Thursday, June 4, 2020

pembahagian salik



Ibnu arabi menghuraikan di dalam futuhat makiyyah jilid 4 bab ahwal : 
Salik adalah orang yang di dalam perjalanan ibadatnya adalah berpindah daripada suatu mertabat kepada mertabat yang lebih tinggi.
Suluk adalah perpindahan daripada satu mertabat ibadah kepada satu mertabat ibadah yang lebih tinggi.

Salik terdiri daripada tiga kategori iaitu:
  1. Salik yang berjalan dengan tuhannya. Salik dari kumpulan ini tidak lagi merasai dirinya yang berjalan bersendirian sebaliknya mereka menginsafi dengan rasa yang mendalam bahawa segala kekuatan usaha dirinya dalam perjalanan ibadatnya itu adalah dari Allah.
  2. Salik yang berjalan sendirian dengan dirinya semata-mata. Mereka ini tidak merasai menerima apa-apa perintah dari tuhannya dan tidak pula mendaki dengan tunjuk ajar daripada tuhannya
  3. Salik yang berjalan dengan kedua-duanya ialah salik yang setelah mana merasai segala kekuatan dan keupayaannya adalah daripada Allah, ia merasai bahawa segala perbuatan nya adalah daripada afal Allah.

Peringkat-peringkat perjalanan salik
Terdapat beberapa mertabat salik
Pertama salik yang berjalan daripada Allah
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah dengan Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah
Ada salik yang berjalan tidak daripada Allah dan tidak akan pada Allah dan bukan di jalan allah

Di bawah ini kita huraikan satu persatu secara ringkas

Pertama salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah adalah salik yang berpindah dari satu tajalli kepada satu tajalli yang lain.
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah ialah salik yang berpindah dari satu nama Allah kepada nama Allah yang lain
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah dengan Allah ialah salik yang berjalan dari satu nama Allah kepada satu nama Allah di dalam nama-nama Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah ialah mereka yang keluar dari sisi Allah kepada makhluk
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah adalah seperti orang-orang yang zuhud dan beramal dengan amalan yang soleh tetapi tidak membersihkan dirinya daripada habuk yang mencemari nya. 

Ini adalah pembicaraan yang memerlukan huraian daripada mereka yang memahaminya 

Mengenali jalan dan perjalanan


1 comment: