Tuesday, November 26, 2013

Tok Pulau Manis dan hubungan kerajaan Terengganu Acheh

oleh Ustaz hanafi El Fesfanji




Kalau nak bercerita tentang hubungan  acheh  dan Terengganu, memang  banyak perkara yang boleh di bincangkan. Moyang saya sendiri , iaitu yang pertama mendiami hujung Gong Kg masjid hj Kadir , yang bernama Tok Aminah  , isteri Ibrahim Al YUnani yang di panggil Pak De Him Bukit Jenal itu juga datang dari Acheh. Kalau kita lihat bahawa ia sepupu Tok hajar anak Lebai Saad yang yang membantu Haji kadir membuka masjid adalah berasal  dari Patani, nescaya kita akan dapati  keluarga Tok Nah  Acheh ini adalah  keluarga yang berasal dari Patani jugalah. . dari Patani mereka berpindah ke Acheh. Dari Acheh mereka berkapal layar Ke singapura, seterusnya datang berkapal layar lagi ke Terengganu. Masih ada adik beradik  Tok Aminah yang menetap di Singapura yang sekarang ini telah tidak dapat kami dengar khabar berita lagi semenjak kematian anaknya Awang Pak De Him yang menjadi datuk saya.  Tok Ki Awang ini sendiri pernah berkapal layar ke Singapura setelah menceraikan isteri pertamanya orang Seberang Takir


 .
Kalau nak bercerita tentang sejarah  hubungan ulama  acheh  dan Terengganu pula  kita boleh lihat contohnya  sejarah Tok Pulau manis itu sendiri yang pernah menjadi  tulang belakang kerajaan Terengganu, yang mana kerajaan terengganu  hari ini yang adalah berasal dari  keturunan Tun Habib itu sendiri adalah berasal dari Acheh. .

Untuk bercerita tentang Tok PUlau Manis pula, saya rasa perlu juga terlebih dahulu saya buka cerita bahawa Haji Kadir pengasas Masjid Kg Masjid Haji Kadir Pasir panjang itu, memang datang dari Patani dengan beberapa saudara. Seorang menetap diPaluh  dan yang ini di kenali dengan nama Tok Ki Paluh ( bukan Tok Ku Paloh)  manakala   seorang lagi menetap di Pulau manis  dan Yang ini di paggilTok Ki Pulau manis (bukan Tok Ku Pulau manis) .  menurut haji mansur Haji Ismail imam tua masjid lama  Pulau bahagia,  nama adiknya yang di pulau  manis adalah lut manakala menurut tok saya yang di pulau rusa/ paloh ialah tok ki man . samada othman atau abdul rahman tidak dapat di pastikan.




Kalau nak bincang tentang Tok Pulau manis ,maka  datuknya Sharif Mohammad adalah seorang yang mempunyai peranan penting dalam kerajaan Acheh, manakala cucunya  adalah di antatra tokoh yang menjadi tulang belakang penting kepada bermulanya kerajaan Terengganu keturunan  Bendarahara  Tun habib padang Saujana.


Maka tidak peliklah Tok Pulau Pulau manis menjadi tulang belakang kepada penabalan  Sultan zainal abiding I oleh Kerajaan JohorvRiau dan Patani, dan di akui oleh Acheh.


dikatakan   Sharif Mohammad Al Baghdadi  moyang   Tok Ku Pulau Manis ini mempunyai pertalian waris dan hubungan nkekeluargaan dengan Sultan malikus Salih , pengasas Kerajaan Samudera Pasai yang pusatnya di Acheh sekarang.     Siapakah Sharif Mohamad Al Baghdadi ini adalah satu persoalan menarik kepada ramai pengkaji sejarah nusantara.

menurut kebanyakan ahli sejarah ,  Sharif Mohamad ini sendiri telah di khianati oleh  sepupu sepapanya anak cucu Saidina Abbas  yang telah mendirikan kerajaan Abbasiyyah padahal pada mulanya mereka menggunakan tenaga dan pengorbanan ahlil bait.     Pengasas Dinasti Abbasiyyah sendiri,  Abu Jaafar Al Mansur bukan sahaja membunuh Abu Muslim Al Khurasani, pembantu nya yang sangat besar jasanya itu sahaja malahan ramai  sanak saudaranya dari kalangan bani Abbas yang telah menasihatinya agar jangan tamakkan kuasa dan jangan khianat kepada perjuangan yang suci yang di warisi semenjak zaman Saidina Ali, telah di bunuh dan di buru oleh nya.  Melihatkan bapa saudara khalifah sendiri telah di bunuh oleh   khalifah sendiri, maka ramailah yang melarikan diri darinya dan keluar dari baghdad lebih-lebih lagi dikalangan ahli bait yang keluarganya telah ramai terbunuh.   , sebahagiannya pulang ke Mekah. Bilamana mendapat tahu bahawa musuh mengetahui persembunyian mereka, mereka telah keluar menuju ke hadralmaut, Yaman.

Menurut sejarah  di antara tokoh yang menjalani nasib yang malang I ni ialah Mohamad  bin Abdullah bin Hassan Al Muthanna bin Saidina Hassan bin Saidina Ali  yang terkenal dengan panggilan an nafs az zakiyyah.  Dalam sejarah di sebut, an nafs az zakiyyah yang bernama Mohamad bin Abdullah telah mati terbunuh . adakah kisahnya terhenti setakat itu, ?

di sinilah ada pendapat seperti yang di utarakan oleh Tun Suzana yang menyatakan ia sendiri atau sekurang-kurangnya keturunannya ada yang telah datang ke nusantara dan itulah yang menggelarkan dirinya sebagai sharef mohamad Al Baghdadi. namun begitu, pendapat ini di lihat oleh sesetengah pihak sebagai sangat samar dan kabur.  sememangnya kisah-lisah  sejarah pahlawan yang menyelamatkan diri dari diburu sebegitu bukan berlaku sekali atau di satu zaman sahaja bahkan berulang ulang kali sehinggalah jatuhnya Abbasiyyah di serang oleh Hulago Khan bangsa moghol Tartar yang kejam , demikianlah juga dalam sejarah-sejarah yang lain.


kekeliruan berlaku pada fakta yang menyebutkan  Sharif Mohamad Abdullah yang pernah di angkat menjadi raja di baghdad  telah turun ke Alam Melayu ? bagaimanakah sejarah ini berlaku  masih sukar untuk di pastikan.

yang pasti ialah sebagaimana yang di sebut dalam sejarah , di alam Melayu, ia telah    membantu perkembangan dakwah di rantau ini, membantu saudara dan keluarganya  mendirikan  kerajaan Islam Acheh meskipun ia sendiri tidak mengangkat dirinya menjadi raja . demi dakwah,  ia merintis jalan supaya keluarganya  berkorban dan  bersusah payah  brjihad mengalahkan kerajaan kerajaan Hindu Buddha Srivijaya dan majapahit  dan membenarkan sanak saudaranya menjadi raja di Acheh.
.
Oleh kerana hubungan Acheh dengan Terengganu kuat, ia mengambil keputusan untuk memperkukuhkan dakwah Islam di Terengganu biar kelak Terengganu menjadi satu daripada pusat pusat Islam yang penting .  menurut Tun Suzana , seorang anaknya Abdul Kahhar telah menyarankan anaknya (cucu Sharif Mohammad)  menyebarkan Islam   turun ke Terengganu. Di sinilah anaknya  yang bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Abdul Kahhar (atau Sharif) yang  di panggil Tok Pauh  yang kemudian harinya menjadi sangat terkenal di kuala Berang sebagai pendakwah besar yang di hormati. ,  Tok Pauh  inilah bapanya Tok  Pulau manis. Kuburnya ada di tanah perkuburan Pauh di Temir 6km dr   Kuala Berang.

Kg Pauh di beri nama Kg pauh kerana bilamana Sharif Abdullah datang berdakwah untuk mengajar penduduk di sana, ia berpandukan kepada sebatang pokok pauh yang sangat besar yang terletak berhampiran dengan muara sungai. di situ di jadikan jeti dan surau tempat ia mengajar.



setelah Tok pulau manis membuka pondoknya di  Pulau Babi seterusnya beralih ke Kg yang di berinama dengan namanya, kg Pulau manis, ia telah mendapat sanjungan dari pihak istana ,bukan setakat menasihati raja, malahan kuasa menabalkan raja terserah ke tangannya.   Setelah Tok  PUlau manis melantik Sultan Zainal abidin I, sekaligus bererti menubuhkan kerajaan terengganu yang baru di zaman yang baru,  ia mewasiaatkan juga agar nanti , Sultan mansur yang mengantikan ayahandanya bilamana ayahandanya mangkat kelak. 


Di bukit Puteri ada kubur lama yang di katakana milik  Syed Yassin bin Syed yahya, batu nisannya berbentuk batu nesan pembesar Acheh , ia telah menjadi ulama besar Terengganu . dalam melihat hubungannya dengan Terengganu, beliau sebenarnya adalah  menantu Sultan Zainal abidin I. yang menjadi pendakwah terkenal di zaman tersebut.    Di samping menantu Sultan Zainal Abidin adalah ulama Acheh, Baginda-Sultan Zainal Abidin - sendiri berkahwin dengan anak perempuan Tok PUlau manis. maka jadilah Tok Pulau Manis seorang mertuanya di samping penasihat kerajaannya.



TOK PULAU MANIS DARI KETURUNAN WAN ABDULLAH UMDATUDDIN

keterangan yang menyebutkan ia adalah daripada keturunan an nafs az zakiyyah itu telah di

sebut oleh tun suzana. sumber dari terengganu pula menyebutkan bahawa  Tok Pulau manis

adalah dari keturunan champa iaitu cucu kepada sultan wan abdullah umdatuddin pemerintah

champa  daripada isterinya yang sebelah wan madaen. ertinya ia adalah daripada sebelah Mawlana Hussein Jamadul Kubra juga..

sultan umdatuddin mempunyai tiga orang isteri.
wan madaen, wan zainab dan seorang lagi



dengan wan madaen ini beliau memperolehi dua orang anak iaitu sharif hidayatullah ( sunan

kalijaga ) dan sharif nurullah (sunan  gunung jati) . ada pendapat yang berkata dari

keturunan sharif nurullah dan ada pula yang berkata dari pihak sharif hdayatullah.

berkemungkinan pendapat yang berkata sharif nurullah adalah lebih kuat berbanding dengan

sharif hidayatullah kerana sunan gunung jati ini menjadi pemerintah Cerebon. darinya lahir

anak bernama sharif Mohamad . anaknya pula bernama sharif abdul qahhar, anaknya lagi ialah sharif abdullah yang di kenali sebagai tok pauh . tok pauh inilah ayah tok pulau manis.



  rumah awang pak de him anak Tok Aminah Acheh di hujung Gong Kg Masjid Hj kadir dimana di sinilah isterinya Su Aminah binti Ahmad cucu Hj Kadir menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sehingga mati . di rumah inilah saya di lahirkan dan mempelajari banyak ilmu tajwid, ilmu nahu, sorof  dan sifat dua puluh. serta perkakas sembahyang


 pandangan hujung gong yang telah kekeringan air. sawah padi, gelong , jamabtan kayu, wakaf kayu , ikan dan lintah sudah tidak ada lagi akibat di tambun untuk tujuan perumahan.
.




3 comments:

  1. Hamba lebih meyakini tulisan di sini: http://tabutjawi.blogspot.com/2012/05/tokku-pulau-manis-syeikh-abdul-malik.html

    Penerangan mengenai Syarif Muhammad berasal dari Baghdad itu tidak jelas apatah lagi bila dikaitkan dengan Kerajaan Bani Abassiyah. Jarak tahunnya antara keduanya sangat jauh beza tempohnya.

    Jika dibandingkan dengan Syarif Muhammad Ariffin yang meninggalkan kerajaan untuk menuju jalan dakwah adalah sangat berkait sekali. Begitu juga hubungan Tokku Pulau Manis dengan ulama Patani sangatlah baik.

    Hubungan antara Tun Zainal Abidin dan Tokku Pulau Manis banyak tertumpu kepada hubungan dakwah berbanding pertalian darah.

    Tokku Pulau Manis adalah keturunan Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) bin Sultan Abdullah Umdatuddin. Sultan Abdullah Umdatuddin dan Sayyid Abu Bakar as-Sakaran adalah saudara 6 pupu. Satu dari leluhur al-Azhamatkhan dan lagi satu menurunkan al-Aydrus ... terdapat pertemuan kedua tokoh tersebut semasa berdakwah di Acheh dan Palembang.

    ReplyDelete
  2. Sedutan catatan tuan faqir:
    "Sharif Mohammad Al Baghdadi moyang Tok Ku Pulau Manis ini mempunyai pertalian waris dan hubungan nkekeluargaan dengan Sultan malikus Salih , pengasas Kerajaan Samudera Pasai yang pusatnya di Acheh sekarang. Sebenarnya Sharif Mohammad Al Baghdadi telah turun takhta kerajaan Bagdhad dan dikatakan kerana mengambil jalan warak telah datang ke Alam Melayu. Siapakah Sharif Mohamad Al Baghdadi yang pernah menjadi raja di Baghdad ini dalam sejarah."

    Kaitan penghijrahan al-Alawiyyin dari Baghdad ini pun banyak tanda soal, kerana penama yang dikatakan ke Samudra Pasai yang kononnya mempunyai kaitan dengan Malikus Shaleh itu sebenarnya tidak pernah meninggalkan Baghdad. Baginda mangkat dan dimakamkan di Baghdad. Perjalanan paling jauh hanyalah Baghdad-Yaman.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbkth

    Sekadar cadangan bagi yg bermunat mengkaji..

    Syarif Muhammad Al-Baghdadi berkemungkinan besar adalah Sultan Al-Muhammad Al-Mutawakkil III,
    Sultan terakhir Bani Abbassiah yang berpusat di Mesir setelah tumbangnya Bani Abassiah Baghdad di tangan Mongol.
    Dalam catatan sejarah Sultan Muhammmad telah menyerahkan kerajaannya kepada Sultan Selim dari Turki yg telah mendirikan kerajaan Usmaniyah.

    Dikatakan barang yg diserahkan adalah barang2 milik Rasulullah sebagai lambang kerajaan Islam.

    Sultan Muhammad dikatakan wafat pd tahun 1540an tetapi As-Sayuthi tidak merekodkan pengakhiran riwayat hidupnya.

    Untuk maklumat mengenai Sultan Muhammad Al-Mutawakkil III boleh lawati link di bawah :-

    https://www.mahadalyjakarta.com/al-mutawakkil-iii-pembela-ahlu-sunnah/

    https://id.m.wikipedia.org/wiki/Al-Mutawakkil_III

    ReplyDelete