CIKGU LEH AHLI ZIKIR KG GONG PENAGA
saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan saya mencetak
buku saka siri kedua.siri pertama telah di cetak beberapa tahun yang lalu. sekarang
dalam usaha mencetak siri yang ke tiga insha Allah.
dalam mengkaji saka, seseorang pesakit perlu belajar
berzikir sehingga ia boleh menyingkap kelemahan kelemahan dirinya yang tersembunyi dalam lapisan
yang dalam pada kegelapan nafsu
syahwatnya.
maka di peringkat permulaannya, seseorang itu perlu berzikir
ya `aslimal ghaibi was shahadah . sepanjang berzikir itu, hendaklah ia tumpukan
melalui tafakkur dan tazakkur
iaitu mencari, mengorek , mengambil dan menggunakan buah
zikir yang di perolehi itu..
bila mana memikirkan bagaimana kah caranya saya mahu menghuraikan
hal yang sebegini sulit terpendam dalam
kitab=kitab yang besar dan meleret leret huraiannya dan berjela jela
sehingga memeningkan kepala, saya teringat kembali beberapa
ajaran mudah di fahami yang di ajarkan oleh guru saja yang di panggil dengan nama Cikgu
Leh.
cikgu Leh mempunyai sebuah suraunya sendiri di Kg Gong
Penaga, Jalan Pasir Panjang iaitu berdekatan(bersebelahan) dengan kampung masjid Hj Kadir.
Setiaphari, ia akan memulakan
zikirnya sesudah solat maghrib dengan jamaahnya dengan suara
jahar sehingga sehingga larut malam. kadang kadang ia menyampaikan kuliah yang isinya
lebih tertumpu kepada kelazatan
berzikir dan hal yang bersangkut paut dengan tasauf. kemudian ia menyambung semula dengan berzikir. bayangkan bagaimana ia boleh duduk kemas bersila menggoyangkan badannya ke kiri ke kanan lima jam tanpa henti henti, bahkan sehingga tujuh jam tanpa mengalihkan kedudukannya ke kanan atau ke kiri, terus menerus berzikir dan berzikir bertahun tahun lamanya.
walaupun saya tidak banyak sangat mengetahui tentang
kehidupan zaman muda ahli zikir ini kerana saya hanyalah mengenalinya pada akhir tahun 80an, iaitu setelah ia berada dalam
usia yang lanjut, tetapi saya akan cuba mengumpulkan maklumat dari mereka yang masih hidup
tentangnya inshalaha dan akan menceritakan kembali apa yang saya perolehi dari mereka
insha Allah.
contohnya kenapa ia di panggil cikgu bukan ustaz sebagaimana
lazimnya orang yang mengajar akan di panggil ustaz oleh masyarakat, menurut cerita nenek
saya Hamidah Bti Abdullah(meninggal 1999) , dia ada menerima sekolah orang putih, maka di zaman
mudanya dia berkhidmat sebagai guru, itulah sebabnya masyarakat memanggilnya dengan
panggilan cikgu.
meskipun begitu, sedari awal lagi ia yang telah di besarkan
dengan pegangan agama telah lama meminati tasauuf dan berkecimpung dengan zikir. di
samping menjadi cikgu, banyak masa dan tenaganya di habiskan dengan berguru untuk memahami
rahsia dan kekuatan zikir. akhirnya ia berbincang dan
menggali lagi apa yang di pelajarinya dengan jamaah yang sentiasa datang ke tempatnya.
rumah yang di bangunkannya yang akhirnya di panggil surau
itu terletak di hujung (bucu pagar) padang Sekolah rendah pasir Panjang sebelah mengadap
bahagian kampung. surau itu
membuktikan komitmentnya pada perjuangan islam bilamana di
zaman mudanya ia mencari ustaz ustaz yang berilmu mengajar di suraunyanya.di antaranya
ialah Ustaz (tuan guru ) Haji Ngah
Hj Ismail , setelah kembali dari pengajiannya di Mekah,
Ustaz haji Ngah juga telah memulakan tugas pengampaian dakwahnya di Surau Cikgu Leh
sebelum membina surau bersebelahan
rumahnya di tubir Kg Masjid.Ustaz (Tuan guru) Haji Ngah
terkenal sebagai seorang aktivis Islam yang aktif di sekitar Kuala terengganu . beliau di
kenali dengan panggilan Haji Ngah
Bawa Orang Ke Mekah. Beliau meninggal tahun====20==
walaupun bagi masyarakat
melihat Cikgu Leh Kg Gong Penaga hanyalah ahli zikir tetapi ia juga adalah pengamal perubatan Islam.
meskipun terdapat golongan yang tidak menyenanginya kerana
bila mana berubat, pendekatan yang di pilihnya ialah menggunakan tahi besi sebagai
alat untuk tujuan pagar rumah dan bukannya garam, tetapi bagi Cikgu Leh sendiri ialah garam dan tahi besi itu serupa saja,
kedua duanya adalah makhluk Allah yang berasal dari tanah,
yang syaitan jin akan takut kerana berasal dari unsur asal kejadian nabi Adam. bahkan
baginya , berdasarkan zahir ayat
dalam seurah ar Rahman, jin lebih takut kepada besi
berbanding dengan garam . itulah sebabnya ia memilih tahi besi sebagai bahan pagar rumah.
di samping itu, api
jihad tidak pernah padam dari dalam diri Cikgu Leh sendiri . setiap kali menjelang pilihan raya , dalam diam diamnya , ia dan
jamaahnya melakukan solat hajat
dan berzikir wirid perang berdoa agar kemenangan berpihak ke
pada Islam. mereka pasti mengeluh dan berpesan supaya bersabar setiap kali bilamana
keputusan pilihan raya di
umumkan, kemenangan berpihak kepada golongan nasianalis
antara ajarannya yang seringkali diperingatkan ialah
keburukan yang ada pada minuman gas
dan ais cream dan lain lain keburukan nafsu makan makanan
yang boleh mengganggu kejernihan
jiwa dalam memancarkan cahaya ilham dan cahaya menyuluh alam
ruhani. keburukan ini akan
menghalang seseorang daripada dapat membaca keburukan dan penyakit yang tumbuh
dalam diri
sendiri dan menumpulkan juga pandangan batinnya
terhadap sesuatu perkara.
itulah sebabnya ramai anggota masyarakat menjelaskan
antaranya ialah di nyatakan berkali
kali oleh arwah Abdul Rahman ali (meninggal 1997) : Cikgu
Leh ni makan buah dan pucuk kayu
jer! Dia tak makan(kurang) makan daging
itulah sebabnya saya fikir, sekiranya beliau masih hidup,
tentulah seronok dapat berbincang
dengannya tentang tafakkur, tazakkur, intibah, surah
tasawwur, wirid dan warid dan banyak
lagi istilah tasauf yang berkait dengan hati dan cahaya
zikir yang perlu di lalui oleh
seseorang yang nak memahami tentang saka diri sendiri.
di hari ini, bukan senang lagi untuk mencari orang yang
sepertinya untuk di rujuk dan di
kutip mutiara mutiara
yang terpendam di dalam seluk yang menjijikkan
ia meninggal pada usia tua tahun 90an.
Salam wbt.biasa dgr nama cikgu leh pasir panjang dulu2.salah sorg gurunya duduk di kg ladang titian.meninggal awal 80an
ReplyDelete