KG GELONG BILAL
kg gelong bilal adalah sebuah kg yang terletak dijalan pasir panjang. letaknya adalah di antara Kg Bukit Bayas dan Kg Padang( kediaman moyang saya Asiah bte Ahmad isterinya Wan Khadijah anak Hj Syeikh Wan Kadir) . ia di pisahkan dari Kg Bukit Bayas dengan sawah bendang dan bukit yang di panggil Bukit Mak Tunas. kebanyakan sawah dan kesemua Bukit Mak Tunas ini sudah tidak ada lagi sekarang kerana telah di penuhi dengan penempatan penduduk baru.
Bukit Mak Tunas ini sentiasa menjadi kawasan permainan saya pada akhir tahun 70 dan awal 80. pada waktu kanak kanak sebegitu, kerana percayakan cerita dan gurauan orang orang tua kerana kononnya di situ ada " keris sakti yang di tinggalkan oleh orang mati terbunuh"beberapa kali saya jatuh dan rebah di situ ketika mencari keris tersebut bagi tujuan digunakan dalam jihad fi sabilillah menentang kuffar. sehingga hari ini, kesemua bukit itu sudah telah di ratakan tetapi saya belum lagi memperolehi keris tersebut.
dikatakan dalam tahun pertengahan abad 19 ( 18 lima puluhan ) Bukit Bayas, Gelong Bilal dan kg Padang sehinggalah Bukit Besar di katakan memanglah sebahagiannya adalah tanah pemberian Sultan Umar kepada Syeikh Wan Kadir Bukit Bayas yang berasal dari Patani yang telah kita sebutkan dulu. asal kawasan itu dahulunya di panggil darat (kg darat) iaitu dusun tempat Sultan berkebun kelapa dan sawah. kebun di jaga oleh beberapa orang yang di amanahkan . sebagai mengenangkan jasa mengajarkan agama di istana dan kepada rakyat terengganu , sebahagian tanah tersebut telah di serahkan kepada ulama ulama termasuk 2 hj kadir pasir panjang.
memang kawasan itu di diami oleh anak cucu mereka hari ini. penduduk asal di situ kebanyakannya anak beranak saya semuanya ada yang kenal ada yang tak dapat di kenali =
Gelong bererti kawasan permainan gajah. tempat gajah mandi berendam . memang banyak gajah di situ pada zaman dahulu. di sebelah sana menuju ke arah bukit Jenal ada Kg yang sudah tidak
wujud lagi sekarang yang di panggil Kg Gelong Gajah. di situlah rumah saya dulu( 1978 1981) sekarang di kenali sebagai ===
gelong bilal di beri nama bersempena bilal masjid Bukit Bayas yang di panggil Bilal Sulaiman. sebelumnya kawasan itu di kenali sebagai (kg) Bukit Wan Empoh. ia telah belajar
agama di Perak beberapa tahun dan setelah alim, berkhidmat kepada agama untuk masyarakat setempat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam syeikh... saye mencari cari pengasas kampung seberang baroh bukit bayas.. mitok tulong skali syeikh.. tercari cari juga saye cerita cerita pasal nama seperti, tok khatib ishak, lepas tu pasal pengasas surau di simpang ke SESTER (dulunya maktab guru pasir panjang)... - khair al-amr
ReplyDeleteBerminat pasal asal usul kampung gelong bilal ni. Ada lg dok crite pasal kg ni?
ReplyDelete