Yusuf dari
Patani selepas perang. Ia telah menumpang di rumah Haji Ali Pulau Babi(sekarang
Pulau Babi di sebut sebagai Pulau Bahagia. Pada waktu itu, pulau tersebut
menjadi sebahagian dari Pulau Manis. Ini kerana , menurut cerita, Tok Ku Pulau
Manis memulakan pengajiannya di situ). Ada sumber yang menyebutkan Haji Ali
ini adalah seorang yang penting dalam
tariqat Satariyyah pada zaman tersebut. Haji Ali ini telah memperisterikan Haji
Abdullah ini dengan salah seorang sepupunya di Pulau Babi. Di situlah Haji
Kadir di lahirkan. Ibu bapa Haji Kadir
meninggal sewaktu ia masih kecil. Bermula dengan kematian bapanya di ikuti
dengan kematian ibunya, ia telah di jadikan anak angkat oleh Haji Ali. Setiap
kali Haji Ali pergi memperdalami ilmu dengan Tok Ku Tuan Dalam , adik Tok Ku
Paloh, ia akan membawa Haji Kadir bersamanya. Setelah Haji Kadir sedikit besar,
Tok Ku Tuan Dalam telah mengambilnya menjadikan anak angkatnya. Di sinilah
kehidupannya dalam keluarga Tok Ku Paloh bermula sehingga seringkali kedengaran
orang berkata kononnya Tok Ku Paloh sendiri yang mengambilnya menjadikan anak
angkatnya.
SIAPAKAH HAJI ABDULLAH
Berdasarkan cerita yang di perolehi, saya mengira bahawa
Haji Abdullah dan Yusuf bapa saudaranya adalah termasuk dalam satu kumpulan yang keluar bersama dari
Kampung Dalam Kota, Krisek menaiki tiga perahu besar menuju ke Terengganu
akibat diburu oleh musuh sesudah kalah perang.Mereka adalah dari kalangan
kerabat di raja dan alim ulama yang menetap di Kampung Dalam Kota Kerisek. Ketika
dalam perahu, mereka telah bersepakat untuk membuang segala gelaran bangsawan
yang terdapat pada diri mereka agar mereka tidak di kenali lagi oleh musuh.
Setibanya di Terengganu, perahu yang pertama telah mendarat di Pulau Duyung .
Perahu yang kedua terus mudik lebih jauh ke dalam sehingga sampai ke Pulau
Manis manakala perahu yang ketiga mengambil jalan Kuala Ibai dan turun di
Sungai Derhaka. Setengah mereka ini
turun menumpang di tempat di mana keluarga mereka telah berada di
Terengganu lebih awal manakala sebahagian yang lain mencari tempat
persembunyian agar selamat daripada gangguan musuh. Tempat-tempat persembunyian
mereka ini akhirnya menjadi kampung-kampung yang di diami oleh anak cucunya.
Haji Abdullah dan Haji Yusuf adalah dari kumpulan perahu
kedua. Haji Abdullah meneruskan kehidupannya di Pulau Babi dan di katakan
kuburnya berada di sana. Setakat yang saya tahu, hubungan dengan keluarga di
Pulau babi ini berterusan sehingga ke zaman cucu Haji Kadir. Di antara yang
terakhir meneruskan hubungan kekeluargaan ini ialah Long Maimunah(meninggal
tahun 80an) dan Su Aminah(meninggal tahun 2009) . Manakala Yusuf bapa saudara
Haji Abdullah pula, beliau dikatakan
berkahwin dengan orang Kuala Ibai dan meninggalkan keturunan di sana.
Adapun hubungan kekeluargaan Haji Kadir dengan Syeikh Dawud
Al Fatani, seorang ulama besar yang mengajar di masjidil haram , Mekah dan pengarang kitab-kitab agama yang banyak dan
berleluasa di Nusantara adalah di akui sendiri oleh Khatib Taib bin Mahmud
Duyung. Secara yang lebih terperinci pula , hubungan mereka berdua adalah sepupu
sebagaimana yang saya nyatakan dalam carta keluarga yang saya buat, saya ambil
dari Ramli Abdul Rahman, seorang keluarga dari keturunan Umi Kelsom binti Mohamad faqeh, iaitu dari sebelah isteri Haji Kadir yang pertama yang
menetap di Seberang Takir. Saudara saya Ramli ini yang menjalinkan hubungan perkahwinan anak
beranak sesama keturunan Haji Kadir
membekalkan maklumat yang berguna. Apabila saya bertanyakan kepadanya sepupu
itu dari sebelah mana? Bapa dengan bapakah? Atau ibu dengan ibunya? Atau bapa
dengan ibu? Ia tidak dapat memastikan secara lebih tepat. Maka , berdasarkan
maklumat ini dapatlah kita katakan bahawa Haji Abdullah bapa Haji Kadir ini
adalah saudara dengan Fatimah, ibu Syeikh Dawud Al Patani. Kalau nak di
katakan hubungan ini adalah antara bapa
dengan bapa, ini tidak mungkin sekali-kali kerana tidak berlaku dalam
masyarakat kita dua beradik bernama Abdullah. Kalau nak di katakan antara ibu
dengan ibu , ini juga tidak mungkin kerana ibu Haji Kadir adalah sepupu Haji
Ali Pulau Babi, orang asal Terengganu. Itulah sebabnya saya simpulkan bahawa
hubungan mereka sepupu adalah antara Haji Abdullah dan Fatimah itu adik
beradik. Di sana memang ada keterangan
yang di perolehi melalui mimpi menjelaskan Haji Abdullah ini saudara seibu
dengan Fatimah. Sekiranya ini benar, dapatlah kita temui susur galur Haji kadir
adalah jalur yang sama dengan ibu Syeikh Dawud al Fatani. Maka ia dalam satu jalur iaitu Haji Abdul Kadir
bin Abdullah bin Wan Selamah binti wan Su Tok Bandar. Wan Su Tok Bandar beristerikan
Wan Besah. Wan Su ini adalah anak Haji
Yusuf Tok Ki Ratna Di Raja bin Faqeh Ali Al Malbari. Dari Faqeh Ali ini,
jelaslah pertaliannya dengan Maulana Hussein Jamadil kubra yang berasal dari
keluarga Azmat Khan, Gujerat. Asal mereka adalah dari ahli bait Yaman dari susur galur
Al Husaini.
Seperkara lagi yang perlu di sebut di sini ialah seorang
saudaranya telah menyelamatkan diri ke utara sehingga tiba ke ayuthia lalu
membuka kampung di Bang Pak Em. Di satu ketika berlaku banjir yang menyebabkan
pintu masjidnya tercabut. Pintu tersebut
di hanyutkan banjir sehingga tiba dan tersangkut di satu kampung yang di
sebut Kampung Ta Ek, di Nong Taburi. Pada hari ini, pintu itu masih boleh di
lihat di Masjid Kampung Ta Ek. Inilah kisah
yang di ceritakan oleh Tok Mek, Nenek Haji Ayub bin haji Mahmud, Qadhi
Bangkok yang asal keluarganya adalah dari Ayuthia kepada Imam Mohamad bin Haji
Taib pada tahun 1996. Pada waktu itu, Tok Mek ini berusia 96 tahun. ,
SEBAB TURUN KE TERENGGANU
Akibat tewas dalam perang tersebut, kebanyakan alim ulama
dan perajuit Islam yang di buru melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan
Kedah serta beberapa daerah lain di luar Tanah Melayu. Sebahagian yang memilih
Terengganu adalah berpunca kerana mereka sudah ada sanak saudara di Terengganu,
perlindungan yang diberikan oleh Sultan Terengganu lebih menjamin atau
Terengganu lebih aman kerana kedudukannya lebih jauh dari Siam.
TAHUN KELAHIRAN
Perang tersebut berlangsung pada 1829-1828. Sekiranya di
andaikan kedatangan Haji Abdullah selepas Perang dan mengambil beberapa masa
untuk berkahwin dan memperolehi Haji Kadir, maka dapatlah kita andaikan bahawa
tarikh kelahirannya adalah sekitar tahun 1840-50.
ADIK BERADIK
Dari cerita yang di katakan dinukilkan dari Abdullah( Pak
Denda) tadi kita dapat memahami bahawa Haji Kadir mungkin anak
tunggal , namun begitu ia tidak menafikan cerita lisan lain yang menyebutkan
bahawa Tuan Guru Hj Kadir mempunyai 3
adik beradiknya yang lain. Seorang menetap di Paloh, seorang lagi menetap di
Pulau Manis manakala seorang lagi menetap di Manir. Seperkara lagi, kalaulah
kita melihat kepada panggilan masyarakat setempatnya kepada dengan sebutan ayah
chik Haji kadir, bererti sekurang-kurangnya adik beradiknya adalah empat orang.
Kalaulah ada pihak yang mendakwa bahawa panggilan tersebut adalah dari pihak
keluarga isterinya, dakwaan ini agak sukar untuk di terima kerana Tok Som
adalah anak bongsu Haji Wan Mahmud . kalau begitu, ia lebih layak di panggil
ayah su, tetapi soalnya kenapa di panggil Ayah Chik Haji kadir? Dalam perkara ini, saya masih dalam usaha
menitikkan waris waris mereka di sana.
MENYAMBUNG PELAJARAN
Pengajian awal di perolehi dari Kampung Pulau babi( Bahagia
) termasuk dari Haji Ali sendiri. Kemudiannya Haji Kadir menuntut pula di Paloh
dengan beberapa guru yang berkumpul di sana.
Dengan pertolongan keluarga Tok Ku Paloh, lebih-lebih lagi
Tok Ku Tuan Dalam, ia dapat sumbangan untuk menyambung pelajaran ke Mekah.Ia
menaiki kapal layar mengambil masa enam bulan untuk tiba ke Jeddah. Setelah
tujuh tahun di Mekah, beliau balik untuk menunaikan tanggung jawab agamanya
kepada masyarakat. Menurut Fatimah Binti Ahmad( De Mah), dalam perjalanan itu,
di tengah laut, penumpang kapal tersebut telah di ganggu oleh seokor monyet
yang besar muncul dari dalam air, melompat naik ke atas kapal dan mengambil
bungkusan milik salah seorang penumpang kapal tersebut, apabila ditanya,
akhirnya ia menjelaskan itu adalah wang
kotor yang di perolehinya dengan cara yang salah. Peristiwa yang amat
menakutkan ini di ceritakan beberapa kali kepada keluarganya sebagai peringatan
agar jangan menggunakan harta yang kotor.
Mekah pada masa itu berada zaman akhir pemerintahan Keluarga
Syarif Ahlil Bbait Al `Adawi yang
bermazhab Maliki. Pengaruh Tasauf dan Tariqah amat besar pada waktu itu. Di
samping guru-guru arab, ada terdapat ramai guru-guru di kalangan orang Melayu
lebih-lebih lagi dari kalangan orang Patani sendiri. Saya tidak menemui sumber-sumber yang
menyebut tentang guru-guru beliau sewaktu di Mekah. Tetapi lazimnya seseorang
yang berada di sana pada waktu itu akan terlibat dengan perkembangan
bersama-sama kawan-kawannya. Maka ulama-ulama pada waktu itu yang boleh di
thabitkan sebagai guru pada waktu itu , yang terdiri dari kalangan anak
beranaknya sendiri adalah seperti; Syeikh
Abdul Kadir bin Abdul Rahman Al Fatani ; Syeikh Ahmad Al Fatani
SEBAB DI KAMPUNG MASJID
Pada pertengahan abad 19, memang tiada lagi nama kampung Kg
Masjid Haji Kadir atau Pasir Panjang seperti yang terdapat pada hari ini. Yang
wujud pada waktu itu adalah tanah darat. Merujuk kepada dusun Sultan Umar yang luas
di penuhi sawah dan dusun kelapa dari Bukit Besar sehinggalah ke kawasan
belakangnya lagi. Tanah-tanah ini kemudiannya di kurniakan kepada orang-orang
tertentu termasuk penghijrah dari patani samada dari kalangan ulama atau
pembesar. Sebahagiannya telah di berikan kepada Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit
bayas, guru dan pakar rujuk agama di istana. Sungai Derhaka pula di berikan
pula kepada Wan Mahmud, seorang pembesar Patani serta beberapa orang lain lagi.
Dikatakan bahawa sebahagian besar tanah -tanah di Kg Masjid haji kadir ini
asalnya termasuk tanah milik Wan Mahmud Patani. Beliau telah memberikan kepada
dua orang anak perempuannya iaitu anak perempuan tertua Mak We Khadijah dan Umi
Kelsom(Tok Som) yang bungsu telah di
berikan tanah untuk menetap di kampung. Mak We Khadijah telah berkahwin dengan
Pak Su Mat manakala Umi Kelthum ini berkahwin dengan Haji Kadir. Keturunan
kedua-duanya ini memenuhi Kampung Masjid Haji Kadir pada hari ini. Ertinya tanah
yang di duduki oleh keturunan Haji Kadir
adalah warisan milik isterinya.
Ada pula pendapat yang menyebutkan , Tuan Guru Hj Kadir telah
memutuskan untuk menetap di sini di atas pujukan bapa saudaranya Hj Ali.
Kemungkinan yang lebih tepatnya ialah Haji Ali ini adalah bapa saudara Umi
Kelsom, isterinya.
Berkemungkinan sebahagian besar tanah-tanah selain Sungai
Derhaka termasuk di kawasan Pasir Panjang dan di Kampung Masjid Haji Kadir yang di katakan milik Wan Mahmud itu adalah
milik isterinya, Zainab kerana Wan Mahmud juga adalah pelarian Perang Patani. Isterinya
Zainab ini orang tempatan yang mempunyai beberapa adik beradik yang memiliki
tanah di situ termasuklah Haji Ali yang menjemput haji Kadir agar membuka
pondok di situ sebenarnya adalah adik beradik Zainab itu. Ini kerana penduduk Tanah Bukit Kg Masjid haji
Kadir (Bukit berhampiran Kubur Besar Pasir Panjang) adalah keturunan Fatimah,
sepupu Umi Kelsom. Ini memberi makna sebahagian besar Kg Masjid hingga ke Pasir
Panjang adalah milik dua beradik sebelah ibu Umi Kelsom. Dari sini bolehkan
kita membuat andaian bahawa tanah yang besar dan luas dari Pasir Panjang hingga
ke Hujung Gong-iaitu yang mengadap Bukit Depu, Gong Pak maseh dan Gong Tok Nasek-
itu asalnya milik yang di pusakai dari datuk kepada Umi Kelsom.. Siapakah datuk Umi Kelsom ini,
yang sekaligus adalah mertua Wan Mahmud Patani. Yang biasa di sebut oleh ramai
orang ialah Wan Mahmud Patani ini seorang yang kaya dan banyak tanah padahal ia
adalah seorang pejuang yang menyelamatkan diri ke Terengganu kerana di buru
oleh tentera Siam Sakhothai. Beliau adalah sahabat Haji Abdullah dari perahu
ketiga. Ada juga keterangan yang menyebutkan bahawa ada pertalian kekeluargaan
yang sangat erat antara Haji Abdullah dan Wan Mahmud yang sama-sama berasal
dari Krisek, Patani ini. Ini kerana hubungan antara Haji Kadir dengan Umi
Kelsom itu sangat dekat.Ramai pihak yang berkata mereka berdua adalah sepupu
dan ada juga yang berkata mereka adalah
dua pupu. Tentang siapakah datuk Umi Kelsom , orang tempatan yang kaya raya dan
banyak tanah di jajahan Bukit Besar ini, mungkin pelajaran ini akan kita
bincangkan dalam perbincangan yang berasingan insha Allah.
RUPA BENTUK
Menurut Pak Ngah adik
Arwah Ayah Jim berkata, rupa Haji
Kadir mempunyai banyak kesamaan dengan
anaknya Pak Den Da. Demanh menceritakan bahawa
tapak rumahnya adalah berdekatan dengan rumah Mak Tunggal. De Mah juga
menceritakan bahawa bentuk badan nya adalah sebentuk badan cucunya Hj Ali bin
Taib
PEMBINAAN MASJID
Setelah berkahwin dengan Kalthum binti Mahmud, ia telah
membuka surau pengajian di sekeping
tanah yang pada waktu itu menjadi sebahagian dari Daerah Darat atau Dusun ( Dusun Sultan Umar)
. daerah Darat ini adalah satu kawasan yang sangat luas kerana ia merangkumi
Bukit Besar dan kawasan-kawasan di belakangnya yang pada hari ini merangkumi
Kampung Padang, Kampung Pak Pa, kampung Gelong Bilal, Gelong Gajah, Bukit
Jenal, Bukit bayas, Seberang baruh dan sebagainya lagi. Akhirnya suraunya di
tukarkan menjadi masjid apabila mendapatkan sisa istana terbakar.
Dalam sejarah Terengganu , terdapat dua peristiwa berkaitan
dengan tentang istana raja yang terbakar. Pertama ialah pada tahun 1882, istana
hijau kediaman Sultan Umar terbakar akibat bedilan armada laut British dari
singapora. Sebabnya adalah kerana Sultan Umar telah memberikan perlindungan
kepadanya iparnya Sultan Abdul rahman ?? Lingga . British mahukan supaya tersebut di serahkan kepadanya. Ini menyebabkan Sultan
terpaksa berlindung di Patani. Kebakaran ini adalah besar kerana melibatkan
sebahagian Bandar Kuala Terengganu turut terbakar.
Akibatnya Sultan Umar telah membina istana barunya di
kampung Kolam. Di zaman Sultan Ahmad, istana peninggalan Sultan Umar di Kampung
Kolam ini pula terbakar. Istana Sultan Umar
di Kampung Kolam yang sebagaimana lazimnya
terdiri dari dua bahagian rumah telah terbakar. Ia bernazar sekiranya
istananya yang cantik itu dapat di selamatkan, ia akan jadikan kayu-kayu yang
tinggi mutunya itu sebagai harta fi sabilillah. Maka menurut cerita lisan,
dengan serta merta , api tersebut padam.
Maka urusan tersebut telah di serahkan kepada Tuan Dalam . Lantai-lantainya
telah di serahkan kepada Masjid Losong( masjid Haji Mad Shafie) manakala
kerangka yang masih berbaki, satu daripadanya telah di serahkan kepada Haji Ali
untuk di buat masjid di Kampung Pulau Bahagia manakala yang satu lagi di serahkan kepada Haji Kadir.
Haji Mad Shafie Losong telah datang ke Terengganu dari Kedah atas pujukan Tuan
Padang bagi tujuan memulihkan Kampung Losong daripada ajaran sesat dan mendidik
generasi baru yang datang dari Patani terutama pelapis-pelapis peringkat
anak-anak saudara Syeikh Dawud Al Patani daripada susur galur Haji Mat Duyung.
Pada waktu itu, ada di antara pengamal ajaran sesat yang bersarang di Losong
yang mengaku menjadi Tuhan.
. Setelah memperolehi anugerah dari Sultan Umar itu, ia mula
membina masjid dengan di bantu oleh beberapa orang kampung yang lain. Mereka
adalah Hj Ali, bapa saudara isteri Hj
Kadir sendiri, Bilal said atau Ishaq bin Lebai Abdullah al Fatani. Megat
Dollah yang berani dan gagah , Pak Su Haji , seorang kaya dan berharta pada
zaman tersebut . Kayu-kayu kerangka istana yang terbakar ini di bawa menggunakan kereta lembu manakala lantai-lantai masjid pula
telah di potong dari cengal balak hutan Kerteh. Ini kerana ia lebih mudah di
hanyutkan melalui laut berbanding dengan balak Kuala Berang yang terpaksa di
bawa melalui sungai.
Beliau telah menjadikan
kawasan itu sebagai pondok pengajian ilmu Islam yang mendapat sambutan yang
baik dari perbagai tempat. Di katakan ada juga orang dari Seberang(Indonesia),
Patani dan Kota Bharu yang belajar
dengannya di situ.
HUBUNGAN DENGAN
SYEIKH WAN KADIR BUKIT BAYAS
Ada sumber yang menyebutkan bahawa Haji Kadir mempunyai jadual bermutaalaah dengan Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas yang
terkenal itu pada malam-malam jumaat tertentu bersama tiga orang sanak
saudaranya yang alim-alim. Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas memanggil Haji kadir dengan panggilan
kemuncup kerana ketajaman pikiran dan kuat ingatannya. Pendapat ini menyokong
bahawa wujudnya fakta yang menyebut bahawa mereka mempunyai pertalian
kekeluargaan yang rapat juga sehingga ada yang berkata Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit
Bayas adalah bapa saudara haji Kadir kampung masjid.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Menurut Haji Ali Bin Taib, oleh kerana ia seorang cucu yang yatim
piatu, ia seringkali mendapat perhatian datuknya Haji Kadir itu. Ia pernah di
bawa ke istana Sultan Sulaiman oleh Haji Kadir termasuk pada suatu hari untuk
membincangkan tentang membuka Jalan Pusara. Haji Kadir membawa satu kitab kecil
untuk berhujah bagi pihak yang tidak bersetuju di buka jalan tersebut kerana di
bina di atas kubur. Walaupun Haji Ali berada di luar bangunan , ingatannya
masih jelas bagaimana datuknya Haji Kadir itu bersungut kesal sewaktu
perjalanan pulang .
MENOLAK JAWATAN QADHI
Dalam zaman Sultan Sulaiman , seorang budak raja( pegawai
kerajaan) telah datang menemui Haji Kadir menyatakan bahawa kerajaan Terengganu
menawarkan kepadanya jawatan qadhi. Tawaran ini di tolaknya dengan mengemukakan
alasan kononya ia belum habis lagi belajar. Padahal pada waktu itu, ia sudah di
akui sebagai tuan guru dalam mengendalikan pengajian pondok yang di pelajari
oleh ratusan murid dari pelbagai pelusuk alam Melayu.
Penolakan jawatan qadhi ini bolehlah member faham kepada
kita kepada dua erti yang sangat penting iaitu :
1)
Dia seorang yang bersifat
warak
2)
Wujudnya usaha yang di buat
untuk memancing alim ulama tetapi pendirian beliau adalah memihak kepada
penentang-penentang British. Ini kerana setelah British berjaya melantik J.R
Hunrey sebagai Penasihat Pertama British di Terengganu di zaman Sultan Zainal
Abidin, golongan agama telah berjaya di pecahkan melalui cara meletakkan
jawatan Syeikhul Islam di bawah Pejabat Agama dan Pejabat Agama pula terletak
di bawah Pejabat Menteri Besar. Sebelumnya Jawatan syeikhul Islam adalah
jawatan tertinggi Kerajaan yang berperanan menasihati Sultan dalam segala hal.
Jawatan Syeikhul Islam yang telah di pegang oleh Tok Ku Tuan Besar di warisi
oleh anaknya Tok Ku Paloh. Kematian Tok Ku Paloh(Sayyid Abdul Rahman El Edrus meninggal 1918) dan Sultan Zainal Abidin
III (meninggal 1919) dalam waktu yang berdekatan memberi peluang kepada pihak
British untuk berjaya di Terengganu. Tuan Embong, anak Tok Ku Paloh , yang
memegang jawatan Syeikhul Islam menggantikan bapanya telah di pujuk oleh
British untuk bersetuju berada di bawah Menteri Besar yang pada masa itu adalah
Dato` Ngah Mohammad. Penerimaannya itu
membawa kepada kuasa Syeikhul Islam menjadi kecil kerana dasar British adalah
memisahkan agama daripada pentadbiran. Penerimaan yang di buat oleh Tuan Embong
ini tidak di persetujui oleh banyak pihak termasuk saudaranya ---yang mahu
meneruskan perjuangan Tok Ku Paloh menentang British. Kefahaman Haji kadir
terhadap permasaalahan yang di bawa oleh British , apatah lagi melalui
hubungannya yang lebih awal dengan
keluarga tersebut menyebabkan ia menolak jawatan qadhi tersebut. Sejarah lisan
juga menyebut, dia bukan sahaja menolak jawatan qadhi, malahan sekali dengan
penolakan jawatan qadhi tersebut, ia turut menolak jawatan juru nikah yang
telah lama di pegangnya.
ISTERI DAN ANAK
Mempunyai tiga atau empat orang orang isteri.Pertama di seberang
takir dan memperolehi seorang anak lelaki yang bernama Mohamad faqeh. Ia mati
kerana terjatuh dalam kolah masjid. Mohamad Faqeh mempunyai penyakit yang sama
dengan Pak Ngah Ahmad iaitu matanya menjadi rabun menjelang tua. Semasa dalam
isteri pertama inilah, Haji Abdul Kadir menyambung pelajarannya ke Mekah selama
tujuh tahun.
Isteri keduanya adalah orang Kuala Ibai. Isteri Ketiganya
adalah orang Alur Besar, Gong Gemia. Ada pendapat yang menyatakan mereka berdua
ini adalah orang yang sama iaitu sebab perceraian ialah kerana tidak memperolehi anak daripada perkahwinan
ini.
Seorang lagi isterinya yang tidak dapat di ketahui secara
terperinci meninggalkan seorang anak perempuan yang di panggil We Su Midah.
Sebahagian keturunan We Su Midah ini berkembang di Muar, Johor kerana We Su
Midah ini mengikuti kumpulan dikir Pahang(Selawat ) dalam tahun 50an ke Muar.
Isterinya yang terakhir ialah Umi Kelsom bte Wan Mahmud
Patani. Isteri Wan Mahmud bernama Zainab adalah dari keluarga alim dan kaya raya. Hasil perkahwinan dengan isteri
terakhirnya Tok Som ini, ia memperolehi 6 orang anak. 1) Abdullah (Pak Den Da),
2) Pal De Ali Muar 3) Mak Cik Wook 4) Ahmad(Tok
Ki Pak Ngah Amad, 5)Su Mak Pak Yeb, 6)Aishah(
Mak Chik Cah
MENINGGAL
Menurut Ustaz Ahmad Awang lagi, Haji Kadir
telah meninggal lebih kurang 80 tahun yang lampau, sekitar tarikh
kelahiran Ustaz mad Losong.
Arwah haji Ismail Bilal menceritakan bahawa datuknya Hj
Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul tiga petang.dia sakit
perut.perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah perut. hari ni tak mengaji
quran sebab tok ki nak balik dah !
nak balik ke mana tok?
ke mana lagi? ke kubur la.
lalu ia berpesan supaya di panggil syed atau tok ku atau
ayah ku. Berkemungkinan Tok Ku yang di maksudkan adalah Imam masjid Tok Ku, Tok
Ku Tuan Hitam iaitu seorang kawan baiknya yang sudah di anggapnya semacam
keluarga dalam hubungan kekeluargaan mereka yang panjang. Ia amat berharap
sangat untuk bertemu tok ku tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada
seorang yang pergi panggil tok ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur
sepertinya juga.sebaik sahaja tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia
terus memandang(meninggal)
Menurut Ayah Ngah mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya
adalah tahun kelahiran Ustaz mat Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun
1930. dan di tanam di Tanah Perkuburan
Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok tersebut
telah mati dan kering.
Susul galur keturunan saya ni...saya anak cucu Tok Ki Pak Ngah Ahmad..Tok Ki Pak Ngah Amad yang buta. Saya tak sempat dgn Tok Ki Pak Ngah Ahmad tapi sempat jumpa isterinya.(Moyang saya) yang org panggil ..tak silap... Mek Padang..ingat2 lupa..mak selalu cerita.
ReplyDelete