Monday, September 9, 2013

kisah kematian yg baik di kg masjid



oleh el fesfanji




Ada beberapa kisah kematian yang menariok di Kg Masjid Hj Kadir. 

Di antara  nya ialah kisah kematian Hj Kadir yang membuka kampung tersebut meninggal pada hari jumaat.

saya pernah menceritakan bahawa 

Arwah haji Ismail Bilal menceritakan bahawa datuknya Hj Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul tiga petang. dia sakit perut. perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah perut.)


PADA pagi itu, ia telah pergi ke Rumah Hj Kadir . datuknya berkata:  hari ni tak mengaji quran sebab tok ki nak balikdah !
nak balik ke mana tok ki weh?  Tanya Hj Ismail Bilal
ke m,ana lagi? ke kubur la. Jawab Tok Guru Hj Kadir

lalu ia berpesan supaya di panggil syed atau tok ku atau ayah ku ,seorang kawan baiknya yang bertugas di masjid tyok ku Chabang Tiga. Ia amat berharap sangat untuk bertemu tok ku tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada seorang yang pergi panggil tok ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur sepertinya juga. sebaik sahaja tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia terus memandang(meninggal)



menurut tok Ayah Ngah mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya adalah tahun kelahiran Ustaz mat Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun 1930.  dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok tersebut telah mati dan kering.

Seorang lagi ialah arwah mak cik andak. Dia meninggal pada hari jumaat bulan ramadhan selepas solat jumaat. Dia seorang perempuan tukang tenun kain songket yang baik hati

Haji Embong  bin Ibrahim  pula meninggal dalam ketika mengimamkan sembahyang subuh  di masjid hj kadir. Pada pagi selepas pilihan raya 2004. Setelah mendengar berita kekalahan parti Islam yang menyedihkan , dalam perjalanan ke masjid ia ia bertanya  ke[pada anak anak muda yang berehat : kenapa kalah teruk sangat??

Kemudian dia mengazankan, memgiqamahkan dan seterusnya menjadi imam. Dalam waktu ruku` rakaat kedua , ia telah jatuh tumbang dan meninggal.

Ia setiasa menghidupkan masjid jj kadir, surau hj ngah di samping balai sah dia sendiri dengann pengajaran feqh dan sifat dua puluh

Seorang yang meninggal di Mekah setelah siap haji tahun 2007 ialah ialah imam masjid tersebut, Ustaz Ibrahim ali . setelah pencen mengajar agama di sekolah rendah Sultan Sulaiman, beliau banyak menghabiskan masa di masjid tersebut. Selaku seorang Pak saudara, ia sangat banyak mendidik saya dengan ilmu Islam.
Seorang lagi ialah kak Yoh.


No comments:

Post a Comment