Tuesday, September 17, 2013

tuan guru Hj Abbas Tok Jiring (Bukit Puteri Besut)


oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji




HAJI ABBAS TOK JIRING

Haji Abas Mohamad di lahirkan  di Kg Bukit Puteri tahun 1909. Eliau mendapat pendidikan awal di pondok Hj Mohamad Kuala besut di ikuti dengan pengajian 8 tahun di Mekah.di Mekah beliau  telah berguru dengan Syeikh Said Yamani, Syeikh Mohamad Patani Syeikh Mokhtar Jawa dan Syeikh Ali  Maliki.

 Kemudian beliau ke Jamiah Dabhel Simlak dan Darul Ulum Deoband India. Subjek yang paling di minatinya ialah ilmu tafsir dan hadis . di sana ia  terdedah dengan perjuangan umat Islam menentang ritish. Deoband yang didirikan oleh murid murid Syah Waliullah Ad Dahlawi telahmelahirkan ramai ulama yang bersemangat perjuagan yang tinggi.

Setelah kembali ke tanah air, ia membuka pondok dan berceramah dengan semanagat sehingga di panggil di gelar Gandhi besut.


Terlibat dalam politik.

Dalam pilihanraya tahun 1959, beliau telah di tawarkan untuk bertanding di atas tiket Pas.


Akhirnya  Pada tahun 19lima puluh sembilan, PAS dapat memerintah Terengganu, dalam usaha mendapatkan
kembali Terengganu dari tangan pas, Umno telah menggunakan segala cara yang kotor dan jijik
termasuk membeli YAB PAS. dengan mengemukakan usul tak percaya ,terdapat beberapa YAB pas
yang telah berpecah menyebabkan pas gagal di terengganu. terlepasnya terengganu dari tangan
pas beberaPA YB PAS telah melompat kepada umno. mereka adalah :


Hj Kadir Padang Midin Motor Besar
Hj Abbas Tok Jiring
Mat Azam Jeram


manakala mereka yang kekal dengan pas ialah :
Daud Abdul Samad PAS

Tok Guru Haji Bidin ==Dungun PAS


berkaitan dengan mereka yang melompat ini adalah berpunca daripada mereka tidak mempunyai
kefahaman yang jelas tentang parti parti politik yang mereka sertai. Tok guru Hj Abbas dan
Hj Kadir memang dikenali dalam masyarakat sebagai tokoh ilmu.  , sebagai tuan guru mereka telah di
tawarkan oleh parti Islam untuk bertanding menjadi wakilkepada rakyat tetapi sebenarnya
kemahiran dan kefahaman mereka yang mendalam bukanlah dalam bidang politik Islam. Tok guru
hj Abbas dengan feqh dan nahunya manakala Hj Kadir Padang midin pula adalah dengan mertabat
tujuhnya. selepas beberapa lama berlalu sejarah hitam itu, barulah mereka faham dan mereka
menyesal pada satu masa yang sudah amat lewat.

Hj Abbas tok Jiring pula, sebagaimana yang di nyatakan oleh Ustaz Fatah Awang, cucunya,
meninggal dalam PAS. Lama sebelum ia meninggal, ia telah telah lama menyesal dengan apa yang berlaku atau apa yang di perlakukan ke atasnya  . akhirnya beliau kembali
semula kepada PAS.

demikianlah hebatnya UMNO dalam membuat perangkat untuk mendapatkan semula kuasa dengan
cara yang amat kotor. lihatlah juga apa yang telah  umno lakukan kepada Kerajaan Pakatan

Rakyat di Perak tahun 2008.

1 comment: