Tuesday, September 17, 2013

DARI PULAU MANIS TUMBUHNYA BEBERAPA PONDOK




oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji






pengajian pondok di pulau manis telah wujud semenjak zaman tok ku pulau manis( syeikh Abdul

malik bin Abdullah)  lagi. ayahanda beliau Syeikh abdullah bin abdul kahar yang lebih di

kenali sebagai Tok Pauh adalah dari keluarga yg telah tiba dari negara arab dan membantu

sultan terengganu. Kubur tok pauh terdapat di Kg pauh kira kira enam km dari pusat bandar

kuala Berang. anaknya Tok Ku Pulau Manis  telah menjalankan kegiatan dakwah termasuk di

istana sultan terengganu.


semenjak pondok di buka di Kg Pulau Manis di awal abad 18, ia telah berjaya menumbuhkan

pondok di Beladau pada awal abad ke 19. dari beladau, berkembang pula pondok  di Serengas

di bawah Tuan Guru  Hj Abdul Malik bin Isa pada pertengahan abad 19. Dari sini berkembang

pula pondok Tuan Guru Hj Mat lapok . dari pondok Hj Mat Lapok ini, berkembang pula pondok

faqih Abdullah Kuala Berang sehingga tahun 19enam puluh.

di samping melahirkan Tok Guru Mat Buruk, pondok beladau telah melahirkan guru pondok

Padang Midin yang terus berperanan sehingga tahun 1980an.  satu lagi ialah pondok Hj Abdul

Hamid Tebauk Nerus juga berperanan giat sehingga berakhir pada dekad yang sama

di besut pula, murid dari pondok Beladau iaitu Tok Guru Hj Mohamad bin Hussein yang membuka

pondok do kampung asalnya kg Lampu  Besut telah membuka pondok yang besar selepas berpindah

ke Kuala Besut . (1913). beliau telah belajar di Mekah selama 13 tahun dan mahir dalam

bidang nahu sorof fiqh dan usl feqh


sebelum itu , di Besut sendiri telah ada Tuan Guru Hj hassan bin Ishaq al patani, pengarang

kitab perubatan Tajul Muluk yang terkenal, yang membuka pondok di surau kg gong surau .

Beliau meninggal dalam 1873=1893. dalam masa yang sama juga terdapat  Tuan Guru Hj Said

membuka pondok kampung Lama Kg raja tahun 1873= 1893.

Tuan guru Hj Daud Kg Salim tahun 1873=1923. Tuan Guru Hj Hassan Alur Lintah (1909=1914)

Tuan guru Hj Abbas bin Mohamad Bukit Puteri (193=410 KEMUDIAN BERPINDAH KE tOK jIRING TAHUN

1948=19ENAM PULUH SATU

tOK TGuru Hj Wan Abdul Latif bin Wan Kadir Pondok Jertih

Tuan Guru Hj Wan ab Latif Awang Pondok Alur KEladi 1947 1973

Tuan Guru Hj Hussein bin Ibrahim Kg Amer 1973=81.

Tuan Guru Baba najmuddin yang berpindah dari Mekah membuka pondok di Kerandang pada akhir

80an dan berperananan sehingga tahun 90an.




No comments:

Post a Comment