Thursday, August 22, 2013
DETIK KEMATIAN ARWAH TUAN GURU HJKADIR KG MASJID P PANJANG
KEMATIAN HJ KADIR
Arwah haji Ismail Bilal menceritakan bahawa datuknya Hj Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul tiga petang. dia sakit perut. perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah perut.)
PADA pagi itu, ia telah pergi ke Rumah Hj Kadir . datuknya berkata: hari ni tak mengaji quran sebab tok ki nak balikdah !
nak balik ke mana tok ki weh? Tanya Hj Ismail Bilal
ke m,ana lagi? ke kubur la. Jawab Tok Guru Hj Kadir
lalu ia berpesan supaya di panggil syed atau tok ku atau ayah ku ,seorang kawan baiknya yang bertugas di masjid tyok ku Chabang Tiga. Ia amat berharap sangat untuk bertemu tok ku tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada seorang yang pergi panggil tok ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur sepertinya juga. sebaik sahaja tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia terus memandang(meninggal)
menurut tok Ayah Ngah mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya adalah tahun kelahiran Ustaz mat Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun 1930. dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok tersebut telah mati dan kering.
Tok ayah Ngah Mat dalam usia 70 an. (Ustaz Ahmad Awang Nadwatul Ulama Lucknow India
masjid hj kadir dari sisi luar yang mengadap ke jalan laluan utama penduduk kampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment