Thursday, June 5, 2014

bangau oh bangau



Ssebagaimana yang telah kami sebutkan bahawa boleh di katakana sebahagian besar atau hampir keseluruhan mereka yang berhijrah dari  patani ke Terengganu selepas tewas perang Patani Sakothain 1840 adalahadalah dari keluarga  faqih Ali Al Malibari, dari keturunan Maulana Hussein Jamadul kubra, salah seorang dari mubaligh Islam yang awal dating ke nusantara, maka sebahagian generasi yang pertama ini mempunyai cita-cita untuk kembali mengambil Patani dari tangan budha, itulah sebabnya mereka meneruskan kehidupan di Terengganu di tepi-tepi air samada di pantai ataupun sungai. Tetapi setelah lama menunggu semboyan jihad tidak berbunyi apatah lagi setelah Terengganu sendiri terancam oleh kedatangan british. Maka zaman-zaman yang seterusnya, mereka masuk ke kawasan bukit, akibat dari kehidupan tepian pantai sendiri amat susah dan memperolehi rezeki yang sangat terbatas, keizinzn sultan untuk mereka membuka tanah baru menyebabkan mereka mula mengusahakan untuk menukarkan tanah-tanah paya menjadi sawah.
Kerja yang berat dan besar untuk menukarkan paya kepada sawah ini di lakukan sekali lagi melaui hubungan mereka silatur rahim. Hubungan silaturrahim ini sekali lagi tercantum bilamana mereka yang asalnya dari satu keluarga bermalam berhari-hari untuk menyiapkan satu satu kawasan secara berganti-gantian dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain pula.
Setelah mereka Berjaya menghasilkan padi, yang banyak hasil perolehan dari sawah padi yang luas, hubungan mereka dengan patani menjadi semakin jauh akibat kehidupan sehari-harian mereka yang semakin terisi. Meskipun masih ada sebahagian dari mereka terus menghubungkan silaturrahim dengan keluarga di patani yang tidak di buru oleh kerajaan sakothai dalam bentuk perniagaan tembaga dan lain-lain ukiran dan sebagainya lagi,  tetapi generasi yang baru membesar dalam keadaan yang lebih leka. Hubungan dengan mekah juga sudah mula renggang melainkan oleh beberapa keluarga sahaja, ikatan mereka dengan keilmuan islam semakin longgor apatah lagi setelah mereka terpaksa memilih untuk meminggirkan istana kerana istana telah di pengaruhi oleh penasihat British.
 Melihatkan generasi yang baru ini mula leka dengan hiburan dan tidak lagi menumpukan kepada pokok utama kehidupan, mereka mula mikirkan jalan-jalan nasihat yang lembut  untum anak cucu mereka.

Di zaman inilah munculnya lagu oh bangau oh bangau kenapa engkau kurus. Sebenarnya tidak ada bangau yang kurus. Yang kurus itu ialah anak-anak yang baru muncul dengan penuh kesenangan.

Anak-anak ini begitu banyak berdalih menyalahkan orang itu dan orang ini, tidak menyalahkan diri sendiri . akhir cerita ialah menyalahkan ular. Mengalahkan ular kerana sifatnya makan katak seolah-olah menyalahkan penciptakan  yang sebenar salah itu ialah mereka sendiri. Mereka malas memotong rumput sehingga kehidupan mereka di kelilingi oleh bahaya yang di gambarkan dalam bentuk ular yang berada di sekeliling rumah mereka yang telah tinggi rumput dan lalang akibat malas menebas.
Di hari ini kita masih mendengar lagu oh bangau oh bangau tetapi kita tidak mengetahui cerita sebenarnya akibat telah terkambus oleh masa yang menjadikan kita lupa

 
Bersambung inshalah



No comments:

Post a Comment