PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU
OLEH
HANAFI RAHMAN EL FESFANJI
sebelum
abad 17, memang tiada lagi catatan yang saya temui menyebut tentang Jalan Pasir Panjang seperti yang
terdapat pada hari ini. Yang wujud pada waktu itu di sekitar Bukit Besar adalah
dusun Sultan Umar yang luas di penuhi sawah dan dusun kelapa. Pada masa itu ,
kawasan itu hanyalah di kenali sebagai tanah darat. Tanah darat berbanding
kepada orang yang berada di Kampung Tanjung, Ladang,Kolam dan beberapa tempat
di kuala Terengganu. Tanah darat itu bermula dari Bukit Besar yang bersambungan
dengan bukit Kecil sehinggalah ke kawasan belakangnya lagi. Tanah-tanah ini
kemudiannya di kurniakan kepada orang-orang tertentu yang merupakan
pembesar-pembesar dan pembantu-pembantu istana. Sebahagian besar mereka adalah berasal
dari keturunan pembesar-pembesar Johor Riau kerana asal kumpulan yang datang Terengganu
adalah dari kumpulau pembesar-pembesar keluarga Tun habib Padang Saujana
padahal Tun habib Padang saujana adalah dari Johor Riau. Datuk Padang Saujana
di anggap sebagai pelopor keluarga di raja Pahang dan Terengganu. Namun begitu,
tidak dinafikan ada banyak kumpulan-kumpulan kecil yang datang dari pelbagai
pelusuk lain seperti Bugis, jawa, Acheh, bahkan dari tanah besar cina seperti
China Islam Yunan dan sebagainya lagi.
Untuk
menggambarkan keadaan mereka pada waktu itu secara amnya, di Terengganu ada
beberapa nama yang menarik untuk kita perhatiankan seperti nama Tok Muchung,
Tok Luir, Tok Paktak, Tok Benut, tok Chedong, Tok Senduk, Tok Belimbing, Tok
Belat, Tok Kemasik, Tok Dungun, Tok Bayu, Tok Embun, Tok Lebar, Tok Lepar,Tok
Pauh, Tok Tasik dan yang paling masyur sekali Tok Pulau Manis. Dalam perbincangan kami ada sebahagian yang
bergelr Tok yang bukan dalam senarai Johor Riau. Secara khususnya pula, setakat
yang terkumpul, nama-nama yang seringkali di sebut sebagai mereka ini kebal dan
tidak lut di makan senjata besi di sekitar tanah darat Bukit Besar oleh
orang-orang tua adalah seperti Tok Faqir, Tok Dekuh, Tok Kapa`, Tok Molur dan
Tok Cepek. Walaupun sebahagian gelaran dikaitkan
dengan tempat seperti Tok Dungun, Tok Kemasik dan Tok Muchung manakala
sebahagian yang lain pula seperti Tok Dekuh
di gelar dengan kelebihannya yang di akui oleh masyarakatnya pada masa itu. Atau kerana
gelaran itu dikurniakan oleh pemerintah , mereka tetap mempunyai nama tertentu
sebagai contohnya Tok Pulau manis(
Syeikh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah); Tok Tasik (Lebai Isa menjalankan
dakwah di kampung tasik Bukit Payung) ,banyak
nama asal itu tenggelam kerana ketiadaan rekod catatan.
Di
katakan juga bahawa pada zaman yang kedua, Sultan-Sultan Terengganu telah
mengurniakan tanah dusun tersebut kepada penghijrah dari patani samada dari
kalangan ulama atau pembesar. Sebahagiannya telah di berikan kepada Syeikh Wan
Abdul Kadir Bukit Bayas, guru dan pakar rujuk agama di istana di zaman
Sultan-Sultan Umar-Zainal Abidin ke 3, .Cerita lisan dari Ayah We Yahya Kampung
Aur , beliau menukilkan cerita dari datuknya bahawa lebih 300 ekar tanah di Sungai
Derhaka pula di berikan kepada Wan Mahmud Patani (mertua Haji Kadir Masjid
Pasir Panjang) , seorang pembesar Patani dari Kampung Dalam Kota Patani.
Pada
zaman ini juga terdapat penjelasan-penjelasan yang menunjukkan mereka yang
datang dari Patani bolehlah di bahagikan kepada dua zaman. Zaman pertama adalah
zaman pembukaan sultan zainal Abidin 1 negeri Terengganu sehinggalah sebelum
kalah perang . zaman ini panjang dan mempunyai beberapa peringkat pula kerana
boleh dikatakan setiap sultan yang memerintah Terengganu menjalinkan pelbagai hubungan
dengan Kerajaan Patani yang merupakan hubungan anak bearanak. Diantara hubungan
yang penting di zaman ini adalah bertujuan untuk membangunkan pentadbiran
Terengganu. Sultan zainal Abidin 1 sendiri, setelah ditabalkan sebagai
pemerintah Terengganu, turut membawa empat puluh keluarganya dari Patani untuk
membantu pentadbiran Terengganu. Ramai juga alim ulama yang di bawa dari sana
sehinggakan kesemua penasihat sultan adalah ahli-ahli agama dari Patani. Mereka
ini terus mengekalkan nama bangsawan mereka seperti Wan dan Nik pada pangkal
nama mereka.
Peringkat
kedua datang setelah Patani jatuh kalah dalam perang menentang tentera
sakhothai. Mereka yang di buru oleh kerajaan Siam telah menanggalkan segala
gelaran bangsawan mereka bahkan mereka menukarkan nama mereka kepada nama-nama
lain yang tidak pernah digunakan ketika di Patani. Kedatangan gelombang yang
kedua ini membentuk keluarga melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan iaitu
mereka yang datang dari gelombang
pertama tadi atau dari sebelum keluarga sebelah Pahang dan johor Riau. Yang
jelas di sekitar Pasir Panjang iaialah: Lebai Ishak atau Lebai Busu dan bapanya
Lebai Said. ( keturunannya menjadi penduduk asal yang memenuhi dekat sekolah
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dan Gong Penaga) ; Lebai Isa( Bukit Depu) ;
Lebai Hitam( Bukit Jenal) , Lebai Pakor, Lebai Jamal( Yang membuka Kampung Tok
Jamal, Wakaf mempelam). Lebai Yaakub dan Lebai Ismail yang keluarganya
berkembang di Kampung Padang dan kampung Pak Pa(yang terletak di Belakang Bukit
Besar).
Di samping itu juga berlaku perkahwinan dengan
keturunan Patani dari Paloh, Duyung, Tanjung, Ladang, Kuala Ibai dan sebagainya
lagi ,
Di
samping itu terdapat juga kumpulan-kumpulan kecil dari pelbagai tempat tiba ke
Terengganu contohnya keluarga Yunan seperti Mohamad Yunani yang dikatakan dari
keluarga Abdullah dan Ali Al Yunani. Keturunanan Yunan yang telah berkembang di
Pasir panjang ialah keluarga Ibrahim yang asalnya membiak di Kampung Bukit
Jenal. .
Mereka
ini bukan sahaja mempunyai peranan dalam pengajian fardhu ain dan pembinaan
tempat ibadat, malahan juga termasuk mentadbir sawah bendang dan
membentukkampung halaman yang pada hari ini anak cucunya telah memenuhi
sebahagian kawasan tersebut.
Assalam... boleh saya tahu kenapa diberikan nama Pasir Panjang?
ReplyDelete