Tuesday, May 14, 2013

Masjid Sungai Derhaka di bina oleh Hj Mahmud Patani, mertua hj kadir kg Masjid P Panjang


oleh : Hj Hanafi El Fesfanji

Dalam perbincangan yang lepas telah di bincangkan bagaimana Haji Kadir bin Abdullah Al Fatani telah membina masjid di Kg Masjid Haji Kadir.  Maka di sini saya ingin membicarakan tentang pembukaan Masjid Sungai Derhaka yang berlaku lebih awal oleh mertuanya Haji Wan Mahmud Patani.

 Haji kadir ini mempunyai beberapa orang isteri. Isteri terakhirnya ialah di kahwini setelah pulang dari pengajiannya dari Mekah. Nama isterinya ini adalah Umi Kelsom ( Tok Som) . Ia kekal dengan isterinya hingga ke akhir hayatnya. Dengan isterinya ini, ia mempunyai tujuh orang anak iaitu Abdullah(Pak denda), Ahmad(Tok Ki Pak Ngah Amad), Mak Cik Wood, Mak Su, Mak Cik Cah(aishah) , Muda dan ===

Umi Kelsom ini adalah anak bungsu Wan Mahmud Patani. Di katakana bahawa Wan Mahmud    ini telah tiba ke Terengganu sekitar awal abad 19. Secara tepatnya tidak dapat di patikan.  Wan Mahmud mempunyai  7 orang anak iaitu khadijah, mohamad zain , yusuf,Taha,wook,aminah,umi kelsom.

Di Sungai derhaka, ia adalah di antara orang kaya yang mempunyai banyak tanah. Ada cerita lisan dari salah seorang keturunannya, ayah We Yahya Kg Tanjung Aur yang menyebutkan sultan telah mengizinkan  ia telah membuka tanah Sg Derhaka sekitar 250 ekar lebih . tanah ini sekarang di warisi oleh cicit cuitnya  sehingga ke  hari ini.

Sebagaimana sebelah anak bungsunya Tok Som mempunyai beberapa ulama, demikianlah di antara anak cucu Haji Wan Mahmud Patanin  dari sebelah anak-anak yang lain juga ramai . di antara yang terkenal di kalangan masuarakat   ialah Hj Mat Merbau Patah dan anaknya Hj Jaafar dan Hj Zul , Haji Mat jurunikah Gelugur, Hj Mat tok Bomoh Glugur,Ustaz Ismail, . Yg tidak berbakat mengajar di masjid surau juga menjadi pundukung pendukung syariat dalam gerakan Islam berdasarkan kelebihan masing masing. tapi ramai juga leka dengan tipu daya syaitan tidak duduk dalam sof perjuangan. leka dgn tv3 dan bola 

Menurut satu sumber yang kuat berkata satu dari anak Hj Wan Mahmud Patani telah  berkahwin dengan anak beranak keluarga  di Atas Tol . dari sinilah lahirnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. cerita ini bererti ada hubungan pupu lah dengan ramai anak anak cucunya yang lain. inshallah saya berdoa ada ruang waktu untuk bercerita panjang tentang ini,


MEMBUKA MASJID LAMA KG SUNGAI  DERHAKA

sebagai seorang yang tahu menjaga agama, Hj Wan Mahmud Patani ini amat amat  menginsafi sekiranya keluarganya terus ke kal di Patani yang di kuasai Siam, mungkin anak cucunya akan terpengaruh dengan agama Buddha, maka untuk  aqidah perlulah di selamatkan., ia berhijrah ke Terengganu yang ramai anak beranaknya . Untuk memelihara keluarganya  dan masyarakatnya supaya kekal dengan akidah Islam, pusat ilmu dan ibadat perlulah di bina. Itulah sebabnya di bina masjid di kg sg Derhaka. ia mengajarkan anak cucunya bersembahyang berjamaah di masjid tersebut.


Haji Wan Mahmud Patani ini meninggal di Mekah du kembumikan oleh sanak saudaranya ulama ulama Patani di Mekah. Dikatakan kuburnya berada di darul mala`=wallahu `alam.

1 comment:

  1. kota temir itu pusat dakwah abad ke-16
    yang memainkan peranan dakwah itu juga dari anak cucu Champa/Patani

    kuala terengganu masih belum wujud sehinggalah berpindahnya Tun Zainal Abidin setelah melihat anak Patani membuka bandar Kuala Terengganu pada abad ke-18.

    Chabang Tiga, Kuala Bekah, Tepoh, Pasir Panjang, Manir, dan banyak lagi itulah dibuka oleh orang Patani. Orang Patani membuka penempatan sehinggalah ke Kemaman.

    terengganu aman damai tidak pernah berperang sebab mereka dari Patani ini ilmunya diamal bukan sekadar mendengar. sebab itulah Tan Sri Wan Mokhtar (pun berdarah Patani) memilih Darul Iman sebagai gelar untuk negeri bertuah ini.

    Hanya pada abad ke-19 barulah Sultan Mansur I membawa masuk masyarakat dari kepulauan Riau ke terengganu atas banyak asbab ... kala itu barulah timbul banyak fitnah dan karenah ...

    sehinggalah kembali tenang dibawah naungan beberapa ulama termasuk Tokku Paloh dan seorang sultan yang mengembalikan semula kedamaian negeri, Zainal Abidin III, sultan daulatnya yang terakhir .... sejuk damai dibawah bayu cahaya Islam ...

    ReplyDelete