Tuesday, September 17, 2013

Syeikh Ahmad Al Patani



ini gambar syeikh ahmad patani pemilik gudang dan percetakan kitab  kitab jawi lama yang menjadi teks kuliah semua masjid dan surau di alam melayu.

lebai saras minangkabau dan nama kemaman


oleh Hanafi El Fesfanji

KEMAMAN NAMA DI BERIKAN LEBAI SARAS MINANG KABAU DARI PERKATAAN KERA MAMANG

dalam membawa barang barang perdagangan yang merupakan produk dari kampungnya, kumpulan 
Lebai saras minangkabau telah singgah berehat di suatu kuala unntuk menghilangkan kepenatan dan mencari tenaga dan bekalan makanan .

dengan tawakal mereka berdoa kepada Allah agar di kurniakan rezeki yang halal dan luas.

selang beberapa lama,  ia bersama kawan kawannya telah di datangi oleh sekumpulan kera . yang peliknya kera ini memberikan makanan kepada mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di situ. Tempat tersebut di panggil kera mamang. Kerana menyebut perkataan demikian adalah berat, akhirnya mereka menyebut kemaman. Akhirnya sebutan sedemikian lekat sehingga ke hari ini.

merekalah golongan Minangkabau yang membuka kemaman di samping kumpulan kumpulan melayu dari patani dan tempat tempat lain..keturunan lebai minangkabau ini masih ramai di kemaman






tuan guru Hj Abbas Tok Jiring (Bukit Puteri Besut)


oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji




HAJI ABBAS TOK JIRING

Haji Abas Mohamad di lahirkan  di Kg Bukit Puteri tahun 1909. Eliau mendapat pendidikan awal di pondok Hj Mohamad Kuala besut di ikuti dengan pengajian 8 tahun di Mekah.di Mekah beliau  telah berguru dengan Syeikh Said Yamani, Syeikh Mohamad Patani Syeikh Mokhtar Jawa dan Syeikh Ali  Maliki.

 Kemudian beliau ke Jamiah Dabhel Simlak dan Darul Ulum Deoband India. Subjek yang paling di minatinya ialah ilmu tafsir dan hadis . di sana ia  terdedah dengan perjuangan umat Islam menentang ritish. Deoband yang didirikan oleh murid murid Syah Waliullah Ad Dahlawi telahmelahirkan ramai ulama yang bersemangat perjuagan yang tinggi.

Setelah kembali ke tanah air, ia membuka pondok dan berceramah dengan semanagat sehingga di panggil di gelar Gandhi besut.


Terlibat dalam politik.

Dalam pilihanraya tahun 1959, beliau telah di tawarkan untuk bertanding di atas tiket Pas.


Akhirnya  Pada tahun 19lima puluh sembilan, PAS dapat memerintah Terengganu, dalam usaha mendapatkan
kembali Terengganu dari tangan pas, Umno telah menggunakan segala cara yang kotor dan jijik
termasuk membeli YAB PAS. dengan mengemukakan usul tak percaya ,terdapat beberapa YAB pas
yang telah berpecah menyebabkan pas gagal di terengganu. terlepasnya terengganu dari tangan
pas beberaPA YB PAS telah melompat kepada umno. mereka adalah :


Hj Kadir Padang Midin Motor Besar
Hj Abbas Tok Jiring
Mat Azam Jeram


manakala mereka yang kekal dengan pas ialah :
Daud Abdul Samad PAS

Tok Guru Haji Bidin ==Dungun PAS


berkaitan dengan mereka yang melompat ini adalah berpunca daripada mereka tidak mempunyai
kefahaman yang jelas tentang parti parti politik yang mereka sertai. Tok guru Hj Abbas dan
Hj Kadir memang dikenali dalam masyarakat sebagai tokoh ilmu.  , sebagai tuan guru mereka telah di
tawarkan oleh parti Islam untuk bertanding menjadi wakilkepada rakyat tetapi sebenarnya
kemahiran dan kefahaman mereka yang mendalam bukanlah dalam bidang politik Islam. Tok guru
hj Abbas dengan feqh dan nahunya manakala Hj Kadir Padang midin pula adalah dengan mertabat
tujuhnya. selepas beberapa lama berlalu sejarah hitam itu, barulah mereka faham dan mereka
menyesal pada satu masa yang sudah amat lewat.

Hj Abbas tok Jiring pula, sebagaimana yang di nyatakan oleh Ustaz Fatah Awang, cucunya,
meninggal dalam PAS. Lama sebelum ia meninggal, ia telah telah lama menyesal dengan apa yang berlaku atau apa yang di perlakukan ke atasnya  . akhirnya beliau kembali
semula kepada PAS.

demikianlah hebatnya UMNO dalam membuat perangkat untuk mendapatkan semula kuasa dengan
cara yang amat kotor. lihatlah juga apa yang telah  umno lakukan kepada Kerajaan Pakatan

Rakyat di Perak tahun 2008.

DARI PULAU MANIS TUMBUHNYA BEBERAPA PONDOK




oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji






pengajian pondok di pulau manis telah wujud semenjak zaman tok ku pulau manis( syeikh Abdul

malik bin Abdullah)  lagi. ayahanda beliau Syeikh abdullah bin abdul kahar yang lebih di

kenali sebagai Tok Pauh adalah dari keluarga yg telah tiba dari negara arab dan membantu

sultan terengganu. Kubur tok pauh terdapat di Kg pauh kira kira enam km dari pusat bandar

kuala Berang. anaknya Tok Ku Pulau Manis  telah menjalankan kegiatan dakwah termasuk di

istana sultan terengganu.


semenjak pondok di buka di Kg Pulau Manis di awal abad 18, ia telah berjaya menumbuhkan

pondok di Beladau pada awal abad ke 19. dari beladau, berkembang pula pondok  di Serengas

di bawah Tuan Guru  Hj Abdul Malik bin Isa pada pertengahan abad 19. Dari sini berkembang

pula pondok Tuan Guru Hj Mat lapok . dari pondok Hj Mat Lapok ini, berkembang pula pondok

faqih Abdullah Kuala Berang sehingga tahun 19enam puluh.

di samping melahirkan Tok Guru Mat Buruk, pondok beladau telah melahirkan guru pondok

Padang Midin yang terus berperanan sehingga tahun 1980an.  satu lagi ialah pondok Hj Abdul

Hamid Tebauk Nerus juga berperanan giat sehingga berakhir pada dekad yang sama

di besut pula, murid dari pondok Beladau iaitu Tok Guru Hj Mohamad bin Hussein yang membuka

pondok do kampung asalnya kg Lampu  Besut telah membuka pondok yang besar selepas berpindah

ke Kuala Besut . (1913). beliau telah belajar di Mekah selama 13 tahun dan mahir dalam

bidang nahu sorof fiqh dan usl feqh


sebelum itu , di Besut sendiri telah ada Tuan Guru Hj hassan bin Ishaq al patani, pengarang

kitab perubatan Tajul Muluk yang terkenal, yang membuka pondok di surau kg gong surau .

Beliau meninggal dalam 1873=1893. dalam masa yang sama juga terdapat  Tuan Guru Hj Said

membuka pondok kampung Lama Kg raja tahun 1873= 1893.

Tuan guru Hj Daud Kg Salim tahun 1873=1923. Tuan Guru Hj Hassan Alur Lintah (1909=1914)

Tuan guru Hj Abbas bin Mohamad Bukit Puteri (193=410 KEMUDIAN BERPINDAH KE tOK jIRING TAHUN

1948=19ENAM PULUH SATU

tOK TGuru Hj Wan Abdul Latif bin Wan Kadir Pondok Jertih

Tuan Guru Hj Wan ab Latif Awang Pondok Alur KEladi 1947 1973

Tuan Guru Hj Hussein bin Ibrahim Kg Amer 1973=81.

Tuan Guru Baba najmuddin yang berpindah dari Mekah membuka pondok di Kerandang pada akhir

80an dan berperananan sehingga tahun 90an.




Tuesday, September 10, 2013

USTAZ HIM BUKIT BAYAS

oleh Hanafi El Fesfanji

HAJI IBRAHIM ALI

Haji Ibrahim Ali ini di lahirkan 1947. Beliau adalah berketurunan Hj Kadir Kg Masjid sebelah bapanya dan Lebai Isa Bukit Depu sebelah ibunya. Sebelah bapanya ialah Ibrahim bin A;li bin Mak Cik Wook bin Hj Kadir Kg Masjid al Patani manakala sebelah ibunya pula adalah Hamidah binti Abdullah bin Ahmad bin Lebai Isa Bukit Depu,

Beliau berkahwin dengan  dengan Wan Khadijah Wan Endut Bukit Bayas. Ini bererti Tuan Guru haji Endut Wan Omar bukit bayas itu adalah  mertuanya.

Beliau juga aktivis Islam k Kawasan Kuala Terengganu.
Beliau adalah seorang yang suka menadah kitab. Sehingga ke akhir hayatnya ia masih menadah kitab dengan Tok Guru haji Abdul Rahman K Ibai, menantu Pak De El guru masyhur di Masjidil Haram Mekah



Beliau meninggal di Mekah setelah selesai tawaf rukun  haji tahun 2007 . melontar dan yang lain lain di bantu jamaah.



. setelah pencen mengajar agama di sekolah rendah Sultan Sulaiman, beliau banyak menghabiskan masa di masjid hj kadir . beliau banyak mengajarkan hadis seperti riyadus salihin dan hadis 40 nawawi. 

Hj Ngah Pasir Panjang


oleh Hanafi El Fesfanji

HjNgah bin Ismail
Di beritahu kepada saya juga bahawa
Salah seorang dari keturunan Lebai Isa Bukit Depu ialah ialah Ustaz  (tuan guru ) Haji Ngah
Hj Ismail , juga berasal dari bukit jenal.

Ustaz (Tuan guru) Haji Ngah terkenal sebagai seorang aktivis Parti Islam yang aktif di sekitar Kuala terengganu . beliau di kenali dengan panggilan Haji Ngah
Bawa Orang Ke Mekah.  Pekerjaan ini di kendalikan semenjak beliau belajar di Mekah lagi. Mulanya ia membantu bapa angkatnya di Mekah, seorang haji yang  berasal dari kemaman yang telah lama menguruskan jamaah haji ke Mekah , lama kelamaan beliau mengambil alih urusan ini setelah anak haji tersebut tidak berminat untuk mengendalikan urusan yang telah lama di jalankan oleh bapanya. khidmat ini di lakukan sehingga akhir hayat hj ngah 




setelah kembali dari pengajiannya di Mekah dalam tahun 70an , Ustaz haji Ngah juga telah memulakan tugas penyampaian dakwahnya di beberapa surau termasuk  Surau Cikgu Leh sebelum membina surau bersebelahan
rumahnya di tubir Kg Masjid.
ia juga menjadi Imam dan khatib di masjid kg Masjid hj kadir

 Setelah tua, ia membina sebuah surau lagi di kampung Bukit Jenal, tapak kebun ayahnya Hj Ismail.


Haji Ngah meninggal tahun  setelah beberapa lama menderita sakit kena angin  sekitar dua ribu 8



Us Awang Abu Bakar Batu Enam


oleh Hanafi El Fesfanji


AWANG NASIRUDDIN ABU BAKAR

Beliau adalah menantu Hj Abbas tok jiring
. Belajar di India dan Mesir. Lebih di kenali dengan panggilan us awang jidin tukul besi batu enam.


Pernah memegang Jawatan Ketua Dewan Ulama Parti Islam  Terengganu

Hj Ahmad Merbau Patah

 oleh Hanafi El Fesfanji



Seorang lagi keturunan Hj Wan Mahmud Patani yang membuka Sg Derhaka yang menjadi Ulama  di sekitar tahun 80=90an ialah yang di kenali sebagai Hj Ahmad Merbau Patah.
Beliau sempat  belajar dengan Hj mat Shafie Losong dan banayk berguru dengan Hj Mat Tersat  dan belajar juga di Mekah.
Setiap hari jumaat ramai orang yang dating berduyun duyun ke suraunya.

Kitab pengajarannya  yang terkenal ialah  kitab hikam. Ia juga mengajarkan kitab dur al thamin dan aqidah annajin.  Jauharul Mauhub , musolli.


Seorang anaknya yang terkenal  ialah Hj Jaafar. Beliau mengajarkan kitab Sabilul Muhtadi Syeikh Arshad Banjari .tafsir Nurul Ehsan dan juga Mukhtasar Jiddan.

Kesemuannya telah arwah . yang masih mengajar di situ sekarang adalah anaknya Hj Zu.









Monday, September 9, 2013

kisah kematian yg baik di kg masjid



oleh el fesfanji




Ada beberapa kisah kematian yang menariok di Kg Masjid Hj Kadir. 

Di antara  nya ialah kisah kematian Hj Kadir yang membuka kampung tersebut meninggal pada hari jumaat.

saya pernah menceritakan bahawa 

Arwah haji Ismail Bilal menceritakan bahawa datuknya Hj Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul tiga petang. dia sakit perut. perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah perut.)


PADA pagi itu, ia telah pergi ke Rumah Hj Kadir . datuknya berkata:  hari ni tak mengaji quran sebab tok ki nak balikdah !
nak balik ke mana tok ki weh?  Tanya Hj Ismail Bilal
ke m,ana lagi? ke kubur la. Jawab Tok Guru Hj Kadir

lalu ia berpesan supaya di panggil syed atau tok ku atau ayah ku ,seorang kawan baiknya yang bertugas di masjid tyok ku Chabang Tiga. Ia amat berharap sangat untuk bertemu tok ku tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada seorang yang pergi panggil tok ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur sepertinya juga. sebaik sahaja tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia terus memandang(meninggal)



menurut tok Ayah Ngah mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya adalah tahun kelahiran Ustaz mat Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun 1930.  dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok tersebut telah mati dan kering.

Seorang lagi ialah arwah mak cik andak. Dia meninggal pada hari jumaat bulan ramadhan selepas solat jumaat. Dia seorang perempuan tukang tenun kain songket yang baik hati

Haji Embong  bin Ibrahim  pula meninggal dalam ketika mengimamkan sembahyang subuh  di masjid hj kadir. Pada pagi selepas pilihan raya 2004. Setelah mendengar berita kekalahan parti Islam yang menyedihkan , dalam perjalanan ke masjid ia ia bertanya  ke[pada anak anak muda yang berehat : kenapa kalah teruk sangat??

Kemudian dia mengazankan, memgiqamahkan dan seterusnya menjadi imam. Dalam waktu ruku` rakaat kedua , ia telah jatuh tumbang dan meninggal.

Ia setiasa menghidupkan masjid jj kadir, surau hj ngah di samping balai sah dia sendiri dengann pengajaran feqh dan sifat dua puluh

Seorang yang meninggal di Mekah setelah siap haji tahun 2007 ialah ialah imam masjid tersebut, Ustaz Ibrahim ali . setelah pencen mengajar agama di sekolah rendah Sultan Sulaiman, beliau banyak menghabiskan masa di masjid tersebut. Selaku seorang Pak saudara, ia sangat banyak mendidik saya dengan ilmu Islam.
Seorang lagi ialah kak Yoh.


Haji Abdullah Kudung



haji Abdullah Kudung telah membuka madrasah untuk pelajar perempuan peringkat belasan tahun bernama madrasah al khairiyyat di Teluk Tok Adis kuala Ibai sekitar tahun 80 an .

hj Shuaibun Pulau Kerengge



oleh al faqir el fesfanji


Haji Shuaib bin Ahmad Pulau Kerenggere

Saya masih ingat semasa saya dalam peringkat awal sekolah rendah dahulu ( awal 80an) ayah saya sentiasa mengajarkan kepada saya nahu dan sorof. Dia seringkali membelekkan kitab mukhtasaor jiddan dan kufrowi di hadapan saya. Dia menagajrkan kepada saya berulang kali sewaktu ia membuat batik di belakang rumah saya di Kg Belukar Jambu. Pada waktu itu, seorang guru Al Quran (tajwid dan qiraat murid Us Hj Mat Litar) bekerja mencelup batik dengan ayah saya. Saya panggil guru tersebut dengan panggilan Pak Su Awang Tok meskipun namanya adalah Hamzah. Saya seronok juga mereka berbincang tentang nahu, sorof dan al quran sewaktu berehat rehat sebelum atau sesudah membuat batik. Akhirnya di waktu menengah (SMASZAL) saya belajar ilmu al Quran dengan nahu sorof( Matan ajrumiyyah, mukhtasor dan matan bina) dengan Pak Su Awang Tok ini. Di zaman menengah barulah saya faham apa yang mereka bincangkan

Dalam pada itu, ada seorang kenalan lama ayah semenjak di kampung Masjid Hj Kadir, kampung asal nenek kami yang di panggil awang seringkali juga singgah dan menghangatkan lagi perbualan mereka tentang nahu. Awang ini lebih cenderung pula kepada perbincangan tentang tasaauf. Ia adalah anak murid Hj Shuiabun( Shuaib bin Ahmad Pulau Kerenge . Hj Shuibun ini belajar pernah belajar dengan Hj Saad Sg Kangkung(1893= 1943). Hj Saad kangkung adalah anak murid Tok Kenali dan Mufti Haji wan Musa Kelantan. Guru berdua ini pernah belajar di Mekah.


Kecenderungan Hj Shuaibun adalah dalam bidang tasauf. Ia timbul sekitar tahun enam puluhan   dan tujuh puluhan 

Tuesday, September 3, 2013

di antara tokoh tokoh dakwah di besut


oleh el fesfanji 

di besut,  terdapat dua tokoh besar yang di akui mempunyai peranan dakwah dalam masyarakat di bahagian kedua dekad lalu.  

yang pertama ialah seorang tuan  guru yang ilmu ilmu tentang fiqh mazhab Syafie saya gali dengan salah seorang muridnya  iaitulah  TOK guru hj abbas Tok Jiring. ia  berasal dari bukit putra. saya banyak mempelajari ilmu memahami laras dan lenggang lengguk bahasa kitab feqh khususnya Fathul Wahhab dan Sirajul wahhab (secara ceduk ceduk) dari Ustaz Halias Abu Bakar yang di kenali sebagai Ustaz Halias Khat sewaktu di Kusza. Ustaz  Halias belajar enam tahun dengan Tok Guru di kg Tok Jiring. 

yang kedua ialah  Tok guru hj Wan ahmad Bukit Puteri dan tok guru Hj Latif Alur Keladi adalah murid kepada Tok Guru Haji Umar Cik Ahmad Besut. ( di lahirkan 1878M/ 129 lima H) . dikatakan nenek moyangnyalah di antara yang  membuka besut

keturunan Tok Guru hj Umar Che Ahmad ini berasal dari Patani.  semasa salah seorang dari moyangnya yg di panggil Cik Wan datang dari Patani, menaiki perahu melalui jalan air , setelah melepasi beberapa kuala, ia penat dan berhenti dan memanngil tempat tersebut dengan sut( yang bererti paling penghujung) . kerana sejauh itulah yg mampu di mudiki

tempat itu akhirnya di sebut kuala sut. lama kelamaan di sebut kuala besut

menurut hj wan Mad Saghir. chik Wan ini meninggal dalam pepwerangan

menurut syed bur mohd yg terkenal di Gombak  dengan nama maulana pula,
tok guru hj abbas dan tok guru hj wan latif juga berlajar dengan tok guru haji mat yang membuka pondik dan masjid di kuala besut. Tok guru hj mat ini di panggil  tok ayah  belajar 18 tahun di Mekah.dan mahir dalam bahagian nahu sorof feqh dan usul feqh. Ramai orang termasuk dari Kemboja dan indo yang dating belajar ke situ
 Maulana sempat belajar juga dengannya. Sebelum ke deoband  India, maulana yang sentiasa di panggil dengan nama khan sentiasa di suruhnya azan bilamana masuk waktu sembahyang fardhu.

menurutnya sebelum ber pondok pengajian di masjid kuala besut di buka oleh tok ayah Hj mat. Orang bersembahyang jumaat   di Nurul ittifaq yang terletak di pekan kuala besut yang di bina dengan kegigihan  Tok Wan Ali, seorang aktivis kebajikan masyarakat di situ waktu tersebut. Tok Wan Ali meninggal dalam enam puluhan.  Semasa balik dari India, Maulana masih sempat berhubungan lagi dengan gurunya itu. Tok Ayah mat ini  pernah di tawarkan untuk menjadi pegawai kerajaan di pejabat agama, ia meolaknya kerana lebih bebas menjadi guru agama  pondok rakyat. ia mahu mendidik masyarakat katanya.
Ia hanyalah berhubungan dengan majlis agama  dalam bab perkahwinan kerana ia juga akhirnya menjadi juru nikah.


Bilamana tok ayah hj mat yang berasal dari kg lapu pulang dari mekah dan membuka pondok di kuala besut,  orang ramai bertumpu pula ke masjid tersebut.  Setelah pondok Tok Ayah Hj Mat menjadi Masjid Kuala Besut,  masjid nurul ittifaq bertukar di jadi surau. Surau adalah bahasa Persian

tOK GAJAH BERKUBUR DI PASIR NERING 8KM DR KUALA BERANG


oleh ewl fesfanji


TOK GAJAH DAN ANAKNYA MAT KILAU

Di zaman sultan zainal abidin ke 3, Terengganu telah menjadi tempat persinggahan dan perlindungan bagi pemberontak Pahang . inilah yang di tulis dalam catatan sejarah ProBritish.

Sebenarnya tekanann yang di buat oleh British sangat kuat kepada penduduk tempatan. Sultan Ahmad yang bertelingkah dengan saudaranya Tun Mutahir akhirnya di sokong oleh British. Setelah British melantik Sultan Ahmad, British menekannya supaya menerima resident British yang mempunyai kuasa untuk menasihati sultan dalam hal ehwal pentadbiran  Pahang. Di sinilah Sultan ahmad mula menyesal tetapi baginda tidak boleh berbuat apa apa lagi.

Sultan ahmad ini adalah mertua  Sultan zainal Abidin Ke 3. Ketika Tok Bahaman, Tok Gajah dan mat Kilau beserta beberapa pengikutnya meminta semangat dengan kerajaan Terengganu, Sultan suruh mereka menemui Tok Ku Paloh. Tok Ku Paloh menyalakan semula semangat jihad mereka dengan menyalatakan ini adalah satu tanggung jawab kita terhadap agama kita. Ini adalah satu jihad yang perlu di teruskan. Maka dengan perintah Tok Ku Paloh sebagai Syeikhu;l Islam Terengganu( semacam Menteri Besar pada waktu itu) Trengganu membekalkan tentera bantuan kepada kumpulan Tok Gajah . untuk menentang British di Pahang,

Walaupun di akhir pertempuran itu , pihak perjuangan tewas. Bilamana tentera gurkha upahan British mendapatu darah mengalir, akhbar Singapore telah menyebarkan berita bahawa Mat Kilau telah terbunuh, tetapi sebenarnya beberapa tentara bantuan dari Terengganu dapat menyelamatkan mereka.

Menurut cerita lisan, TokKu paloh akhirnya menyuruh mereka bersembunyi di Kuala Berang. Di situlah Tok Gajah, Mat Kilau dan beberapa pengikutnya yang setia menertap sehinggalah  Tok Gajah mati dan di tanam di Kuala Berang. Rumah penginapan mereka telah dapat di baik pulih oleh ayah ku dan di pasang semula walaupun tapaknya asalnya sudah berubah.

Mat Kilau terus berada di Terengganu sehingga melalui  zaan yang lama. Apabila ia kembali ke air tawar, setelah ia di datangi oleh tanda tanda ia akan meninggal, maka pada hari jumaat terakhir sesudah solat, ia telah mengistiharkan dirinya sebagai mat Kilau yang telah menentang Inggeris. Sebelum itu, orang mengenalinya dengan nama mat Siam sebagai mana ia sendiri memperkenalkan nama itu. Menurut cerita orang tua tua  Kuala Berang, mereka mengambil dari datuk nenek mereka bahawa Mat Kilau tidak ke Siam sebaliknya menetap di Kuala Berang sehinggalah ia kembali ke kampung halamannya.

Menurut cikgu Syed Omar, amalan mat kilau yang paling mashyur sehinggalah ia di kenali dengan nama Mat Kilau ialah surah was Syamsi

ħ÷K¤±9$#ur $yg8ptéÏur ÇÊÈ ÌyJs)ø9$#ur #sŒÎ) $yg9n=s? ÇËÈ Í$pk¨]9$#ur #sŒÎ) $yg9¯=y_ ÇÌÈ È@ø©9$#ur #sŒÎ) $yg8t±øótƒ ÇÍÈ Ïä!$uK¡¡9$#ur $tBur $yg9t^t/ ÇÎÈ ÇÚöF{$#ur $tBur $yg8yssÛ ÇÏÈ <§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢yŠ ÇÊÉÈ ôMt/¤x. ߊqßJrO !$yg1uqøósÜÎ/ ÇÊÊÈ ÏŒÎ) y]yèt7/R$# $yg8s)ô©r& ÇÊËÈ tA$s)sù öNçlm; ãAqßu «!$# sps%$tR «!$# $yg»uŠø)ßur ÇÊÌÈ çnqç/¤s3sù $ydrãs)yèsù tPyøBysù óOÎgøŠn=tæ Oßgš/u öNÎgÎ6/RxÎ/ $yg1§q|¡sù ÇÊÍÈ Ä§÷K¤±9$#ur $yg8ptéÏur ÇÊÈ ÌyJs)ø9$#ur #sŒÎ) $yg9n=s? ÇËÈ Í$pk¨]9$#ur #sŒÎ) $yg9¯=y_ ÇÌÈ È@ø©9$#ur #sŒÎ) $yg8t±øótƒ ÇÍÈ Ïä!$uK¡¡9$#ur $tBur $yg9t^t/ ÇÎÈ ÇÚöF{$#ur $tBur $yg8yssÛ ÇÏÈ <§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢yŠ ÇÊÉÈ ôMt/¤x. ߊqßJrO !$yg1uqøósÜÎ/ ÇÊÊÈ ÏŒÎ) y]yèt7/R$# $yg8s)ô©r& ÇÊËÈ tA$s)sù öNçlm; ãAqßu «!$# sps%$tR «!$# $yg»uŠø)ßur ÇÊÌÈ çnqç/¤s3sù $ydrãs)yèsù tPyøBysù óOÎgøŠn=tæ Oßgš/u öNÎgÎ6/RxÎ/ $yg1§q|¡sù ÇÊÍÈ Ÿwur ß$$sƒs $yg»t6ø)ãã ÇÊÎÈ
Ÿwur ß$$sƒs $yg»t6ø)ãã ÇÊÎÈ
Beliau adalah seorang yang suka membaca al qurann dan suaranya adalah merdu.

Di antara guru agamanya ialah hj Osman, murid pengarang kitab Mat laul badrain , Hj Mohamad bin Ismail Dawud Fatani, anak kelahiran Duyung . sewaktu di Mekah.
Beliau adalah seorang yang banyak berzikir dan suka bertapa . di katakana bahawa sewaktu bertapa, beliau pernah memperolehi buntat embun yang mempunyai kelebihan, sekiranya embun turun, badan yang terputus akan tercantum kembali

Ada beberapa cerita mereka yang terkenal sebagai ahli zikir bahawa mereka ada menemui Mat Kilau dalam beberapa majlis mereka. Wallahu `alam. Allah jua yang maha berkuasa.

Diantara amalan paginya ialah minum madu canpur halia bara yang di perembunkan

Beliau juga mengamalkan mandi embun setiap pagi.