ramai orang tidak mengetahui bahawa pulau Duyung Kechil memiliki sejarah yang sangat berharga kerana pernah menjadi tempat
persinggahan ulama2 patani yang terbilang abad 19 dan mereka yang berasal dari situ kebanyakan nya mempunyai darah Patani.
ini kerana Terengganu termasuk dalam negeri patani besar zaman Langkasuka.
sebahagian dari mereka yang datang melalui jalan air terus menetap di situ. tokoh tokoh di situ seperti Tok Duyung , dan Tok
Wan Hj Kadir bukit Bayas juga memulakan gerakan dakwahnya dari pu;au duyung.
hakikatnya di pulau duyung itu ada ramai anak beranak Syeikh Dawud Fatani ulama besar di Mekah yang banyak mengarang kitab
yang masih terus di pelajari di masjid surau sehingga zaman kini
di sini marilah kita mengetahui bahawa kitab Matla`ul Badrain (tempat terbitnya dua purnama dan tempat berkumpulnya dua laut)
adalah sebuah kitab yang sangat penting dan mustahak dalam seluruh alam melayu. ia mirip kitab minhajul abidin yang di tyulis
oleh Imam Nawawi kerana pengarangnya banyak merujuk kepada kitab tersebut. Kitab Mat la`ul Badrain menjadi teks pelajaran
Feqh yang di ajar di semua masjid dan surau termasuk di Kemboja sehingga ke hari ini.
penulisnya di lahirkan di pulau duyung iaitulah Syeikh mohamad bin Ismail. dalam kebanyakan cetakan di tulis naamanya:
Syeikh Mohamad bin Ismail Daud al Fatani.
sekali imbas ia kelihatan berketurunan Syeikh Daud Fatani sebenarnya tidak, ia sebenarnya adalah cucu saudara kepada Syeikh
Dawud Fatani iaitu datuknya adalah adik beradik dengan Syeikh Daud fatani. Syeikh Daud Fatani tidak meninggalkan keturunan.
menurut kajian, semasa Syeikh Daud Patani turun ke Kg Duyung Kecil melihat sanak saudaranya yang ramai di duyung setelah
tewas dalam perang bisik sekitar 1830an, Syeikh Mohamad ini masih bayi benar baru beberapa hari dilahirkan, Syeikh Daud telah
membawa bayi tersebut menaiki kapal layar bersama ke Mekah dan di sanalah ia menerima pendidikan sehingga menjadi Hakim
syar`ie di Mahkamah Mekah.muridnya sangat ramai termasuklah Tok guru kepada mat Kilau Pahang.
kuliahnya sentiasa di hadiri ramai samada di rumahnya, di mekah atau di masjidil haram.
di Mekah ia dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Kechil di kalangaan orang orang jawi.
di katakan perkahwinannya yang pertama adalah dengan anak Syeikh wan Ali Kutan yang mengarang kitab Jauharul mauhub Wa
Munabbihatul Qulub dan kitab Lum `atul Aurad (rahsia karomah) tetapi tidak memperolehi anak. ia berkahwin pula dengan anak
perempuan Syeikh Ali bin Ishak iaitu adik Tuan Hassan Besut yang mengarang kitab perubatan terkenal Tajul muluk
sewaktu saya kecil kecil dulu, melihatkan nama yang tertera pada kitab ialah syeikh Mohamad bin Ismail Daud Fatani, saya
sendiri tak pernah menyangka ia di lahirkan di pulau duyung Kecil, tetapi begitulah ceritanya sebagaimana yang dinyatakan
oleh banyak kajian. . di kaitkan nama patani dan tidak di sebutkan nama duyung di situ kerana Terengganu adalah sebahagian
dari fatani dalam sejarahnya dan mereka yang datang dari Patani asal ke Terengganu memang mempunyai niat untuk kembali semula
ke tanah patani asal tersebut . bahkan orang patani di mana sahaja mereka berada termasuk di Mekah sehingga hari ini berniat
untuk mengambil kembali bumi Patani dari penjajah buddha yang kufur itu kerana itu adalah satu tugas jihad yang tidak boleh
di abaikan.
sehingga hari ini, tanyalah generasi tua di Duyung Kechil, pasti ada jawapan yang menyatakan waris mereka ramai di Mekah.
No comments:
Post a Comment