KELUARGA PAK DE EL DI TERENGGANU
Dalam beberapa perbincangan yang lepas, kami telah menyebut bahawa Pulau duyung pernah
menjadi tempat berkumpulnya anak beranak Syeikh Daud Patani terutamanya semenjak selepas
tewas perang bisik, kali ini kami mengalihkan pula perbincangan kepada anak beranak Pak De
El di Terengganu. Pak De El adalah seorang guru terkenal yang sangat alim di Mekah , tak
kurang juga hebatnya dengan Syeikh daud Patani dari segi muridnya walaupun Syeikh Daud
lebih banyak mengarang kitab.
tuan guru hj Ismail ini adalah anak Wan Abdul Kadir bin Wan Mustafa Bendang Daya yang kita
sebutkan tentang perigi lailatul Qadar itu. ia mempunyai beberapa orang anak. salah seorang
darinya ialah yang bernama Wan Maryam telah berkahwin dengan Tuan Guru yHj Abdul Rahman
Pombeng. Patani
Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombeng telah menetap di Kuala Ibai sekitar awal tahun 80an dan
mengasaskan darul Hannan ,akhirnya beliau berjaya mengasaskan pondok yang lebih besar di
namakan Darus Salam di Kuala Ibai
Di Patani, pondoknya telah menjadi satu pondok terkenal kerana menampung lebih seribu
pelajar.
dalam perbincangan saya dengan birasnya di Patani baru baru ini, Baba Baba Mad (Wan Mohamad bin Wan Yusuf Pondok Basing Yala dan anaknya Dr Wan abd Kadir yg telah berbentuh titeh ulama alam melayu,menyebutkan juga peranan patani secara umum dan Pak De Elsecara khususdi Trg.
di atas katil ialag Baba Wan Ahmad Wan Yusuf manakala paling kanan ialah anaknya Baba Dr Abd Kadir, Pondok Basing Yala. ( Lawatan kekeluargaan dan silatur rahim ini seminggu selepas hari raya aidil Fitri 2013)
sebenarnya hampir lebih kurang 30 tahun usaha Tok Guru Hj Abdul Rahman Ahmad Pombeng di Kuala Ibai banyak membuahkan hasil yang sangat berpaedah dalam melahirkan ulama ulama yang mahir dan menguasai kitab arab di terengganu khususnya bahkan di tempat tempat lain juga murid muridnya berhijrah adalah hasil yang sangat bermakna khususnya kepada keluarga Pak De El.
di antara kitab kitab yang sempat kami mkenadah dengannya dalam dekad 80 dan 90 an ialah ehya imam ghazali, iqna syeikh mohd khatib syarbini, syarh ibnu uqail nahu, kitab risalatul tawhid, jauharut tawhid , qalyubi wa umaira syarah minhajut talibin , tafsir jalalain dan tafsir nasafi , sebulus saham dan nail authar kitab hadis. ini kami tadah di surau Pak din taman purnama dan kadang kala juga di rumahnya menggunakan kaedah tradisional di samping apa yang ia ajari di KUSza menggunakan kaedah moden..
Surau yang di panggil Surau pak din taman purnama itu bernama Wan Mohamad Ali bin Wan Mohmad
pak din adalah pak saudara isteri saya..
No comments:
Post a Comment