Wednesday, May 1, 2013

hubungan kg masjid haji Kadir dengan sungai derhaka

memang hubungan antara kg masjid hj kadir dengan sg derhaka wujud berlapis lapis tebalnya. contohnya ialah pada sekitar 1870an, haji kadir Abdullah Al Fatani yang baru pulang dari memperdalami ilmu di Mekah telah membina masjid di kg masjid . ia telah berkahwin dengan Umi Kelsom(Tok Som) , mungkin sepupu atau paling jauhpun dua pupunya sahaja, . Tok Som adalah anak  bungso Haji Wan Mahmud Patani. 

ertinya perkahwinan ulama dari patani (hj Kadir Kampung Masjid pasir panjang ) dengan anak ulama Patani merapatkan lagi hubungan dua kampung yang di buka oleh orang Patani. maka di hari ini, cicit cuit anak beranak Wan Mahmud Patani  orang Sg Derhaka mmg mempunyaihubungan silaturrahim dgn cicit cuit kelaurga di Kg Masjid Haji Kadir dan begitulah sebaliknya.

saya mengetahui hal ini kerana kedua dua itu adalah ibu dan bapa moyang saya(Tok Ki Pak Ngah Amad)

1 comment:

  1. Alhamdulillah ...

    umat Islam itu bersaudara

    anak Patani sejati akan mengekalkan persudaraan mereka dengan izin Allah, untuk merapatkan lagi persaudaraan

    terengganu ini adalah sebahagian Patani sebelum abad ke-18 ...

    ReplyDelete