Thursday, April 16, 2020

zikir menyuluh asal usul

Sewaktu umur belasan tahun dulu, untuk  menambahkan kefahaman tentang apakah perbezaan di antara Jaulah Ruhiyyah dan Jaulah Ruhaniyah Saya telah mengunjungi beberapa orang ahli zikir yang nama mereka tersembunyi di dalam masyarakat lalu bertanyakan kepada mereka beberapa soalan . Disamping bertanyakan tentang asal-usul orang-orang Melayu secara amnya, Saya ajukan juga soalan tentang asal usul orang-orang Terengganu secara khusus,  kesimpulan yang mereka berikan mempunyai beberapa persamaan iaitulah asal usul orang-orang Terengganu secara khususnya mempunyai pertalian dengan Cik Siti Wan Kembang , Maulana Hussein Jamadul Kubra, dan Megat panjialam. Maka diantara sudut yang boleh kita bincangkan ialah kaitan asal usul orang Terengganu dengan Zulkarnain dan dengan pendakwah islam gelombang pertama yang datang ke Alam Melayu.  مولانا حسين جماد الكبرى


Kemudian datanglah pula orang-orang daripada pelbagai pelusuk tempat ke Terengganu lalu berkahwin  dengan penduduk asal ini lalu mereka dipanggil sebagai orang Terengganu mereka yang datang daripada pelbagai pelusuk tempat ini ada yang datang dari Arab India China (islam) dan tidak kurang pula daripada alam Melayu itu sendiri seperti fatani bugis minang acheh dll
Penjelasan mereka ini memang sulit untuk dibuktikan secara kajian saintifik melainkan hanyalah melalui penyelidikan yang mendalam tentang DNA padahal mereka yang bercakap ini bukanlah terdedah dengan kajian-kajian DNAitu

Ini bererti mereka memperolehi maklumat melalui sumber yang lain bukan melalui keputusan yang dirumuskan oleh kajian DNA


Sebenarnya banyak maklumat-maklumat yang seperti ini yang tersebar di dalam masyarakat kita yang diambil daripada orang orang tua yang kuat berzikir  yang tidak mahu glamour di dalam masyarakat diketengahkan ke dalam masyarakat اolrh orang orang yang kasih kepada mereka maka Ramailah yang menolak cerita-cerita begini kerana mereka bertanyakan tentang sumbernya yang soheh yang semestinyalah berbentuk bahan-bahan yang boleh di lihat dan boleh membuktikan hal demikian. Dalam ertikata yang lebih kasar dan hodoh bolehlah kita katakan bahawa ramai orang mahu bertanyakan sumber yang soheh berdasarkan kepada metodologi penyelidikan barat yang bertuhankan kepada kebendaan. Maka bila mana kesohehan itu tidak ditemui menurut kayu ukur barat mereka terus menolaknya



Di sini bukanlah saya bermaksud untuk memaksa para pembaca menerima kesimpulan yang dibuat oleh ahli-ahli Zikir itu bahawa kononnya asal usul orang-orang Terengganu mempunyai pertalian juga dengan Cik Siti Wan Kembang atau Zulkarnain tetapi sekurang-kurangnya supaya kita menyedari bahawa metodologi penyelidikan cara barat tidak boleh mencakupi bidang seluas metodologi yang telah dimiliki oleh orang-orang yang beriman, 
 iaitulah sewaktu  kita menganggapkan bahawa kesohihan itu Mestilah dibuktikan melalui bahan yang boleh dilihat dengan mata semata-mata sebagaimana kajian saintifik secara barat , ini boleh membawa kita kepada melupai kekuatan roh yang tersimpan yang di ungkapkan di dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam yang menyebutkan

 اتقوا فراسه المؤمن فانه ينظر بنور الله

Takutlah kamu (hai orang-orang kafir )kepada firasah  orang-orang yang beriman sesungguhnya mereka Melihat melalui cahaya Allah

 Sebenarnya ramai ahli-ahli zikir yang  menyembunyikan nama mereka daripada masyarakat ini tidak mahu cerita mereka ini dibawakan ke tengah masyarakat tetapi cerita ini tetap dibawa juga ke tengah masyarakat oleh orang-orang yang menghormati ahli-ahli zikir ini. maka cerita-cerita yang serupa ini tersebar juga di dalam masyarakat dan kita dapat saksikan bagaimana cerita-cerita sebegini mendapat kecaman yang begitu hebat daripada berbagai-bagai pihak di dalam masyarakat termasuk juga oleh sebilangan daripada kawan-kawan saya pelajar  yang baru pulang daripada negara Arab. 

 maklumat-maklumat sebegini memang layak  dipertikaikan dan diuji kebenaranya oleh pencinta kebenaran
Hari ini saya menyaksikan sebahagian yang menolaknya dulu telah menerimanya apabila mereka mula meyakini apa yang mereka tolak itu setelah mereka menemui kesahihannya melalui metodologi kebendaan yang mereka yakini itu


 Allah SWT  yang di antara nama namanya ialah Az zahir Wal Batin, dua nama yang berlawanan pada makhluk-nya  tetapi adalah satu padaNya . Ia menjadikan sesuatu batin yang tidak boleh dilihat itu mempunyai signal signal indicator ataupun penunjuk-penunjuk yang bersifat Zahir yang boleh dilihat dan menjelaskan hal kebatinan itu hari ini kajian DNA mendedahkan suatu keterangan yang seolah-olah menerima kesimpulan yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli zikir tadi.

Hari ini apabila kajian DNA menjelaskan bahawa orang Melayu hari ini datang daripada susurgalur yang simpang-siur nya adalah berpunca daripada akar umbi yang lebih kurang sama atau beberapa punca yang satu , mereka telah menerima keterangan tadi tetapi penerimaan mereka ini tentang perkara itu jauh lebih lewat daripada apa yang telah ditemui oleh ahli-ahli zikir yang tidak mahu glamor itu


 Maka pada hakikatnya,  kerana masyarakat kita boleh menerima metodologi barat tetapi tidak mahu menerima metodologi zikir yang mempunyai kekuatan yang sangat menembusi segala galanya itulah yang menjadi puncanya masyarakat kita berada dalam kelemahan

Kesimpulannya Hari ini kita duduk di belakang barat dan kerana meninggalkan zikir kita gagal mendepani mereka

No comments:

Post a Comment