Sejarah awal kedatangan islam ke Alam Melayu telah melalui beberapa peringkat.hakikat ini
samalah dengan hakikat bahawa penghijrahan ahli yaman keluar membawa dakwah berlaku di
sepanjang zaman, bukan sahaja banyak berlaku di abad 17=20, malahan lama sebelum itu, pada
abad 12=13 telah terdapat beberapa tokoh besar, di antaranya ialah keluarga sayyid yang
membawa dakwah ke Alam Melayu dalam sejarah awal kedatangan Islam ke nusantara ini,Maulana
Hussein yang telah keluar dari Yaman menuju ke Gujerat pada abad ke 11.
perkara kedua yang boleh kita lihat dalam gerakan awal dakwah nusantara ialah :
Pertama kedatangan mubaligh Islam ke Alam Melayu
Kedua islam dan pendakwah memikat hati pembesar dan penduduk tempatan
ketiga: Membuka tanah tanah baru
Keempat: perlaksanaan dan pengukuhan Islam melalui undang undang dan pentadbiran
Keempat pengukuhan ke dalam masyrakat
kelima kemaraan golongan yang mengacau masyarakat Islam dan perundangan Islam.
Dalam peringkat yang pertama, iaitu kedatangan mubaligh Islam ke Alam Melayu, Terdapat
beberapa kumpulan yang telah dating ke Alam Melayu secara berasingan. Satu kajian yang
menarik perlu di ketahui ialah kedatangan keluarga Sayyid Hussein Jamadul Kubra. Beliau di
kenali juga dengan panggilan Maulana Hussein Akbar Khan. Ini kerana, meskipun keturunannya
dating dari Yaman dan ia sendiri di katakana dari keturunan baginda Rasulullah SAW, tetapi
empat generasi terdahulu moyangnya telah membangunkan Islam di Gujerat, India. Daripada
salasilah ini, terdapat mubaligh yang menyebarkan dakwah sebelah bawah nusantara dan
sebelah atas nusantara.
Maulana Husseing ini telah datang bersama dengan kawan kawan dan keluarganya pada abad ke
14.. mungkin kumpulan mereka datang secara berasingan secara kecil=kecilan setelah
kumpulan mebaligh Gujerat ini telah lama menjalankan hubungan perdagangan dengan alam
Melayu , apatah lagi hubungan india dengan alam Melayu dan pengaruh hindu di alam melayu
amat kuat sekali semenjak berab adabad lamanya.
meskipun ketokohan dan sumbangan keluarga Maulana hussein ini amat besar tetapi
terselindung dengan beberapa kebudayaan yang berbeza. contohnya beliau mempunyai seorang
adik iaitu sayyid Thanauddin yang juga merupakan seorang mubaligh terkenal. tetapi ahli
sejarah menamakannya sebagai adi p0utera, guru hang tuah lima bersaudara. asekiranya kita
melihatkan nama adi putera, mungkin akan segera tergambar dalam fikiran kita, ia adalah
seorang petapa yang berhubungan dengan hantu hantu Melaka, tetapi riwayat hidupnya
mengisahkan bahawa pendakwah thanauddin ini telah mengisi usia tuanya dengan berkhalwat dan
bersuluk secara tasauf dan sufi.itulah sebabnya di antara imu yang Hang Tuah pelajari
darinya ialah rahsia 3 Qul dan rahsia ayatul kursi.
tetapi cerita begini mungkin tidak pernah kita ketahui sebelum ini kerana nama adi putera
itu di ketengahkan dan nama sayyid thanauddin di sembunyikan.
sayyid hussein mempunyai beberapa isteri:1) Nizamul Muluk (puteri raja Delhi), 2) puteri
linan Cahaya , puteri pasai samudera 3) Ramawati binti zainal Abidin 4) Puteri jawhar
(johor) ) Selindung Bulan
yang di tukarkan namanya kepada Syahira
dengan isterinya Linan Cahaya puteri raja pasai, lahirlah keturunannya telah berdakwah di sebelah
bawah nusantara berabad abad lamanya termasuklah yg paling terkenal adalah wali songo yg telah berjaya menubuhkan kerajaanm islam yg mendaulatkan syariat seperti kesultanan demak dan sebagainya lagi..
manakala dengan isteri nya yang keempat, puteri selindung bulan (Syahira), muncul pula keturunannya yg manjadi
rajaraja Islam Champa, Patani< Kelantan. Pada hari ini, ramai juga rakyat Terengganu yang berasal
dari keturunan ulama ulama Patani . sebahagian besar dari mereka adalah datang dari keturunan Maulana hussein dengan istetrinya
Syahira. ini kerana daripada champa, mereka turun ke Patani( abad enam belas hingga tujuh belas. . Bialamana meletusnya Perang Siam Patani pada abad ke sembilan belas, ramai dari mereka yang mahu menyelamatkan aqidah dengan telah berpindah ke Terengganu.termasuk di antara yang paling jelas ialah keturunan Hj Wan Abd Kadir Bukit Bayas dan kaum kerabatnya. Sebahagian keturunan Maulana hussein yang berada di terengganu ini, sudah tidak lagi
menggunakan gelaran sayyid, maulana atau sebagainya lagi kerana telah banyak bercampur
dengan darah penduduk tempatan dalam usaha menjayakan dakwah di bahagian sini.
ya memang benar ramai yang berkuturunan ulama yang datang semenjak abad ke-14 dahulu ...
ReplyDeletebagi yang mereka mempunyai data salasilah ... alhamdulillah
tetapi keturunan itu bukan untuk dibangga-banggakan ... tidak lebih kepada kerugian
tetapi ambillah iktibar kerja mereka terdahulu ...
yang tidak mengetahui asal salasilah pula usahlah bersedih
kembalilah kepada jalan Islam sebenar
kerana itulah tujuan kedatangan golongan ulama ini untuk memimpin supaya mengenal Allah dan Rasulnya ....