Thursday, June 4, 2020

pembahagian salik



Ibnu arabi menghuraikan di dalam futuhat makiyyah jilid 4 bab ahwal : 
Salik adalah orang yang di dalam perjalanan ibadatnya adalah berpindah daripada suatu mertabat kepada mertabat yang lebih tinggi.
Suluk adalah perpindahan daripada satu mertabat ibadah kepada satu mertabat ibadah yang lebih tinggi.

Salik terdiri daripada tiga kategori iaitu:
  1. Salik yang berjalan dengan tuhannya. Salik dari kumpulan ini tidak lagi merasai dirinya yang berjalan bersendirian sebaliknya mereka menginsafi dengan rasa yang mendalam bahawa segala kekuatan usaha dirinya dalam perjalanan ibadatnya itu adalah dari Allah.
  2. Salik yang berjalan sendirian dengan dirinya semata-mata. Mereka ini tidak merasai menerima apa-apa perintah dari tuhannya dan tidak pula mendaki dengan tunjuk ajar daripada tuhannya
  3. Salik yang berjalan dengan kedua-duanya ialah salik yang setelah mana merasai segala kekuatan dan keupayaannya adalah daripada Allah, ia merasai bahawa segala perbuatan nya adalah daripada afal Allah.

Peringkat-peringkat perjalanan salik
Terdapat beberapa mertabat salik
Pertama salik yang berjalan daripada Allah
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah dengan Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah
Ada salik yang berjalan tidak daripada Allah dan tidak akan pada Allah dan bukan di jalan allah

Di bawah ini kita huraikan satu persatu secara ringkas

Pertama salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah adalah salik yang berpindah dari satu tajalli kepada satu tajalli yang lain.
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah ialah salik yang berpindah dari satu nama Allah kepada nama Allah yang lain
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah dengan Allah ialah salik yang berjalan dari satu nama Allah kepada satu nama Allah di dalam nama-nama Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah ialah mereka yang keluar dari sisi Allah kepada makhluk
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah adalah seperti orang-orang yang zuhud dan beramal dengan amalan yang soleh tetapi tidak membersihkan dirinya daripada habuk yang mencemari nya. 

Ini adalah pembicaraan yang memerlukan huraian daripada mereka yang memahaminya 

Mengenali jalan dan perjalanan


sejarah kemasukan motokar di Mesir





 Allah menceritakan di dalam al-quran bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalamsetelah mendapat maklumat tentang kerajaan sabaktyang syirik, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya, jin ifrit  telah menawarkan khidmatnya dengan keupayaan memindahkan Mahligai Balqis itu dalam tempoh masa sebelum Nabi Sulaiman  bangkit dari kerusinya untuk pulang ke rumahnya ( satu hari) manakala seorang ahli zikir menawarkan lebih cepat  dari itu lagi iaitulah dalam tempoh sepantas mata berkelip. ,maka mahligai  Balqis di Yaman  yang dapat dipindahkan ke Palestin,  menurut ulamak tafsir   Nabi Sulaiman menerima  khidmat ulamak yang bernama Ashif Ibn Balkhaya  ini.

 kisah ini menceritakan kepada kita  bahawa seorang pemimpin yang baik  akan memilih  sesuatu  yang boleh di selesaikan dengan lebih cepat dan mengambil masa yang singkat.

 seorang penulis terkenal Mesir Mustafa Amin  menceritakan bagaimana  ketika kereta dan Lori mula-mula masuk ke Mesir,  ramai orang yang menentang dan membantahnya. Mereka berkata bahawa kenderaan-kenderaan ini Datang dari barat dan menguntungkan kapitalis barat  berbanding dengan menggunakan keldai  yang telah mereka warisi berzaman-zaman  itulah yang lebih baik .  bukan sahaja kereta itu dibeli daripada barat malahan juga minyak minyak yang diperlukan  oleh kereta tersebut  juga  dibayar kepada barat.  ini menguntungkan barat dan membawa kekayaan kepada mereka,  berbanding dengan  menggunaka keldai dan kuda ,  makanan kedai dan kuda boleh ditanam oleh mereka sendiri maka penanam-penanam makanan keldai dan kuda  juga akan dapat  membuat duit sendiri tanpa memberikan sebarang keuntungan kepada barat.

Demikianlah hebatnya  sebahagian daripada orang-orang Mesir kritik dan mencadangkan supaya tidak dibawa masuk kereta dan kenderaan enjin ke negeri mereka.

 Menurut  Mustafa aminn ,   memang susah juga  bagi datuknya Saad Zaghlul ,  Perdana Menteri Mesir yang pertama dari kalangan rakyat jelata , pada waktu itu memujuk rakyatnya . mereka tetap  mahukan supaya kereta kedai dan kereta  kuda sahaja yang digunakan di Mesir. 

 bukan senang bagi Saad Zaghlul ,  untuk memberikan jawapan Yang yang memuaskan  hati mereka. setelah lama berfikir barulah saad Zaghlul dapat memberikan kata-kata yang memberikan kepuasan kepada mereka:  di negeri lain di dunia ini semuanya sudah ada menggunakan kereta kereta boleh bergerak lebih laju daripada keldai Maka kita tidak mahu negeri kita ditinggalkan oleh negeri lain negeri Kita mestilah mendahului negeri orang lain Maka kita perlu juga memiliki kereta supaya kita dapat menyayangi negeri lain yang juga ada kereta walaubagaimanapun penggunaan kedai adalah izinkan dengan seluas-luasnya tanpa sekatan Siapa nak pakai kereta boleh pakai kereta Siapa nak pakai kereta keldai kalau dia suka dia boleh gunakan  kereta keldai

 setelah mendengar penjelasan begini barulah rakyat  Mesir merasa berpuas hati mana mereka dapat terus menggunakan keldai dan kuda

 yang peliknya ialah Selepas beberapa puluh tahun jumlah kereta makin bertambah di Mesir dan penggunaan kedai dan kuda menjadi semakin berkurangan rupa-rupanya mereka sendiri tidak sedar pada peringkat awal dulu  bawa diri mereka sendiri mahukan kepada yang lebih cepat dan laju.  pada tahun 90-an kedai digunakan oleh mereka yang mengumpulkan   barangan terpakai( al baqiyyah)sahaja   dan sekarang ini al baqiyyah ini juga telah menukarkan kepada motosikal juga katanya. 


 ini semuanya menjelaskan tentang betapa manusia dengan diri mereka yang asal adalah diciptakan sukakan kepada disegerakan pekerjaan.  ini adalah cerminan kepada nama Allah As sari` (  السريع    )  

Maka Kalaulah orang Islam -  yang diajar supaya mengenali satu daripada nama-nama Allah adalah  As sari` (  السريع    )  - ,   bersikap untuk mengemukakan  produk-produk atau barang-barang yang cepat siap,  atau cara-cara yang cepat siap  kepada manusia seluruhnya sebagai tanda beriman mereka  kepada Allah  -- sebagaimana yang di tunjukkan oleh Asif bn bal khaya zaan Nabi Sulaiman itu, tentulah umat Islam boleh memimpin dunia. Dan menerajui umat-umat yang lain. 


erti perkataan laila


بسم الله الرحمن الرحبم

Apabila kita membaca atau mempelajari kitab nahu bahasa Arab yang menjadi teks di pondok pondok seperti matan ajrumiyyah, kita akan mendapati mereka banyak menggunakan nama Zaid sebagai perumpamaan yang mereka bawakan dalam ayat-ayat contoh mereka umpamanya mereka menyebut

جاء زيد
Telah datang Zaid
ضرب زيد عمرا
Telah memukul oleh Zaid akan Omar

Menurut Pak Su awang tok  Kg Laut sewaktu saya mempelajari dengannya mukhtasar jiddan matan jurumiyah pada tahun 1985 beliau menyebut bahawa Zaid ini seringkali dijadikan contoh dalam ayat kerana Zahid itu membawa erti pertambahan . Nama ini dipilih untuk dijadikan misalan adalah sebagai tafaul agar diper tambahkan ilmu dan faham

Apabila kita membaca kitab tasauf pula kita sering kali berjumpa dengan perkataan Laila .
Memang di dalam syair ghazal  Arab ada kisah percintaan seorang lelaki bernama Amer Dr kabilah Bani Bakar kepada Laila 

Amer ini sewaktu kanak-kanaknya boleh dikatakan setiap hari akan ke rumah seorang perempuan yang lebih muda daripadanya yang dipanggil sebagai Laila. Dia akan bermain-main dengan Laila sehingga ke petang. Lama-kelamaan hatinya terpikat kepada Laila dia menaruh cita-cita untuk berkahwin dengan Laila

Pada suatu hari ia mendapat tahu bahawa ibu bapa Laila akan berpindah ke suatu tempat yang jauh daripada rumahnya berkemungkinan ke Yaman ataupun Iraq. Ini membuatkan hatinya sangat berdukacita. Setelah Laila meninggalkan kampung tersebut ia menjadi semakin sasau menyebabkan dia tidak mahu makan dan minum .
 bapanya yang menyedari keadaan kesihatannya yang semakin buruk dan fikirannya yang semakin melayang-layang telah berusaha dengan segala cara untuk memulihkan anaknya tetapi tidak juga berjaya . pada suatu hari setelah mendapat tahu bahawa ada seorang musafir yang datang daripada Yaman akan melalui kampungnya Dan singgah seketika di kampungnya itu. Bapanya telah berpakat dengan musafir itu supaya musafir itu memberitahu kepada anak lelakinya yang sudah sasau bahawa ia datang daripada kampung Laila dan Laila sudah lama mati

Walaubagaimanapun akhirnya pakatan ini gagal kerana ia dapat mengesan percubaan bapanya untuk menipunya . Ia  mendapat tahu bahawa Laila berada di negeri tertentu itu dia berhasrat untuk  belayar meninggalkan tanah airnya untuk pergi merantau ke negeri yang didiami oleh Laila dan seterusnya berkahwin dengan Laila. Dalam pengembaraannya itu banyaklah dia bersyair yang menceritakan tentang keperitan keperitan yang dia tanggung dalam percintaan.

oleh kerana perjalanan itu sangat jauh maka ia berada dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat tiba-tiba melintas di hadapannya seekor rusa . Dengan pantas sekali, Amer memanah rusa tersebut rusa yang terkena panahan itu terkinjal-kinjal kakinya menahan kesakitan tetapi dia tidak dapat mendekati rusa tersebut kerana dia tersangat lemah kerana kelaparan dan kedahagaan dia hanya mampu melihat kaki rusa itu terkinjal-kinjal tiba-tiba Amer melihat kaki rusa itu bertukar menjadi  kaki Laila. Maka ia menahan daripada menyembelih rusa tersebut. Akhirnya kedua-duanya mati di situ

Cerita ini adalah cerita yang masyhur di dalam syair Arab .Ia tidak ada kaitan langsung dengan Laila yang disebut di dalam tasawuf .

menurut Syeikh Muhammad Abdul Rani Al Misri ketika menghuraikan kalimah-kalimah yang sulit di dalam kitab futuhat makkiyah beliau menyebut bahawa nama Laila diberikan di dalam kitab tasawuf merujuk kepada mereka yang banyak berzikir lailahaillallah lailahaillallah lailahaillallah diulang-ulangi zikir ini dengan disebutkan bahagian awal zikir itu Maka lahirlah apa yang disebutkan sebagai Laila itu iaitulah menggambarkan percintaan seorang hamba kepada tuhannya yang mana perjalanan kepada tuhannya itu dapat dicapai dengan beristiqamah berzikir dan menghayati zikir lailahaillallah yang simbulkan dengan ungkapan awalnya sahaja

Ertinya Laila dalam ungkapan kitab-kitab tasauf itu adalah simbolik kepada kekasih yang dicari dan sebenar-benar kekasih yang dicari itu ialah Allah subhanahu wa Ta'ala





وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه واصولنا وسلم



beberapa sebutan arab untuk dipakaikan kepada kanak-kanak


Lisan Al Arab( ايام العرب )  adalah sebuah insaiklopedia tentang bahasa Arab yang besar setebal 15 jilid di karang oleh  al Allamah Jamaluddin Mohd makram  ibnu Manzur al Afriqi sk Masri Ada puluhan ribu perkataan yang digunakan oleh berbagai-bagai kabilah Arab di zaman silam telah dikumpulkan oleh beliau

Di antara yang menarik yang boleh kita petik daripada kitab tersebut ialah orang-orang Arab banyak menggunakan perkataan yang keluar daripada bunyi lalu diulang-ulang seperti yang telah kita sebut kelmarinشبشب   memakai selipar طأطأ bertatih kanak-kanak mula belajar bertatih تفتف kanak-kanak yang baru sudah mandi dan berpakaian bersih setelah bermain kotak pasir dan air kotor pergi semula bermain pasir dan air kotor itu menyebabkan badannya berlumuran semula dengan pasir

 di sana ada banyak lagi perkataan perkataan yang seperti itu yang indah kalaulah kita ajarkan anak cucu kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari mereka.  seperti :
فضفض  longgar/, pakaian yang longgar 

 dan رعرع menerima pendidikan dan membesar 
. قهقه.  ketawa berdekah-dekah dengan bersangatan 


di sini marilah kita melihat kepada satu perkataan  بصبص.    bas basa dengan lebih teliti dan mendalam .
perkataan ini pada asalnya membawa pengertian bergerak-gerak ataupun bergoncang tetapi dalam masyarakat Arab pada hari ini mereka lebih suka menggunakan perkataan…هز. dan  زلزل . Untuk menunjukkan makna bergerak gerak dan perkataan untuk menunjukkan makna bergoncang seperti bergoncang yang bumi di Indonesia disebut sebagai زلزال  

. Perkataan بصبص bas-bas ini digunakan oleh beberapa kabilah Arab yang dalam bahasa Arabnya untuk menunjukkan pergerakan samada yang berupa getaran goncangan keketaran atau berkedip gedip  yang berlaku itu menerangkan tentang sesuatu mereka gunakan perkataan بصبص الجرو  بذنبه anak anjing itu menggerak-gerakkan ekornya untuk menunjukkan makna anak anjing itu lapar dan dahaga serta menagih kasih sayang ibunya atau seekor anjing yang sedang ketakutan marah atau kegembiraan yang amat sangat

 بصبصت البكر اصابعها perempuan anak dara menggerak-gerakkan jarinya untuk menghilangkan ataupun menutupi rasa malunya ataupun gugupnya

 بصبص  ابهام رجله
.  penceramah itu menggerak-gerakkan ibu jari kakinya untuk menghilangkan mengendahkan gugupnya atau ketika berucap 

Perkataanبصبص.  ini menunjukkan kepada kita bahawa Arab Arab badui di zaman yang lampau apabila melihat sesuatu pergerakan yang kecil pada lahirnya mereka sudah cuba menyelami dan memahami sesuatu yang lebih mendalam berkaitan tentang kehidupan di sekelilingnya

Di hari ini manusia telah pergi jauh ke depan lagi dengan melihat beberapa indicator yang terdapat pada perubahan beberapa angka untuk menjelaskan keadaan ekonomi politik kesihatan dan sebagainya lagi akan .Maka muncullah manusia-manusia Forex Bitcoin yang spekulasi tentang kekayaan dan sebagainya lagi

Dalam perubatan klasik  ibnu sina telah menyenaraikan 38 bentuk pergerakan Nadi dan menghuraikan kepada jenis-jenis tahap kesihatan dan penyakit yang berbeza-beza ertinya orang yang meneliti dengan menghalusi akan melihat sedikit pergerakan pada sesuatu menerangkan tentang makna perubahan yang besar yang berlaku dalam badan kurang itu

Ini semua menjelaskan kepada kita tentang betapa mustahaknya kita memerhatikan perubahan-perubahan yang kecil berlaku di sekeliling kita kerana ia menterjemahkan tentang perubahan-perubahan besar yang bakal dan sedang berlaku


roti berasal daripada perkataan راط يروط




بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين
والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين اما بعد 

Roti bagi masyarakat Melayu zaman dahulu adalah seperti nasi di dalam masyarakat Arab . makanan ini dibawa masuk ke dalam masyarakat kerana asal makanan orang Melayu adalah nasi manakala asal makanan orang Arab disamping susu dan kurma adalah gandum dan barli . Walaupun gandum dan barli ini asalnya  tidak ada di Mekah, orang Arab  telah membeli  daripada petani atau peniaga di tanah-tanah pertanian seperti syam dan sebagainyalah.
Adapun nasi pula orang-orang Arab tidak menamakan Nasi yang mereka makan sebagai nasi Arab ,,( رز العرب  ،،) sebagaimana yang kita namakan seolah-olah kepada menyerahkan hak kita kepada mereka sebagai mana kita lakukan kepada lada cina, timun cina DLL   Arab sendiri lebih suka menggunakan nama khas seperti.ruz Mandy, maqlubah DLL 

 Malang sekali bagi orang-orang Melayu apabila mereka merasakan bahawa masakan nasi Arab itu lebih baik daripada nasi Melayu kononnya ilmu nasi nenek moyang kita itu sangat rendah.

sebenarnya nasi arab itu lebih hanya lah pada ukuran nafsu makan tetapi lebih banyak merbahaya untuk kita kalau di amalkan berterusan kerana ramuan yang diletakkannya bukankah ramuan yang elok untuk kita makan sehari-harian kita kerana itulah orang Arab tidak memakan nasi arab setiap hari namun begitu sudah ada orang-orang Melayu yang kaya raya sangat enjoy memakan nasi arab setiap hari mereka ini bolehlah disifatkan sebagai bernafsu lebih Arab daripada nafsu Arab .

perlu juga kita sedari bahawa  nasi yang baik ialah madi ikan singgang ini kerana nenek moyang kita yang meraikannya telah memperolehi ilham untuk menghimpunkan antara situasi panas dan sejuk yang berlawanan bayangkan garam yang berasal daripada laut dan asam yang berasal daripada bukit disatukan di dalam satu periuk atau belanga mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengembangkan tubuh badan kita berbanding dengan bunga kobis terung bawang yang Allah sifatkan sebagai makanan Bani Israil dalam al-quran adalah bahan-bahan yang membuka nafsu ketagih

perkataan roti diambil dan digunakan oleh masyarakat kita kemungkinan diambil atau daripada perkataan راط  yang asalnya bererti makan dengan gelojoh iaitulah polok
Ini kerana terdapat ejaan yang mengenakan روطي 

Di dalam lisanul Arab di sebut راط يروط الوحشي بالأكمة اى يلوذ بها
Telah memakan binatang hutan itu dengan polotnya kerana merasai kelazatan nya.

….ini kerana roti mula diperkenalkan oleh penjajah di tanah Melayu  melalui kawasan kawasan perniagaan yang di buka oleh mereka seperti Singapura, Penang dll. Di situ berkumpulnya pedagang-pedagang Islam yang termasuk daripada kalangan anak

Sebenarnya perkataan polot ada banyak dalam bahasa Arab mengikut kabilah dan tempat.di antara nya ialah:

زرط -

 زلط 
Bukan sahaja membawa makna makan dengan gelojoh dan polos tetapi juga di gunakan bagi menerangkan tentang berjalan laju yang kita sebutkan sebagai hungga atau jempa. 

زغف yang bermaksud menyuapkan
 makanan ke dalam mulut kadangkala juga di gunakan untuk tujuan polot itu

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU



PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU
OLEH
HANAFI RAHMAN EL FESFANJI



 sebelum  abad 17, memang tiada lagi catatan yang saya temui menyebut  tentang Jalan Pasir Panjang seperti yang terdapat pada hari ini. Yang wujud pada waktu itu di sekitar Bukit Besar adalah dusun Sultan Umar yang luas di penuhi sawah dan dusun kelapa. Pada masa itu , kawasan itu hanyalah di kenali sebagai tanah darat. Tanah darat berbanding kepada orang yang berada di Kampung Tanjung, Ladang,Kolam dan beberapa tempat di kuala Terengganu. Tanah darat itu bermula dari Bukit Besar yang bersambungan dengan bukit Kecil sehinggalah ke kawasan belakangnya lagi. Tanah-tanah ini kemudiannya di kurniakan kepada orang-orang tertentu yang merupakan pembesar-pembesar dan pembantu-pembantu istana. Sebahagian besar mereka adalah berasal dari keturunan pembesar-pembesar Johor Riau kerana asal kumpulan yang datang Terengganu adalah dari kumpulau pembesar-pembesar keluarga Tun habib Padang Saujana padahal Tun habib Padang saujana adalah dari Johor Riau. Datuk Padang Saujana di anggap sebagai pelopor keluarga di raja Pahang dan Terengganu. Namun begitu, tidak dinafikan ada banyak kumpulan-kumpulan kecil yang datang dari pelbagai pelusuk lain seperti Bugis, jawa, Acheh, bahkan dari tanah besar cina seperti China Islam Yunan dan sebagainya lagi.  





Untuk menggambarkan keadaan mereka pada waktu itu secara amnya, di Terengganu ada beberapa nama yang menarik untuk kita perhatiankan seperti nama Tok Muchung, Tok Luir, Tok Paktak, Tok Benut, tok Chedong, Tok Senduk, Tok Belimbing, Tok Belat, Tok Kemasik, Tok Dungun, Tok Bayu, Tok Embun, Tok Lebar, Tok Lepar,Tok Pauh, Tok Tasik dan yang paling masyur sekali Tok Pulau Manis.  Dalam perbincangan kami ada sebahagian yang bergelr Tok yang bukan dalam senarai Johor Riau. Secara khususnya pula, setakat yang terkumpul, nama-nama yang seringkali di sebut sebagai mereka ini kebal dan tidak lut di makan senjata besi di sekitar tanah darat Bukit Besar oleh orang-orang tua adalah seperti Tok Faqir, Tok Dekuh, Tok Kapa`, Tok Molur dan Tok Cepek. Walaupun sebahagian  gelaran dikaitkan dengan tempat seperti Tok Dungun, Tok Kemasik dan Tok Muchung manakala sebahagian yang lain pula seperti Tok Dekuh  di gelar dengan kelebihannya yang di akui  oleh masyarakatnya pada masa itu. Atau kerana gelaran itu dikurniakan oleh pemerintah , mereka tetap mempunyai nama tertentu sebagai contohnya  Tok Pulau manis( Syeikh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah); Tok Tasik (Lebai Isa menjalankan dakwah di kampung tasik Bukit Payung)  ,banyak nama asal itu tenggelam kerana ketiadaan rekod catatan.





Di katakan juga bahawa pada zaman yang kedua, Sultan-Sultan Terengganu telah mengurniakan tanah dusun tersebut kepada penghijrah dari patani samada dari kalangan ulama atau pembesar. Sebahagiannya telah di berikan kepada Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas, guru dan pakar rujuk agama di istana di zaman Sultan-Sultan Umar-Zainal Abidin ke 3, .Cerita lisan dari Ayah We Yahya Kampung Aur , beliau menukilkan cerita dari datuknya bahawa lebih 300 ekar tanah di Sungai Derhaka pula di berikan kepada Wan Mahmud Patani (mertua Haji Kadir Masjid Pasir Panjang) , seorang pembesar Patani dari Kampung Dalam Kota Patani.


Pada zaman ini juga terdapat penjelasan-penjelasan yang menunjukkan mereka yang datang dari Patani bolehlah di bahagikan kepada dua zaman. Zaman pertama adalah zaman pembukaan sultan zainal Abidin 1 negeri Terengganu sehinggalah sebelum kalah perang . zaman ini panjang dan mempunyai beberapa peringkat pula kerana boleh dikatakan setiap sultan yang memerintah Terengganu menjalinkan pelbagai hubungan dengan Kerajaan Patani yang merupakan hubungan anak bearanak. Diantara hubungan yang penting di zaman ini adalah bertujuan untuk membangunkan pentadbiran Terengganu. Sultan zainal Abidin 1 sendiri, setelah ditabalkan sebagai pemerintah Terengganu, turut membawa empat puluh keluarganya dari Patani untuk membantu pentadbiran Terengganu. Ramai juga alim ulama yang di bawa dari sana sehinggakan kesemua penasihat sultan adalah ahli-ahli agama dari Patani. Mereka ini terus mengekalkan nama bangsawan mereka seperti Wan dan Nik pada pangkal nama mereka.





Peringkat kedua datang setelah Patani jatuh kalah dalam perang menentang tentera sakhothai. Mereka yang di buru oleh kerajaan Siam telah menanggalkan segala gelaran bangsawan mereka bahkan mereka menukarkan nama mereka kepada nama-nama lain yang tidak pernah digunakan ketika di Patani. Kedatangan gelombang yang kedua ini membentuk keluarga melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan iaitu mereka yang datang dari  gelombang pertama tadi atau dari sebelum keluarga sebelah Pahang dan johor Riau. Yang jelas di sekitar Pasir Panjang iaialah: Lebai Ishak atau Lebai Busu dan bapanya Lebai Said. ( keturunannya menjadi penduduk asal yang memenuhi dekat sekolah Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dan Gong Penaga) ; Lebai Isa( Bukit Depu) ; Lebai Hitam( Bukit Jenal) , Lebai Pakor, Lebai Jamal( Yang membuka Kampung Tok Jamal, Wakaf mempelam). Lebai Yaakub dan Lebai Ismail yang keluarganya berkembang di Kampung Padang dan kampung Pak Pa(yang terletak di Belakang Bukit Besar).  


Di  samping itu juga berlaku perkahwinan dengan keturunan Patani dari Paloh, Duyung, Tanjung, Ladang, Kuala Ibai dan sebagainya lagi ,


Di samping itu terdapat juga kumpulan-kumpulan kecil dari pelbagai tempat tiba ke Terengganu contohnya keluarga Yunan seperti Mohamad Yunani yang dikatakan dari keluarga Abdullah dan Ali Al Yunani. Keturunanan Yunan yang telah berkembang di Pasir panjang ialah keluarga Ibrahim yang asalnya membiak di Kampung Bukit Jenal. .


Mereka ini bukan sahaja mempunyai peranan dalam pengajian fardhu ain dan pembinaan tempat ibadat, malahan juga termasuk mentadbir sawah bendang dan membentukkampung halaman yang pada hari ini anak cucunya telah memenuhi sebahagian  kawasan tersebut.
















pulut lepe dan kerepok lekor berasal dari perkataan arab


بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين الصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين اما بعد

Kita telah membincangkan bahawa nama wook  yang sentiasa menjadi nama panggilan yang lemah lembut dalam masyarakat kita terutamanya di pantai timur adalah diambil daripada perkataan Arab . 
kalimahmasdar  ود berasal daripada ود يود مودة bermakna kasih sayang. memanggil seseorang dengan panggilan yang lemah-lembut ini  bererti meletakkan masdar di tempat mafulun bihi adalah termasuk dalam sesuatu yang semacam majaz mursal
Maka pada kali ini kita mahu melihatpula beberapa perkataan yang sering kali diguna pakai di Terengganu adalah berasal daripada perkataan Arab. Satu daripada nya iaitulah pulut panggang. Pulut panggang di Terengganudiletakkan inti ikan kerana mereka adalah penduduk di tepi laut. Mereka memanggil pulut panggang ini dengan sebutan pulut lepe

Perkataan lepe di ambil daripada perkataan laffa yaliffu. laffah  لف يلف bermaksud gulung atau selimut. Ini kerana pulut itu dibaluti atau di selimut kan dengan daun pisang sebelum dipanggang di atas bara

Perkataan lain ialah keropok lekor. Bagi sesetengah orang melihat lekor berasal daripada perkataan berlingkar lingkar kerana keropok itu golek menjadi panjang. Lekor berasal daripada perkataan لققة iaitulah merujuk kpd panjang nya parit yangt di gali. Panjang dan halus.

رجل لقاق 

Bermaksud lelaki yang panjang putar belit nya dalam percakapan nya. Manakala لقلقت الحية bermaksud ular itu menunjukkan kekuatan nya dgn menggulung kan lingkaran nya serta mengeluarkan lidah dan berbunyi kerana marah.

Perkataan lain yang digunakan d Terengganu ialah betak bererti lambat berasal daripada perkataan بطيء  

Hutan dan semak pula di sebut dgn perkataan Rob berasal daripada perkataan غاب iaitu غابة


Yang lain lagi juga ialah satay di ambil daripada perkataan شاتي iaitulah daging kambing ku. 

Ini untuk menunjukkan betapa tebalnya pengaruh masyarakat Arab khususnya masyarakat hadhari maut d Yaman terhadap masyarakat Melayu termasuklah di Terengganu

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Thursday, April 16, 2020

CHIK MAT TOK MUDIM KG MASJID HJ KADIR

Teringatkan di kampung saya, di kampung masjid Haji Kadir, di Pasir Panjang , dalam tahun tahun selepas merdeka sehinggalah tahun 80an,  ada seorang pakar urut terkenal yang dipanggil dengan gelaran Chek lah Tok Mudin . Boleh dikatakan pada waktu itu sebahagian besar penduduk sekitar  Bukit Besar menggunakan khidmatnya terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan tersalah urat, tergeliat, terseliuh , terkehil, patah dan juga bermudin kita boleh faham betapa besarnya pengaruh yang ada padanya kerana rata-rata penduduk di sekitar kawasan ini pada waktu itu kurang menerima khidmat hospital . Chek Lah ini berasal dari Merbau Patah. Kampung Merbau Patah pada waktu itu  memang terkenal sebagai lubuk keluarga mudim yang semenjak tahun-tahun selepas merdeka keluarga mereka mula tersebar ke seluruh kuala terengganu.

Menurut  yang umpunya cerita bila ia mengurut, bahagian  yang akan mula di sentuh olehnya ialah dua samada  daripada urat celah buku lali kaki kanan ataupun celah pinggang..ini bererti dia memulakan urutan  di bahagian belakang badan Berpuluh tahun juga saya berfikir dan bertanya apakah rahsianya ia memulakan urutannya sebegitu sedangkan orang lain pula ada yang mengurut dengan cara yang berbeza .

Mungkin satu jaqapan yang boleh ditemui di sini ialah bahawa Tenaga Manusia bergerak dengan berbagai-bagai aliran sebagaimana pergerakan  arus air laut dan udara di angkasa mempunyai berbagai-bagai aliran

 Walaupun aliran ini didapati bersimpang-siur dan berlaga-laga antara satu sama lain di dalam badan manusia tetapi mereka adalah mempunyai perjalanan yang unik dan sukar untuk kita mengertikan secara kesemuanya 

Ada tenaga yang seringkali mengganggu kesihatan manusia yang disifatkan sebagai bersifat buruk adalah tenaga yang mengalir daripada bumi lalu masuk ke dalam badan manusia melalui bawah bahagian. Dalam erti kata yang lain tenaga yang buruk itu masuk mengganggu kesihatan melalui kaki manusia.

 tenaga ini bergerak dan berjalan mengikut aliran nya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti kereta yang berjalan di atas jalan raya ataupun air yang mengalir di sungai .Daripada kaki kanan tenaga ini naik ke atas melalui pinggang seterusnya meneruskan perjalanannya melalui tulang belakang. Apabila sampai di bahagian bawah tengkuk ia akan u-turn ke kiri dan turun ke bawah semula hingga sampai ke kaki kiri. Ada tenaga ini yang menjadi jahat atau gila di pertengahan jalan di sebabkan oleh faktor-faktor tertentu, maka mana-mana yang, gila ,jahat dan  buruk perlulah ditolak keluar yang satu daripada jalannya adalah melalui kaedah urutan. 

Perjalanan sebegini bukanlah menjelaskan tentang kesemua aliran tenaga dalam diri manusia bergerak satu macam atau satu bentuk. Seperti mana yang telah kita sebutkan maka ada tenaga-tenaga yang lain pula berjalan dengan sistem yang lain seperti ada tenaga yang bergerak ke atas sahaja ada pula tenaga yang bergerak ke bawah sahaja dan ada pula tenaga yang apabila ia sampai di bahagian-bahagian yang tertentu ia keluar dari badan melalui perbagai bagai pintu. 

Tenaga-tenaga ini pula datang daripada punca-punca yang berbagai-bagai lalu bersifat dengan sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain ada yang berpunca daripada sifat magnetik bumi lalu bertemu pula dengan sifat tanah air api angin manusia itu Ada pula yang disebabkan oleh pengaruh dari luar seperti sihir saka dan sebagainya lagi ada pula sebabkan oleh faktor pemakanan memberi respon yang tertentu kepada tenaga-tenaga tadi


 sebagai contoh mudah Marilah kita melihat istilah Jembalang Tanah yang sentiasa dikaitkan dengan kaki . Permulaan gangguannya merasuk ke dalam badan manusia  adalah dengan bahagian kaki seseorang itu terasa seram sejuk seram sejuk yang berada di lapisan yang sangat dalam pada bahagian kakinya , maka seseorang yang berada dalam situasi seperti ini disarankan supaya membaca ayat-ayat pendinding yang menghalau hantu syaitan. Ini adalah bertujuan menjelaskan bagaimana hubungan tenaga yang jahat berhubungan dengan kaki manusia sebagai permulaan kepada kerosakan kesihatan manusia maka demikianlah beberapa pakar urut termasuklah di kampung saya ini memilih bahagian yang pertama untuk diurut adalah pada urat-urat yang merupakan pintu masuk kepada penyakit ataupun yang mereka namakan sebagai kuala muara  kepada masuknya penyakit mengganggu kesihatan manusia iaitulah kaki.


Adapun tentang Mengapa Chek Lah memilih dalam pilihan yang kedua untuk memulakan urutan pada urat celah pinggang pula mungkin kita sembang masa lain pulak lah insya-allah

zikir menyuluh asal usul

Sewaktu umur belasan tahun dulu, untuk  menambahkan kefahaman tentang apakah perbezaan di antara Jaulah Ruhiyyah dan Jaulah Ruhaniyah Saya telah mengunjungi beberapa orang ahli zikir yang nama mereka tersembunyi di dalam masyarakat lalu bertanyakan kepada mereka beberapa soalan . Disamping bertanyakan tentang asal-usul orang-orang Melayu secara amnya, Saya ajukan juga soalan tentang asal usul orang-orang Terengganu secara khusus,  kesimpulan yang mereka berikan mempunyai beberapa persamaan iaitulah asal usul orang-orang Terengganu secara khususnya mempunyai pertalian dengan Cik Siti Wan Kembang , Maulana Hussein Jamadul Kubra, dan Megat panjialam. Maka diantara sudut yang boleh kita bincangkan ialah kaitan asal usul orang Terengganu dengan Zulkarnain dan dengan pendakwah islam gelombang pertama yang datang ke Alam Melayu.  مولانا حسين جماد الكبرى


Kemudian datanglah pula orang-orang daripada pelbagai pelusuk tempat ke Terengganu lalu berkahwin  dengan penduduk asal ini lalu mereka dipanggil sebagai orang Terengganu mereka yang datang daripada pelbagai pelusuk tempat ini ada yang datang dari Arab India China (islam) dan tidak kurang pula daripada alam Melayu itu sendiri seperti fatani bugis minang acheh dll
Penjelasan mereka ini memang sulit untuk dibuktikan secara kajian saintifik melainkan hanyalah melalui penyelidikan yang mendalam tentang DNA padahal mereka yang bercakap ini bukanlah terdedah dengan kajian-kajian DNAitu

Ini bererti mereka memperolehi maklumat melalui sumber yang lain bukan melalui keputusan yang dirumuskan oleh kajian DNA


Sebenarnya banyak maklumat-maklumat yang seperti ini yang tersebar di dalam masyarakat kita yang diambil daripada orang orang tua yang kuat berzikir  yang tidak mahu glamour di dalam masyarakat diketengahkan ke dalam masyarakat اolrh orang orang yang kasih kepada mereka maka Ramailah yang menolak cerita-cerita begini kerana mereka bertanyakan tentang sumbernya yang soheh yang semestinyalah berbentuk bahan-bahan yang boleh di lihat dan boleh membuktikan hal demikian. Dalam ertikata yang lebih kasar dan hodoh bolehlah kita katakan bahawa ramai orang mahu bertanyakan sumber yang soheh berdasarkan kepada metodologi penyelidikan barat yang bertuhankan kepada kebendaan. Maka bila mana kesohehan itu tidak ditemui menurut kayu ukur barat mereka terus menolaknya



Di sini bukanlah saya bermaksud untuk memaksa para pembaca menerima kesimpulan yang dibuat oleh ahli-ahli Zikir itu bahawa kononnya asal usul orang-orang Terengganu mempunyai pertalian juga dengan Cik Siti Wan Kembang atau Zulkarnain tetapi sekurang-kurangnya supaya kita menyedari bahawa metodologi penyelidikan cara barat tidak boleh mencakupi bidang seluas metodologi yang telah dimiliki oleh orang-orang yang beriman, 
 iaitulah sewaktu  kita menganggapkan bahawa kesohihan itu Mestilah dibuktikan melalui bahan yang boleh dilihat dengan mata semata-mata sebagaimana kajian saintifik secara barat , ini boleh membawa kita kepada melupai kekuatan roh yang tersimpan yang di ungkapkan di dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam yang menyebutkan

 اتقوا فراسه المؤمن فانه ينظر بنور الله

Takutlah kamu (hai orang-orang kafir )kepada firasah  orang-orang yang beriman sesungguhnya mereka Melihat melalui cahaya Allah

 Sebenarnya ramai ahli-ahli zikir yang  menyembunyikan nama mereka daripada masyarakat ini tidak mahu cerita mereka ini dibawakan ke tengah masyarakat tetapi cerita ini tetap dibawa juga ke tengah masyarakat oleh orang-orang yang menghormati ahli-ahli zikir ini. maka cerita-cerita yang serupa ini tersebar juga di dalam masyarakat dan kita dapat saksikan bagaimana cerita-cerita sebegini mendapat kecaman yang begitu hebat daripada berbagai-bagai pihak di dalam masyarakat termasuk juga oleh sebilangan daripada kawan-kawan saya pelajar  yang baru pulang daripada negara Arab. 

 maklumat-maklumat sebegini memang layak  dipertikaikan dan diuji kebenaranya oleh pencinta kebenaran
Hari ini saya menyaksikan sebahagian yang menolaknya dulu telah menerimanya apabila mereka mula meyakini apa yang mereka tolak itu setelah mereka menemui kesahihannya melalui metodologi kebendaan yang mereka yakini itu


 Allah SWT  yang di antara nama namanya ialah Az zahir Wal Batin, dua nama yang berlawanan pada makhluk-nya  tetapi adalah satu padaNya . Ia menjadikan sesuatu batin yang tidak boleh dilihat itu mempunyai signal signal indicator ataupun penunjuk-penunjuk yang bersifat Zahir yang boleh dilihat dan menjelaskan hal kebatinan itu hari ini kajian DNA mendedahkan suatu keterangan yang seolah-olah menerima kesimpulan yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli zikir tadi.

Hari ini apabila kajian DNA menjelaskan bahawa orang Melayu hari ini datang daripada susurgalur yang simpang-siur nya adalah berpunca daripada akar umbi yang lebih kurang sama atau beberapa punca yang satu , mereka telah menerima keterangan tadi tetapi penerimaan mereka ini tentang perkara itu jauh lebih lewat daripada apa yang telah ditemui oleh ahli-ahli zikir yang tidak mahu glamor itu


 Maka pada hakikatnya,  kerana masyarakat kita boleh menerima metodologi barat tetapi tidak mahu menerima metodologi zikir yang mempunyai kekuatan yang sangat menembusi segala galanya itulah yang menjadi puncanya masyarakat kita berada dalam kelemahan

Kesimpulannya Hari ini kita duduk di belakang barat dan kerana meninggalkan zikir kita gagal mendepani mereka