Thursday, July 4, 2013
Ahmad bin Hj Abdul kadir =guru Al Quran selepas Hj Kadir
baru baru ini sewaktu saya melawat seorang ahli keluarga yang di sifatkan oleh semua orang
sebagai seorang lama, pak Ngah (Adik Ayah Jim) masjid padang negara kuala ibai untuk
tujuan menghubungkan silatur rahim , beliau menceritakan keahlian dan kealiman pewaris keilmuan Haji Kadir , anak lelakinya Pak Ngah Amad( Ahmad bin Hj A Kadir) Kg Masjid Hj Kadir Pasir Panjang.
pak Ngah ini berusia lebih 100 tahun ini memberitahu
walaupun Pak Ngah Amad seorang yang cacat penglihatannya, tetapi kemahirannya dalam bidang
Al Quran( tajwid) cukup di akui.
pada asalnya , berdasarkan cerita yang di perolehi, saya mengira ia adalah guru Al Quran berpangkat biasa saja kerana sebahagian
besar penduk kampung waktu itu memang mempelajari Al Quran dengannya. ayah saya juga seringkali di tegur bacaannya oleh Tok Ki Pak Ngah Amad tersebut,
tetapi menurut Pak Ngah , Pak Ngah Amad yang menjadi pewaris kealiman bapanyah di Kg Masjid Hj Kadir sentiasa di datangi oleh
guru guru Al Quran. menurut cerita Pak Ngah, Tok Guru Haji Mat Litar, ahli Al Quran (tajwid ) yang sangat terkenal berasal dari Kelantan adalah di antara yang sering mendatangi Pak Ngah Amad untuk berbincang tentang Al Quran. Hj mat Litar ini , selama lebih 30 tahun berkhidmat kepada Al Quran di Terengganu mempunyai ribuan murid. Sebahagian yang masih hidup ialah sepertu Hj
Zul Pasir Panjang, Ayah Da Rusila . di antara yang telah meninggal yang saya berkesempatan
mewarisi ilmu Hj Mat Litar tersebut ialah Pak Su Awang Tok Kg Laut( meninggal sekitar 2010).
ia paling cepat memperbetulkan bacaan sesiapa saja yang salah bacaannya meskipun pembaca
tersebut melihat mushaf Al Quran.
walaupun Tok Ki Pak Ngah Amad tidak meninggalkan anak lelaki kerana ia hanya di kurniakan 4
anak perempuan sahaja, sebahagian anak perempuannya mewarisi bakat mengajar Al Quran
seperti Fatimah( De) dan Aminah( Tok Busu)
Pak Ngah Amad juga .
beliau juga mahir dan ilmu sorof dan bahasa arab (nahu)
Rumah Tok Ki Pak Ngah Amad adalah di Gong Pakir (berdekatan rumah Mak Long Sukeri)
pak Ngah Amad meninggal tahun 19enam puluh 2 dan di tanamkan bersebelahan ayahnya di Tanah
perkuburan Besar Pasir Panjang
kubur tok ki paknagah amad , pengganti hj kadir. yg melettkan tgnnya keturus pagar ialah japri mersing anak mohamad nor bin abdullah pak den da bin tuan guru .beliau pernah berkhidmatmembers ihkan kubur tersebut. pada tahun 80 kubur tersebut masih beratap dan ada tempayan.
gambar ini di ambil pada perjumpaan keluarga hj kadir pada hari raya ke 2 tarikh 9 ogos 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment