Sunday, May 28, 2017

kurnian ilmu dari warid zikir mengikat persaudaraan para perajuwit Islam Melayu





Sebagai sebuah masyarakat islam, pemakaian zikir mempunyai sejarah yang besar dalam jatuh bangun  masyarakat Melayu. Hal ini sebenarnya adalah melambangkan betapa tebalnya pengaruh tasauf yang telah masuk ke Nusantara -sebagaimana dunia-dunia Islam ajam yang lain juga- semenjak awal kedatangan Islam . ini kerana peranan zikir telah di tekankan oleh alim ulama sebagai sebahagian daripada ajaran Al Quran yang penuh dengan pelbagai rahsia kemukjizatan. Ia menjadi makanan keruhanian kepada para perajuwit Islam yang menyalakan semangat untuk istiqamah dan membentuk kekuatan menghadapi musuh yang tidak pernah kunjung padam menentang Islam. Zikir yang tercas  di dalam diri mereka laksana kenderaan yang membekalkan kekuatan ilham dalam menghadapi cabaran hidup yang mencemaskan atau tidak menentu.ilham tadi mengatur langkah kehidupan baru mereka dengan mengajarkan memanfaatkan segala bahan yang Allah bekalkan di sekeliling mereka.

 Sebagai contoh para perajuwit Islam Patani yang di buru oleh Siam Sakhothai setelah Patani tewas dalam perang Bisik (1826-1830) telah melarikan diri dan bersembunyi di beberapa negeri di Nusantara terutamanya Terengganu,Kelantan, Kedah, Pahang, Perak dan sebagainya lagi. Tempat persembunyian mereka yang terpencil dan tersorok menjadikan kehidupan mereka terasing dan tersorok. Mereka seolah-olah memulai semula kehidupan bermasyarakat yang baru setelah bapa dan datuk mereka yang terbunuh dalam perang-perang menentang Sakhothai itu pernah melalui kehidupan yang besar dan selesa.  Generasi abad 19 ini di lahirkan dalam keadaan yang jahil dan     dan serba kekurangan  berbanding dengan sebelum mereka di jajah . untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang serba kekurangan ini, amalan  zikir telah dijadikan jalan kepada penghasilan  ilmu dan ilham yang memandu mereka menggunakan bahan-bahan di sekeliling adalah langkah permulaan kepada pembangunan semula di zaman yang baru. Soalnya di sebabkan kehidupan yang tersorok dan terpencil, tiada guru di sekeliling mereka yang dappat mengajarkan mereka. Di sini nyata sekali peranan zikir dalam membantu kehidupan mereka itu memainkan peranan yang sangat besar dan amalan tersebut semestinyalah dapat di teruskan.
Demikianlah juga pada dekad yang sedikit awal dari zaman di atas, pejuang-pejuang Islam di Jawa  yang menyokong Deponegaro turut melarikan diri dan bersembunyi di kepulauan-kepulauan yang berselerak sehinggalah akhirnya mereka berlayar ke Johor, Selangor, Perak dan sebagainya lagi. Pejuang Tanapuri, Padang dan sebagainya lagi yang menjadi penyokong Imam Bonjol juga mengalami kesempitan kehidupan yang lebih kurang sama. Kehidupan mereka yang terasing dan tersorok menjadikan ruang kehidupan mereka terbatas. Dimana-mana mereka seolah-olah memulai semula kehidupan bermasyarakat yang baru.ini kerana kehidupan bermasyarakat yang wujud telah musnah. Bahana besar akibat kemasukan penjajahan kufur  di Alam melayu melahirkan generasi yang hidup dalam keadaan yang jahil dan     dan serba kekurangan . untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang serba kekurangan ini, ilmu yang mereka terima dari bapa mereka yang pernah berada dalam masyarakat yang lebih besar sebelum menjadi mangsa buruan Belanda ialah kepentingan zikir. Amalan zikir yang mereka amalkan menghasilkan ilham yang memandu menggunakan bahan-bahan di sekeliling. Soalnya tiada guru di sekeliling mereka yang mampu mengajar. Di sini nyata sekali peranan zikir dalam membantu kehidupan itu dapat di teruskan.
Sebagai contoh di katakan bahawa orang-orang Jawa yang berhijrah dan mengambil penempatan yang berhampiran dengan laut memperolehi ilmu berubat orang patah tulang dengan menggunakan pokok bebaru, manakala yang memilih untuk mendiami  di kaki-kai bukit pula memperolehi ilham merawat tulang melalui menggunakan burung but-but , orang-orang Johor Riau yang berlayar ke Terengganu membuka kampung Merbau Patah pula merawati kecederaan tulang dengan menggunakan pokok terajam, kulit pokok langsat dan sesabut. Penghijrah-penghijrah  Patani pula dikatakan di ilhamkan dengan kaedah  menggunakan tulang angsa yang di tumbuk hancur. Di katakan ilham yang berbeza telah datang membantu kehidupan mereka sehingga mereka membentuk satu level keilmuan yang tersendiri dan berbeza-beza dengan tempat-tempat yang berlainan. Bukan itu sahaja malahan juga makanan, adat resam, budaya hidup bahkan juga petua dan pantang larang.

 Selang beberapa lama , setelah mereka dapat berhubung semula antara satu sama lain, ilmu-ilmu tersebut di kongsikan antara satu sama lain , barulah ilmu tentang kehidupan dapat di perolehi melalui perkongsian anggota masyarakat.
Ini bererti kadang-kadang boleh di jadikan satu tanda bilamana mereka menggunakan satu-satu ilmu, boleh membayangkan aliran ilmu yang mereka terokai.
Pelbagai petua, pantang larang di perolehi daripada amalan zikir yang mereka amalkan. Kesemua ini di ageh-agehkan kepada kaum kerabat sehingga kaum kerabat mereka boleh dikenali dengan tanda-tandanya ialah kesepakatan dengan amalan dan pantang tersebut
Sebagai contoh, sekiranya kita meninjau kepada zaman yang lebih awal dari kedatangan penjajahan kufur, kita boleh dapati bahawa kebanyakan petua-petua tradisional melayu di perolehi melalui aliran zikir allah allah allah allah yang giat di kembankan di nusantara oleh Sunan Kalijaya dan sunan gunung jati yang di ambil daripada adi putera- Syeikh Thanauddin . beliau adalah menantu Syeikh Ismail Pulau Besar Melaka. Syeikh Ismael ini adalah salah seorang keluarga Syeikh abdul Kadir Al jailani yang di hantar ke alam melayu untuk mengembang ajaran zikir nafi dan ithbat.

Maka hari ini di antara penemuan yang menakjubkan boleh kita temui ialah sebahagian dari mereka yang mengamalkan atau menyimpan rahsia petua-petua itu adalah daripada satu ahli keluarga besar yang terbentuk dari rumpun yang sama . rahsia penemuan petua-petua ini sebenarnya sekaligus menyimpan rahsia  tentang asal usul dan latar belakang mereka yang  sama yang sebenarnya adalah mengikatkan keluarga mereka dari zaman lampau sehinggalah ke hari ini.  .



No comments:

Post a Comment