Wednesday, November 27, 2013
baba najmuddin pondok kerandang setiu
guru ke 3 di Mekah ini menetap dan membuka pondok di Kerandang , di Setiu Terengganu . datang di sekitar penghujung 80an. B
Tuesday, November 26, 2013
Tok Pulau Manis dan hubungan kerajaan Terengganu Acheh
oleh Ustaz hanafi El Fesfanji
dikatakan Sharif Mohammad Al Baghdadi moyang Tok Ku Pulau Manis ini mempunyai pertalian waris dan hubungan nkekeluargaan dengan Sultan malikus Salih , pengasas Kerajaan Samudera Pasai yang pusatnya di Acheh sekarang. Siapakah Sharif Mohamad Al Baghdadi ini adalah satu persoalan menarik kepada ramai pengkaji sejarah nusantara.
menurut kebanyakan ahli sejarah , Sharif Mohamad ini sendiri telah di khianati oleh sepupu sepapanya anak cucu Saidina Abbas yang telah mendirikan kerajaan Abbasiyyah padahal pada mulanya mereka menggunakan tenaga dan pengorbanan ahlil bait. Pengasas Dinasti Abbasiyyah sendiri, Abu Jaafar Al Mansur bukan sahaja membunuh Abu Muslim Al Khurasani, pembantu nya yang sangat besar jasanya itu sahaja malahan ramai sanak saudaranya dari kalangan bani Abbas yang telah menasihatinya agar jangan tamakkan kuasa dan jangan khianat kepada perjuangan yang suci yang di warisi semenjak zaman Saidina Ali, telah di bunuh dan di buru oleh nya. Melihatkan bapa saudara khalifah sendiri telah di bunuh oleh khalifah sendiri, maka ramailah yang melarikan diri darinya dan keluar dari baghdad lebih-lebih lagi dikalangan ahli bait yang keluarganya telah ramai terbunuh. , sebahagiannya pulang ke Mekah. Bilamana mendapat tahu bahawa musuh mengetahui persembunyian mereka, mereka telah keluar menuju ke hadralmaut, Yaman.
yang pasti ialah sebagaimana yang di sebut dalam sejarah , di alam Melayu, ia telah membantu perkembangan dakwah di rantau ini, membantu saudara dan keluarganya mendirikan kerajaan Islam Acheh meskipun ia sendiri tidak mengangkat dirinya menjadi raja . demi dakwah, ia merintis jalan supaya keluarganya berkorban dan bersusah payah brjihad mengalahkan kerajaan kerajaan Hindu Buddha Srivijaya dan majapahit dan membenarkan sanak saudaranya menjadi raja di Acheh.
.
Kalau nak bercerita tentang hubungan acheh dan Terengganu, memang banyak perkara yang boleh di bincangkan. Moyang
saya sendiri , iaitu yang pertama mendiami hujung Gong Kg masjid hj Kadir ,
yang bernama Tok Aminah , isteri Ibrahim
Al YUnani yang di panggil Pak De Him Bukit Jenal itu juga datang dari Acheh.
Kalau kita lihat bahawa ia sepupu Tok hajar anak Lebai Saad yang yang membantu
Haji kadir membuka masjid adalah berasal dari Patani, nescaya kita
akan dapati keluarga Tok Nah Acheh ini adalah keluarga yang berasal dari Patani jugalah. . dari Patani mereka berpindah ke
Acheh. Dari Acheh mereka berkapal layar Ke singapura, seterusnya datang berkapal layar lagi ke Terengganu. Masih ada
adik beradik Tok Aminah yang menetap di
Singapura yang sekarang ini telah tidak dapat kami dengar khabar berita lagi
semenjak kematian anaknya Awang Pak De Him yang menjadi datuk saya. Tok Ki Awang ini sendiri pernah berkapal layar ke Singapura setelah menceraikan isteri pertamanya orang Seberang Takir
.
.
Kalau nak bercerita tentang sejarah hubungan ulama acheh dan Terengganu pula kita boleh lihat contohnya sejarah Tok Pulau manis itu sendiri yang pernah menjadi tulang belakang kerajaan Terengganu, yang mana kerajaan terengganu hari ini yang adalah berasal dari keturunan Tun Habib itu sendiri adalah berasal dari Acheh. .
Untuk bercerita tentang Tok PUlau Manis pula, saya rasa
perlu juga terlebih dahulu saya buka cerita bahawa Haji Kadir pengasas Masjid Kg Masjid Haji
Kadir Pasir panjang itu, memang datang dari Patani dengan beberapa saudara. Seorang
menetap diPaluh dan yang ini di kenali
dengan nama Tok Ki Paluh ( bukan Tok Ku Paloh)
manakala seorang lagi menetap di Pulau manis dan Yang ini di paggilTok Ki Pulau manis (bukan Tok Ku Pulau manis) . menurut haji mansur Haji Ismail imam tua masjid lama Pulau bahagia, nama adiknya yang di pulau manis adalah lut manakala menurut tok saya yang di pulau rusa/ paloh ialah tok ki man . samada othman atau abdul rahman tidak dapat di pastikan.
Kalau nak bincang tentang Tok Pulau manis ,maka datuknya
Sharif Mohammad adalah seorang yang mempunyai peranan penting dalam kerajaan Acheh, manakala cucunya adalah di antatra
tokoh yang menjadi tulang belakang penting kepada bermulanya kerajaan Terengganu
keturunan Bendarahara Tun habib padang Saujana.
Maka tidak peliklah Tok Pulau Pulau manis menjadi tulang
belakang kepada penabalan Sultan zainal abiding
I oleh Kerajaan JohorvRiau dan Patani, dan di akui oleh Acheh.
dikatakan Sharif Mohammad Al Baghdadi moyang Tok Ku Pulau Manis ini mempunyai pertalian waris dan hubungan nkekeluargaan dengan Sultan malikus Salih , pengasas Kerajaan Samudera Pasai yang pusatnya di Acheh sekarang. Siapakah Sharif Mohamad Al Baghdadi ini adalah satu persoalan menarik kepada ramai pengkaji sejarah nusantara.
menurut kebanyakan ahli sejarah , Sharif Mohamad ini sendiri telah di khianati oleh sepupu sepapanya anak cucu Saidina Abbas yang telah mendirikan kerajaan Abbasiyyah padahal pada mulanya mereka menggunakan tenaga dan pengorbanan ahlil bait. Pengasas Dinasti Abbasiyyah sendiri, Abu Jaafar Al Mansur bukan sahaja membunuh Abu Muslim Al Khurasani, pembantu nya yang sangat besar jasanya itu sahaja malahan ramai sanak saudaranya dari kalangan bani Abbas yang telah menasihatinya agar jangan tamakkan kuasa dan jangan khianat kepada perjuangan yang suci yang di warisi semenjak zaman Saidina Ali, telah di bunuh dan di buru oleh nya. Melihatkan bapa saudara khalifah sendiri telah di bunuh oleh khalifah sendiri, maka ramailah yang melarikan diri darinya dan keluar dari baghdad lebih-lebih lagi dikalangan ahli bait yang keluarganya telah ramai terbunuh. , sebahagiannya pulang ke Mekah. Bilamana mendapat tahu bahawa musuh mengetahui persembunyian mereka, mereka telah keluar menuju ke hadralmaut, Yaman.
Menurut sejarah di antara tokoh yang menjalani nasib yang
malang I ni ialah Mohamad bin Abdullah
bin Hassan Al Muthanna bin Saidina Hassan bin Saidina Ali yang terkenal dengan panggilan an nafs az
zakiyyah. Dalam sejarah di sebut, an
nafs az zakiyyah yang bernama Mohamad bin Abdullah telah mati terbunuh . adakah
kisahnya terhenti setakat itu, ?
di sinilah ada pendapat seperti yang di utarakan oleh Tun Suzana yang menyatakan ia sendiri atau sekurang-kurangnya keturunannya ada yang telah datang ke nusantara dan itulah yang menggelarkan dirinya sebagai sharef mohamad Al Baghdadi. namun begitu, pendapat ini di lihat oleh sesetengah pihak sebagai sangat samar dan kabur. sememangnya kisah-lisah sejarah pahlawan yang menyelamatkan diri dari diburu sebegitu bukan berlaku sekali atau di satu zaman sahaja bahkan berulang ulang kali sehinggalah jatuhnya Abbasiyyah di serang oleh Hulago Khan bangsa moghol Tartar yang kejam , demikianlah juga dalam sejarah-sejarah yang lain.
kekeliruan berlaku pada fakta yang menyebutkan Sharif Mohamad Abdullah yang pernah di angkat menjadi raja di baghdad telah turun ke Alam Melayu ? bagaimanakah sejarah ini berlaku masih sukar untuk di pastikan.
di sinilah ada pendapat seperti yang di utarakan oleh Tun Suzana yang menyatakan ia sendiri atau sekurang-kurangnya keturunannya ada yang telah datang ke nusantara dan itulah yang menggelarkan dirinya sebagai sharef mohamad Al Baghdadi. namun begitu, pendapat ini di lihat oleh sesetengah pihak sebagai sangat samar dan kabur. sememangnya kisah-lisah sejarah pahlawan yang menyelamatkan diri dari diburu sebegitu bukan berlaku sekali atau di satu zaman sahaja bahkan berulang ulang kali sehinggalah jatuhnya Abbasiyyah di serang oleh Hulago Khan bangsa moghol Tartar yang kejam , demikianlah juga dalam sejarah-sejarah yang lain.
kekeliruan berlaku pada fakta yang menyebutkan Sharif Mohamad Abdullah yang pernah di angkat menjadi raja di baghdad telah turun ke Alam Melayu ? bagaimanakah sejarah ini berlaku masih sukar untuk di pastikan.
yang pasti ialah sebagaimana yang di sebut dalam sejarah , di alam Melayu, ia telah membantu perkembangan dakwah di rantau ini, membantu saudara dan keluarganya mendirikan kerajaan Islam Acheh meskipun ia sendiri tidak mengangkat dirinya menjadi raja . demi dakwah, ia merintis jalan supaya keluarganya berkorban dan bersusah payah brjihad mengalahkan kerajaan kerajaan Hindu Buddha Srivijaya dan majapahit dan membenarkan sanak saudaranya menjadi raja di Acheh.
.
Oleh kerana hubungan Acheh dengan Terengganu kuat, ia
mengambil keputusan untuk memperkukuhkan dakwah Islam di Terengganu biar kelak Terengganu menjadi satu daripada pusat pusat Islam yang penting . menurut Tun Suzana , seorang anaknya Abdul Kahhar telah menyarankan anaknya (cucu Sharif Mohammad) menyebarkan Islam turun ke Terengganu. Di sinilah anaknya yang
bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Abdul Kahhar (atau Sharif) yang di panggil
Tok Pauh yang kemudian harinya menjadi sangat terkenal di kuala Berang sebagai pendakwah besar yang di hormati. , Tok Pauh inilah bapanya Tok Pulau manis. Kuburnya ada di tanah perkuburan Pauh di Temir 6km dr Kuala Berang.
Kg Pauh di beri nama Kg pauh kerana bilamana Sharif Abdullah datang berdakwah untuk mengajar penduduk di sana, ia berpandukan kepada sebatang pokok pauh yang sangat besar yang terletak berhampiran dengan muara sungai. di situ di jadikan jeti dan surau tempat ia mengajar.
setelah Tok pulau manis membuka pondoknya di Pulau Babi seterusnya beralih ke Kg yang di berinama dengan namanya, kg Pulau manis, ia telah mendapat sanjungan dari pihak istana ,bukan setakat menasihati raja, malahan kuasa menabalkan raja terserah ke tangannya. Setelah Tok PUlau manis melantik Sultan Zainal abidin I, sekaligus bererti menubuhkan kerajaan terengganu yang baru di zaman yang baru, ia mewasiaatkan juga agar nanti , Sultan mansur yang mengantikan ayahandanya bilamana ayahandanya mangkat kelak.
Kg Pauh di beri nama Kg pauh kerana bilamana Sharif Abdullah datang berdakwah untuk mengajar penduduk di sana, ia berpandukan kepada sebatang pokok pauh yang sangat besar yang terletak berhampiran dengan muara sungai. di situ di jadikan jeti dan surau tempat ia mengajar.
setelah Tok pulau manis membuka pondoknya di Pulau Babi seterusnya beralih ke Kg yang di berinama dengan namanya, kg Pulau manis, ia telah mendapat sanjungan dari pihak istana ,bukan setakat menasihati raja, malahan kuasa menabalkan raja terserah ke tangannya. Setelah Tok PUlau manis melantik Sultan Zainal abidin I, sekaligus bererti menubuhkan kerajaan terengganu yang baru di zaman yang baru, ia mewasiaatkan juga agar nanti , Sultan mansur yang mengantikan ayahandanya bilamana ayahandanya mangkat kelak.
Di bukit Puteri ada kubur lama yang di katakana milik Syed Yassin bin Syed yahya, batu nisannya
berbentuk batu nesan pembesar Acheh , ia telah menjadi ulama besar Terengganu .
dalam melihat hubungannya dengan Terengganu, beliau sebenarnya adalah menantu Sultan Zainal abidin I. yang menjadi
pendakwah terkenal di zaman tersebut. Di samping menantu Sultan Zainal Abidin adalah ulama Acheh, Baginda-Sultan Zainal Abidin - sendiri berkahwin dengan anak perempuan Tok PUlau manis. maka jadilah Tok Pulau Manis seorang mertuanya di samping penasihat kerajaannya.
TOK PULAU MANIS DARI KETURUNAN WAN ABDULLAH UMDATUDDIN
keterangan yang menyebutkan ia adalah daripada keturunan an nafs az zakiyyah itu telah di
sebut oleh tun suzana. sumber dari terengganu pula menyebutkan bahawa Tok Pulau manis
adalah dari keturunan champa iaitu cucu kepada sultan wan abdullah umdatuddin pemerintah
champa daripada isterinya yang sebelah wan madaen. ertinya ia adalah daripada sebelah Mawlana Hussein Jamadul Kubra juga..
sultan umdatuddin mempunyai tiga orang isteri.
wan madaen, wan zainab dan seorang lagi
dengan wan madaen ini beliau memperolehi dua orang anak iaitu sharif hidayatullah ( sunan
kalijaga ) dan sharif nurullah (sunan gunung jati) . ada pendapat yang berkata dari
keturunan sharif nurullah dan ada pula yang berkata dari pihak sharif hdayatullah.
berkemungkinan pendapat yang berkata sharif nurullah adalah lebih kuat berbanding dengan
sharif hidayatullah kerana sunan gunung jati ini menjadi pemerintah Cerebon. darinya lahir
anak bernama sharif Mohamad . anaknya pula bernama sharif abdul qahhar, anaknya lagi ialah sharif abdullah yang di kenali sebagai tok pauh . tok pauh inilah ayah tok pulau manis.
rumah awang pak de him anak Tok Aminah Acheh di hujung Gong Kg Masjid Hj kadir dimana di sinilah isterinya Su Aminah binti Ahmad cucu Hj Kadir menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sehingga mati . di rumah inilah saya di lahirkan dan mempelajari banyak ilmu tajwid, ilmu nahu, sorof dan sifat dua puluh. serta perkakas sembahyang
pandangan hujung gong yang telah kekeringan air. sawah padi, gelong , jamabtan kayu, wakaf kayu , ikan dan lintah sudah tidak ada lagi akibat di tambun untuk tujuan perumahan.
.
p
TOK PULAU MANIS DARI KETURUNAN WAN ABDULLAH UMDATUDDIN
keterangan yang menyebutkan ia adalah daripada keturunan an nafs az zakiyyah itu telah di
sebut oleh tun suzana. sumber dari terengganu pula menyebutkan bahawa Tok Pulau manis
adalah dari keturunan champa iaitu cucu kepada sultan wan abdullah umdatuddin pemerintah
champa daripada isterinya yang sebelah wan madaen. ertinya ia adalah daripada sebelah Mawlana Hussein Jamadul Kubra juga..
sultan umdatuddin mempunyai tiga orang isteri.
wan madaen, wan zainab dan seorang lagi
dengan wan madaen ini beliau memperolehi dua orang anak iaitu sharif hidayatullah ( sunan
kalijaga ) dan sharif nurullah (sunan gunung jati) . ada pendapat yang berkata dari
keturunan sharif nurullah dan ada pula yang berkata dari pihak sharif hdayatullah.
berkemungkinan pendapat yang berkata sharif nurullah adalah lebih kuat berbanding dengan
sharif hidayatullah kerana sunan gunung jati ini menjadi pemerintah Cerebon. darinya lahir
anak bernama sharif Mohamad . anaknya pula bernama sharif abdul qahhar, anaknya lagi ialah sharif abdullah yang di kenali sebagai tok pauh . tok pauh inilah ayah tok pulau manis.
rumah awang pak de him anak Tok Aminah Acheh di hujung Gong Kg Masjid Hj kadir dimana di sinilah isterinya Su Aminah binti Ahmad cucu Hj Kadir menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sehingga mati . di rumah inilah saya di lahirkan dan mempelajari banyak ilmu tajwid, ilmu nahu, sorof dan sifat dua puluh. serta perkakas sembahyang
pandangan hujung gong yang telah kekeringan air. sawah padi, gelong , jamabtan kayu, wakaf kayu , ikan dan lintah sudah tidak ada lagi akibat di tambun untuk tujuan perumahan.
.
p
Friday, November 15, 2013
salsilah maulana hussein jamadul kubra yang turun ke patani akhirnya turun ke terengganu
maulana hussein di kira di antara mubaligh islam awal yg membawa islam ke alam melayu , lahir di gujerat tetapi keluarga dari yaman bersambungan kepada S Hussein bte Fatimah binti Rasulullah SAW
Thursday, November 14, 2013
hubungan kejkeluargaan antara syeikh mat saghir penulis kitab matlaul badrain, ketua hakim mahkamah mekah dan sepupunya syeikh abd kadir dengan syeikh kadir bukit bayas dan hj kadir pasir panjang
sebagaimana yang telah kami sebutkan terdahulu bahawa pengarang kitab matlaul badrain yang menjadi teks feqh seluruh masjid surau di alam melayu adalah di lahirkan di pulau duyung. ia telah di bawa oleh Syeikh dawud Patani ke Mekah sehingga menjadi tenaga pengajar penting di masjidil haram dan juga ketua hakim syariah shafie di mekah. hubungannya dengan syeikh kadir bukit bayas dan hj kadir kg masjid Pasir panjang ialah seperti di bawah:
Add caption |
hubungan kekeluargaan antara syeikh dawud patani dengan syeikh wan kadir bukit bayas dan hj kadir kampung masjid hj kadir pasir panjang
hubungan ini memperlihatkan peretemuan mereka adalah pada wan abu bakar bin wan ismail pandak bin faqeh ali al malibari
dua pupu antara syeikh dawud dengan syeikh kadir bukit bayas
abdullah ayah syeikh dawud fatani berkahwin dengan sepupunya fatimah anak wan selamah bin wan abu bakar, kami letakkan sebelah nya, maka lapisan bawah itu semuanya anak mereka berdua,
menurut ustaz hj ahmad awang, seorang cicitnya berkata bahawa datuknya tok ki pak ngah ahmad menceritakan bahawa hj kadir kg masjid adalah anak saudara syeikh kadir bukit bayas. Syeikh adalah bapa saudara.
menurut pengkaji terkenal Wan Saghir Abdullah , Abdullah bin Abdul Rahim krisek yang menjadi abang Syeikh Wan Kadir bukit bayas adalah pengarang kitab muhimmah yang terkenal itu. maka ertinya pengarang kitab tersebut adalah ayah hj kadir Kg Masjid Pasir Panjang والله اعلم بالصواب
Tuesday, September 17, 2013
Syeikh Ahmad Al Patani
ini gambar syeikh ahmad patani pemilik gudang dan percetakan kitab kitab jawi lama yang menjadi teks kuliah semua masjid dan surau di alam melayu.
lebai saras minangkabau dan nama kemaman
oleh Hanafi El Fesfanji
KEMAMAN NAMA DI BERIKAN LEBAI SARAS MINANG KABAU DARI
PERKATAAN KERA MAMANG
dalam membawa barang barang perdagangan yang merupakan produk dari kampungnya, kumpulan
Lebai saras minangkabau telah singgah berehat di suatu kuala
unntuk menghilangkan kepenatan dan mencari tenaga dan bekalan makanan .
dengan tawakal mereka berdoa kepada Allah agar di kurniakan rezeki yang halal dan luas.
selang beberapa lama, ia bersama kawan kawannya telah di datangi oleh sekumpulan kera . yang peliknya kera ini memberikan makanan kepada mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di situ. Tempat tersebut di panggil kera mamang. Kerana menyebut perkataan demikian adalah berat, akhirnya mereka menyebut kemaman. Akhirnya sebutan sedemikian lekat sehingga ke hari ini.
dengan tawakal mereka berdoa kepada Allah agar di kurniakan rezeki yang halal dan luas.
selang beberapa lama, ia bersama kawan kawannya telah di datangi oleh sekumpulan kera . yang peliknya kera ini memberikan makanan kepada mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di situ. Tempat tersebut di panggil kera mamang. Kerana menyebut perkataan demikian adalah berat, akhirnya mereka menyebut kemaman. Akhirnya sebutan sedemikian lekat sehingga ke hari ini.
merekalah golongan Minangkabau yang membuka kemaman di samping kumpulan kumpulan melayu dari patani dan tempat tempat lain..keturunan lebai minangkabau ini masih ramai di kemaman
tuan guru Hj Abbas Tok Jiring (Bukit Puteri Besut)
oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji
HAJI ABBAS TOK JIRING
Haji Abas Mohamad di lahirkan di Kg Bukit Puteri tahun 1909. Eliau mendapat
pendidikan awal di pondok Hj Mohamad Kuala besut di ikuti dengan pengajian 8
tahun di Mekah.di Mekah beliau telah
berguru dengan Syeikh Said Yamani, Syeikh Mohamad Patani Syeikh Mokhtar Jawa
dan Syeikh Ali Maliki.
Kemudian beliau ke
Jamiah Dabhel Simlak dan Darul Ulum Deoband India. Subjek yang paling di
minatinya ialah ilmu tafsir dan hadis . di sana ia terdedah dengan perjuangan umat Islam
menentang ritish. Deoband yang didirikan oleh murid murid Syah Waliullah Ad
Dahlawi telahmelahirkan ramai ulama yang bersemangat perjuagan yang tinggi.
Setelah kembali ke tanah air, ia membuka pondok dan
berceramah dengan semanagat sehingga di panggil di gelar Gandhi besut.
Terlibat dalam politik.
Dalam pilihanraya tahun 1959, beliau telah di tawarkan untuk
bertanding di atas tiket Pas.
Akhirnya Pada tahun
19lima puluh sembilan, PAS dapat memerintah Terengganu, dalam usaha mendapatkan
kembali Terengganu dari tangan pas, Umno telah menggunakan
segala cara yang kotor dan jijik
termasuk membeli YAB PAS. dengan mengemukakan usul tak
percaya ,terdapat beberapa YAB pas
yang telah berpecah menyebabkan pas gagal di terengganu.
terlepasnya terengganu dari tangan
pas beberaPA YB PAS telah melompat kepada umno. mereka
adalah :
Hj Kadir Padang Midin Motor Besar
Hj Abbas Tok Jiring
Mat Azam Jeram
manakala mereka yang kekal dengan pas ialah :
Daud Abdul Samad PAS
Tok Guru Haji Bidin ==Dungun PAS
berkaitan dengan mereka yang melompat ini adalah berpunca
daripada mereka tidak mempunyai
kefahaman yang jelas tentang parti parti politik yang mereka
sertai. Tok guru Hj Abbas dan
Hj Kadir memang dikenali dalam masyarakat sebagai tokoh ilmu. , sebagai tuan guru mereka telah di
tawarkan oleh parti Islam untuk bertanding menjadi
wakilkepada rakyat tetapi sebenarnya
kemahiran dan kefahaman mereka yang mendalam bukanlah dalam
bidang politik Islam. Tok guru
hj Abbas dengan feqh dan nahunya manakala Hj Kadir Padang
midin pula adalah dengan mertabat
tujuhnya. selepas beberapa lama berlalu sejarah hitam itu,
barulah mereka faham dan mereka
menyesal pada satu masa yang sudah amat lewat.
Hj Abbas tok Jiring pula, sebagaimana yang di nyatakan oleh
Ustaz Fatah Awang, cucunya,
meninggal dalam PAS. Lama sebelum ia meninggal, ia telah
telah lama menyesal dengan apa yang berlaku atau apa yang di perlakukan ke
atasnya . akhirnya beliau kembali
semula kepada PAS.
demikianlah hebatnya UMNO dalam membuat perangkat untuk
mendapatkan semula kuasa dengan
cara yang amat kotor. lihatlah juga apa yang telah umno lakukan kepada Kerajaan Pakatan
Rakyat di Perak tahun 2008.
DARI PULAU MANIS TUMBUHNYA BEBERAPA PONDOK
oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji
pengajian pondok di pulau manis telah wujud semenjak zaman tok ku pulau manis( syeikh Abdul
malik bin Abdullah) lagi. ayahanda beliau Syeikh abdullah bin abdul kahar yang lebih di
kenali sebagai Tok Pauh adalah dari keluarga yg telah tiba dari negara arab dan membantu
sultan terengganu. Kubur tok pauh terdapat di Kg pauh kira kira enam km dari pusat bandar
kuala Berang. anaknya Tok Ku Pulau Manis telah menjalankan kegiatan dakwah termasuk di
istana sultan terengganu.
semenjak pondok di buka di Kg Pulau Manis di awal abad 18, ia telah berjaya menumbuhkan
pondok di Beladau pada awal abad ke 19. dari beladau, berkembang pula pondok di Serengas
di bawah Tuan Guru Hj Abdul Malik bin Isa pada pertengahan abad 19. Dari sini berkembang
pula pondok Tuan Guru Hj Mat lapok . dari pondok Hj Mat Lapok ini, berkembang pula pondok
faqih Abdullah Kuala Berang sehingga tahun 19enam puluh.
di samping melahirkan Tok Guru Mat Buruk, pondok beladau telah melahirkan guru pondok
Padang Midin yang terus berperanan sehingga tahun 1980an. satu lagi ialah pondok Hj Abdul
Hamid Tebauk Nerus juga berperanan giat sehingga berakhir pada dekad yang sama
di besut pula, murid dari pondok Beladau iaitu Tok Guru Hj Mohamad bin Hussein yang membuka
pondok do kampung asalnya kg Lampu Besut telah membuka pondok yang besar selepas berpindah
ke Kuala Besut . (1913). beliau telah belajar di Mekah selama 13 tahun dan mahir dalam
bidang nahu sorof fiqh dan usl feqh
sebelum itu , di Besut sendiri telah ada Tuan Guru Hj hassan bin Ishaq al patani, pengarang
kitab perubatan Tajul Muluk yang terkenal, yang membuka pondok di surau kg gong surau .
Beliau meninggal dalam 1873=1893. dalam masa yang sama juga terdapat Tuan Guru Hj Said
membuka pondok kampung Lama Kg raja tahun 1873= 1893.
Tuan guru Hj Daud Kg Salim tahun 1873=1923. Tuan Guru Hj Hassan Alur Lintah (1909=1914)
Tuan guru Hj Abbas bin Mohamad Bukit Puteri (193=410 KEMUDIAN BERPINDAH KE tOK jIRING TAHUN
1948=19ENAM PULUH SATU
tOK TGuru Hj Wan Abdul Latif bin Wan Kadir Pondok Jertih
Tuan Guru Hj Wan ab Latif Awang Pondok Alur KEladi 1947 1973
Tuan Guru Hj Hussein bin Ibrahim Kg Amer 1973=81.
Tuan Guru Baba najmuddin yang berpindah dari Mekah membuka pondok di Kerandang pada akhir
80an dan berperananan sehingga tahun 90an.
Wednesday, September 11, 2013
Tuesday, September 10, 2013
USTAZ HIM BUKIT BAYAS
oleh Hanafi El Fesfanji
HAJI IBRAHIM ALI
Haji Ibrahim Ali ini di lahirkan 1947. Beliau adalah berketurunan
Hj Kadir Kg Masjid sebelah bapanya dan Lebai Isa Bukit Depu sebelah ibunya. Sebelah
bapanya ialah Ibrahim bin A;li bin Mak Cik Wook bin Hj Kadir Kg Masjid al Patani
manakala sebelah ibunya pula adalah Hamidah binti Abdullah bin Ahmad bin Lebai
Isa Bukit Depu,
Beliau berkahwin dengan
dengan Wan Khadijah Wan Endut Bukit Bayas. Ini bererti Tuan Guru haji
Endut Wan Omar bukit bayas itu adalah
mertuanya.
Beliau juga aktivis Islam k Kawasan Kuala Terengganu.
Beliau adalah seorang yang suka menadah kitab. Sehingga ke akhir
hayatnya ia masih menadah kitab dengan Tok Guru haji Abdul Rahman K Ibai,
menantu Pak De El guru masyhur di Masjidil Haram Mekah
Beliau meninggal di Mekah setelah selesai tawaf rukun haji tahun 2007 . melontar dan yang lain lain
di bantu jamaah.
. setelah pencen mengajar agama di sekolah rendah Sultan
Sulaiman, beliau banyak menghabiskan masa di masjid hj kadir . beliau banyak
mengajarkan hadis seperti riyadus salihin dan hadis 40 nawawi.
Hj Ngah Pasir Panjang
oleh Hanafi El Fesfanji
HjNgah bin Ismail
Di beritahu kepada saya juga bahawa
Salah seorang dari keturunan Lebai Isa Bukit Depu ialah ialah
Ustaz (tuan guru ) Haji
Ngah
Ustaz (Tuan guru) Haji Ngah terkenal sebagai seorang aktivis Parti Islam yang aktif di sekitar Kuala terengganu . beliau di kenali dengan panggilan Haji Ngah
setelah kembali dari pengajiannya di Mekah dalam tahun 70an , Ustaz haji Ngah juga telah memulakan tugas penyampaian dakwahnya di beberapa surau termasuk Surau Cikgu Leh sebelum membina surau bersebelahan
ia juga menjadi Imam dan khatib di masjid kg Masjid hj kadir
Setelah tua, ia membina
sebuah surau lagi di kampung Bukit Jenal, tapak kebun ayahnya Hj Ismail.
Haji Ngah meninggal tahun setelah beberapa lama menderita sakit kena angin sekitar dua ribu 8
Us Awang Abu Bakar Batu Enam
oleh Hanafi El Fesfanji
AWANG NASIRUDDIN ABU BAKAR
Beliau adalah menantu Hj Abbas tok jiring
. Belajar di India dan Mesir. Lebih di kenali dengan
panggilan us awang jidin tukul besi batu enam.
Pernah memegang Jawatan Ketua Dewan Ulama Parti Islam Terengganu
Hj Ahmad Merbau Patah
oleh Hanafi El Fesfanji
Seorang lagi keturunan Hj Wan Mahmud Patani yang membuka Sg
Derhaka yang menjadi Ulama di sekitar
tahun 80=90an ialah yang di kenali sebagai Hj Ahmad Merbau Patah.
Beliau sempat belajar
dengan Hj mat Shafie Losong dan banayk berguru dengan Hj Mat Tersat dan belajar juga di Mekah.
Setiap hari jumaat ramai orang yang dating berduyun duyun ke
suraunya.
Kitab pengajarannya yang terkenal ialah kitab hikam. Ia juga mengajarkan kitab dur al
thamin dan aqidah annajin. Jauharul
Mauhub , musolli.
Seorang anaknya yang terkenal ialah Hj Jaafar. Beliau mengajarkan kitab
Sabilul Muhtadi Syeikh Arshad Banjari .tafsir Nurul Ehsan dan juga Mukhtasar
Jiddan.
Kesemuannya telah arwah . yang masih mengajar di situ
sekarang adalah anaknya Hj Zu.
Monday, September 9, 2013
kisah kematian yg baik di kg masjid
oleh el fesfanji
Ada beberapa kisah kematian yang menariok di Kg Masjid Hj
Kadir.
Di antara nya ialah
kisah kematian Hj Kadir yang membuka kampung tersebut meninggal pada hari
jumaat.
saya pernah menceritakan bahawa
Arwah haji Ismail Bilal
menceritakan bahawa datuknya Hj Kadir, meninggal pada hari jumaat sekitar pukul
tiga petang. dia sakit perut. perutnya memulas dan ia cirit beret( cerah
perut.)
PADA pagi itu, ia telah
pergi ke Rumah Hj Kadir . datuknya berkata: hari ni tak mengaji quran
sebab tok ki nak balikdah !
nak balik ke mana tok ki
weh? Tanya Hj Ismail Bilal
ke m,ana lagi? ke kubur
la. Jawab Tok Guru Hj Kadir
lalu ia berpesan supaya
di panggil syed atau tok ku atau ayah ku ,seorang kawan baiknya yang bertugas
di masjid tyok ku Chabang Tiga. Ia amat berharap sangat untuk bertemu tok ku
tersebut. oleh kerana itulah hajatnya, maka ada seorang yang pergi panggil tok
ku tersebut. Tok ku tersebut juga tua dan uzur sepertinya juga. sebaik sahaja
tok ku tersebut melangkah masuk kepadanya, ia terus memandang(meninggal)
menurut tok Ayah Ngah
mat( Ustaz Ahmad awang) tahun kematiannya adalah tahun kelahiran Ustaz mat
Munah Losong. ertinya beliau meninggal tahun 1930. dan di tanam di Tanah
Perkuburan Pasir Panjang.berdekatan pokok cengal besar yg pad hari ini pokok
tersebut telah mati dan kering.
Seorang lagi ialah arwah mak cik andak. Dia meninggal pada
hari jumaat bulan ramadhan selepas solat jumaat. Dia seorang perempuan tukang
tenun kain songket yang baik hati
Haji Embong bin Ibrahim
pula meninggal dalam ketika mengimamkan
sembahyang subuh di masjid hj kadir. Pada
pagi selepas pilihan raya 2004. Setelah mendengar berita kekalahan parti Islam yang
menyedihkan , dalam perjalanan ke masjid ia ia bertanya ke[pada anak anak muda yang berehat : kenapa
kalah teruk sangat??
Kemudian dia mengazankan, memgiqamahkan dan seterusnya
menjadi imam. Dalam waktu ruku` rakaat kedua , ia telah jatuh tumbang dan
meninggal.
Ia setiasa menghidupkan masjid jj kadir, surau hj ngah di
samping balai sah dia sendiri dengann pengajaran feqh dan sifat dua puluh
Seorang yang meninggal di Mekah setelah siap haji tahun 2007
ialah ialah imam masjid tersebut, Ustaz Ibrahim ali . setelah pencen mengajar
agama di sekolah rendah Sultan Sulaiman, beliau banyak menghabiskan masa di
masjid tersebut. Selaku seorang Pak saudara, ia sangat banyak mendidik saya
dengan ilmu Islam.
Seorang lagi ialah kak Yoh.
Haji Abdullah Kudung
haji Abdullah Kudung telah membuka madrasah untuk pelajar perempuan peringkat belasan tahun bernama madrasah al khairiyyat di Teluk Tok Adis kuala Ibai sekitar tahun 80 an .
hj Shuaibun Pulau Kerengge
oleh al faqir el fesfanji
Haji
Shuaib bin Ahmad Pulau Kerenggere
Saya
masih ingat semasa saya dalam peringkat awal sekolah rendah dahulu ( awal 80an)
ayah saya sentiasa mengajarkan kepada saya nahu dan sorof. Dia seringkali
membelekkan kitab mukhtasaor jiddan dan kufrowi di hadapan saya. Dia menagajrkan
kepada saya berulang kali sewaktu ia membuat batik di belakang rumah saya di Kg
Belukar Jambu. Pada waktu itu, seorang guru Al Quran (tajwid dan qiraat murid
Us Hj Mat Litar) bekerja mencelup batik dengan ayah saya. Saya panggil guru
tersebut dengan panggilan Pak Su Awang Tok meskipun namanya adalah Hamzah. Saya
seronok juga mereka berbincang tentang nahu, sorof dan al quran sewaktu berehat
rehat sebelum atau sesudah membuat batik. Akhirnya di waktu menengah (SMASZAL)
saya belajar ilmu al Quran dengan nahu sorof( Matan ajrumiyyah, mukhtasor dan
matan bina) dengan Pak Su Awang Tok ini. Di zaman menengah barulah saya faham
apa yang mereka bincangkan
Dalam
pada itu, ada seorang kenalan lama ayah semenjak di kampung Masjid Hj Kadir,
kampung asal nenek kami yang di panggil awang seringkali juga singgah dan
menghangatkan lagi perbualan mereka tentang nahu. Awang ini lebih cenderung
pula kepada perbincangan tentang tasaauf. Ia adalah anak murid Hj Shuiabun(
Shuaib bin Ahmad Pulau Kerenge . Hj Shuibun ini belajar pernah belajar dengan
Hj Saad Sg Kangkung(1893= 1943). Hj Saad kangkung adalah anak murid Tok Kenali
dan Mufti Haji wan Musa Kelantan. Guru berdua ini pernah belajar di Mekah.
Kecenderungan Hj Shuaibun adalah dalam bidang tasauf. Ia timbul
sekitar tahun enam puluhan dan tujuh
puluhan
Tuesday, September 3, 2013
di antara tokoh tokoh dakwah di besut
oleh el fesfanji
di besut, terdapat dua tokoh besar yang di akui mempunyai peranan dakwah dalam masyarakat di bahagian kedua dekad lalu.
yang pertama ialah seorang tuan guru yang ilmu ilmu tentang fiqh mazhab Syafie saya gali dengan salah seorang muridnya iaitulah TOK guru hj abbas Tok Jiring. ia berasal dari bukit putra. saya banyak mempelajari ilmu memahami laras dan lenggang lengguk bahasa kitab feqh khususnya Fathul Wahhab dan Sirajul wahhab (secara ceduk ceduk) dari Ustaz Halias Abu Bakar yang di kenali sebagai Ustaz Halias Khat sewaktu di Kusza. Ustaz Halias belajar enam tahun dengan Tok Guru di kg Tok Jiring.
yang kedua ialah Tok guru hj Wan ahmad Bukit Puteri dan tok guru Hj Latif Alur Keladi adalah murid kepada Tok Guru Haji Umar Cik Ahmad Besut. ( di lahirkan 1878M/ 129 lima H) . dikatakan nenek moyangnyalah di antara yang membuka besut
keturunan Tok Guru hj Umar Che Ahmad ini berasal dari Patani. semasa salah seorang dari moyangnya yg di panggil Cik Wan datang dari Patani, menaiki perahu melalui jalan air , setelah melepasi beberapa kuala, ia penat dan berhenti dan memanngil tempat tersebut dengan sut( yang bererti paling penghujung) . kerana sejauh itulah yg mampu di mudiki
tempat itu akhirnya di sebut kuala sut. lama kelamaan di sebut kuala besut
menurut hj wan Mad Saghir. chik Wan ini meninggal dalam pepwerangan
menurut syed bur mohd yg terkenal di Gombak dengan nama maulana pula,
tok guru hj abbas dan tok guru hj wan latif juga berlajar dengan tok guru haji mat yang membuka pondik dan masjid di kuala besut. Tok guru hj mat ini di panggil tok ayah belajar 18 tahun di Mekah.dan mahir dalam bahagian nahu sorof feqh dan usul feqh. Ramai orang termasuk dari Kemboja dan indo yang dating belajar ke situ
Maulana sempat belajar juga dengannya. Sebelum ke deoband India, maulana yang sentiasa di panggil dengan nama khan sentiasa di suruhnya azan bilamana masuk waktu sembahyang fardhu.
menurutnya sebelum ber pondok pengajian di masjid kuala besut di buka oleh tok ayah Hj mat. Orang bersembahyang jumaat di Nurul ittifaq yang terletak di pekan kuala besut yang di bina dengan kegigihan Tok Wan Ali, seorang aktivis kebajikan masyarakat di situ waktu tersebut. Tok Wan Ali meninggal dalam enam puluhan. Semasa balik dari India, Maulana masih sempat berhubungan lagi dengan gurunya itu. Tok Ayah mat ini pernah di tawarkan untuk menjadi pegawai kerajaan di pejabat agama, ia meolaknya kerana lebih bebas menjadi guru agama pondok rakyat. ia mahu mendidik masyarakat katanya.
Ia hanyalah berhubungan dengan majlis agama dalam bab perkahwinan kerana ia juga akhirnya menjadi juru nikah.
Bilamana tok ayah hj mat yang berasal dari kg lapu pulang dari mekah dan membuka pondok di kuala besut, orang ramai bertumpu pula ke masjid tersebut. Setelah pondok Tok Ayah Hj Mat menjadi Masjid Kuala Besut, masjid nurul ittifaq bertukar di jadi surau. Surau adalah bahasa Persian
tOK GAJAH BERKUBUR DI PASIR NERING 8KM DR KUALA BERANG
oleh ewl fesfanji
TOK GAJAH DAN ANAKNYA MAT KILAU
Di zaman sultan zainal abidin ke 3, Terengganu telah menjadi tempat persinggahan dan perlindungan bagi pemberontak Pahang . inilah yang di tulis dalam catatan sejarah ProBritish.
Sebenarnya tekanann yang di buat oleh British sangat kuat kepada penduduk tempatan. Sultan Ahmad yang bertelingkah dengan saudaranya Tun Mutahir akhirnya di sokong oleh British. Setelah British melantik Sultan Ahmad, British menekannya supaya menerima resident British yang mempunyai kuasa untuk menasihati sultan dalam hal ehwal pentadbiran Pahang. Di sinilah Sultan ahmad mula menyesal tetapi baginda tidak boleh berbuat apa apa lagi.
Sultan ahmad ini adalah mertua Sultan zainal Abidin Ke 3. Ketika Tok Bahaman, Tok Gajah dan mat Kilau beserta beberapa pengikutnya meminta semangat dengan kerajaan Terengganu, Sultan suruh mereka menemui Tok Ku Paloh. Tok Ku Paloh menyalakan semula semangat jihad mereka dengan menyalatakan ini adalah satu tanggung jawab kita terhadap agama kita. Ini adalah satu jihad yang perlu di teruskan. Maka dengan perintah Tok Ku Paloh sebagai Syeikhu;l Islam Terengganu( semacam Menteri Besar pada waktu itu) Trengganu membekalkan tentera bantuan kepada kumpulan Tok Gajah . untuk menentang British di Pahang,
Walaupun di akhir pertempuran itu , pihak perjuangan tewas. Bilamana tentera gurkha upahan British mendapatu darah mengalir, akhbar Singapore telah menyebarkan berita bahawa Mat Kilau telah terbunuh, tetapi sebenarnya beberapa tentara bantuan dari Terengganu dapat menyelamatkan mereka.
Menurut cerita lisan, TokKu paloh akhirnya menyuruh mereka bersembunyi di Kuala Berang. Di situlah Tok Gajah, Mat Kilau dan beberapa pengikutnya yang setia menertap sehinggalah Tok Gajah mati dan di tanam di Kuala Berang. Rumah penginapan mereka telah dapat di baik pulih oleh ayah ku dan di pasang semula walaupun tapaknya asalnya sudah berubah.
Mat Kilau terus berada di Terengganu sehingga melalui zaan yang lama. Apabila ia kembali ke air tawar, setelah ia di datangi oleh tanda tanda ia akan meninggal, maka pada hari jumaat terakhir sesudah solat, ia telah mengistiharkan dirinya sebagai mat Kilau yang telah menentang Inggeris. Sebelum itu, orang mengenalinya dengan nama mat Siam sebagai mana ia sendiri memperkenalkan nama itu. Menurut cerita orang tua tua Kuala Berang, mereka mengambil dari datuk nenek mereka bahawa Mat Kilau tidak ke Siam sebaliknya menetap di Kuala Berang sehinggalah ia kembali ke kampung halamannya.
Menurut cikgu Syed Omar, amalan mat kilau yang paling mashyur sehinggalah ia di kenali dengan nama Mat Kilau ialah surah was Syamsi
ħ÷K¤±9$#ur $yg8ptéÏur ÇÊÈ ÌyJs)ø9$#ur #sÎ) $yg9n=s? ÇËÈ Í$pk¨]9$#ur #sÎ) $yg9¯=y_ ÇÌÈ È@ø©9$#ur #sÎ) $yg8t±øót ÇÍÈ Ïä!$uK¡¡9$#ur $tBur $yg9t^t/ ÇÎÈ ÇÚöF{$#ur $tBur $yg8yssÛ ÇÏÈ <§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢y ÇÊÉÈ ôMt/¤x. ßqßJrO !$yg1uqøósÜÎ/ ÇÊÊÈ ÏÎ) y]yèt7/R$# $yg8s)ô©r& ÇÊËÈ tA$s)sù öNçlm; ãAqßu «!$# sps%$tR «!$# $yg»uø)ßur ÇÊÌÈ çnqç/¤s3sù $ydrãs)yèsù tPyøBysù óOÎgøn=tæ Oßg/u öNÎgÎ6/RxÎ/ $yg1§q|¡sù ÇÊÍÈ Ä§÷K¤±9$#ur $yg8ptéÏur ÇÊÈ ÌyJs)ø9$#ur #sÎ) $yg9n=s? ÇËÈ Í$pk¨]9$#ur #sÎ) $yg9¯=y_ ÇÌÈ È@ø©9$#ur #sÎ) $yg8t±øót ÇÍÈ Ïä!$uK¡¡9$#ur $tBur $yg9t^t/ ÇÎÈ ÇÚöF{$#ur $tBur $yg8yssÛ ÇÏÈ <§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢y ÇÊÉÈ ôMt/¤x. ßqßJrO !$yg1uqøósÜÎ/ ÇÊÊÈ ÏÎ) y]yèt7/R$# $yg8s)ô©r& ÇÊËÈ tA$s)sù öNçlm; ãAqßu «!$# sps%$tR «!$# $yg»uø)ßur ÇÊÌÈ çnqç/¤s3sù $ydrãs)yèsù tPyøBysù óOÎgøn=tæ Oßg/u öNÎgÎ6/RxÎ/ $yg1§q|¡sù ÇÊÍÈ wur ß$$ss $yg»t6ø)ãã ÇÊÎÈ
wur ß$$ss $yg»t6ø)ãã ÇÊÎÈ
Beliau adalah seorang yang suka membaca al qurann dan suaranya adalah merdu.
Di antara guru agamanya ialah hj Osman, murid pengarang kitab Mat laul badrain , Hj Mohamad bin Ismail Dawud Fatani, anak kelahiran Duyung . sewaktu di Mekah.
Beliau adalah seorang yang banyak berzikir dan suka bertapa . di katakana bahawa sewaktu bertapa, beliau pernah memperolehi buntat embun yang mempunyai kelebihan, sekiranya embun turun, badan yang terputus akan tercantum kembali
Ada beberapa cerita mereka yang terkenal sebagai ahli zikir bahawa mereka ada menemui Mat Kilau dalam beberapa majlis mereka. Wallahu `alam. Allah jua yang maha berkuasa.
Diantara amalan paginya ialah minum madu canpur halia bara yang di perembunkan
Beliau juga mengamalkan mandi embun setiap pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)