Thursday, July 11, 2013

DUYUNG KECIL BUMI KELAHIRAN PENGARANG KITAB MAT LA`UL BADRAIN




ramai orang tidak mengetahui bahawa pulau Duyung Kechil memiliki sejarah yang sangat berharga kerana pernah menjadi  tempat 

persinggahan ulama2 patani yang terbilang abad 19 dan  mereka yang berasal dari situ kebanyakan nya mempunyai darah Patani. 

ini kerana Terengganu termasuk dalam negeri patani besar zaman Langkasuka. 


sebahagian dari mereka yang datang melalui jalan air terus menetap di situ. tokoh tokoh di situ seperti Tok Duyung , dan Tok 

Wan Hj Kadir bukit Bayas juga memulakan gerakan dakwahnya dari pu;au duyung.
hakikatnya di pulau duyung itu ada ramai anak beranak Syeikh Dawud Fatani ulama besar di Mekah yang banyak mengarang kitab 

yang masih terus di pelajari di masjid surau sehingga zaman kini


di sini marilah kita mengetahui bahawa kitab Matla`ul Badrain (tempat terbitnya dua purnama dan tempat berkumpulnya dua laut) 

adalah sebuah kitab yang sangat penting dan mustahak dalam seluruh alam melayu. ia mirip kitab minhajul abidin yang di tyulis 

oleh Imam Nawawi kerana pengarangnya banyak merujuk kepada kitab tersebut. Kitab Mat la`ul Badrain menjadi teks pelajaran 

Feqh yang di ajar di semua masjid dan surau termasuk di Kemboja sehingga ke hari ini.


penulisnya di lahirkan di pulau duyung iaitulah   Syeikh mohamad bin Ismail. dalam kebanyakan cetakan di tulis naamanya: 

Syeikh Mohamad bin Ismail Daud al Fatani. 

sekali imbas ia kelihatan berketurunan Syeikh Daud Fatani sebenarnya tidak, ia sebenarnya adalah cucu saudara kepada Syeikh 

Dawud Fatani iaitu datuknya adalah adik beradik dengan Syeikh Daud fatani. Syeikh Daud Fatani tidak meninggalkan keturunan.

menurut kajian, semasa Syeikh Daud Patani turun ke Kg Duyung Kecil melihat sanak saudaranya yang ramai di duyung setelah 

tewas dalam perang bisik sekitar 1830an, Syeikh Mohamad ini masih bayi benar baru beberapa hari dilahirkan, Syeikh Daud telah 

membawa bayi tersebut menaiki kapal layar bersama ke Mekah dan di sanalah ia menerima pendidikan sehingga menjadi Hakim 

syar`ie di  Mahkamah Mekah.muridnya sangat ramai termasuklah Tok guru kepada mat Kilau Pahang.

kuliahnya sentiasa di hadiri ramai samada di rumahnya, di mekah atau di masjidil haram.

di Mekah ia dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Kechil di kalangaan orang orang jawi.

di katakan perkahwinannya yang pertama adalah dengan anak Syeikh wan Ali Kutan yang mengarang kitab Jauharul mauhub Wa 

Munabbihatul Qulub dan kitab Lum `atul Aurad (rahsia karomah) tetapi tidak memperolehi anak. ia berkahwin pula dengan anak 

perempuan Syeikh Ali bin Ishak  iaitu adik Tuan Hassan Besut yang mengarang kitab perubatan terkenal Tajul muluk




sewaktu saya kecil kecil dulu, melihatkan nama yang tertera pada kitab ialah syeikh Mohamad bin Ismail Daud Fatani, saya 

sendiri tak pernah menyangka ia di lahirkan di pulau duyung Kecil, tetapi begitulah ceritanya sebagaimana yang dinyatakan 

oleh banyak kajian. . di kaitkan nama patani dan tidak di sebutkan nama duyung di situ kerana Terengganu adalah sebahagian 

dari fatani dalam sejarahnya dan mereka yang datang dari Patani asal ke Terengganu memang mempunyai niat untuk kembali semula 

ke tanah patani asal tersebut . bahkan orang patani di mana sahaja mereka berada termasuk di Mekah sehingga hari ini berniat 

untuk mengambil kembali bumi Patani dari penjajah buddha yang kufur itu  kerana itu adalah satu tugas jihad yang tidak boleh 

di abaikan.



sehingga hari ini, tanyalah generasi tua di Duyung Kechil, pasti ada jawapan yang menyatakan waris mereka ramai di Mekah. 




kitab mat la`ul badrain wa majma`ul bahrain karangan syeikh nik mat kechik bin ismail  kg duyung kecil al fatani hakim mekah= di semak oleh jais Selangor



kitab perubatan terkenal tajul muluk di tulis oleh syeikh hassan besut  bin tuan ishak al fatani. adik  Syeikh tuan hassan ini adalah ali yang dikatakan menjadi mertua syeikh nik mat kecil duyung kecik al fatani

No comments:

Post a Comment