Tuesday, May 14, 2013

faktor kedatangan ulama Patani ke Terengganu khususnya dan Semenanjung amnya pada abad 19 dan 20



oleh Ustaz Haji Hanafi Rahman El Fesfanji
isi kandungan dari kertas kerja ini telah di bincangkan dalam beberapa siri kuliah di gombak Kuala Lumpur



Pada mulanya Patani berada di bawah pengaruh Hindu Brahma. Semenjak Srivijaya menguasai Patani, penduduk Patani mula meninggalkan Hindu dan menganut Buddha.Srivijaya memang di akui mempunyai sumbangan yang besar dalam kemajuan dan pembangunan Patani di zaman tersebut terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan, perdagangan dan bahasa Melayu.
KEDATANGAN ISLAM KE PATANI
Dikatakan bahawa pada satu ketika,pemerintah Patani(Kerajaan Langkasuka ) yang di kenali sebagai Phya Tu Nakpa telah jatuh sakit berat yang tak kunjung sembuh. Ia mendengar ada seorang beragama Islam, Syeikh Said, adalah seorang tabib yang hebat. Apabila di minta mengubatinya, tabib tersebut sanggup mengubatinya dengan syarat ia mestilah menganut Islam setelah sembuh. Malangnya bilamana raja tersebut sembuh dari sakitnya, baginda telah  mungkir janji setelah sembuh dari sakitnya. Ini menyebabkan sakitnya berulang lagi. Setelah di usahakan sebanyak tiga kali, ia mula insaf dan bertaubat. Ia mahu menjadi seorang yang benar-benar Islam.  Setelah ia beragama Islam, pembesar-pembesar dan kaum kerabatnya juga telah menganut Islam. Beliau mula memakai gelaran Sultan Ismail Shah. Dikatakan beliaulah yang menggantikan nama kerajaan lama kepada nama baru Patani. Patani bererti pantai ini. Semenjak Patani di buka, kawasan baru ini menjadi maju, makmur dan mewah.

MENAKLUKI SIAM
Setelah Sultan Ismail Shah meninggal, diganti pula oleh anaknya, Sultan Muzaffar Shah. Ketika baginda melawat Siam, Raja Siam yang bongkak telah memalukannya. Ini menyebabkan ia ====pada 1563, ketika mendapat tahu kerajaan Siam di serang oleh Burma, Sultan Muzaffar bersama adiknya Sultan Mansur Shah telah turut mengambil kesempatan menyerang Siam. Dengan 200 kapal perang dan sejumlah tentera yang besar, Siam dapat di kuasai oleh Patani.
Sayangnya tak berapa lama setelah itu, Sultan Muzaffar Shah mangkat secara mendadak . beliau memandatkan kuasa pemerintahan kepada adiknya Sultan Mansur Shah. Baginda memerintah sehingga mangkat(1564-1572)
KRISIS DALAMAN
Sebelum Sultan Mansur mangkat, baginda telah berwasiat bahawa yang menggantikannya ialah anak saudaranya, Patik Siam (10tahun) putera Sultan Muzaffar sebagaimana yang terdahulu di wasiatkan oleh Sultan Muzaffar. Ini menimbulkan kebencian dan iri hati  terutama oleh Pangiran Bambang(anak tiri Raja). Menurut ahli sejarah, inilah bibit-bibit awal pergolakan . Diantara tahun 1573-1584, berlaku dua kali rampasan kuasa yang menyebabkan pembunuhan yang ramai di kalangan pembesar lebih-lebih lagi dari kalangan anak anak  bukan Permaisuri.
KEJAYAAN PATANI
Patani mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan empat orang Raja perempuan iaitu Ratu Hijau(1584-1616), Ratu Biru(1616-1624), Ratu Ungu(1624-1635) dan Ratu Kuning(1635-1651). Di zaman inilah, kerajaan Patani Besar terbentuk merangkumi sebahagian besar semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu.  Kekuatannya jelas tergambar dalam kisah-kisah kejayaannya mematahkan empat kali serangan Siam(1603, 1632, dan 1638).  Mampu megarahkan 180,000 pasukan tentera siap bertempur dan di perkuatkan dengan satu benteng yang di kenali Benteng Raja Biru. Malangnya kegemilangan ini mampu bertahan selama 67 tahun sahaja. Selepas kemangkatan Raja Kuning pada 1651, Patani mengalami kemerosotan politik, ekonomi dan ketenteraan. Hanyalah di zaman Raja Sakti dan Raja Bahar, Patani sekali lagi dapat menyatukan Senggora(Songkla) dan Pethalung.
KEJATUHAN PATANI
Pada akhir abad 17,
Pada abad 18, Patani mula di kenali sebagai orang Sakit di Semenanjung Melayu. Sebagai negeri pengairan, ekonominya yang sangat bergantung kepada perdagangan itu menjadi semakin merosot. Lebih malang lagi ialah bilamana kekuatan persenjataan tidak lagi menjadi persediaan yang di ambil berat .
Bilamana Raja Kuning mangkat tanpa meninggalkan waris keturunan, Majlis Di Raja dan Kerabat Di Raja telah melantik Raja Bakar Kampung Teluk menjadi raja tetapi meninggal tidak berapa lama selepas itu.
 Majlis kerabat di raja mahukan seorang yang berasal dari raja tulen yang patut di lantik, maka Raja Kelantan Mas dari Kelantan telah di jemput dan dilantik menjadi raja. Tak berapa lama selepas itu, Raja Mas pula meninggal. Anak perempuannya Raja Mas Chayam pula di lantik menjadi raja. Dalam tempoh yang singkat sahaja, Raja ini juga mangkat dan tidak meninggalkan sebarang waris keturunan. Raja Ahmad Kampung Dawai dan Rakap telah di lantik menjadi raja dengan memakai gelaran Sultan Mahmud. Meskipun di zaman raja-raja ini, adalah lemah dan merosot berbanding dengan raja-raja keturunan Raja Seri Wangsa terdahulu,keadaan masih aman kerana Siam,musuh yang seringkali mengganggu sedang menghadapi asakan yang kuat dan bertubi-tubi dari Burma.Beberapa wilayah yang telah Islam di bawah Siam, waktu itu turut mengambil kesempatan untuk merdeka. Raja di Ligor bersama pembesar di singgora dan Pathalung telah cuba membebaskan diri. Hal ini tidak dapat di biarkan oleh seorang raja bernama Phraya Tak. Pada 1769,Raja Siam Thai telah menghantarkan tenteranya ke Ligor ,Sinngora dan Pathalung . Raja-raja Islam ini melarikan diri ke Patani dan berlindung di bawah Sultan Mahmud. Mereka telah di kejar oleh Siam Thai. Setelah Siam Thai tiba di Tiba, mereka mendesak raja Patani supaya menyerahkan ketiga-tiga raja tersebut. Kerana merasakan kerajaan Patani akan tewas sekiranya di serang oleh Siam, Sultan Mansur menyerahkann raja-raja seagama dengannya kepada Siam.
Pada 1776, Burma sekali lagi menyerang Siam. Siam mengambil kesempatan ini untuk menguji raja-raja Patani(termasuk juga Raja Kelantan dan Terengganu)  dengan meminta bantuan dari Raja Patani berupa wang sebanyak 80,000bath.   Sultan Mahmud tidak mengendahkan permintaan Raja Siam ini menyebabkan raja yang sombong ini menyimpan dendam untuk menakluki Patani. Bilamana Phraya Kalahom di hantar untuk menyerang Patani, barulah Sultan Mahmud mendapati kekuatan yang di miliki di zaman keemasan di bawah empat raja perempuan lalu telah lenyap. Keberanian orang Melayu telah berkurangan bersekali dengan kelengkapan perang tidak bertambah malahan telah ketinggalan zaman. Kerana Islam mengajarkan Daripada menyerah tanpa perang, adalah lebih baik terbunuh syahid di medan perang. Maka, dengan hanya berbekalkan senjata lama, Sultan Mahmud menghadapi juga yang Siam. Dengan pertolongan seorang pengkhianat bernama Nai Chan Tung , seorang pembesar Ligor yang bersembunyi, memberikan maklumat kepada Panglima Siam Thai, orang-orang Islam Patani tewas untuk pertama kalinya menentang Siam. Setelah Sultan Mansur syahid dan pahlawan-pahlawan Patani gugur, Siam menangkap orang-orang tua, kanak-kanak dan perempuan di sembelih dan rumah-rumah mereka di bakar setelah segala harta benda dan senjata di rampas. Di antara yang di rampa ialah Meriam besar yang di buat di zaman Raja Biru. Meriam itu sekarang menghiasi depan pejabat Kementerian Pertahanan di Bangkok. Raja Melayu boneka telah di lantik di Patani dengan menjadikan Patani berada di bawah jajahan Ligor. Patani di kehendaki menghantar Bunga Mas sepuluh  karat gold 63,tiga tombak-tombak emas seberat empat puluh tahil dan beberapa bongkah emas.

Raja Boneka yang di lantik Siam Thai ialah Raja Bendang bernama Tungku Lamidin. Lantaran berkesannya peranan ulama-ulama sebelumnya dalam masyarakat Patani, maka di dalam jiwanya masih ada kefahaman tentang tuntutan jihad. Ia menunggu masa yang sesuai untuk mengembalikan Patani ke bawah kuasa Islam yang merdeka. Pada 1789, baginda menghantar sepucuk surat kepada Raja Annam(Vietnam) bernama Wan Cheng Su, untuk bekerjasama menumpaskan Siam. Malangnya surat tersebut telah di serahkan oleh raja Annam pengkhianat kepada Raja Siam di Bangkok.Serta merta api kesombongan Raja Siam Thai itu mengarahkan Raja Patani itu di tangkap. Tungku Lamidin, tanpa berlengah, telah menyambung jihad Sultan Ma---dan berjaya menghalau Siam sehingga membebaskan Tiba. Hulubalang-hulubalangnya terus bergerak ke Senggora. Di Bukit Anak Gajah, tentera jihad Tungku Lamidin telah bertembung dengan tentera tambahan Siam dan berperang selama beberapa hari . akhirnya tentera Tungku Lamidin Berjaya membebaskan singgora walaupun tentera Siam sendiri menerima tentera tambahan lagi. Golongan Mujahidin jihad tidak bertangguh untuk membebaskan pula Pathalung . Perang ini berlangsung selama tiga tahun menyebabkan tanpa ada yang menang atau kalah menyebabkan lama kelamaan tentera Melayu Islam Patani menjadi lemah. Akhirnya Tungku Lamidin berundur, malangnya pengundurannya dapat di kepung oleh tentera Siam yang jumlahnya adalah tiga kali ganda tentera Patani di Perawan.tahun 1791 menyaksikan kekalahan kedua Perawan  jatuh ke tangan Siam dan Tungku Lamidin di jatuhkan hukuman bunuh. Maka sebagaimana lazimnya, Siam Thai menyembelih, membunuh dan membakar Perawan setelah di rampas segala harta benda dan senjata.
Siam melantik pula raja boneka kedua bernama Datuk Pengkalan. Kali ini ia di bantu oleh penasihat Siam bernama Laksamana Dayang . selepas itu Patani tidak lagi menumpahkan darah tetapi pertelingkahan kerap kali berlaku antara Datuk Pengkalan dengan penasihat Siam itu. Lantaran tidak tahan di control oleh penasihat Siam tersebut, Datuk Pengkalan menghalaunya. Ini menyebabkan ia melarikan diri ke Singgora. Raja Singgora telah menulis surat kepada Raja Siam melapurkan bahawa Datuk Pengkalan telah khianat. Sementara itu, bersama Laksamana Dayang, Raja Ligor dan Raja Singgora beserta tentera masing-masing telah turun untuk menangkap Datuk Pengkalan. Datuk Pengkalan menghadapi kedua-dua tentera tersebut selama berbulan-bulan sehingga tentera Ligor kembali berundur ke Ligor. Beberapa bulan kemudian, tentera Siam dari Bangkok di ketuai oleh Phraya Kalahom tiba ke Patani dengan beberapa kapal perang dan di susuli oleh tentera tambahan dari Singgora dan Ligor. Maka kali ini Patani di serang dari laut oleh tentera Siam dan dari darat oleh Ligor dan Singgora. Pertempuran laut berlaku di Grisik Manakala di darat pula bertempat di Bawarah. Ada berbagai-bagai pertolongan Allah dan karamah di ceritakan turun temurun secara lisan dikatakan telah muncul dari amalan-amalan yang di ajarkan oleh Ulama pada waktu itu.Namun begitu, akhirnya Datuk Pengkalan syahid terbunuh dan ramai tenteranya terbunuh. Setelah melakukan pembakaran dan keganasan, mereka yang tercedera di jadikan tawanan oleh pihak Siam yang di perlakukan dengan pelbagai kezaliman dan kejahatan.
Siam telah melantik Nai Khwan Sai, anak Raja Cenak yang asalnya orang luar yang datang berniaga menjadi Raja Patani. Beliau di bantu oleh beberapa ratus pegawai dari Siam dan Singgora. Selepas itu, kedaulatan raja-raja Melayu Islam Patani telah di lumpuhkan dan Patani berada di bawah pemerintahan Siam sepenuhnya.  Walaupun selepas itu terdapat beberapa pemberontakan dari pihak umat Islam Patani, tetapi apa yang telah di capai oleh Siam setakat itu sudah lebih dari cukup untuk memberikan peluang dalam menghapuskan Melayu Islam di Patani. Mereka bertindak zalim dan kejam diluar dari perikemanusiaan .
Hal-hal inilah yang menyebabkan mereka yang terselamat dari di bunuh berpesan kepada anak cucu mereka supaya berhijrah untuk mempertahankan aqidah dan membina kekuatan semula. Detik-detik yang menyayatkan hati ini akan terus di ingati kerana menjadi bibit penghijrahan umat Islam Patani ke Terengganu, Kelantan, Kedah bahkan juga Mekah.
Itulah sebabnya pada pertengahan abad 19, ramai anak-anak muda di Patani turun ke Terengganu dan menetap di pesisiran pantai dan sungai. Mereka bukan sahaja membina masjid untuk solat malahan juga menghidupkan pusat keilmuan Islam bagi melahirkan nulama-ulama yang akan meneruskan perjuangan menghidup syariat Al Quran di bumiNya sebagaimana yang telah d capai oleh Kerajaan Islam Patani selama beberapa ratus tahun lamanya.  
  Di antara mereka adalah Syeikh Wan abdul Kadir Bukit Bayas, Haji Kadir Kampung Masjid, setibanya di Terengganu, ddab menantunya Haji Wan Mahmud sg Derhaka mereka bukan sahaja terjun dalam dalam bidang pendidikan Islam malahan juga mempunyai saham dalam usaha-usaha perlaksanaan Syariah dan pengukuhan di zaman Sultan Umar, Sultan Zainal abiding dan Sultan Sulaiman. Malangnya setelah datang beberapa zaman yang melekakan, terdapat cicit ciutnya yang lupa dengan tanggung jawab mengembalikan syariah Allah di bumiNya, mereka dilalaikan dengan hiburan dan layu bersama  bola, RTM dan TV3 dan sebagainya lagi. Mereka layu bersama dengan terkuburnya cita-cita jihad yang asalnya bernyala marak di jiwa nenek moyang mereka. Mudah-mudahan kita terus menjadi golongan yang hidup dalam bakaran dengan api semangat jihad meninggikan agama Allah agar kita terselamat dari di bakar api neraka-amin
  

2 comments:

  1. golongan ulama inilah uhulubalang dan panglima perang
    mereka bukan lari takutkan siam
    tetapi atas asbab tersembunyi ...

    ke manakah ulama Patani ini dalam tahun 1828, 1830, 1831, 1832, 1838, 1950-an, 1960-an ...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustaz, selain Tuk Syeikh Pulau Duyung dan Tuk Syeikh bukit bayas tercatat satu nama iaitu Tuan Jamal dimanakah dapat saya cari salasilah dari nama ayahnya?

    ReplyDelete