Sunday, August 4, 2013

sej mazhab4(2)



kegigihan  Ulama-ulama Islam dalam perjuangan mereka berdasarkan sudut yang berbagai-bagai memang kadang-kadang memeningkan kepala mereka yang tidak mendalami tentang realiti kehidupan. sesungguhnya dalam realiti kehidupan ini tiada satupun yang sempurna kerana Allah SWT sahajalah yang maha sempurna,  Ketidak sempurnaan ini sengaja Allah SWt jadikan sebagai satu ujian kepada mereka supaya setiap manusia berusaha dengan segigih gigihnya untuk mencapai kesempurnaan setakat yang ia mampu sewaktu ia hidup di dunia ini kerana Allah lah yang akan menilai usaha buat mereka setepat-tepatnya setelah mereka mati

kadang-kadang orang yang jahil akan melihat seolah-olah Ulama bertelagah sesama sendiri dalam dalam berbagai perkara contohnya timbulnya feqh empat mazhab dalam persoalan feqh umpamanya. Padahal menurut falsafah ajaran Islam bagaimana boleh berlaku perselisihan tersebut sekiranya ulama-ulama itu benar-benar jujur. Pasti sekali pertelingkahan itu tidak akan berlaku , tetapi oleh kerana kebenaran itu hanyalah milik Allah, maka tiada siapa yang mengetahui hakikat satu satu kebenaran  secara mutlak melainkan ia mengetahui berdasarkan apa yang ia pelajari dan temui semata-mata, maka itulah sebabnya berlaku perselisihan-perselisihan tadi. Usaha-usaha mereka tidak akan menjadi sia-sia, akan di nilai oleh Allah. maka Nabi bersabda"Sesiapa yang benar ijtihadnya , ia mendapat dua pahala manakala sesiapa yang silap ijtihadnya , ia mendapat satu pahala."


secara logiknya tentulah kita akan menyoal bahawa  semua orang mahu ijtihad yang benar, siapa pula mahu ijtihad yang salah! tiada siapa yang mahu ijtihad yang salah. tetapi dalam realiti kehidupan ini, seseorang yang di taqdirkan datang di awal cerita tidak akan sama dengan orang yang datang di akhir cerita. seorang yang  berjuang pada awal perjuangan lalu ia mati, tidak akan sama dengan orang yang mewarisi kejayaan pada akhir jalannya perjuangan tersebut. demikianlah juga perjuangan ulama feqh empat mazhab. ia tidak akan berakhir dengan matinya Imam Hanafi atau Malik dan Shafie itu semata-mata tetapi penilaian-penilaian balik akan di lakukan berterusan oleh Ulama-ulama selepasnya sehingga ke akhir zaman


Maka markah penilaian untuk mereka  tidak boleh di nilai oleh sesiapa melainkan Allah lah yang maha bijaksana yang paling tepat penilaiannya. inilah perjalanan perselisihan feqh empat mazhab yang akhirnya di akhir zaman akan menjadi satu mazhab sahaja. maka sesiapa yang sanggup berubah dengan mempersiapkan diri sebagai orang yang sentiasa dengan perkembangan ilmu, mereka akan menjadi orang yang berjaya sebaliknya seorang yang sombong dan melihat apa yang telah di miliki olehnya adalah sudah sempurna tentulah akan terpedaya dengan penyakit-penyakit hati yang sentiasa mudah untuk penuh bersarang di dalam dirinya.




untuk menyedari hakikat di atas marilah kita melihat contohnya perjuangan Syeikh Mohamad Abduh, seorang ulama reformis terkenal di abad lalu, Beliau bukan sahaja bersusah payah menyeru seluruh umat Islam di zamannya agar membebaskan dunia Islam dari penjajah kafir barat, malahan ia juga amat gigih tiada tolak bandingnya telah mengreformkan pendidikan Islam, yang dengan itu membawa satu kejayaan baru yang amat menyegarkan dunia Islam.. Tafsir al Manar dan Tafsir Al Jawahir serta ribuan lagi buku-buku ydan kitab-kitab yang di tulis di zamannya dan zaman-zaman selepas zamannya adalah merupakan ruh tiupan semangat dari pemikirannya, Namun begitu tetap ada satu perkara yang menjadi bahan cemuhan terhadapnya oleh ulama-ulama selepasnya iaitu , ia yang berada di zaman orang Islam lemah dan mundur bukan sahaja dalam sudut politik bahkan juga dalam sudut ekonomi akibat penjajahan telah menggesa umat Islam pada waktu itu agar menyimpan duit di dalam bank. Sekali kita menilai pandangan ini tentulah cantik untuk menguatkan ekonomi orang Islam, tetapi Ulama-Ulama Ekonomi Islam yang bangkit seawal 60 tahun selepas itu telah melihat seruan ini sebagai satu punca baru kelemahan umat Islam yang baru dalam seruan mengembalikan kekuatan orang Islam tersebut. ini kerana bank di dunia Islam pada waktu itu baru di perkenalkan oleh penjajah. polisi yang mengamalkan riba yang di perkenalkan oleh penjajah itu tentulah mengungtungkan penjajah kerana polisi inilah yang berjaya melemahkan sistem dinar yang telah di lama di amalkan dengan penuh berkesan oleh dunia Islam. bilamana sistem wang kertas telah menguasai dunia Islam yang bererti sistem ekonomi dunia Islam telah dapat di kuasai oleh barat kapir sepenuhnya, maka ada hari ini  , kerana kecacatan yang ada pada seruan agar menyimpan wang dalam bank Kapir, kita mendengar ada penulis-penulis yang mencemuhnya dan menilai Syeikh Mohamad Abduh sebagai robot atau boneka kepada Lord Cromer, Resident British pada zaman tersebut. bagi saya tuduhan ini amat keras untuk Syeikh Mohamad Abduh. Allah lah yang maha menilainya,

itulah contohnya perselisihan feqah, menjadi berbeza kerana satu daripadanya ialah zaman yang panjang. 

bagi saya tiada kesempurnaan bagi manusia. Kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT semata-mata.

kita yang datang kemudian perlu belajar lagi dan belajar lagi untuk mencari lebih kesempurnaan supaya dengan itu kita menjadi golongan yang benar menuju kepada Allah


bersambung

No comments:

Post a Comment