oleh al faqir el fesfanji
Haji
Shuaib bin Ahmad Pulau Kerenggere
Saya
masih ingat semasa saya dalam peringkat awal sekolah rendah dahulu ( awal 80an)
ayah saya sentiasa mengajarkan kepada saya nahu dan sorof. Dia seringkali
membelekkan kitab mukhtasaor jiddan dan kufrowi di hadapan saya. Dia menagajrkan
kepada saya berulang kali sewaktu ia membuat batik di belakang rumah saya di Kg
Belukar Jambu. Pada waktu itu, seorang guru Al Quran (tajwid dan qiraat murid
Us Hj Mat Litar) bekerja mencelup batik dengan ayah saya. Saya panggil guru
tersebut dengan panggilan Pak Su Awang Tok meskipun namanya adalah Hamzah. Saya
seronok juga mereka berbincang tentang nahu, sorof dan al quran sewaktu berehat
rehat sebelum atau sesudah membuat batik. Akhirnya di waktu menengah (SMASZAL)
saya belajar ilmu al Quran dengan nahu sorof( Matan ajrumiyyah, mukhtasor dan
matan bina) dengan Pak Su Awang Tok ini. Di zaman menengah barulah saya faham
apa yang mereka bincangkan
Dalam
pada itu, ada seorang kenalan lama ayah semenjak di kampung Masjid Hj Kadir,
kampung asal nenek kami yang di panggil awang seringkali juga singgah dan
menghangatkan lagi perbualan mereka tentang nahu. Awang ini lebih cenderung
pula kepada perbincangan tentang tasaauf. Ia adalah anak murid Hj Shuiabun(
Shuaib bin Ahmad Pulau Kerenge . Hj Shuibun ini belajar pernah belajar dengan
Hj Saad Sg Kangkung(1893= 1943). Hj Saad kangkung adalah anak murid Tok Kenali
dan Mufti Haji wan Musa Kelantan. Guru berdua ini pernah belajar di Mekah.
Kecenderungan Hj Shuaibun adalah dalam bidang tasauf. Ia timbul
sekitar tahun enam puluhan dan tujuh
puluhan
No comments:
Post a Comment