Thursday, August 22, 2013
oleh El Fesfanji
nama Tuan Guru Haji Mustafa bin Ahmad bin Zainal Abidin iaitu tok kaya bendang daya telah banyak kali kami sebut, iaitu seorang
panglima jihad yang telah di anugerahkan kelebihan lailatul qadar kepadanya .
dewasa ini wujud panggilan telaga lailatul qadar di kampung bendang daya kerana pernah mendapat mustajab doa malam
lallatul qadar oleh ulama di situ. airnya sangat jernih dan digunakan orang buat mandi, minum dan berubat, dan di kunjungi orang sehingga ke hari ini.
Tok Wan Pa ini adalah
seorang panglima terkenal angkatan jihad ulama Patani
terkenal dengan kekaromahan nya istiqamah menentang Thai Buddha kafir sehingga ke akhir hayatnya
sebenarnya anak beranak Tok Kaya bendang daya ini memang telah lama mempunyai hubungan dengan istana Terengganu dan Mekah
kerana mereka adalah di antara pembesar yang kuat memperjuangkan dan menegakkan agama Islam di bumi Patani bahkan sebelumnya nenek moyang Tok Kaya Bendang Daya ini pula adalah raja raja pembuka Islam dan pengasas kerajaan Islam di Champa (kemboja) wali sembilan di jawa adalah sepupu sepupu mereka. . kerana tetap ingin mempertahankan syariat, mereka sanggup di gulingkan dan menjadi rakyat biasa . pembesar yang cemburu dan khianat kepada mereka lah yang di dampingi oleh penjajah
seterusnya golongan pengkhianat tersebut di angkat olerh penjajah menjadi pemerintah. dalam waktu penjajah melakukan belbagai muslihat
untuk melantik pengampu=pengampunya menjadi pemerintah, pemerintah dan pembesar Islam yang mencintai Syariat telah ramai yang rebah terkorban Syahid.
masjid yang di bina oleh tok kaya bendang daya hj wan mustafa ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment