Thursday, April 16, 2020

CHIK MAT TOK MUDIM KG MASJID HJ KADIR

Teringatkan di kampung saya, di kampung masjid Haji Kadir, di Pasir Panjang , dalam tahun tahun selepas merdeka sehinggalah tahun 80an,  ada seorang pakar urut terkenal yang dipanggil dengan gelaran Chek lah Tok Mudin . Boleh dikatakan pada waktu itu sebahagian besar penduduk sekitar  Bukit Besar menggunakan khidmatnya terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan tersalah urat, tergeliat, terseliuh , terkehil, patah dan juga bermudin kita boleh faham betapa besarnya pengaruh yang ada padanya kerana rata-rata penduduk di sekitar kawasan ini pada waktu itu kurang menerima khidmat hospital . Chek Lah ini berasal dari Merbau Patah. Kampung Merbau Patah pada waktu itu  memang terkenal sebagai lubuk keluarga mudim yang semenjak tahun-tahun selepas merdeka keluarga mereka mula tersebar ke seluruh kuala terengganu.

Menurut  yang umpunya cerita bila ia mengurut, bahagian  yang akan mula di sentuh olehnya ialah dua samada  daripada urat celah buku lali kaki kanan ataupun celah pinggang..ini bererti dia memulakan urutan  di bahagian belakang badan Berpuluh tahun juga saya berfikir dan bertanya apakah rahsianya ia memulakan urutannya sebegitu sedangkan orang lain pula ada yang mengurut dengan cara yang berbeza .

Mungkin satu jaqapan yang boleh ditemui di sini ialah bahawa Tenaga Manusia bergerak dengan berbagai-bagai aliran sebagaimana pergerakan  arus air laut dan udara di angkasa mempunyai berbagai-bagai aliran

 Walaupun aliran ini didapati bersimpang-siur dan berlaga-laga antara satu sama lain di dalam badan manusia tetapi mereka adalah mempunyai perjalanan yang unik dan sukar untuk kita mengertikan secara kesemuanya 

Ada tenaga yang seringkali mengganggu kesihatan manusia yang disifatkan sebagai bersifat buruk adalah tenaga yang mengalir daripada bumi lalu masuk ke dalam badan manusia melalui bawah bahagian. Dalam erti kata yang lain tenaga yang buruk itu masuk mengganggu kesihatan melalui kaki manusia.

 tenaga ini bergerak dan berjalan mengikut aliran nya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti kereta yang berjalan di atas jalan raya ataupun air yang mengalir di sungai .Daripada kaki kanan tenaga ini naik ke atas melalui pinggang seterusnya meneruskan perjalanannya melalui tulang belakang. Apabila sampai di bahagian bawah tengkuk ia akan u-turn ke kiri dan turun ke bawah semula hingga sampai ke kaki kiri. Ada tenaga ini yang menjadi jahat atau gila di pertengahan jalan di sebabkan oleh faktor-faktor tertentu, maka mana-mana yang, gila ,jahat dan  buruk perlulah ditolak keluar yang satu daripada jalannya adalah melalui kaedah urutan. 

Perjalanan sebegini bukanlah menjelaskan tentang kesemua aliran tenaga dalam diri manusia bergerak satu macam atau satu bentuk. Seperti mana yang telah kita sebutkan maka ada tenaga-tenaga yang lain pula berjalan dengan sistem yang lain seperti ada tenaga yang bergerak ke atas sahaja ada pula tenaga yang bergerak ke bawah sahaja dan ada pula tenaga yang apabila ia sampai di bahagian-bahagian yang tertentu ia keluar dari badan melalui perbagai bagai pintu. 

Tenaga-tenaga ini pula datang daripada punca-punca yang berbagai-bagai lalu bersifat dengan sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain ada yang berpunca daripada sifat magnetik bumi lalu bertemu pula dengan sifat tanah air api angin manusia itu Ada pula yang disebabkan oleh pengaruh dari luar seperti sihir saka dan sebagainya lagi ada pula sebabkan oleh faktor pemakanan memberi respon yang tertentu kepada tenaga-tenaga tadi


 sebagai contoh mudah Marilah kita melihat istilah Jembalang Tanah yang sentiasa dikaitkan dengan kaki . Permulaan gangguannya merasuk ke dalam badan manusia  adalah dengan bahagian kaki seseorang itu terasa seram sejuk seram sejuk yang berada di lapisan yang sangat dalam pada bahagian kakinya , maka seseorang yang berada dalam situasi seperti ini disarankan supaya membaca ayat-ayat pendinding yang menghalau hantu syaitan. Ini adalah bertujuan menjelaskan bagaimana hubungan tenaga yang jahat berhubungan dengan kaki manusia sebagai permulaan kepada kerosakan kesihatan manusia maka demikianlah beberapa pakar urut termasuklah di kampung saya ini memilih bahagian yang pertama untuk diurut adalah pada urat-urat yang merupakan pintu masuk kepada penyakit ataupun yang mereka namakan sebagai kuala muara  kepada masuknya penyakit mengganggu kesihatan manusia iaitulah kaki.


Adapun tentang Mengapa Chek Lah memilih dalam pilihan yang kedua untuk memulakan urutan pada urat celah pinggang pula mungkin kita sembang masa lain pulak lah insya-allah

No comments:

Post a Comment