Sunday, May 19, 2013

dari Champa ke Terengganu

oleh El Fesfanji




DARI CHAMPA KE TERENGGANU
sebagaimana yang telah di terangkan bahawa pendakwal awal yg datang ke alam Melayu pada abad 14 iaitu  sayyid hussein jamadul Kubra (1310M)  mempunyai beberapa isteri iaitu  :1) Nizamul Muluk (puteri raja Delhi), 2) puteri linan Cahaya , puteri pasai samudera 

3) Ramawati binti zainal Abidin 4) Puteri jawhar(johor) )

(isteri kelimanya ialah ) puteri  Selindung Bulan  yang di tukarkan namanya kepada Syahira. 

dengan isterinya  shahira ini, belaiu memperolehi anak yang di panggil sebagai ali nurul alam. Ali nurul alam ini menjadi 

pemerintah Qunbul. beliau mempunyai 8 orang anak iaitu:
pertama :sultan wan Abdullah umdatuddin Raja Champa (1471=1478M)
kedua:Syeikh Wan Hussein As Sanawi (tok Masjid)
ketiga:  Wan Demali alimuddin 
keempat: Syeikh Wan jamal
ke;ima:Wan cempaka biru
keenam:syeikh Wan hassan pendakwah dan akhirnya menjadi raja Bangkok
Ketujuh: Wan senik Al Kasaniqi
ke lapan Syeikh wan salleh lahiqi

daripada anaknya yang pertama wan abdullah lahirlah pula beberapa anak iaiatu:
1) Syarif hidayatullah Sunan Kalijaga
2) Syarif babullah ( Sultan Ternate)
3) Raden Fatah(Sultan DEmak Jawa) 
4)Syarif Nurullah Sultan Champa menggantikan ayahnya
kelima) wan Abul muzaffar waliullah  
dari anaknya yang akhir ini, lahirlah pula:
nik Mustafa yg memakai gelaran Sultan Abd Hamid Syah, pemerintah champa .

daripadanya lahir pula Faqeh Ali Al Malibbari.beliau mempunyai dua isteri. 

dengan isterinya wan tija, faqeh ali memperolehi 
keturunannya ialah 

wan ismail( Tok Kaya Panduk). ia memperolehi pula beberapa org anak=dari keturunannya lah ramai yg datang keterengganu 

termasuk anak beranak syeikh daud patani yg byk menetap d pulau duyung.di antara anak wan ismail juga ialoah 

wan abu bakar. dari keturunannya lahir pula Tok syeikh Duyung ( Wan Abdullah bin Wan Mohd Amin) dan Tok syeikh Qadi( bin W Ab  Rahman, Tok Syeikh janggut Putih(W Yusuf W Ahmad , Tok Nik Mat Kecil (w Mohd b W Ismail )  dan Tok Janggut Merah( bin W Ahmad) 

. anak2 Wan Abu Bakar  ialah 

wan deraman anaknya ialah wan abdul Rahim bapa  syeikh Wan abd Kadir bukit bayas . wan Deraman adalah datuk Syeikh Wan ab 

Kadir bukit bayas.


demikianlah sebahagian keturunan pendakwah awal Islam ke alam Melayu Sayyid Hussein Jamadul Kubra  turun ke terengganu di zaman serangan Siam ke atas Patani. 




maanakala anak faqeh ali dengan isterinya yg bernama Wan Dewi binti Datuk Seri Biji di raja Tok majid, lahirlah wan nik raja 

jambu dari dari situlah lahirnya keturunan raja raja patani dan kelantan. di antara raja patani yg terkenal ialah datuk 

pengkalan( wan daim) yg di lantik oleh Siam sebagai raja boneka  tetapi akhirnya berpaling tadah. Datuk Pengkalan telah bangkit  lawan Siam sehingga syahid dalam pertempuran  menumpaskan Siam. 




Thursday, May 16, 2013

kitab2

kitab muniayyatul musolli bab sembahyang istikharah karangan syeikh daud bin abdullah al fatani pak sepupu haji Syeikh  wan kadir Bukit bayas . kitab naskhah tulisan tangan ini milik Tuan Guru Haji kadir Kg Masjid Pasir Panjang. Saya dapati di rumah cucunya Hajjah Su Aminah binti Ahmad tahun 80an .



kitab ilmu nahu bahasa Arab terbesar dalam dunia pendidikan Islam berjodol   Hashiyah Mohamad Ali as Sobban syarah Ibnu Aqil.  bahagian yang jelas dapat di lihat di sini adalah bab yang membicarakan isim isyarah. naskhah tangan ini menjadi milik Tuan Guru Hj Kadir Kampung Masjid Pasir Panjang. saya melihat kitab ini juga di rumah cucunya Hajjah Su Aminah binti Ahmad Hujung Gong kampung tersebut.  sebahagian awal kehidupan saya adalah di dalam rumah tersebut. 



tok  bungsu hujung gong kg masjid (Hajjah Aminah Binti Ahmad =cucu Hj kadir ) adalah duduk di atas katil dua dari kiri. di sebelah kirinya adalah Sawiah binti Ali, sebelah kanannya Umi Kelsom, di kanannya Hindun Awang Kg Ladang Sekolah dan Zainun. sawiah dan umi kelsom adalah cicit hj Kadir

Tok ku Paloh bapa angkat Tok Guru Hj kadir Kg Masjid Hj Kadir Pasir Panjang


oleh: Haji Hanafi Rahman El Fesfanji


sebagaimana yang telah kami terangkan bahawa setibanya Haji Kadir  di Trg,  Tok Ku paloh telah menjadi ayah angkat kepada haji Kadir Kg masjid. Inilah yang di ceritakan oleh ramai pihak termasuk yang telah saya mengesahkannya daripada ayah ngah mat awang. . bagaimana ia boleh berlaku, kami tidak menemui cerita yang detail berkenaan dengan hal ini.  cerita lain yang berkaitan hanyalah menyebutkan tentang , dengan sebab pertolongan Tok Ku paloh inilah, Hj Kadir memperolehi biasiswa (wang tambang untuk berangkat pergi belajar di Mekah ) dari Sultan Zainal abidin III, di samping bantuan orang ramai.

Tok Ku paluh ini, memang sudah di kenali ramai.

Nama sebenar beliau  Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus. Tokku Paloh juga dikenali sebagai wali Allah penuh karamah yang sangat ditakuti penjajah.

meskipun  Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’, ia banyak juga mempelajari ilmu dari pelbagai pihak termasuk dari ulama ulama Patani seperti Syeikh Wan abdul Kadir bukit bayas.bapanya sendiri,  Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. memang menjadi suatu yang amat dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.






Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.


sebenarnya Mat Kilau banyak belajar dari Haju Yusuf ===mufti pahang pertama. mufti ini adalah murid ===pengarang kitab matla`ul badrain , pengarang kitab ini di lahirkan di duyung kemudian di bawa ke Mekah oleh syeikh daud Patani sendiri, yang menyelamatkan diri dari perang Bisik 1821=28 .  Syeikh daud Patani ini adalah guru Syeikh Wan Kadir bukit Bayas.  Syeikh Ean kadir bukit bayas juga menjadi guru Tok Ku Paluh sepertimana yang telah di nyatakan.

“ Pada Mei 1894, Mat Kilau dan rakan rakannya mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. di katakan di antara ayat yang di ajarkan Tok Ku paluh kepada mereka ialah ayat 4 dan ayat lima belas.  Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan tentera tambahan dari kalangan rakyat Terengganu sendiri, , pasukan pahlawan Pahang menjadi lebih besar dan tersusun.


Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tokku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya... Maksudnya Tokku Paloh lah yang lebih berhak membuat keputusan. Pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."


Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamirkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam berkuasa tinggi yang mampu membedil pantai Terengganu, satu taktik yang dikenali sebagai "gunboat diplomacy". Tokku Paloh cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama!ini juga pernah di beritakan beberapa oleh ayahanda saya sendiri sewaktu hayatnya. ia mengambil cerita ini dari guru gurunya di losong sewaktu ia belajar di pondok hj mat shafie losong

 Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.  Selepas beliau meninggal dunia, tepat pada 24 Mei 1919  barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.




 ini gambar Syeikh daud bin abdullah Al fatani , ulama terkenal dengan karangannya yang berbagai bidang dan tajuk

Tok Ku Paluh Ulama terbilang yang menjadi ayah angkat hj kadir Kg Masjid di Pasir Panjang


Tuesday, May 14, 2013

bandar kuala terengganu:tempat berkumpul ilmuan Patani



oleh: Ustaz Hanafi El Fedfanji


KAMPUNG PATANI


Di tengah=tengah Bandar Kuala Terengganu ada terdapat satu kawasan jalan yang pernah menjadi tumpuan ulama ulama khususnya ulama Patani.  Jalan itu  dinamakan jalan Patani.letaknya adalah di antara Jalan Tok Lam menuju Ke Tanjung. Atau antara masjid Puteh ke Astaka walla .


Ini kerana ramai orang-orang Patani yang  berkumpul dan menetap di situ. Seab  mereka  berkumpul adalah menjalankan kehidupan sebagai manusia yang perlukan makan minum .

Lokasi ini memberitahu kepada kita bahawa perjalanan yang menyampaikan mereka ke Terengganu adalah melalui jalan laut. Kapal kapal kecil yang mereka mudiki dari Sg Patani di gunakan---. Contohnya dantara penemapatan yang seringkali di pilih ialah Duyung yang berdekatan dengan Kuala Terengganu 


Memang ada orang Patani yang berhijrah meninggalkan Patani menggunakan jalan darat. Contohnya mereka berjalan kaki mendaki bukit bentong menuju ke Kedah. Tetapi boleh di katakana rata rata yang dating ke Trg adalah menggunakan jalan laut. Ini lebih mudah pada waktu itu.
Hubungan mereka yang berkumpul d Jalan Patani dengan orang Patani di kawasan lain pada masa itu seperti orang Patani di Sungai Duyung, Paya Bunga dan tanjung sangatlah rapat. Contohnya hubungan mereka dengan anak beranak Syeikh Daud Patani di Palau nDuyung   dengan peniaga yang berniaga di pasar tanjung dan penghuni kampung Patani adalah berlaku setiap hari. . syekih wan abdul kadir bukit bayas yang memulakan penempatan di Duyung juga telah beberapa lama menjalankan  pengajarannya di Paya Bunga yang letaknya tidak berapa jauh dari penempatan  tersebut. Akhirnya barulah ia memperolehi penempatan lebh pendalaman  dan diberi nama  Kampung Bukt Bayas.

Haj I Kadir Abdullah Al Fatani yang membuka kampong Masjid Haji Kadir Pasir panjang juga memulakan penempatannya di seberang Takir yang letaknya  berdekatan dengan jalan laut. Pada zaman dahulu, Seberang Takir merupakan  satu pengkalan besar dan sibuk tempat ====. ia mempunyai zuriatnya di sana. Sesudah itu , sebagaimana Syeikh Wan Abdul kadir Bukt Bayas dan tokoh-tokoh yang lain memasuki kawasan lebih pendalaman. . barulah ia masuk ke kampong Masjid yang =di pujuk oleh bapa saudaranya Haji Ibrahim.
Seterusnya ia berkahwin dengan Umi Kelsom Bte Wan Mahmud Al Patani(Tok Som)  Sungai Derhaka. Jalan laut memainkan peranan penting dalam kegiatan kehidupan mereka waktu itu.


KAMPUNG TOK KAYA

Masjid Sungai Derhaka di bina oleh Hj Mahmud Patani, mertua hj kadir kg Masjid P Panjang


oleh : Hj Hanafi El Fesfanji

Dalam perbincangan yang lepas telah di bincangkan bagaimana Haji Kadir bin Abdullah Al Fatani telah membina masjid di Kg Masjid Haji Kadir.  Maka di sini saya ingin membicarakan tentang pembukaan Masjid Sungai Derhaka yang berlaku lebih awal oleh mertuanya Haji Wan Mahmud Patani.

 Haji kadir ini mempunyai beberapa orang isteri. Isteri terakhirnya ialah di kahwini setelah pulang dari pengajiannya dari Mekah. Nama isterinya ini adalah Umi Kelsom ( Tok Som) . Ia kekal dengan isterinya hingga ke akhir hayatnya. Dengan isterinya ini, ia mempunyai tujuh orang anak iaitu Abdullah(Pak denda), Ahmad(Tok Ki Pak Ngah Amad), Mak Cik Wood, Mak Su, Mak Cik Cah(aishah) , Muda dan ===

Umi Kelsom ini adalah anak bungsu Wan Mahmud Patani. Di katakana bahawa Wan Mahmud    ini telah tiba ke Terengganu sekitar awal abad 19. Secara tepatnya tidak dapat di patikan.  Wan Mahmud mempunyai  7 orang anak iaitu khadijah, mohamad zain , yusuf,Taha,wook,aminah,umi kelsom.

Di Sungai derhaka, ia adalah di antara orang kaya yang mempunyai banyak tanah. Ada cerita lisan dari salah seorang keturunannya, ayah We Yahya Kg Tanjung Aur yang menyebutkan sultan telah mengizinkan  ia telah membuka tanah Sg Derhaka sekitar 250 ekar lebih . tanah ini sekarang di warisi oleh cicit cuitnya  sehingga ke  hari ini.

Sebagaimana sebelah anak bungsunya Tok Som mempunyai beberapa ulama, demikianlah di antara anak cucu Haji Wan Mahmud Patanin  dari sebelah anak-anak yang lain juga ramai . di antara yang terkenal di kalangan masuarakat   ialah Hj Mat Merbau Patah dan anaknya Hj Jaafar dan Hj Zul , Haji Mat jurunikah Gelugur, Hj Mat tok Bomoh Glugur,Ustaz Ismail, . Yg tidak berbakat mengajar di masjid surau juga menjadi pundukung pendukung syariat dalam gerakan Islam berdasarkan kelebihan masing masing. tapi ramai juga leka dengan tipu daya syaitan tidak duduk dalam sof perjuangan. leka dgn tv3 dan bola 

Menurut satu sumber yang kuat berkata satu dari anak Hj Wan Mahmud Patani telah  berkahwin dengan anak beranak keluarga  di Atas Tol . dari sinilah lahirnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. cerita ini bererti ada hubungan pupu lah dengan ramai anak anak cucunya yang lain. inshallah saya berdoa ada ruang waktu untuk bercerita panjang tentang ini,


MEMBUKA MASJID LAMA KG SUNGAI  DERHAKA

sebagai seorang yang tahu menjaga agama, Hj Wan Mahmud Patani ini amat amat  menginsafi sekiranya keluarganya terus ke kal di Patani yang di kuasai Siam, mungkin anak cucunya akan terpengaruh dengan agama Buddha, maka untuk  aqidah perlulah di selamatkan., ia berhijrah ke Terengganu yang ramai anak beranaknya . Untuk memelihara keluarganya  dan masyarakatnya supaya kekal dengan akidah Islam, pusat ilmu dan ibadat perlulah di bina. Itulah sebabnya di bina masjid di kg sg Derhaka. ia mengajarkan anak cucunya bersembahyang berjamaah di masjid tersebut.


Haji Wan Mahmud Patani ini meninggal di Mekah du kembumikan oleh sanak saudaranya ulama ulama Patani di Mekah. Dikatakan kuburnya berada di darul mala`=wallahu `alam.

faktor kedatangan ulama Patani ke Terengganu khususnya dan Semenanjung amnya pada abad 19 dan 20



oleh Ustaz Haji Hanafi Rahman El Fesfanji
isi kandungan dari kertas kerja ini telah di bincangkan dalam beberapa siri kuliah di gombak Kuala Lumpur



Pada mulanya Patani berada di bawah pengaruh Hindu Brahma. Semenjak Srivijaya menguasai Patani, penduduk Patani mula meninggalkan Hindu dan menganut Buddha.Srivijaya memang di akui mempunyai sumbangan yang besar dalam kemajuan dan pembangunan Patani di zaman tersebut terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan, perdagangan dan bahasa Melayu.
KEDATANGAN ISLAM KE PATANI
Dikatakan bahawa pada satu ketika,pemerintah Patani(Kerajaan Langkasuka ) yang di kenali sebagai Phya Tu Nakpa telah jatuh sakit berat yang tak kunjung sembuh. Ia mendengar ada seorang beragama Islam, Syeikh Said, adalah seorang tabib yang hebat. Apabila di minta mengubatinya, tabib tersebut sanggup mengubatinya dengan syarat ia mestilah menganut Islam setelah sembuh. Malangnya bilamana raja tersebut sembuh dari sakitnya, baginda telah  mungkir janji setelah sembuh dari sakitnya. Ini menyebabkan sakitnya berulang lagi. Setelah di usahakan sebanyak tiga kali, ia mula insaf dan bertaubat. Ia mahu menjadi seorang yang benar-benar Islam.  Setelah ia beragama Islam, pembesar-pembesar dan kaum kerabatnya juga telah menganut Islam. Beliau mula memakai gelaran Sultan Ismail Shah. Dikatakan beliaulah yang menggantikan nama kerajaan lama kepada nama baru Patani. Patani bererti pantai ini. Semenjak Patani di buka, kawasan baru ini menjadi maju, makmur dan mewah.

MENAKLUKI SIAM
Setelah Sultan Ismail Shah meninggal, diganti pula oleh anaknya, Sultan Muzaffar Shah. Ketika baginda melawat Siam, Raja Siam yang bongkak telah memalukannya. Ini menyebabkan ia ====pada 1563, ketika mendapat tahu kerajaan Siam di serang oleh Burma, Sultan Muzaffar bersama adiknya Sultan Mansur Shah telah turut mengambil kesempatan menyerang Siam. Dengan 200 kapal perang dan sejumlah tentera yang besar, Siam dapat di kuasai oleh Patani.
Sayangnya tak berapa lama setelah itu, Sultan Muzaffar Shah mangkat secara mendadak . beliau memandatkan kuasa pemerintahan kepada adiknya Sultan Mansur Shah. Baginda memerintah sehingga mangkat(1564-1572)
KRISIS DALAMAN
Sebelum Sultan Mansur mangkat, baginda telah berwasiat bahawa yang menggantikannya ialah anak saudaranya, Patik Siam (10tahun) putera Sultan Muzaffar sebagaimana yang terdahulu di wasiatkan oleh Sultan Muzaffar. Ini menimbulkan kebencian dan iri hati  terutama oleh Pangiran Bambang(anak tiri Raja). Menurut ahli sejarah, inilah bibit-bibit awal pergolakan . Diantara tahun 1573-1584, berlaku dua kali rampasan kuasa yang menyebabkan pembunuhan yang ramai di kalangan pembesar lebih-lebih lagi dari kalangan anak anak  bukan Permaisuri.
KEJAYAAN PATANI
Patani mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan empat orang Raja perempuan iaitu Ratu Hijau(1584-1616), Ratu Biru(1616-1624), Ratu Ungu(1624-1635) dan Ratu Kuning(1635-1651). Di zaman inilah, kerajaan Patani Besar terbentuk merangkumi sebahagian besar semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu.  Kekuatannya jelas tergambar dalam kisah-kisah kejayaannya mematahkan empat kali serangan Siam(1603, 1632, dan 1638).  Mampu megarahkan 180,000 pasukan tentera siap bertempur dan di perkuatkan dengan satu benteng yang di kenali Benteng Raja Biru. Malangnya kegemilangan ini mampu bertahan selama 67 tahun sahaja. Selepas kemangkatan Raja Kuning pada 1651, Patani mengalami kemerosotan politik, ekonomi dan ketenteraan. Hanyalah di zaman Raja Sakti dan Raja Bahar, Patani sekali lagi dapat menyatukan Senggora(Songkla) dan Pethalung.
KEJATUHAN PATANI
Pada akhir abad 17,
Pada abad 18, Patani mula di kenali sebagai orang Sakit di Semenanjung Melayu. Sebagai negeri pengairan, ekonominya yang sangat bergantung kepada perdagangan itu menjadi semakin merosot. Lebih malang lagi ialah bilamana kekuatan persenjataan tidak lagi menjadi persediaan yang di ambil berat .
Bilamana Raja Kuning mangkat tanpa meninggalkan waris keturunan, Majlis Di Raja dan Kerabat Di Raja telah melantik Raja Bakar Kampung Teluk menjadi raja tetapi meninggal tidak berapa lama selepas itu.
 Majlis kerabat di raja mahukan seorang yang berasal dari raja tulen yang patut di lantik, maka Raja Kelantan Mas dari Kelantan telah di jemput dan dilantik menjadi raja. Tak berapa lama selepas itu, Raja Mas pula meninggal. Anak perempuannya Raja Mas Chayam pula di lantik menjadi raja. Dalam tempoh yang singkat sahaja, Raja ini juga mangkat dan tidak meninggalkan sebarang waris keturunan. Raja Ahmad Kampung Dawai dan Rakap telah di lantik menjadi raja dengan memakai gelaran Sultan Mahmud. Meskipun di zaman raja-raja ini, adalah lemah dan merosot berbanding dengan raja-raja keturunan Raja Seri Wangsa terdahulu,keadaan masih aman kerana Siam,musuh yang seringkali mengganggu sedang menghadapi asakan yang kuat dan bertubi-tubi dari Burma.Beberapa wilayah yang telah Islam di bawah Siam, waktu itu turut mengambil kesempatan untuk merdeka. Raja di Ligor bersama pembesar di singgora dan Pathalung telah cuba membebaskan diri. Hal ini tidak dapat di biarkan oleh seorang raja bernama Phraya Tak. Pada 1769,Raja Siam Thai telah menghantarkan tenteranya ke Ligor ,Sinngora dan Pathalung . Raja-raja Islam ini melarikan diri ke Patani dan berlindung di bawah Sultan Mahmud. Mereka telah di kejar oleh Siam Thai. Setelah Siam Thai tiba di Tiba, mereka mendesak raja Patani supaya menyerahkan ketiga-tiga raja tersebut. Kerana merasakan kerajaan Patani akan tewas sekiranya di serang oleh Siam, Sultan Mansur menyerahkann raja-raja seagama dengannya kepada Siam.
Pada 1776, Burma sekali lagi menyerang Siam. Siam mengambil kesempatan ini untuk menguji raja-raja Patani(termasuk juga Raja Kelantan dan Terengganu)  dengan meminta bantuan dari Raja Patani berupa wang sebanyak 80,000bath.   Sultan Mahmud tidak mengendahkan permintaan Raja Siam ini menyebabkan raja yang sombong ini menyimpan dendam untuk menakluki Patani. Bilamana Phraya Kalahom di hantar untuk menyerang Patani, barulah Sultan Mahmud mendapati kekuatan yang di miliki di zaman keemasan di bawah empat raja perempuan lalu telah lenyap. Keberanian orang Melayu telah berkurangan bersekali dengan kelengkapan perang tidak bertambah malahan telah ketinggalan zaman. Kerana Islam mengajarkan Daripada menyerah tanpa perang, adalah lebih baik terbunuh syahid di medan perang. Maka, dengan hanya berbekalkan senjata lama, Sultan Mahmud menghadapi juga yang Siam. Dengan pertolongan seorang pengkhianat bernama Nai Chan Tung , seorang pembesar Ligor yang bersembunyi, memberikan maklumat kepada Panglima Siam Thai, orang-orang Islam Patani tewas untuk pertama kalinya menentang Siam. Setelah Sultan Mansur syahid dan pahlawan-pahlawan Patani gugur, Siam menangkap orang-orang tua, kanak-kanak dan perempuan di sembelih dan rumah-rumah mereka di bakar setelah segala harta benda dan senjata di rampas. Di antara yang di rampa ialah Meriam besar yang di buat di zaman Raja Biru. Meriam itu sekarang menghiasi depan pejabat Kementerian Pertahanan di Bangkok. Raja Melayu boneka telah di lantik di Patani dengan menjadikan Patani berada di bawah jajahan Ligor. Patani di kehendaki menghantar Bunga Mas sepuluh  karat gold 63,tiga tombak-tombak emas seberat empat puluh tahil dan beberapa bongkah emas.

Raja Boneka yang di lantik Siam Thai ialah Raja Bendang bernama Tungku Lamidin. Lantaran berkesannya peranan ulama-ulama sebelumnya dalam masyarakat Patani, maka di dalam jiwanya masih ada kefahaman tentang tuntutan jihad. Ia menunggu masa yang sesuai untuk mengembalikan Patani ke bawah kuasa Islam yang merdeka. Pada 1789, baginda menghantar sepucuk surat kepada Raja Annam(Vietnam) bernama Wan Cheng Su, untuk bekerjasama menumpaskan Siam. Malangnya surat tersebut telah di serahkan oleh raja Annam pengkhianat kepada Raja Siam di Bangkok.Serta merta api kesombongan Raja Siam Thai itu mengarahkan Raja Patani itu di tangkap. Tungku Lamidin, tanpa berlengah, telah menyambung jihad Sultan Ma---dan berjaya menghalau Siam sehingga membebaskan Tiba. Hulubalang-hulubalangnya terus bergerak ke Senggora. Di Bukit Anak Gajah, tentera jihad Tungku Lamidin telah bertembung dengan tentera tambahan Siam dan berperang selama beberapa hari . akhirnya tentera Tungku Lamidin Berjaya membebaskan singgora walaupun tentera Siam sendiri menerima tentera tambahan lagi. Golongan Mujahidin jihad tidak bertangguh untuk membebaskan pula Pathalung . Perang ini berlangsung selama tiga tahun menyebabkan tanpa ada yang menang atau kalah menyebabkan lama kelamaan tentera Melayu Islam Patani menjadi lemah. Akhirnya Tungku Lamidin berundur, malangnya pengundurannya dapat di kepung oleh tentera Siam yang jumlahnya adalah tiga kali ganda tentera Patani di Perawan.tahun 1791 menyaksikan kekalahan kedua Perawan  jatuh ke tangan Siam dan Tungku Lamidin di jatuhkan hukuman bunuh. Maka sebagaimana lazimnya, Siam Thai menyembelih, membunuh dan membakar Perawan setelah di rampas segala harta benda dan senjata.
Siam melantik pula raja boneka kedua bernama Datuk Pengkalan. Kali ini ia di bantu oleh penasihat Siam bernama Laksamana Dayang . selepas itu Patani tidak lagi menumpahkan darah tetapi pertelingkahan kerap kali berlaku antara Datuk Pengkalan dengan penasihat Siam itu. Lantaran tidak tahan di control oleh penasihat Siam tersebut, Datuk Pengkalan menghalaunya. Ini menyebabkan ia melarikan diri ke Singgora. Raja Singgora telah menulis surat kepada Raja Siam melapurkan bahawa Datuk Pengkalan telah khianat. Sementara itu, bersama Laksamana Dayang, Raja Ligor dan Raja Singgora beserta tentera masing-masing telah turun untuk menangkap Datuk Pengkalan. Datuk Pengkalan menghadapi kedua-dua tentera tersebut selama berbulan-bulan sehingga tentera Ligor kembali berundur ke Ligor. Beberapa bulan kemudian, tentera Siam dari Bangkok di ketuai oleh Phraya Kalahom tiba ke Patani dengan beberapa kapal perang dan di susuli oleh tentera tambahan dari Singgora dan Ligor. Maka kali ini Patani di serang dari laut oleh tentera Siam dan dari darat oleh Ligor dan Singgora. Pertempuran laut berlaku di Grisik Manakala di darat pula bertempat di Bawarah. Ada berbagai-bagai pertolongan Allah dan karamah di ceritakan turun temurun secara lisan dikatakan telah muncul dari amalan-amalan yang di ajarkan oleh Ulama pada waktu itu.Namun begitu, akhirnya Datuk Pengkalan syahid terbunuh dan ramai tenteranya terbunuh. Setelah melakukan pembakaran dan keganasan, mereka yang tercedera di jadikan tawanan oleh pihak Siam yang di perlakukan dengan pelbagai kezaliman dan kejahatan.
Siam telah melantik Nai Khwan Sai, anak Raja Cenak yang asalnya orang luar yang datang berniaga menjadi Raja Patani. Beliau di bantu oleh beberapa ratus pegawai dari Siam dan Singgora. Selepas itu, kedaulatan raja-raja Melayu Islam Patani telah di lumpuhkan dan Patani berada di bawah pemerintahan Siam sepenuhnya.  Walaupun selepas itu terdapat beberapa pemberontakan dari pihak umat Islam Patani, tetapi apa yang telah di capai oleh Siam setakat itu sudah lebih dari cukup untuk memberikan peluang dalam menghapuskan Melayu Islam di Patani. Mereka bertindak zalim dan kejam diluar dari perikemanusiaan .
Hal-hal inilah yang menyebabkan mereka yang terselamat dari di bunuh berpesan kepada anak cucu mereka supaya berhijrah untuk mempertahankan aqidah dan membina kekuatan semula. Detik-detik yang menyayatkan hati ini akan terus di ingati kerana menjadi bibit penghijrahan umat Islam Patani ke Terengganu, Kelantan, Kedah bahkan juga Mekah.
Itulah sebabnya pada pertengahan abad 19, ramai anak-anak muda di Patani turun ke Terengganu dan menetap di pesisiran pantai dan sungai. Mereka bukan sahaja membina masjid untuk solat malahan juga menghidupkan pusat keilmuan Islam bagi melahirkan nulama-ulama yang akan meneruskan perjuangan menghidup syariat Al Quran di bumiNya sebagaimana yang telah d capai oleh Kerajaan Islam Patani selama beberapa ratus tahun lamanya.  
  Di antara mereka adalah Syeikh Wan abdul Kadir Bukit Bayas, Haji Kadir Kampung Masjid, setibanya di Terengganu, ddab menantunya Haji Wan Mahmud sg Derhaka mereka bukan sahaja terjun dalam dalam bidang pendidikan Islam malahan juga mempunyai saham dalam usaha-usaha perlaksanaan Syariah dan pengukuhan di zaman Sultan Umar, Sultan Zainal abiding dan Sultan Sulaiman. Malangnya setelah datang beberapa zaman yang melekakan, terdapat cicit ciutnya yang lupa dengan tanggung jawab mengembalikan syariah Allah di bumiNya, mereka dilalaikan dengan hiburan dan layu bersama  bola, RTM dan TV3 dan sebagainya lagi. Mereka layu bersama dengan terkuburnya cita-cita jihad yang asalnya bernyala marak di jiwa nenek moyang mereka. Mudah-mudahan kita terus menjadi golongan yang hidup dalam bakaran dengan api semangat jihad meninggikan agama Allah agar kita terselamat dari di bakar api neraka-amin
  

Monday, May 13, 2013

sebahagian rakyat Terengganu berketurunan Pendakwah awal Islam ke Alam Melayu


Sejarah awal kedatangan  islam ke Alam Melayu telah melalui beberapa peringkat.hakikat ini

samalah dengan hakikat bahawa penghijrahan ahli yaman keluar membawa dakwah berlaku di

sepanjang zaman, bukan sahaja banyak berlaku di abad 17=20, malahan lama sebelum itu, pada

abad 12=13 telah terdapat beberapa tokoh besar, di antaranya ialah keluarga sayyid yang

membawa dakwah ke Alam Melayu dalam sejarah awal kedatangan Islam ke nusantara ini,Maulana

Hussein yang telah keluar dari Yaman menuju ke Gujerat pada abad ke 11.

perkara kedua yang boleh kita lihat dalam gerakan awal dakwah nusantara ialah :

Pertama kedatangan mubaligh Islam ke Alam Melayu
Kedua islam dan pendakwah memikat hati pembesar dan penduduk tempatan
ketiga: Membuka tanah tanah baru
Keempat: perlaksanaan dan pengukuhan Islam melalui undang undang dan pentadbiran
 Keempat pengukuhan ke dalam masyrakat
 kelima kemaraan golongan yang mengacau masyarakat Islam dan perundangan Islam.

Dalam peringkat yang pertama, iaitu kedatangan mubaligh Islam ke Alam Melayu, Terdapat

beberapa kumpulan yang telah dating ke Alam Melayu secara berasingan. Satu kajian yang

menarik perlu di ketahui ialah kedatangan keluarga Sayyid Hussein Jamadul Kubra. Beliau di

kenali juga dengan panggilan Maulana Hussein Akbar Khan. Ini kerana, meskipun keturunannya

dating dari Yaman dan ia sendiri di katakana dari keturunan baginda Rasulullah SAW, tetapi

empat generasi terdahulu moyangnya telah membangunkan Islam di Gujerat, India. Daripada

salasilah ini, terdapat mubaligh yang menyebarkan dakwah sebelah bawah nusantara dan

sebelah atas nusantara.

Maulana Husseing ini telah datang bersama dengan kawan kawan dan keluarganya pada abad ke

14.. mungkin kumpulan mereka datang secara berasingan  secara kecil=kecilan setelah

kumpulan mebaligh Gujerat ini telah lama menjalankan hubungan perdagangan dengan alam

Melayu , apatah lagi hubungan india dengan alam Melayu dan pengaruh hindu di alam melayu

amat kuat sekali semenjak berab adabad lamanya.

meskipun ketokohan dan sumbangan keluarga Maulana hussein  ini amat besar tetapi

terselindung dengan beberapa kebudayaan yang berbeza. contohnya beliau mempunyai seorang

adik iaitu  sayyid Thanauddin yang juga merupakan seorang mubaligh terkenal. tetapi ahli

sejarah menamakannya sebagai  adi p0utera, guru hang tuah lima bersaudara. asekiranya kita

melihatkan nama adi putera, mungkin akan segera tergambar dalam fikiran kita, ia adalah

seorang petapa yang berhubungan dengan hantu  hantu Melaka, tetapi riwayat hidupnya

mengisahkan bahawa pendakwah thanauddin ini telah mengisi usia tuanya dengan berkhalwat dan

bersuluk secara tasauf dan sufi.itulah sebabnya di antara imu yang Hang Tuah pelajari

darinya ialah rahsia 3 Qul dan rahsia ayatul kursi.
 tetapi cerita begini mungkin tidak pernah kita ketahui sebelum ini kerana nama adi putera

itu di ketengahkan dan nama sayyid thanauddin di sembunyikan.


sayyid hussein mempunyai beberapa isteri:1) Nizamul Muluk (puteri raja Delhi), 2) puteri

linan Cahaya , puteri pasai samudera 3) Ramawati binti zainal Abidin 4) Puteri jawhar

(johor) ) Selindung Bulan

 yang di tukarkan namanya kepada Syahira


dengan isterinya Linan Cahaya puteri raja pasai, lahirlah keturunannya telah berdakwah di sebelah

bawah nusantara berabad abad lamanya termasuklah yg paling terkenal adalah  wali songo yg telah berjaya menubuhkan kerajaanm islam yg mendaulatkan syariat seperti kesultanan demak dan sebagainya lagi..


 manakala dengan isteri nya yang keempat, puteri selindung bulan (Syahira), muncul pula keturunannya yg manjadi

rajaraja Islam Champa, Patani< Kelantan. Pada hari ini,  ramai juga  rakyat Terengganu yang berasal

dari keturunan ulama ulama  Patani . sebahagian besar dari mereka adalah datang dari keturunan Maulana hussein dengan istetrinya

Syahira. ini kerana daripada champa, mereka turun ke Patani( abad enam belas hingga tujuh belas. . Bialamana meletusnya Perang Siam Patani pada abad ke sembilan belas,  ramai dari mereka yang mahu menyelamatkan aqidah dengan telah  berpindah ke Terengganu.termasuk di antara yang paling jelas ialah keturunan Hj Wan Abd Kadir Bukit Bayas dan kaum kerabatnya. Sebahagian  keturunan Maulana hussein yang berada di terengganu ini, sudah tidak lagi

menggunakan gelaran sayyid, maulana atau sebagainya lagi kerana telah banyak bercampur

dengan darah penduduk tempatan dalam usaha menjayakan dakwah di bahagian sini.



Wednesday, May 1, 2013

hubungan kg masjid haji Kadir dengan sungai derhaka

memang hubungan antara kg masjid hj kadir dengan sg derhaka wujud berlapis lapis tebalnya. contohnya ialah pada sekitar 1870an, haji kadir Abdullah Al Fatani yang baru pulang dari memperdalami ilmu di Mekah telah membina masjid di kg masjid . ia telah berkahwin dengan Umi Kelsom(Tok Som) , mungkin sepupu atau paling jauhpun dua pupunya sahaja, . Tok Som adalah anak  bungso Haji Wan Mahmud Patani. 

ertinya perkahwinan ulama dari patani (hj Kadir Kampung Masjid pasir panjang ) dengan anak ulama Patani merapatkan lagi hubungan dua kampung yang di buka oleh orang Patani. maka di hari ini, cicit cuit anak beranak Wan Mahmud Patani  orang Sg Derhaka mmg mempunyaihubungan silaturrahim dgn cicit cuit kelaurga di Kg Masjid Haji Kadir dan begitulah sebaliknya.

saya mengetahui hal ini kerana kedua dua itu adalah ibu dan bapa moyang saya(Tok Ki Pak Ngah Amad)

lebai Isa buka Surau Bukit Depu


menurut cerita nenek saya yang tinggal di Kg Masjid Hj Kadir Pasir Panjang pada tahun 80an, hamidah Abdullah, surau tepi selekoh kg bukit depu telah di buka oleh moyangnya Lebai Isa. keluarganya datang dari Fatani juga. lebai Isa mempunyai beberapa anak . Yang tercatat bernama Ahmad. Ahmad telah telah berkahwin dengan Tok Fatimah dan melintasi bukit jenal dan menetap di kg Masjid Haji Kadir tepi sawah mengadap ke bukit depu. 

Ahmad ini mempunyai 3 anak iaitu  Abdullah , Umi Kelsom dan Halimah ketigatiga ini menetap dikg masjid hj kadir.

anak beranak lebai Isa dari Patani inilah juga yang membuka Kg Pak Maseh yang berasal dari perkataan Pak Mat atau Pak man Syeikh. syeikh ini adalah seorang Ulama besar yang menjadi  rujuk oleh ulama ulama lain di Fatani. Demikianlah juga Gong Tok Nasik. 
mereka adalah tiga beranak 

dari cerita ini, sekurang kurangnya dapatlah memberikan penjelasan kepada generasi muda hari ini  bahawa anak beranak lebai Isa di kg masjid Hj Kadir, di Kg bukit depu, pak maseh dan Gong Tok nasik adalah satu keluarga yang datang dari Patani. mereka adalah anak beranak yang masih dekat.
malangnya walaupun saya selau melalui kawasan tersebut tetapi saya tidak biasa rapat dengan anak beranak di kampung Bkt Depu, gong Pak maseh dan tok Nasik, jadi saya tidak mengenali siapakah lagi cucu cicit Lebai Isa itu di kampung kampung tersebut. saya berdoa kepada Allah memberikan peluang kpd saya dapat masa untuk menghubungkan semula silatur rahim dengan mereka yang terputus itu. dari siti kita mungkin akan dapat cerita lebih detail