Thursday, May 16, 2013
Tok ku Paloh bapa angkat Tok Guru Hj kadir Kg Masjid Hj Kadir Pasir Panjang
oleh: Haji Hanafi Rahman El Fesfanji
sebagaimana yang telah kami terangkan bahawa setibanya Haji Kadir di Trg, Tok Ku paloh telah menjadi ayah angkat kepada haji Kadir Kg masjid. Inilah yang di ceritakan oleh ramai pihak termasuk yang telah saya mengesahkannya daripada ayah ngah mat awang. . bagaimana ia boleh berlaku, kami tidak menemui cerita yang detail berkenaan dengan hal ini. cerita lain yang berkaitan hanyalah menyebutkan tentang , dengan sebab pertolongan Tok Ku paloh inilah, Hj Kadir memperolehi biasiswa (wang tambang untuk berangkat pergi belajar di Mekah ) dari Sultan Zainal abidin III, di samping bantuan orang ramai.
Tok Ku paluh ini, memang sudah di kenali ramai.
Nama sebenar beliau Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus. Tokku Paloh juga dikenali sebagai wali Allah penuh karamah yang sangat ditakuti penjajah.
meskipun Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’, ia banyak juga mempelajari ilmu dari pelbagai pihak termasuk dari ulama ulama Patani seperti Syeikh Wan abdul Kadir bukit bayas.bapanya sendiri, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. memang menjadi suatu yang amat dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.
Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.
Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.
Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.
sebenarnya Mat Kilau banyak belajar dari Haju Yusuf ===mufti pahang pertama. mufti ini adalah murid ===pengarang kitab matla`ul badrain , pengarang kitab ini di lahirkan di duyung kemudian di bawa ke Mekah oleh syeikh daud Patani sendiri, yang menyelamatkan diri dari perang Bisik 1821=28 . Syeikh daud Patani ini adalah guru Syeikh Wan Kadir bukit Bayas. Syeikh Ean kadir bukit bayas juga menjadi guru Tok Ku Paluh sepertimana yang telah di nyatakan.
“ Pada Mei 1894, Mat Kilau dan rakan rakannya mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. di katakan di antara ayat yang di ajarkan Tok Ku paluh kepada mereka ialah ayat 4 dan ayat lima belas. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.
Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan tentera tambahan dari kalangan rakyat Terengganu sendiri, , pasukan pahlawan Pahang menjadi lebih besar dan tersusun.
Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tokku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya... Maksudnya Tokku Paloh lah yang lebih berhak membuat keputusan. Pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."
Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamirkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam berkuasa tinggi yang mampu membedil pantai Terengganu, satu taktik yang dikenali sebagai "gunboat diplomacy". Tokku Paloh cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama!ini juga pernah di beritakan beberapa oleh ayahanda saya sendiri sewaktu hayatnya. ia mengambil cerita ini dari guru gurunya di losong sewaktu ia belajar di pondok hj mat shafie losong
Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Selepas beliau meninggal dunia, tepat pada 24 Mei 1919 barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.
ini gambar Syeikh daud bin abdullah Al fatani , ulama terkenal dengan karangannya yang berbagai bidang dan tajuk
Tok Ku Paluh Ulama terbilang yang menjadi ayah angkat hj kadir Kg Masjid di Pasir Panjang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tokku Paloh itu nasabnya bersalasilah
ReplyDeleteSyeikh Abdul Kadir itu pula nasabnya terselindung
sama seperti nasab Tokku Pulau Manis
sedangkan mereka semua itu masih dari satu keluarga
sedang yang lebih merapatkan lagi ialah hubungan ukhuwwah Islamiyyah itu yang lebih kuat dari hubungan darah ...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetokku adalah wali qutub di zamannya...pangkatnya diambil alih oleh sheikh syed XXX dr seberang takir,,,tp setelah mangkatnya syeikh syed XXX..tidak dpt diketahui siapa yang menyambung tugas tersebut..ade beberapa nama...tp tidak dapat dipastikan dgn soheh..
ReplyDelete