Monday, June 16, 2014


Pateh Aria Gajah Mada adalah nama gelaran kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Husaini.Beliau lahir di Kerajaan Campa pada tahun 1360 M.Bonda beliau ialah Puteri Selindung Bulan atau Puteri Sahirah binti Sultan Baki Syah.Dan ini bermakna beliau adalah anak saudara kepada Raden Perlangu atau Raja Kemas Jiwa atau Prabu Bhre Parameswara atau Sultan Iskandar Syah atau Betara Majapahit Barat.Dari Sayyid Ali Nurul Alam banyak melahirkan Keturuanan Raja Raja dan Sultan Nusantara.Seperti Sultan Kelantan,Sultan Ceribon,Sultan Pagar Ruyung dan Sultan Ternate juga Sultan Demak.Anak beliau ramai dan saya hanya ketahui seramai 8 orang sahaja iaitu
 1.Wan Abdullah/Wan Bo Teri Teri/Sultan Hud.
 2.Wan Husin Senawi.
 3.Wan Demali/Laksamana Bentan.
 4.Wan Jamal.
 5.Wan Biru/Puteri Cempaka Biru.
 6.Wan Hasan
 7.Wan Senik
 8.Wan Muhamad Sallih Al Lagihi
 Seperti Bapa nya Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra, beliau sentiasa bergerak untuk berdakwah.Dan sambil itu beliau juga seorang Panglima Perang.Beliau ialah Panglima Perang Kerajaan Campa.Dari Panglima Perang beliau di lantik menjadi Perdana Menteri di zaman Bapa Saudara nya memerintah ,iaitu Sultan Iskandar Syah.Sejarah hidup beliau memang penoh dengan misi dakwah dan Perang.Kerajaan yang selalu menggangu Kerajaan Campa ialah Kerajaan Ayuthia, yang di pimpin olih Raja Beromaraja 2.Beliau dan keluarga nya pernah lari ke Pasai, Terangganu dan Pahang.



elalui peperangan demi peperangan, keluarga Sayyid Ali Nurul Alam bersepah lari.Mereka lari ke Terangganu,Pasai,Johor ,Muar dan Melaka.Kerajaan Empayar Cermin Jeddah hancor pada serangan Tentera Ayuthia pada tahun 1465 M.Pada tahun 1467 M, Atas bantuan Negara sahabat seperti Melaka dan Pasai, Mereka menyerang Tentera Ayuthia.Serangan yang di ketui olih Sayyid Ali Nurul Alam dan di bantu olih Laksamana Hang Tuah,Tun Mutahir dan juga Laksamana Bentan Wan Demali.Tentera Gabungan Melayu ini berjaya menghancurkan Tentera Ayuthia, malang nya Sultan Iskandar Syah mangkat.Atas nasihat Sultan Mahmud Syah, Kerajaan Patani Kelantan dan Campa melantik  Sayyid Ali Nurul Alam menjadi Sultan Kerajaan Patani Besar.Beliau bergelar Sultan Qumbul.
 Pada tahun 1470 M, Sultan Qunmbul atau Sayyid Ali Nurul Alam atau Pateh Aria Gajah Mada kembali ke rahmatullah.Beliau di makam kan di Kampong Garak Rawian, Binjal Limo,Patani....Seorang cucu ccicit nya iaitu Al Marhum Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah mencari dan menkaji Makam Sayyid Ali Nurul Alam selama 24 tahun, dan baru bertemu di Kampong seperti di atas.


 KESIMPULAN NYA.

Para Habaib dan Sayyid dahulu sangat SUKAR dalam menyampaikan dakwah.Ada yang Terkorban SYAHID,ada yang lari bertempiaran untuk menyelamat kan cucu cicit mereka.Membuang Nama Bangsawan mereka, menyamar diri sebagai orang kampong kerana di kejar olih Musoh Islam.Mereka ini adalah dari Gelombang Pertama dan Kedua, Ahli Bait yang datang ke Nusantara.Jika kita baca Sejarah Perjuangan Mereka, kita akan mengalirkan Airmata !!!!.Mereka menyambut SERUAN DATUK MEREKA...RASULULLAH SAW...Walaupun mereka MEMBAYAR PADA HARGA YANG MAHAL !!!!


No comments:

Post a Comment