Saturday, August 24, 2013

kitab manhalus sofi? kitab tulisan Syeikh Wan Kadir Bukit Bayas?




KITAB YANG DI KATAKAN DI TULIS OLEH SYEIKH HAJ KADIR BUKIT BAYAS

INI ADALAH KITAB al man halus sofi yang di katakan di tulis oleh Syeikh Wan Abd Kadir Bukit

Bayas. ia di jual di Surau Hj Mat Merbau Patah tahun 80 dan sekarang ini tiada lagi di

sana. ketika ke Patani baru baru ini, saya menemui kitab tersebut, tetapi orang sana

berkata kitab ini di tulis oleh Skeih Dawud al Patani, yang peloknya kebanyakan kitab

syeikh daud patani ada di tulis namanya , kenapa kitab ini tiada di tulis nama

pengarangnya. kitab ini masih menjadi pertikaian siapakah penulisnya. perbincangannya agak

tinggi membicarakan ttg ahad, ahadiyyah, kunhi baqa, kunhil fana dan sebagainya lagi






Thursday, August 22, 2013


oleh El Fesfanji


nama Tuan Guru Haji Mustafa bin Ahmad bin Zainal Abidin iaitu tok kaya bendang daya telah banyak kali kami sebut, iaitu seorang 
panglima jihad yang telah di anugerahkan kelebihan lailatul qadar kepadanya .

dewasa ini wujud  panggilan telaga lailatul qadar di kampung bendang daya kerana pernah mendapat mustajab doa malam 

lallatul qadar oleh ulama di situ. airnya sangat jernih dan digunakan orang buat mandi, minum dan berubat, dan di kunjungi orang sehingga ke hari ini. 

Tok Wan Pa ini adalah
 seorang panglima terkenal angkatan jihad ulama Patani  

terkenal dengan kekaromahan nya istiqamah  menentang Thai Buddha kafir sehingga ke akhir hayatnya





sebenarnya anak beranak Tok Kaya bendang daya ini memang telah lama mempunyai hubungan dengan istana Terengganu dan Mekah 

kerana mereka adalah di antara pembesar yang kuat memperjuangkan dan menegakkan agama Islam di bumi Patani bahkan sebelumnya  nenek moyang  Tok Kaya Bendang Daya ini  pula adalah raja raja pembuka Islam dan pengasas kerajaan Islam di Champa  (kemboja) wali sembilan di jawa adalah sepupu sepupu mereka. . kerana tetap ingin mempertahankan syariat, mereka sanggup di  gulingkan dan menjadi rakyat biasa . pembesar yang cemburu dan khianat kepada mereka lah yang di dampingi oleh penjajah 

seterusnya golongan pengkhianat tersebut di angkat olerh penjajah menjadi pemerintah. dalam waktu penjajah melakukan belbagai muslihat 

untuk melantik pengampu=pengampunya menjadi pemerintah, pemerintah dan pembesar Islam yang mencintai Syariat telah ramai yang  rebah terkorban Syahid. 




masjid yang di bina oleh tok kaya bendang daya hj wan mustafa ahmad



KELUARGA PAK DE EL DI TERENGGANU

KELUARGA PAK DE EL DI TERENGGANU


Dalam beberapa perbincangan yang lepas, kami telah menyebut bahawa Pulau duyung pernah

menjadi tempat berkumpulnya anak beranak Syeikh Daud Patani terutamanya semenjak selepas

tewas perang bisik, kali ini kami mengalihkan pula perbincangan kepada anak beranak Pak De

El di Terengganu. Pak De El adalah seorang guru terkenal yang sangat alim di Mekah , tak

kurang juga hebatnya dengan Syeikh daud Patani dari segi muridnya walaupun Syeikh Daud

lebih banyak mengarang kitab.

tuan guru hj Ismail ini adalah anak Wan Abdul Kadir bin Wan Mustafa Bendang Daya yang kita

sebutkan tentang perigi lailatul Qadar itu. ia mempunyai beberapa orang anak. salah seorang

darinya ialah yang bernama Wan Maryam telah berkahwin dengan Tuan Guru yHj  Abdul Rahman

Pombeng. Patani


Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombeng telah menetap di Kuala Ibai sekitar awal tahun 80an dan

mengasaskan darul Hannan ,akhirnya beliau  berjaya mengasaskan pondok yang lebih besar di

namakan Darus Salam di Kuala Ibai

Di Patani, pondoknya telah menjadi satu pondok terkenal kerana menampung lebih seribu

pelajar.

dalam perbincangan saya dengan birasnya di Patani baru baru ini, Baba Baba Mad (Wan Mohamad bin Wan Yusuf Pondok Basing Yala dan anaknya Dr Wan abd Kadir yg telah berbentuh titeh ulama alam melayu,menyebutkan juga peranan patani secara umum dan Pak De Elsecara khususdi Trg.


di atas katil ialag Baba Wan Ahmad Wan Yusuf manakala paling kanan ialah anaknya Baba Dr  Abd Kadir, Pondok Basing Yala. ( Lawatan kekeluargaan dan silatur rahim ini seminggu selepas hari raya aidil Fitri  2013)


sebenarnya hampir lebih kurang 30 tahun usaha Tok Guru Hj Abdul Rahman Ahmad Pombeng di Kuala Ibai banyak  membuahkan hasil yang sangat berpaedah dalam melahirkan ulama ulama yang mahir dan menguasai kitab arab di terengganu khususnya bahkan di tempat tempat lain juga murid muridnya berhijrah adalah hasil yang sangat bermakna khususnya kepada keluarga Pak De El.

di antara kitab kitab yang sempat kami mkenadah dengannya dalam dekad 80 dan 90 an ialah ehya imam ghazali, iqna syeikh mohd khatib syarbini, syarh ibnu uqail nahu, kitab risalatul  tawhid, jauharut tawhid , qalyubi wa umaira syarah minhajut talibin  , tafsir jalalain dan tafsir nasafi , sebulus saham dan nail authar kitab hadis. ini kami tadah di surau Pak din taman purnama dan kadang kala juga di rumahnya  menggunakan kaedah tradisional  di samping apa yang ia ajari di KUSza  menggunakan kaedah moden..


Surau yang di panggil Surau pak din taman purnama itu bernama Wan Mohamad Ali bin Wan Mohmad
pak din adalah pak saudara isteri saya..

DETIK KEMATIAN ARWAH TUAN GURU HJKADIR KG MASJID P PANJANG


KEMATIAN HJ KADIR

Arwah haji Ismail Bilal menceritakan bahawa datuknya Hj Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul tiga petang. dia sakit perut. perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah perut.)


PADA pagi itu, ia telah pergi ke Rumah Hj Kadir . datuknya berkata:  hari ni tak mengaji quran sebab tok ki nak balikdah !
nak balik ke mana tok ki weh?  Tanya Hj Ismail Bilal
ke m,ana lagi? ke kubur la. Jawab Tok Guru Hj Kadir

lalu ia berpesan supaya di panggil syed atau tok ku atau ayah ku ,seorang kawan baiknya yang bertugas di masjid tyok ku Chabang Tiga. Ia amat berharap sangat untuk bertemu tok ku tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada seorang yang pergi panggil tok ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur sepertinya juga. sebaik sahaja tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia terus memandang(meninggal)



menurut tok Ayah Ngah mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya adalah tahun kelahiran Ustaz mat Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun 1930.  dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok tersebut telah mati dan kering.


 Tok ayah Ngah Mat dalam usia 70 an. (Ustaz Ahmad Awang Nadwatul Ulama Lucknow India

masjid hj kadir dari sisi luar yang mengadap ke jalan laluan utama penduduk kampung

Wednesday, August 14, 2013

DARI BUKIT BAYAS KE KAMPUNG PADANG KE KG MASJID HJ KADIR





dalam beberapa siri yang lepas kami telah sebutkan bahawa terdapat cucu Syeikh kadir Al

Patani yang membuka masjid bukit Bayas yang berkahwin dengan anak Tuan Guru Haji kadir al Patani

yang pengasas Kg masjid Hj Kadir Pasir Panjang , diantaranya ialah Ahmad Hj Kadir ( Tok Ki

Pak Ngah Amad penyambung Hj Kadir Kg Masjid dengan Asiah binti Ahmad cucu Syeikh Wan Kadir

Bukit Bayas iaitu Tok Mak Ngah Kg Padang . tko Mak Ngah Asiah ini menetap di kampung suaminya Gong Pakir Kg Masjid Hj Kadir. Suaminya mengajar mengaji sehingga seninggal tahun  19 enam puluh dua . Tok Mak Ngah sendiri meninggal sekitar tahun 80an.

hasil perkahwinan mereka memperolehi empat anak perempuab iaitu Fatimah ( De Mah, ) Senik, Ngah dan Su Aminah.(Tok Bungsu Hujung Gong) . De Mah dan Su Aminah juga mengajar anak anak kampung mengaji Al Quran di zaman hidupnya. 




IBU TOK MAKNGAH


ibu Tok Mak Ngah ini adalah     Wan Khadijah Binti Syeikh Wan kadir Bukit bayas . di katakan  ia

mempunyai 3 suami  tetapi yang dapat saya pastikan ialah   :

1) Ahmad( Pak mat ketam). dikatakan suka dan pandai memasak. kerja membuat bubu. dengan beliau  dapat anak Ali dan asiah. anak anak ali menetap di gelong bilal manakala anak anak Asiah menetap di kampyng Masjid haji kadir


2) Abdullah dapat Anak Ahmad (Pak Su Amad Gelong Bilal  dan Salleh( Pak Leh) . Pak Su Amad berkahwin dengan orang Seberang marang dan menetap di sana. akhirnya kembali ke Gelong Bilal







LEBAI ISA DAN CICIT CUITNYA PENDUDUK BUKIT DEPU




LEBAI ISA DAN KETURUNANNYA DENGAN BUKIT DEPU

sebagaimana yang telah saya sebutkan di sini bahawa Lebai Isa yang membuka bukit depu dan

surau bukit depu  telah memperolehi anak yang bernama Ahmad. keturunan Ahmad  telah tidak

ada lagi di bukit depu tetapi masih berada di sekitar pasir panjang juga( kebanyakannya Kg

Masjid Hj Kadir) , saya rasa terpanggil juga untuk menulis lagi tentang bukit depu setakat

yang saya tahu untuk catatan anak beranak dan saudara mara saya di sana, dengan tujuan

untuk menghubungkan kembali silatur rahim yang hampir terputus bahawa

sebahagian dari anak saudara  Ahmad bin Lebai Isa Patani ini iaitu  sepupu Abdullah sengau

seperti Tok Aminah Binti Musa masih meninggalkan keturunan yang banyak di Bukit Depu. Tok

Aminah binti Musa telah berkahwin dengan che Mat dan memperolehi dua otrang anak . Seorang

dari mereka bernama Kelsom . Dari Kelsom inilah lahirnya Yusuf yang kami panggilnya sebagai

Pak Soh bukit Depu.

adik beradik Yusuf ialah :



ertinya anak anak Pak Soh Bukit Depu ini dari sebelah nenek sebelah ibunya dengan saya

adalah empat pupu bertemu pada Lebai Isa yang membuka Bukit Depu.

demikianlah juga Pak Soh dengan  bapa saudara saya Ustaz him ( Ustaz Ibrahim bin Ali) Bukit

Bayas yang meninggal di Mekah tahun 200lima adalah tiga pupu.


tapi saya masih belum tahu dengan pasti dan masih tercari cari hubungan antara datuk iaitu

Lebai Isa dengan cucu iaitu TolK Aminah itu, apakah Musa bapa aminah itu anak Lebai isa,

ertinya Musa dengan ahmad itu adik beradik kah ataupun musa itu hanyalah menantu lebai isa

, ipar Ahmad . maka siapakah nama anak lebai isa yang perempuan ini ,menjadi emak Tol

Aminah.

Wallahu a`lam




KELUARGA SYEIKH AHMAD AL YAMANI DI PASIR PANJANG






Sunday, August 11, 2013

hubungan anak beranak Lebai Isa al Patani Bukit Depu dan mengabang telipot


dalam siri siri perbincangan tentang syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas yang lepas, kami telah

membincangkan bahawa setelah tewasnya Patani dalam perang bisik 1820=1828, beliau telah

kembali semula ke Pulau Duyung dan menumpukan kepada usaha membina pondok di Terengganu

dengan berpandukan methodpengajian yang di amalkan di Patani. beliau telah mengajar di Paya

Bunga sehinggalah beliau mendapat tempat di istana Sultan Umar yang di panggil istana

hijau. Setelah sultan mengurniakan tanah di darat(bukit bayas  + Bukit Besar) beliau

membuka pondok pengjian di Bukit Bayas( Masjid Bukit Bayas) .

pada waktu waktu begini beliau telah menjalankan perniagaan garam. perniagaan garam adalah

satu perniagaan yang sangat terkenal di Duyung pada waktu itu di mainkan oleh orang orang

Patani yang juga di  kampung asal mereka adalah di te[pi pantai . ( lkami telah sebutkan

bahawa patani  asalnya  di ambil dari kata cantiknya pantai ini)

pasaran  garam yang di keluarkan oleh Duyung pada masa itu  sangat luas bukan sahaja di

sekitar kuala terengganu bahkan sehingga sampai ke pahang dan johor . kebetulan Duyung

menjadi tempat membuat kapal dengan menggunakan kayu .perusahaan pertukangan kapal ini juga

di jalankan oleh keluarga anak beranak Syeikh daud Patani yang datang dari Patani.
 kebanayakan garam di bawa ke pahang dan johor dengan menggunakan perahu yang di panggil

perahu besar. orang =orang yang hendak pergi ke johor( mersing) atau Pahang (kuala Pahang )

boleh menumpang kapal yang berniaga garam  untuk ke sana .



garam adalah bahan asas dalam kehidupan. ia bukan sahaja menjadi bahan asas yang sangat

penting kepada segala makanan malahan juga menjadi bahan yang sangat penting dalam rawatan

tradisional dan bahan kosmetik. ia di kuasai oleh keluarga ulama . pada hari ini sangat

malang sekali kerana tiada kedengaran lagi orang Islam mengusahakan garam di tanah air

kita.


bukan sahaja garam bahkan makanan makanan asas yang lain seperti ayam, dan beras juga di

kuasai oleh orang Islam.    contohnya ada keluarga patani dari Bukit depu hingga ke Gong Pak Mat bin Syeikh ( Gong Pak  masih ) terkenal dengan  menjual ayam . mereka menjual ayam dengan cara meletakkan ayam ayam dalam bakul besar yang  di panggil bakul  munji yang di berbuat dari rotan atau buluh. yang peliknya raga ini  boleh melentuk lentuk seperti di kawal oleh spring. ia kelihatan dari jauh membuai buai

bila di junjung di atas kepala. dari seberang takir mereka berjalan kaki menuju ke kampung

Mengabang telipot.      malangnya setelah generasi pertama dan kedua, generasi generasi seterusnya yang di besar di   Terengganu dan tidak terdedah dengan pengajian pondok mula lalai dan terpengaruh dengan

syaitan. bermula  dari sini lah timbulnya sebahagian dari mereka yang membesar dalam budaya berjudi pelaga  ayam.   antara keluarga yang di katakan berulang alik dari bukit depu ker Mengabang Telipot ialah



di antara generasi terdahulu atau terawal di Bukit Depu dari Patani ini ialah  Lebai Isa. ia telah menekankan kepada kepentingan bersembahyang berjamaah yang menjadi fardhu kifayah kepada penduduk setempat.



tempat sembahyang berjamaah itu  yang  kemudiannya di perkukuhkan oleh  Pak Teh Embong dan Tok Khatib Ismail yang menetap di Pangkalan ((  tepi janbatan kecil yang mengadap ke Gong Pak Masih) telah di catatkan di dirikan pada 1912. sebenarnya gessaan mendirikan tempat sembahyang berjamaah lebih awal di lakukan oleh Lebai Isa.

 anak  Lebai Isa  yang berniaga ayam  ke kampung Mengabang Telipot  ialah pak mat    dan cucunya yang berniaga ayam ialah Abdullah Sengau . anak cucu Pak Abdullah  sengau ( di panggil juga di Bukit Depu dengan panggilan Pak Awang Sengau)  ini tidak lagi berada di Bukit Depu tetapi di sekitar Pasir Panjang juga .  Di antara  keturunan Lebai Isa yang masih berada di Bukit Depu ialah daripada keturunan sepupu Abdullah Sengau yang di panggil Tok Aminah binti Musa. di antara yang  banyak menceritakan hal ini ialah cucu Tok Aminah yang di panggil Pak Soh  Bukit Depu.



 dari hubungan hubungan perniagaan dan kegiatan ekonomi yang seperti inilah  terjalinnya    hubungan perkahwinan membentuk keluarga patani di pasir panjang yang mempereratkan lagi  hubungan keluarga patani di mengabang telipot .  dari keluarga Lebai Isa Patani yang berkahwin dengan Patani Mengabang telipot , lahirlah    keluarga di di sekitar pasir panjang , bukir Depu dan Gong Pak maseh ialah :





di antara yang mereka hubungi  di mengabang telipot pada waktu itu ialah  lima beradik( yang di panggil adik beradik tok Chik iaitu:

tok ngah deraman tok bomoh =gong badak
tok de siyah mat ceper +tanjung Gelam
Tok Minah bin Jusoh bini Pak Lah Merchang = banggol  Mengabang Telipot = tok Pak Ya Merchang
Tok Ali bininya mak Ku =banggol Mengabang Telipot
Tok Chik Mak tok Midah =kg masjid Pasir Panjang . Tok Chik berkahwin dengan Abdullah

Sengau. bapa Abdullah Sengau ini, iaitu Pak mat bin Lebai Isa ini  telahpun berkahwin dengan Tok Fatimah orang mengabang telipot

juga  .    Hasil perkahwinan Abdullah sSengau Bukit Depu dengan Tok Chik  Mengabang Telipot ini melahirkan AQbdullah, Hamidah, Umar .  Terdahulu dari itu ,  ayah abdullah sengau, Pak mat bin Lebai Isa bukit depu ini , hasil perkahwinannya dengan tok Fatimah    memperolehi anak bernama Umi Kelsom dan Halimah  di samping Abdullah Sengau itu sendiri.   Itulah sebabnya  walaupun  Abdullah Sengau sendiri cucu Lebai Isa Bukit depu, tetapi ia di lahirkan dan kuburnya ada di Mengabang Telipot. Anak anaknya bertiga yang merupakan  cicit Lebai Isa bukit depu juga di lahirkan di Mengabang Telipot juga. namun begitu kesemua mereka Hamidah , BAbdullah (pak We Lah Kubur ) dan Umar mengisi kehidupan di Pasir Panjang

Ayah saya sendiri   , Abdul Rahman bin Ali  anak solung  hamidah binti Abdullah Sengau juga masih  di lahirkan di Mengabang Telipot di zaman Jepun  waktu Perang Dunia   Ke dua, tetapi menghabiskan usia membesar di Pasir Panjang.


generasi seterusnya tidak lagi berminat dengan ayam kerana zaman sudah berubah.


Cicit Lebai Isa Patani, Hamidah vbin Abdullah (sengau) berkahwin dengan Ali binTaib (Ali cucu Haji Kadir Patani yang buka Kg Masjid Pasir Panjang)  memperolehi Abdul Rahman, Ibrahim, Razali dan Sawiah kesemuanya berada di Kg masjid Haji Kadir


hasil perkahwunan Ahmad bin Lebai Isa dengan Tok Fatimah pula melahirkan :

Halimah binti Ahmad bin Lebai Isa Patani  berkahwin dengan Awang

Umi Kelsom binti Ahmad bin Lebai Isa Patani berkahwin dengan Che Long Pekan baru yang mempunyai ramai keluarga asal di Dumai.
 Tok Som memperolehi  Mak Long Meknong ,  Azizah, Jamilah dan Rahimah  yang juga menetap di Kg Masjifd Hj Kadir .

nun di sana ada banyak lagi keluarga patani yang jadi penjual ayam dari Bukit Depu hingga ke Gong Pak Mat Syeikh ( Pak masih) yang   menjaja ayam ke kampung kampung lain yang di diami oleh keluarga Patani  dan akhirnya terjalin perkahwinan. sebenarnya sebahagian besar mereka sudah mempunyai hubungan sanak saudara juga sebelum berniaga lagi





Friday, August 9, 2013

SALASILAH TUAN GURU HJ ABDUL KADIR KG MASJID HJ KADIR PASIR PANJANG

SALAM

saya amat berterima kasih kepada semua yang menjayakan pertemuan Keluarga haji Kadir yang di adakan di masjid Hj Kadirkelmarin hari raya kedua 9 /8/ 2013 . sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa saya menghadapi masalah untuk print susur galur yang saya susunkan, maka saya pikir biarlah saya paparkan di sini susur galur yg belum berjaya di printkan itu.

saya mengalu ngalukan pembetulan dari semua pihak fakta yg terdapat pada jadual di bawah






















ini gambar majlis kami ditingkat bawah  Masjid Hj kadir Pasir Panjang









sejarah Ulama terengganu siri 1: bahan bacaan yang di edarkan membincangkan tentang Tuan guru Hj Kadir

Sunday, August 4, 2013

sejarah mazhab 4(siri 3)

sejarah mazhab 4


Dalam mengulas tentang konflik percambahan mazhab feqh dalam Islam, terdapat satu olahan yang sangat baik dan di kira sebagai di antara yang paling awal di buat ialah Karya yang di tulis oleh Syeikh Abi al Mawahib Mohammad Ibn Abdul Wahhab As Sya`rani, seorang Ulama Ataba Mesir dalam kitabnya yang di beri nama Al Mizan Al Kubra. 
olahan itu di kira sebagai baik kerana ia cuba memperbetulkan sengketa antara umat Islam yang paling ketaranya tentulah di tengah-tengah kota raya besar Islam iaitu Mesir , ia menyebutkan ada kesilapan pendapat di kalngan ulama-ulama feqh hatta dalam setiap mazhab sesama mazhab itu sendiri sekalipun , dengan cara mengenengahkan prinsip asas Islam yang sangat luhur itu.
Di bahagian conclusen, (penutup), beliau telah menyatakan bahawa ia telah cuba mengumpulkan dalam kitabnya itu beberapa pendapat yang paling tepat di kalangan ulama yang mewakili mazhab-mazhab masing dan mengukur sejauh mana pula ia tepat dan sejajar dengan ruh ajaran Islam itu sendiri. ertinya dalam memberikan ijtihad, terdapat beberapa pendapat yang terkeluar dan perlulah di baiki semula dari dalam secara cermat dan teliti. ia mengharapkan usahanya itu di perhalusi dan di sambung lagi oleh orang Islam yang datang selepas zamannya.

pemikiran ini bermaksud membawa perselisihan feqh kepada peringkat yang lebih matang. memang usaha-usaha ini di lihat pada zaman-zaman selepasnya sebagai sedang bergerak ke arah yang lebih matang sehinggalah ke hari ini. itulah hikmat perselisihan pendapat antara ulama-ulama feqh. Kita boleh memperdalami tentangnya dengan cara membuat perbandingan membezakan antara pendapat yang di keluarkan Ulama di zaman masyarakat Islam kuat dan masyarakat Islam lemah





. ada pengajaran yang sangat baik agar kita menjadi lebih kuat dan bijak bilamana berdepan dengan pelbagai aliran feqh sebegini



setelah lebih kurang dua tiga ratus tahun umat Islam mengalami pertelingkahan yang amat ketara tentang fiqh amalan mereka di beberapa gedung ilmu seperti Azhar, Masjidil Haram, apatah lagi pada waktu itu, umat Islam di landa oleh penjajah yang rakus, maka timbullah kesedaran kenapa wujudnya pertelingkahan-pertelingkahan sebegini? perbincangan-perbincangan yang telah lama wujud sesama mereka mula membuahkan kajian yang lebih serious untuk membentuk kitab yang menghimpunkan pandangan feqh yang berbeza-beza itu pada satu tempat. Pendekatan Ibn Rushdi Al Hafeed dalam kitab bidayatul mujtahid mula mendapat perhatian. Ulama-ulama mula mengharapkan wujudnya satu buku yang membincangkan secara lebih detail tentang feqh dengan menjadikan kitab bidayatulmujtahid sebagai pendekatan .


di mesir timbulnya satu kitab yang akhirnya menjadi begitu terkenal di dunia Islam , dengan jodol Al Feqhu `Ala Al Mahazib Al Arba `ah oleh Abdur Rahman Al Jazari. 

menurut sumber yang saya dapat, beliau adalah seorang ahli politik yang rapat dengan saad Zaghlul , seorang pejuang kemerdekaan dan pembebasan Mesir.   
zamannya.


sekali lagi    pemikiran ini bermaksud membawa perselisihan feqh kepada peringkat yang lebih matang. memang usaha-usaha ini di lihat pada zaman-zaman selepasnya sebagai sedang bergerak ke arah yang lebih matang sehinggalah ke hari ini. itulah hikmat perselisihan pendapat antara ulama-ulama feqh. Kita boleh memperdalami tentangnya dengan cara membuat perbandingan membezakan antara pendapat yang di keluarkan Ulama di zaman masyarakat Islam kuat dan masyarakat Islam lemah





. ada pengajaran yang sangat baik agar kita menjadi lebih kuat dan bijak bilamana berdepan dengan pelbagai aliran feqh sebegini

sej mazhab4(2)



kegigihan  Ulama-ulama Islam dalam perjuangan mereka berdasarkan sudut yang berbagai-bagai memang kadang-kadang memeningkan kepala mereka yang tidak mendalami tentang realiti kehidupan. sesungguhnya dalam realiti kehidupan ini tiada satupun yang sempurna kerana Allah SWT sahajalah yang maha sempurna,  Ketidak sempurnaan ini sengaja Allah SWt jadikan sebagai satu ujian kepada mereka supaya setiap manusia berusaha dengan segigih gigihnya untuk mencapai kesempurnaan setakat yang ia mampu sewaktu ia hidup di dunia ini kerana Allah lah yang akan menilai usaha buat mereka setepat-tepatnya setelah mereka mati

kadang-kadang orang yang jahil akan melihat seolah-olah Ulama bertelagah sesama sendiri dalam dalam berbagai perkara contohnya timbulnya feqh empat mazhab dalam persoalan feqh umpamanya. Padahal menurut falsafah ajaran Islam bagaimana boleh berlaku perselisihan tersebut sekiranya ulama-ulama itu benar-benar jujur. Pasti sekali pertelingkahan itu tidak akan berlaku , tetapi oleh kerana kebenaran itu hanyalah milik Allah, maka tiada siapa yang mengetahui hakikat satu satu kebenaran  secara mutlak melainkan ia mengetahui berdasarkan apa yang ia pelajari dan temui semata-mata, maka itulah sebabnya berlaku perselisihan-perselisihan tadi. Usaha-usaha mereka tidak akan menjadi sia-sia, akan di nilai oleh Allah. maka Nabi bersabda"Sesiapa yang benar ijtihadnya , ia mendapat dua pahala manakala sesiapa yang silap ijtihadnya , ia mendapat satu pahala."


secara logiknya tentulah kita akan menyoal bahawa  semua orang mahu ijtihad yang benar, siapa pula mahu ijtihad yang salah! tiada siapa yang mahu ijtihad yang salah. tetapi dalam realiti kehidupan ini, seseorang yang di taqdirkan datang di awal cerita tidak akan sama dengan orang yang datang di akhir cerita. seorang yang  berjuang pada awal perjuangan lalu ia mati, tidak akan sama dengan orang yang mewarisi kejayaan pada akhir jalannya perjuangan tersebut. demikianlah juga perjuangan ulama feqh empat mazhab. ia tidak akan berakhir dengan matinya Imam Hanafi atau Malik dan Shafie itu semata-mata tetapi penilaian-penilaian balik akan di lakukan berterusan oleh Ulama-ulama selepasnya sehingga ke akhir zaman


Maka markah penilaian untuk mereka  tidak boleh di nilai oleh sesiapa melainkan Allah lah yang maha bijaksana yang paling tepat penilaiannya. inilah perjalanan perselisihan feqh empat mazhab yang akhirnya di akhir zaman akan menjadi satu mazhab sahaja. maka sesiapa yang sanggup berubah dengan mempersiapkan diri sebagai orang yang sentiasa dengan perkembangan ilmu, mereka akan menjadi orang yang berjaya sebaliknya seorang yang sombong dan melihat apa yang telah di miliki olehnya adalah sudah sempurna tentulah akan terpedaya dengan penyakit-penyakit hati yang sentiasa mudah untuk penuh bersarang di dalam dirinya.




untuk menyedari hakikat di atas marilah kita melihat contohnya perjuangan Syeikh Mohamad Abduh, seorang ulama reformis terkenal di abad lalu, Beliau bukan sahaja bersusah payah menyeru seluruh umat Islam di zamannya agar membebaskan dunia Islam dari penjajah kafir barat, malahan ia juga amat gigih tiada tolak bandingnya telah mengreformkan pendidikan Islam, yang dengan itu membawa satu kejayaan baru yang amat menyegarkan dunia Islam.. Tafsir al Manar dan Tafsir Al Jawahir serta ribuan lagi buku-buku ydan kitab-kitab yang di tulis di zamannya dan zaman-zaman selepas zamannya adalah merupakan ruh tiupan semangat dari pemikirannya, Namun begitu tetap ada satu perkara yang menjadi bahan cemuhan terhadapnya oleh ulama-ulama selepasnya iaitu , ia yang berada di zaman orang Islam lemah dan mundur bukan sahaja dalam sudut politik bahkan juga dalam sudut ekonomi akibat penjajahan telah menggesa umat Islam pada waktu itu agar menyimpan duit di dalam bank. Sekali kita menilai pandangan ini tentulah cantik untuk menguatkan ekonomi orang Islam, tetapi Ulama-Ulama Ekonomi Islam yang bangkit seawal 60 tahun selepas itu telah melihat seruan ini sebagai satu punca baru kelemahan umat Islam yang baru dalam seruan mengembalikan kekuatan orang Islam tersebut. ini kerana bank di dunia Islam pada waktu itu baru di perkenalkan oleh penjajah. polisi yang mengamalkan riba yang di perkenalkan oleh penjajah itu tentulah mengungtungkan penjajah kerana polisi inilah yang berjaya melemahkan sistem dinar yang telah di lama di amalkan dengan penuh berkesan oleh dunia Islam. bilamana sistem wang kertas telah menguasai dunia Islam yang bererti sistem ekonomi dunia Islam telah dapat di kuasai oleh barat kapir sepenuhnya, maka ada hari ini  , kerana kecacatan yang ada pada seruan agar menyimpan wang dalam bank Kapir, kita mendengar ada penulis-penulis yang mencemuhnya dan menilai Syeikh Mohamad Abduh sebagai robot atau boneka kepada Lord Cromer, Resident British pada zaman tersebut. bagi saya tuduhan ini amat keras untuk Syeikh Mohamad Abduh. Allah lah yang maha menilainya,

itulah contohnya perselisihan feqah, menjadi berbeza kerana satu daripadanya ialah zaman yang panjang. 

bagi saya tiada kesempurnaan bagi manusia. Kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT semata-mata.

kita yang datang kemudian perlu belajar lagi dan belajar lagi untuk mencari lebih kesempurnaan supaya dengan itu kita menjadi golongan yang benar menuju kepada Allah


bersambung

sejarah kemunculan feqh 4 mazhab (1)

oleh us hanafi el fesfanji




dalam senarai sejarah perkembangan mazhab 4 dalam islam, mazhab hanafi telah muncul paling awal sekali. ia muncul di iraq kira-kira seratus tahun selepas hijriyyah. kemunculannya mendahulu yang lain kerana dua faktor iaitu jauh dari madinah yang menjadi sumber ilmu hadis dan faktor yang kedua ialah kerana iraq sendiri adalah gedung perbincangan dan pertembungan ilmu pengetahuan yang di warisi semenjak ratusan tahun di bawah empayar farsi. di situ, masyarakat telah menyedari lebih awal tentang betapa perlunya ilmu tentang asas-asa kepada pembentukan undang-undang dan pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul . Maka Abu Hanifah telah dapat melakarkan kepada pengikut-pengikutnya tentang beberapa perkara kaedah-kaedah asas yang boelh di petik daripada Al Quran yang di namakan qias.

perbincangan tentang qias itu luas sebenarnya, tetapi pada masa itu, terlalu ramai yang salah faham tentangnya. maka muncullah golongan yang menolak kias dengan mengatakan qias itu adalah menggunakan akal . ini menyalahi syarak. mereka ini adalah golongan yang lebih menguasai hadis di madinah. Mereka di ketuai Imam Malik. 



walaupun Imam malik tidaklah menolak  Abu Hanifah sepenuhnya tetapi pemikirannya yang di dokong oleh murid-muridnya  telah membentuk golongan yang kedua yang mengimbangi golongan hanafi. 



Imam Shafie pula muncul,ia berasal dari murid Maliki. Ia adalah seorang pelajar yang pintar dan cerdik sehingga dapat menggantikan gurunya sewaktu ketiadaan gurunya. Setelah ia menjadi seorang yang cukup mahir dan berpengalaman di madinah, maka ia mula merasakan ilmunya makin kurang. ada pendapat golongan hanafi yang lazimnya di bangkangnya di lihat sebagai benar bahkan benarnya dalam beberapa sudut adalah lebih benar dari pandangan gurunya Malik. ini menyebabkan ia membuat keputusan untuk menambahkan lagi ilmu dengan cara belajar di Iraq, ia mahu memahami sendiri method pemikiran di tempat yang ia seringkali menolaknya.


di iraq ia mempelajari method Hanafi dengan murid Imam Hanafi yang bernama Abu Yusuf. Ini kerana Abu Hanifah pada waktu itu telah meninggal dunia. hasilnya ia mengarang kitab ar risalah yang di kemudian harinya  menjadi model kepada method yang menjawab kenapa pentingnya qioas  . risalah ini menggambarkan qias dengan syarat-syarat yang di terima syarat sesungguhnya tidak boleh di tolak sewenang-wenangnya bahakan perlulah di terimanya. ertinya Imam Shafei telah mengendurkan konflik antara Hanafi dan maliki.


pada masa Imam Shafie belajar di Iraq, oleh kerana beliau adalah ulama besar, maka dalam masa yang sama di Iraq iaitu di waktu ia tidak berlajar dengan Abu Yusuf, ramai orang yang datang berlajar hadisdengannya . diantaranya ialah Imam Ahmad Ibn Hanbal. 

muncylnya mazhab hanbali adalah rentetann dari konflik dengan ahli rakyi yang telah di bentuk oleh Imam Abu Hanifah



bersambung