Saturday, May 13, 2017

KELUARGA-KELUARGA TOK KI BESAR  PASIR PANJANG




KELUARGA-KELUARGA TOK KI BESAR  PASIR PANJANG
OLEH
HANAFI RAHMAN EL FESFANJI




TOK KI BESAR PASIR PANJANG

Di sini kami ingin memfokuskan kepada satu pembesar yang dikatakan ia berasal dari keturunan pembesar johor Riau dan turut di kurniakan sebahagian besar tanah -tanah di Pasir Panjang. Berkemungkinan tanah tersebut di kurniakan pada zaman Sultan Mansur atau sekitarnya.

Walaupun kami belum menemui namanya secara lengkap tetapi orang-orang yang kami temui menyebutnya dengan panggilan tok ki atau tok nyang Tok som isteri Haji Kadir. Di sana memang terdapat beberapa nama di Pasir panjang yang belum saya temui ceritanya seperti Tok Sulong Gelong Mak Sulong Hujung Gong Kampung masjid. Tok fakir Gong Tok Fakir dan beberapa nama lain yang mungkin ada kaitan dengan Tok Ki atau Tok Nyang Toks om isteri haji kadir ini.

Untuk memudahkan perbincangan , saya namakan Tok Ki atau Tok Nyang Tok Som ini  sebagai Megat Tok ki Besar Pasir Panjang. di katakan ia telah berkahwin dengan seorang perempuan salah seorang keturunan Megat panji Alam. sememangnya keturunan megat panji alam ramai yang terus menetap di Terengganu. 


Diantara anak-anaknya atau cucu-cucu Megat Tok Ki Besar Pasir Panjang ini nya  ialah ---(1) Zainab  (2) Haji Ali. Mereka berdua adalah adik beradik dan berkemungkinan mereka mempunyai adik beradik lain samada dari sebelah ibu atau bapa atau lebih-lebih lagi dari kedua-duanya yang dikatakan sebahagian darinya telah berpindah ke seberang takir manakala  sebahagiannya lagi pergi bersambung semula ikatan keluarga di Pahang dan  di Johor . ada pula di antaranya yang ke Muar.



SEBELAH ZAINAB

Zainab telah berkahwin dengan Wan Mahmud Sungai Derhaka.  Wan Mahmud adalah kumpulan pelarian Perang Patani dari perahu ketiga. Dengan saudaranya , Senik, perahu yang mereka naiki telah berpecah dari kumpulan 3 untuk mudik melalui Sungai Kuala Ibai terus  mudik ke Sungai Derhaka. Sungai Derhaka telah dinamakannya kerana memandangkan Sungai Kuala Ibai lebih cetek daripada Sungai Derhaka, maka tempat ia menumpang itu di namakan Sungai Derhaka iaitu sungai yang lebih dalam dan derhaka kepada Sungai Kuala Ibai , ibunya yang cetek.  Dikatakan beliau adalah sahabat dan mempunyai pertalian yang rapat dengan Haji Abdullah , bapa Haji Kadir yang membuka Kampung Masjid Haji kadir. Mereka sama-sama berasal dari Kampung Dalam Kota Krisek, Patani dan merupakan keluarga di raja Patani .

Dikatakan kerana hubungan kekeluargaannya  yang rapat dengan sultan Terengganu, ia telah di anugerahkan tanah seluas lebih 300 ekar di Sungai Derhaka.  Beliau meninggal di Mekah manakala adiknya Senik meninggal di kampung tersebut dan di tanam di Bukit Kubur lama di Kampung Bukit Tanah..

Dikatakan Zainab telah mempusakai tanah-tanah di Kg Masjid Haji Kadir  daripada bapa atau ibunya. Menurut Mohamad Bin Sulung Hujung Gong Tok Dekuh, tanah-tanah tersebut telah di wariskan pula kepada dua orang anak perempuannya iaitu: (1) anak perempuan tertua Mak We Khadijah dan (2) Umi Kelsom(Tok Som) yang bungsu  telah di berikan tanah untuk menetap di kampung. Mak We Khadijah telah berkahwin dengan Pak Long Mat, seerang pendekar yang terkenal dan kebal. Dikatakan ia telah bertapa di puncak Bukit Puteri Batu Buruk. Manakala Umi Kelthum pula berkahwin dengan seorang alim berketurunan Patani bernama Haji Kadir. Keturunan kedua-duanya ini memenuhi Kampung Masjid Haji Kadir pada hari ini.

Anak-anak Zainab ini memenuhi kg sg derhaka, hingga ke Pengadang Baru, atas Tol,merbau patah , wakaf mempelam,  hingga ke Kampung Tok Kaya merangkumi Pulau musang dan sebagainya lagi

HAJI ALI

Haji Ali Kampung Masjid Haji Kadir ini dikatakan bapa saudara Umi Kelsom Haji Kadir. Menurut Mohamad bin Sulong lagi, berkemungkinan Haji Ali ini mempunyai persaudaraan dengan Haji Ali Pulau Babi yang telah membantu Haji Abdullah, bapa haji Kadir. Sebab itulah, bilamana ia menyedari Haji kadir memerlukan seorang isteri, ia telah memperkahwinkan anak saudaranya dengan Haji Kadir tersebut seterusnya mencadangkan agar Haji Kadir membuka pengajian di kampung tersebut. Menurut Ustaz Haji Ahmad Awang, hubungan antara Haji Kadir dengan Tok Som sendiri adalah samada sepupu atau dua pupu sahaja. Samada hubungan mereka berdua suami isteri ini dari sebelah ayah dengan ayah ( boleh jadi Haji Abdullah dengan haji wan Mahmud Sg derhaka adalah adik beradik?) atau emak dengan emak ( Zainab dengan Kelsom Pulau babi adalah adik beradik? ) belum dapat di pastikan lagi.

Zaman seterusnya menyaksikan anak Haji Ali ini bernama  Haji Ibrahim menjadi juru nikah, menggantikan Haji Kadir yang meletakkan jawatan tersebut sekaligus menolak jawatan qadhi yang di tawarkan kepadanya sebagai membantah kemasukan campurtangan British dalam kerajaan Terengganu 



TAK TAHU



Seorang anak atau cucu Megat Tok Ki Tok Besar Pasir Panjang  yang namanya tidak di ketahui ini mempunyai dua orang anak perempuan yang bernama  Fatimah dan Maryam. Menurut cerita Abdul Rahman Bukit Tinggi dekat Kubur Besar Pasir Panjang(arwah Kepok Pak Ya) ,  kesemua sanak saudaranya yang merupakan  penduduk Tanah Bukit Tinggi Kg Masjid haji Kadir (Bukit berhampiran Kubur Besar Pasir Panjangdan Surau Flat Gelong Bilal ) adalah keturunan Fatimah. Fatimah ini adalah  sepupu Umi Kelsom isteri ayah Chik Haji Kadir . Fatimah telah berkahwin dengan ---- dan  mempunyai  keturunan di sekitar kubur Besar Pasir Panjang dan Gelong Bilal.



Keluarga Maryam adik beradik Fatimah ini belum dapat saya kumpulkan lagi maklumatnya.  

KELUARGA LEBAI ISHAK

Keluarga Lebai Ishak

Dikatakan Keluarga Lebai Ishak telah datang ke Terengganu dari Patani lebih awal daripada zaman Sultan Omar atau Sultan Zainal Abidin III. Beliau telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Tiada catatan tentang nama isterinya. isterinya yang inilah di percayai dari keluarga Megat tok Ki Besar Pasir Panjang ini . Yang di sebutkan oleh orang tua-tua adalah hasil perkahwinan ini, lahirlah Lebai Busu atau di panggil juga Lebai Said. Nama isteri Lebai Busu juga tidak di catatkan. Lebai Busu ini meninggal akibat terkena lembing sewaktu membunuh babi di Bukit Batu Putih Bukit Jenal.

Pasangan lebai Busu ini melahirkan anak yang bernama Tok Hawa. Keluarga Tok Hawa berkembang di Atas Tubir dan Gong Penaga.  mak chik dan Su Yam. Kedua-dua berkedai yang budak-budak sekolah sentiasa singgah ke kedai kedua-duanya sewaktu pergi dan balik sekolah di Sekolh rendah Pasir Panjang. .  



LEBAI PAKA, LEBAI JAMAL DAN LEBAI ---

Seorang Perempuan yang di Panggil Tok Banum telah berkahwin dengan  beberapa suami.  Dengan suaminya yang bernama Che Wen(suami keduanya)  ia memperolehi anak bernama lebai Pak Ke, Lebai Jamal dan Lebai rauf. Lebai jamal terkenal dengan kampong Tok Jamal. Dikatakan beliaulah yang membuka kampong tersebut.  Geligur wakaf Mempelam. Keluarga Che Wen ini memenuhi kawasan kampong tok kaya, Merbau patah, wakaf Mempelam , Pengadang baru. Dan sekitarnya

. –

LEBAI YAAKOB

Lebai Yaakob mempunyai keluarga yang ramai di Kampung Padang Belakang Bukit Besar. Ia dikatakan oleh cucunya Tok Syarifah kampong Titian Lembut. menurut Tok Pah, bapa lebai Yaakob berasal berasal dari cina Yunan. Lebai Yaakub telah berkahwin dengan seorang perempuan Gelong Bilal atau Kampung Pak Pa bernama Zainab. di katakan yang ini ada kaiatan dengan Megat tok Ki Besar Pasir Panjang ini. 

Zainab ini mempunyai keluarga besar juga dari sebelah paluh. 


 Zainab ini mempunyai pertalian yang rapat ( berkemungkinan sepupu) dengan Tok Mak Ngah asiah ( isteri Tok ki pak ngah Ahmad anak haji kadir. Nama datuk atau nenek mereka berdua tidak di ketahui tetapi berkemungkinan anak atau Tok Ki Besar itu sendiri.



TOK PENGHULU POK YA



Tok Penghulu Pak ya mempunyai ramai keturunannya di Bukit Bayas, Gelong Gjah, Bukit mak Tu Nas, Gelong Bilal dan sekitarnya.  bapanya bernama Idris adalah seorang Badwi yang di bawa pulang oleh Tok Wan Mat ( Wan Mohamad@Ahmad ) bersamanya setelah tamat pengajiannya di Mekah. ertinya datuk nenek penghulu Pak Ya Bukit Bayas ini adalah daripada sebelah tanah badwi. manakala isteri Idris ini pula bernama Lijah. di katakan lijah ini ada kaitan dengan Tok Ki Besar Pasir Panjang ini. pertalian kekeluargaan Tok Lijah dengan Zainab isteri Lebai Yaakub ini sangat erat.  

menurut Su Aminah, Tok Mulu Pok Ya dengan Tok Mak Ngah Asiah ini adalah sepupu. 





TOK MAK NGAH

Namanya Asiah atau Sofiyah. Suaminya bernama Tok Ki Pak Ngah amat Anak haji Kadir kampong masjid. Bapanya bernama Pak mat Ketam. Menurut cerita cucunya Su Aminah hujung Gong, tangannya cacat seperti tangan ketam. menurut cikgu -----, orang-orang yang bertangan ketam itu, kalau kamu bertemu dengannya, itu tandanya ada ikatan kekeluargaan antara satu sama lain,kerja Pak Mat Ketam ini ialah membuat bubu

 Dikatakan bapa Pak Mat Ketam ini bernama Yusuf dan berasal dari keluarga Kampung Laut . sebahagian orang Kg Laut yang awal adalah datang dari Kampung Laut , Kuala Kemaman.



Tok Mak Ngah mempunyai tiga beradik iaitu Ali, Pak Su Ahmad, Salleh. Keluarga mereka menduduki Gelong Bilal.  Ali mempunyai anak yang bernama Ibrahim. Beliau berkahwin dengan Long ajar Mengaji Quran.  Long ini juga mempunyai pertalian yang sangat dekat( berkemungkinan sepupu ) juga dengan suaminya.



Ibu tok Mak Ngah ini di katakana anak atau cucu kepada Tok Ki Besar Pasir Panjang ini.





KELUARGA LEBAI ISA BUKIT DEPU

Sebagaimana Lebai Ishak, dikatakan juga beliau telah mereka datang ke Terengganu pada zaman Sultan Omar. Ia mempunyai seorang anak tunggal yang bernama Mohamad . Mohamad yang di lahirkan di Bukit Depu telah berkahwin dengan Fatimah(tok Timah) dan memperolehi anak yang di panggil Abdullah Halimah Senik.

lebai isa ini juga di katakan berkahwin dengan keluarga Tok Ki Besar Pasir Panjang juga 



















No comments:

Post a Comment