hari ini
pengajian di masjidil haram yang sebahagian guru-gurunya adalah dari kalangan orang Melayu
sendiri sudah tidak ada lagi. yang tinggal ialah kenangan yang sangat manis. Pelbagai nama alim ulama dari seluruh rantau
nusantara bermula dari zaman Syeikh dawud Patani sehinggalah zaman Syeikh Ismail pak De El , sepanjang
zaman ini, lahir pelbagai kitab yang menjadi rujukan dan bahan teks pengajaran
di serata masjid, surau dan pondok-pondok di seluruh nusantara termasuk
kampochia , Sri Lanka dan Burma yang bertutur dalam bahasa Melayu.
cahaya zaman
yang panjang itu telah menjadi kabur bersama matinya mereka yang telah menigisi
ruang perjuangan di situ.
Walaupun ada
ura-ura yang berkata bahawa Kerajaan Arab Saudi akan cuba menghidupkan semula
pengajian dalam masjidil haram yang
adalah berupa system yang seperti itu,
dan system yang seperti itu akan lebih dapat di manfaatkan oleh seluruh umat
islam di serata dunia bilamana
kuliah-kuliah mereka akan di masukkan ke dalam
youtube, untuk di tatapi oleh mana mana pecinta ilmu agama di serata
dunia, tetapi satu kisah perjuangan yang
di kuburkan di atas pembinaan system kuliah yang baru akan diadakan itu tidak harus di lupakan, bahkan hendaklah di
pelajari dalam-dalam kerana di situ
tersirat satu pengajaran besar yang akan memandu kita untuk memahami hadis
akhir zaman yang akan menjawab persoalanan
siapakah yang akan menerajui
perjuagangan Islam dan siapakah pula penentangnya2 yang akan menggalanginya.
System
pertama hapus kerana pelbagai sekatan di lakukan manakala system kedua pula
hidup akibat dibajai dengan gaya persembahan yang menarik untuk kita ambil
iktibarnya.
Hakikatnya
pada waktu itu, Golongan Ibn saud
adalah lebih kecil dan lebih
lemah berbanding dengan golongan syarif dan uthmaniyyah tetapi
bagaimana mereka boleh Berjaya dalam
perang dunia pertama . bagaimana ini
boleh berlaku, dengan bantuan dari siapa
dan bagaimana bantuan itu berlangsung adalah satu sudut yang mesti di kaji?
Untuk
memastikan pemikirannya yang sempit berkembang, apakah yang telah mereka
lakukan kepada system dan guru yang mengajar di masjidil haram pada waktu itu,
dan apakah pula yang mereka lakukan untuk menyaingi system yang lebih kuat dan mantapnya ?
apakah hujah yang mereka gunakan dan bagaimanakah hujah itu di persembahkan
sehingga Berjaya mempedayakan generasi baru di kalangan umat islam
No comments:
Post a Comment