Sunday, August 11, 2013

hubungan anak beranak Lebai Isa al Patani Bukit Depu dan mengabang telipot


dalam siri siri perbincangan tentang syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas yang lepas, kami telah

membincangkan bahawa setelah tewasnya Patani dalam perang bisik 1820=1828, beliau telah

kembali semula ke Pulau Duyung dan menumpukan kepada usaha membina pondok di Terengganu

dengan berpandukan methodpengajian yang di amalkan di Patani. beliau telah mengajar di Paya

Bunga sehinggalah beliau mendapat tempat di istana Sultan Umar yang di panggil istana

hijau. Setelah sultan mengurniakan tanah di darat(bukit bayas  + Bukit Besar) beliau

membuka pondok pengjian di Bukit Bayas( Masjid Bukit Bayas) .

pada waktu waktu begini beliau telah menjalankan perniagaan garam. perniagaan garam adalah

satu perniagaan yang sangat terkenal di Duyung pada waktu itu di mainkan oleh orang orang

Patani yang juga di  kampung asal mereka adalah di te[pi pantai . ( lkami telah sebutkan

bahawa patani  asalnya  di ambil dari kata cantiknya pantai ini)

pasaran  garam yang di keluarkan oleh Duyung pada masa itu  sangat luas bukan sahaja di

sekitar kuala terengganu bahkan sehingga sampai ke pahang dan johor . kebetulan Duyung

menjadi tempat membuat kapal dengan menggunakan kayu .perusahaan pertukangan kapal ini juga

di jalankan oleh keluarga anak beranak Syeikh daud Patani yang datang dari Patani.
 kebanayakan garam di bawa ke pahang dan johor dengan menggunakan perahu yang di panggil

perahu besar. orang =orang yang hendak pergi ke johor( mersing) atau Pahang (kuala Pahang )

boleh menumpang kapal yang berniaga garam  untuk ke sana .



garam adalah bahan asas dalam kehidupan. ia bukan sahaja menjadi bahan asas yang sangat

penting kepada segala makanan malahan juga menjadi bahan yang sangat penting dalam rawatan

tradisional dan bahan kosmetik. ia di kuasai oleh keluarga ulama . pada hari ini sangat

malang sekali kerana tiada kedengaran lagi orang Islam mengusahakan garam di tanah air

kita.


bukan sahaja garam bahkan makanan makanan asas yang lain seperti ayam, dan beras juga di

kuasai oleh orang Islam.    contohnya ada keluarga patani dari Bukit depu hingga ke Gong Pak Mat bin Syeikh ( Gong Pak  masih ) terkenal dengan  menjual ayam . mereka menjual ayam dengan cara meletakkan ayam ayam dalam bakul besar yang  di panggil bakul  munji yang di berbuat dari rotan atau buluh. yang peliknya raga ini  boleh melentuk lentuk seperti di kawal oleh spring. ia kelihatan dari jauh membuai buai

bila di junjung di atas kepala. dari seberang takir mereka berjalan kaki menuju ke kampung

Mengabang telipot.      malangnya setelah generasi pertama dan kedua, generasi generasi seterusnya yang di besar di   Terengganu dan tidak terdedah dengan pengajian pondok mula lalai dan terpengaruh dengan

syaitan. bermula  dari sini lah timbulnya sebahagian dari mereka yang membesar dalam budaya berjudi pelaga  ayam.   antara keluarga yang di katakan berulang alik dari bukit depu ker Mengabang Telipot ialah



di antara generasi terdahulu atau terawal di Bukit Depu dari Patani ini ialah  Lebai Isa. ia telah menekankan kepada kepentingan bersembahyang berjamaah yang menjadi fardhu kifayah kepada penduduk setempat.



tempat sembahyang berjamaah itu  yang  kemudiannya di perkukuhkan oleh  Pak Teh Embong dan Tok Khatib Ismail yang menetap di Pangkalan ((  tepi janbatan kecil yang mengadap ke Gong Pak Masih) telah di catatkan di dirikan pada 1912. sebenarnya gessaan mendirikan tempat sembahyang berjamaah lebih awal di lakukan oleh Lebai Isa.

 anak  Lebai Isa  yang berniaga ayam  ke kampung Mengabang Telipot  ialah pak mat    dan cucunya yang berniaga ayam ialah Abdullah Sengau . anak cucu Pak Abdullah  sengau ( di panggil juga di Bukit Depu dengan panggilan Pak Awang Sengau)  ini tidak lagi berada di Bukit Depu tetapi di sekitar Pasir Panjang juga .  Di antara  keturunan Lebai Isa yang masih berada di Bukit Depu ialah daripada keturunan sepupu Abdullah Sengau yang di panggil Tok Aminah binti Musa. di antara yang  banyak menceritakan hal ini ialah cucu Tok Aminah yang di panggil Pak Soh  Bukit Depu.



 dari hubungan hubungan perniagaan dan kegiatan ekonomi yang seperti inilah  terjalinnya    hubungan perkahwinan membentuk keluarga patani di pasir panjang yang mempereratkan lagi  hubungan keluarga patani di mengabang telipot .  dari keluarga Lebai Isa Patani yang berkahwin dengan Patani Mengabang telipot , lahirlah    keluarga di di sekitar pasir panjang , bukir Depu dan Gong Pak maseh ialah :





di antara yang mereka hubungi  di mengabang telipot pada waktu itu ialah  lima beradik( yang di panggil adik beradik tok Chik iaitu:

tok ngah deraman tok bomoh =gong badak
tok de siyah mat ceper +tanjung Gelam
Tok Minah bin Jusoh bini Pak Lah Merchang = banggol  Mengabang Telipot = tok Pak Ya Merchang
Tok Ali bininya mak Ku =banggol Mengabang Telipot
Tok Chik Mak tok Midah =kg masjid Pasir Panjang . Tok Chik berkahwin dengan Abdullah

Sengau. bapa Abdullah Sengau ini, iaitu Pak mat bin Lebai Isa ini  telahpun berkahwin dengan Tok Fatimah orang mengabang telipot

juga  .    Hasil perkahwinan Abdullah sSengau Bukit Depu dengan Tok Chik  Mengabang Telipot ini melahirkan AQbdullah, Hamidah, Umar .  Terdahulu dari itu ,  ayah abdullah sengau, Pak mat bin Lebai Isa bukit depu ini , hasil perkahwinannya dengan tok Fatimah    memperolehi anak bernama Umi Kelsom dan Halimah  di samping Abdullah Sengau itu sendiri.   Itulah sebabnya  walaupun  Abdullah Sengau sendiri cucu Lebai Isa Bukit depu, tetapi ia di lahirkan dan kuburnya ada di Mengabang Telipot. Anak anaknya bertiga yang merupakan  cicit Lebai Isa bukit depu juga di lahirkan di Mengabang Telipot juga. namun begitu kesemua mereka Hamidah , BAbdullah (pak We Lah Kubur ) dan Umar mengisi kehidupan di Pasir Panjang

Ayah saya sendiri   , Abdul Rahman bin Ali  anak solung  hamidah binti Abdullah Sengau juga masih  di lahirkan di Mengabang Telipot di zaman Jepun  waktu Perang Dunia   Ke dua, tetapi menghabiskan usia membesar di Pasir Panjang.


generasi seterusnya tidak lagi berminat dengan ayam kerana zaman sudah berubah.


Cicit Lebai Isa Patani, Hamidah vbin Abdullah (sengau) berkahwin dengan Ali binTaib (Ali cucu Haji Kadir Patani yang buka Kg Masjid Pasir Panjang)  memperolehi Abdul Rahman, Ibrahim, Razali dan Sawiah kesemuanya berada di Kg masjid Haji Kadir


hasil perkahwunan Ahmad bin Lebai Isa dengan Tok Fatimah pula melahirkan :

Halimah binti Ahmad bin Lebai Isa Patani  berkahwin dengan Awang

Umi Kelsom binti Ahmad bin Lebai Isa Patani berkahwin dengan Che Long Pekan baru yang mempunyai ramai keluarga asal di Dumai.
 Tok Som memperolehi  Mak Long Meknong ,  Azizah, Jamilah dan Rahimah  yang juga menetap di Kg Masjifd Hj Kadir .

nun di sana ada banyak lagi keluarga patani yang jadi penjual ayam dari Bukit Depu hingga ke Gong Pak Mat Syeikh ( Pak masih) yang   menjaja ayam ke kampung kampung lain yang di diami oleh keluarga Patani  dan akhirnya terjalin perkahwinan. sebenarnya sebahagian besar mereka sudah mempunyai hubungan sanak saudara juga sebelum berniaga lagi





No comments:

Post a Comment