Wednesday, August 14, 2013
LEBAI ISA DAN CICIT CUITNYA PENDUDUK BUKIT DEPU
LEBAI ISA DAN KETURUNANNYA DENGAN BUKIT DEPU
sebagaimana yang telah saya sebutkan di sini bahawa Lebai Isa yang membuka bukit depu dan
surau bukit depu telah memperolehi anak yang bernama Ahmad. keturunan Ahmad telah tidak
ada lagi di bukit depu tetapi masih berada di sekitar pasir panjang juga( kebanyakannya Kg
Masjid Hj Kadir) , saya rasa terpanggil juga untuk menulis lagi tentang bukit depu setakat
yang saya tahu untuk catatan anak beranak dan saudara mara saya di sana, dengan tujuan
untuk menghubungkan kembali silatur rahim yang hampir terputus bahawa
sebahagian dari anak saudara Ahmad bin Lebai Isa Patani ini iaitu sepupu Abdullah sengau
seperti Tok Aminah Binti Musa masih meninggalkan keturunan yang banyak di Bukit Depu. Tok
Aminah binti Musa telah berkahwin dengan che Mat dan memperolehi dua otrang anak . Seorang
dari mereka bernama Kelsom . Dari Kelsom inilah lahirnya Yusuf yang kami panggilnya sebagai
Pak Soh bukit Depu.
adik beradik Yusuf ialah :
ertinya anak anak Pak Soh Bukit Depu ini dari sebelah nenek sebelah ibunya dengan saya
adalah empat pupu bertemu pada Lebai Isa yang membuka Bukit Depu.
demikianlah juga Pak Soh dengan bapa saudara saya Ustaz him ( Ustaz Ibrahim bin Ali) Bukit
Bayas yang meninggal di Mekah tahun 200lima adalah tiga pupu.
tapi saya masih belum tahu dengan pasti dan masih tercari cari hubungan antara datuk iaitu
Lebai Isa dengan cucu iaitu TolK Aminah itu, apakah Musa bapa aminah itu anak Lebai isa,
ertinya Musa dengan ahmad itu adik beradik kah ataupun musa itu hanyalah menantu lebai isa
, ipar Ahmad . maka siapakah nama anak lebai isa yang perempuan ini ,menjadi emak Tol
Aminah.
Wallahu a`lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment