Thursday, April 16, 2020

AMALAN TERAS KAYU




Menjadi amalan kepada perawat zaman yang lampau Yang mendalami pengajian sifat 20 merendam teras kemuning hitam  teras remunggal dan asam jawa di dalam air semalaman lalu mereka minum pada waktu paginya demikianlah juga para pendekar dan perajurit merendam Teras kekabu, sonsang arus, teras iboi, teras nibung tunggal  pada waktu malam dan minum pada waktu pagi nya . Dikatakan dikatakan bahawa para perajurit yang mempertahankan kerajaan Champa Dan menentang tentera sakhothai dalam Perang Pattani mengamalkan amalan ini. 

pada hari ini kepada sesetengah orang terutamanya dari kalangan mereka yang berfikiran selapis seperti Wahabi  melihat nya sebagai bidaah mereka mendakwa amalan yang seperti ini tidak pernah dilakukan oleh rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Malah ada Di Antara mereka yang berkata amalan ini adalah amalan syirik apabila mereka mendengar tepi jalan suara sesetengah anak muda yang berkata Minum air teras ini menjadikan kebal 

 hujah bidaah ini tentunya ditolak oleh Golongan yang mempelajarin tasauf  yang cenderung untuk membela amalan-amalan di atas dengan menyatakan bahawa  amalan itu dibina oleh perawat dan perajurit yang soleh di zaman silam itu di atas perjalanan makrifatullah mereka. Menurut golongan yang mempelajari tasauf ini Apabila seseorang berjalan di jalan makrifatullah lalu bertemu dengan satu pintu di dalam perjalanankerohanannya itu,  yang mana pintu itu bernama tauhid af'al, Sesiapa yang masuk ke dalam pintu itu akan menemui hal-hal yang seperti rahsia air air teras kayu ini

Kita mahu bertanya Bagaimanakah  mereka boleh berfahaman sebegitu setelah memasuki pintu tersebut???

Af alullah Itu dari segi bahasanya bererti perbuatan Allah Contoh perbuatan Allah itu ialah segala makhluk ini termasuklah Alam seperti langit matahari bulan Bintang  Bumi sungai lauk gunung-ganang hutan rimba termasuklah pokok kayu yang Allah sebutkan Dalam al-quran yang mulia dinyataIkan bahawa ia jadikan kesemua itu untuk makhluk-nya yang menjadi Khalifah di atas muka bumi firman Allah
خلق لكم مافي الارض جميعا 
Dialah Allah Yang menjadikan untuk kamu segala apa yang ada di atas muka bumi ini 

Ayat Tauhid ini bilamana dilihat dari sudut tauhid Af al Oleh Khalifah yang bergelar perawat dan prajurit Islam Melayu Mereka memahami bahawa semua bahan-bahan tanam-tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang berada di sekeliling mereka adalah alat yang perlu digunakan untuk merealisasikan tugas Khalifah atas muka bumi Allah itu mereka menghuraikan seperti berikut:

 Kita adalah makhluk Allah tanam-tanaman juga adalah makhluk Allah Kita adalah lemah makhluk-makhluk Allah yang bernama tanam tanaman itu juga adalah lemah tanam tanaman adalah saudara-saudara kita belaka

 dari sini kita akan melihat bagaimana mereka seringkali apabila berbicara dengan pokok-pokok tersebut mereka mengungkapkan Hai saudaraku ertinya mereka mengistbatkan diri mereka dan tanah tanaman itu adalah makhluk Allah yang lemah dan  saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan dalam melaksanakan tugas Khalifah sama ada untuk berdakwah dalam bentuk merawat atau untuk berperang dengan tentera budha kafir Sakhothai, Mereka perlu menggunakan pertolongan saudara-saudara mereka yang tumbuh menghijau sekeliling kehidupan mereka

Seterusnya mereka Melihat keesaan Allah yang mereka Namakan Tauhid itu dalam bentuk kejadian teras-teras kayu itu tidak ubah seperti kejadian manusia ditengah-tengah teras kali itu ada terdapat satu seperti saluran lubang demikianlah juga manusia yang ruhnya  masuk melalui ubun ubun mereka Lalu masuk menurun ke bawah melalui bahagian tengah sebelum ia menghidupkan kawasan tepi-tepi maka pada tulang belakang ada tanda yang menunjukkan seperti 3lapis terowong yang menggerakkan berbagai-bagai tenaga hinggalah pada akhirnya bahagian itu dilubangi' dengan dua lubang yang dinamakan qubul dan dubur


Lubang-lubang kecil yang terdapat di tengah-tengah teras teras kayu tadi bolehlah disifatkan sebagai terowong tempat lalunya  tenaga-tenaga yang membawakan khasiat dan kegunaan pokok tersebut . Untuk mengetahui betapa bernilainya lubang-lubang kecil di tengah-tengah teras kayu itu Marilah kita bandingkan antara harga daging batang pinang lembu berbanding dengan di bahagian-bahagian yang lain pada lembu tersebut


Memang berperang menentang kerajaan Buddha dan Hindu itu amat menyakitkan.  Tidaklah kurang daripada Kepedihan akibat kejatuhan kota Kerisik dan Champa , Pobia dan Trauma sangat panjang sekali, pobia dan trauma ini akan mematikan perjuangan diri yang luka dan patah sebelum diri yang patah dan luka itu menghembuskan nafas yang terakhir. Tetapi zikir asma Allah menyalakan Ilham ke dalam Nurani mereka bahawa trauma dan fobia itu mestilah ditarik keluar dari diriyang  patah riuk ini oleh momentum momentum yang bergetar-getar dari lubang-lubang kecil yang tertutup pada teras-teras kayu yang ada di sekeling mereka. Lantas perajuwit-perajuit ini bertemu semula dengan saudara-saudara mereka yang sentiasa menghijau di keliling mereka. Mereka berkasih sayang .Malam dan siang. 
Di saat mereka bertahajjud dan berzikir pada waktu malam mereka memperembunkan teras kayu itu ataupun meletakkannya ke dalam air. Pada waktu siang dan menjadi waktu mereka membuktikan mereka kepada Allah mereka meminum air ter


Sedikit demi sedikit trauma itu menghilang dan diganti pula dengan semangat yang bangkit bersama dengan pokokhijau  yang sentiasa bersalin antara karbon dioksida dan oksigen antara yang negatif dan positif menukarkan perasaan takut dan  putus asa kepada berharapan baru.

Maka, dengan bantuan dari gataran-getaran yang keluar dari nafas sadaranya ini,  semangat jihad untuk menumpaskan musuh yang kufur itu bernyala semula. Maka perajiwit ini sudah bergelar kebal. Kebal yang dimaksudkan disini adalah kebal  yang tidak mengenalerti putus asa hadapan musuh kuffar yang kejam dan zalim itu , mereka bangkit semula, sebahagian dari mereka yang melihat di dalam pintu tauhid af al itu bahawa satu strategi baru perlu di susun. Strategi itu adalah membesarkan generasi baru yang akan meneruskan jihad dalam gelanggang yang baru di zaman yang baru, maka mereka bersembunyi bagi memastikan kekuatan baru dapat di bina bagi  meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah. Sebahagian mereka berhijrah ke Terengganu, Kelantan , Pahang dan akhirnya keturunan mereka berpindah randah pula serata tanah melayu. 

Malangnya di hari ini, kebal ini disalah fahamkan. Akibatnya minum air teras ini  telah dianggap menjadi bidah yang membawakan kepada syirik padahalnya Satu sistem fitrah ialah Allah menjadikan-  Walau selama mana pun sesuatu tanah air itu dijajah, khalifah dari kalangan peribumilah akhirnya yang akan dapat kembali memerintah tanah air tersebut - apatah lagi penduduk asal bumi itu islam yang berjihad menegakkan islam. Ini  kerana Allah yang menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa Di negeri yang berbeza-beza, bangsa itu akan kekal di negeri itu bangsa itu akan kekal di negeri ituKerana mereka adalah pemegang amanah Allah , melainkan Allah mahu me mengenai touchma sekiranya Alti bankkan bangsa itu, Allah membawa bangsa yang lain pula. Itulah yang berlaku kepada bangsa aryan. Memasang selagi Allah maha menjadikan berpendapat bahawa Allah telah peliharakan anaknya itu untuk mereka yang terkecuali hanyalah Yahudi

Maka kita mestilah menggunakan bekalan-bekalan yang telah disediakan oleh Allah untuk kita, tanahnya airnya apinyaanginnya pokok kayunya dan segalanya kerana mereka adalah saudara kita yang akan membantu kita. 

cuma satu perkara yang perlu kita renung Itulah adakah anak kita pada hari ini boleh makan semua sayur tempatan ataupunbukan setakat mereka tidak mahu makan sayur tempatan malahan  epal , limau mandarin , dan rokoklah yang menjadi makanan yang tidak boleh di tinggalkan oleh mereka pada hari ini ????

TERAS

No comments:

Post a Comment