Tuesday, September 17, 2013

lebai saras minangkabau dan nama kemaman


oleh Hanafi El Fesfanji

KEMAMAN NAMA DI BERIKAN LEBAI SARAS MINANG KABAU DARI PERKATAAN KERA MAMANG

dalam membawa barang barang perdagangan yang merupakan produk dari kampungnya, kumpulan 
Lebai saras minangkabau telah singgah berehat di suatu kuala unntuk menghilangkan kepenatan dan mencari tenaga dan bekalan makanan .

dengan tawakal mereka berdoa kepada Allah agar di kurniakan rezeki yang halal dan luas.

selang beberapa lama,  ia bersama kawan kawannya telah di datangi oleh sekumpulan kera . yang peliknya kera ini memberikan makanan kepada mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di situ. Tempat tersebut di panggil kera mamang. Kerana menyebut perkataan demikian adalah berat, akhirnya mereka menyebut kemaman. Akhirnya sebutan sedemikian lekat sehingga ke hari ini.

merekalah golongan Minangkabau yang membuka kemaman di samping kumpulan kumpulan melayu dari patani dan tempat tempat lain..keturunan lebai minangkabau ini masih ramai di kemaman






No comments:

Post a Comment